Friday, December 30, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Sumber dari : Mukjizat solat dan doa
 
Sahabatku yg disayang Allah, aminkan doa ini agar Allah mengubah air mata kita menjadi senyuman. "Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."
 
Sahabatku, aminkan doa ini agar diberi kehidupan yg lebih baik, lebih indah & lebih membahagiakan, "Ya Allah, Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tolonglah kami agar kami mengerti, menerima, percaya, memaafkan & dimaafkan. Memberi & menerima, mencintai & dicintai serta berani menatap jauh ke depan untuk kehidupan yg lebih baik, lebih indah & membahagiakan."
 
Sahabatku, aminkan doa ini untuk kedua orang tua kita, "Allahummaghfirlana dzunubana wali walidaina war hamhuma kama robbayana shighara" Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami diwaktu kecil,"
 
Sahabatku yg cintai Allah, aminkan doa ini agar Allah menjadikan keluarga kita sebagai ahli kebaikan & jauhkan dari keburukan "Allahummaj'alni wa auladi min ahlil ilmi wa khairi, wa la taj'alna wa iyyahum min ahlis su'i waddairi' Ya Allah, jadikanlah kami & anak² kami termasuk ahli ilmu & kebaikan dan janganlah Engkau jadikan kami & anak kami termasuk ahli kejahatan & kemudharatan.'
 
Amin ya Rabbal Alamin...

Thursday, December 29, 2011

Bestlah kak melah!

Ramlah Ram ft Sleeq- Sesaat Kau Datang

Wednesday, December 28, 2011

Sahabatku Diyana...

Redhalah pemergiannya..
ALLAH MAHA MENGETAHUI setiap kejadian yang telah berlaku dan yang akan berlaku.
Semoga kesabaran menjadi kekuatan diri dan keteguhan iman. Sebuah kehilangan yang memeritkan. Please be strong mentally n physically my girl.. 

AL-FATIHAH..


Mengigil jariku nak tekan button 'send'... tapi 'cancel' juga menjadi pilihan..
Aku yang terlalu sedih.. it's not you alone ..

Sunday, December 25, 2011

KFC Krushers

mocha krush kali ke 2 untuk minggu ini :p . oreo tak best.

Oitttttt setaaaaapnyeeeee! There's something new for me kat KFC..Loser betul baru skarang nak try...huwawawa... Kena nyedut sambil pejam mata.. geget-geget manja sket.. dan dengan perlahan kasik telan dan release nafas.. baru feel. I got crushed. Rasa mau order skarang jugers!


posted from Bloggeroid


Friday, December 16, 2011

Sweet escape @ Avillion Cove

Salam jumaat..

Wah ramai yang goyang dombret ya.. mementang esok cuti. Yeay, esok kitorang akan ke Port Dickson sempena family day opis aku. Walaupon asyik PD.. heyyy PD pon ok apa.! Doakan aku dapat lucky draw yang best² ye. Serius!!! *sambil angkat 2 tangan separa bahu* this time aku tak target apa² pon.. coz aku tersangatlah tak lucky dengan memende ni. Tu yang harap dapat yang best aje.

By the way, disaat mood happy nak bersuka-ria, big boss confirmkan rumour yang aku dok dengar selama ni. Huhuhuhu... so it might be last JPK's family day yang dia akan join. Sedih jugak tadi... dan kitorang juga akan move 
to the new office kat menara ICON by early next year with our very new 
big boss. Tataw la camna 'life' kat sana nanti.. maybe aku still dengan JPK kat ICON atau pon dengan new company *wink* juga di ICON... hehehe.. 
Till then, take care and have a nice weekend bebeh *hugs*

Tuesday, December 13, 2011

Malasnyeee la hai..

Nak terkucil ku tahan jebat
malas? menguji daya ketahanan? menduga kekuatan kemutan?

Aku selalu dengar orang kata PEMALAS LIPAS. Hehehe pelik, apa kena mengena dengan lipas. Kenapa tak pemalas tikus, pemalas buaya, pemalas sugar glider aka haiwan kesayangan?

Ok, malas pada aku adalah penyakit, bukan sifat. Malas ni sebenarnya mainan hati, seterusnya ke otak. Dia punya relation cukup kuat. Apa hati kata itulah otak atau minda kita akan buat. Ibarat bos bagi arahan kat orang bawah. Siapa dok berani bantah.. aku tak berani, aku tak berani *sambil geleng kepala*

MALAS adalah permainan psikologi.

Macam puasa contohnya. Kenapa bila bulan Ramadhan boleh pulak kita tak makan sampai le time berbuka. Tak mati pun.. kalau bulan lain bangun pagi aje dah berkeriut perut kita minta makan. Tu sebab kita dah niatkan dalam hati esok puasa, aku takleh makan.. so otak pun kerja dia pikirkan takleh makan.. pasal tu kita boleh dapat kekuatan sebab hati kata camtu. Tu cerita puasa wajib, cer puasa sunat.... mmm..

Sama le juga dengan kes malas yang ni. Ni kes aku sebenarnya...hehehe... Besok nak kerja, malam ni dah start merungut kat hati ..''ish..malasnya.. esok dah nak start keja balik.. kejap je cuti.. ish ish ishhhh..!'' agak² apa jadi esok? MC, EL...? Macam mana kita set macam tu la hasilnya nanti. Kalau pergi kerja pon kompem malas sepanjang hari.

Jadi atas kesedaran diri, aku mahu dan terus belajar benda ni. Sedang menyemat dalam hati. Pointnya, betulkan NIAT untuk betulkan MINDA, sebab malas ni kerjanya dari hati. Setting kena betul. Macam remote control.. apa yang kita tekan di controller itulah yang akan terjadi. Lainlah kalau bateri kong atau salah setting.. heheh.  Jadi wake up bebeh.. sekarang juga kita mulakan dengan senyuman penuh ceria, cergas dan niat yang positif, insya-Allah kita pasti tidak malas lagi!! Jom buat milo tabur..:p


 Budak rajin makan sendiri

Friday, December 9, 2011

You decide it


Kenapa rasa berat nak terus diam di sini?
Kenapa rasa berat nak meninggalkan ?

WHY WHY tell me WHY... lempang sket bagi sedar. Pilihan ditangan aku, antara nak atau tak nak je. Apa jua jawapan, yang penting jangan mengeluh.. Menyesal? Huh takde erti menyesal dalam kamus hidup aku... nak bertaubat ada la...


tak-ada-jawapanG lagi

Tuesday, December 6, 2011

Sudah tonton!

 
 Ombak rindu saya!

Wokeh, diakui filem ini best! 3.8/5* la aku bagi. The rest aku akui agak kurang 'puas' menonton Ombak Rindu walaupon aku separuh-angau-kat-hariz-yakni-aaron-aziz. Awal² aku dah set dalam kepala don't expect tooooo much untuk filem yang diadaptasikan ni. Takmo rasa keciwa seperti cerita Lagenda Budak Setan. Tapi aku gagal.. hahaha. Bermula je cerita, aku pon start bermain ngan emosi dan perasaan. Dah berombak-ombak jadiknya bila mind aku asyik meng-compare antara realiti depan mata dengan fantasi dikala membaca novel.

Eh halu halu haluuuuuu! filem ni 2 jam 5 menet je ok. Mana ko nak sumbat semua scene, semua watak. Ni pon dah kira bagus dah taw. Syabas Osman Ali. Tapi aku percaya, pada yang tak baca novel terdahulu.. pasti korang rasa inilah cerita melayu terbest diabad ini..ewah!

Naper aku tak puas?
  • Kurangnya scene penderitaan Izzah. Lagi terseksa lagi terusik perasaan.. mm nape Mak Hajar baik beno.
  • Suara Izzah besar sangat dan matured untuk umur 19 tahun. Lakonan dah superb...tapi tak blend
  • Mila totally out. Tak cukup vogue.  Tak best. Aksi lakonan Lisa ni semua sama. Takda beza dalam setiap drama/filem. Asal marah je hidung mesti kembang², lepas tu tarik nafas dalam² sambil pejam mata dan angkat tangan. Bila jerit / mengamok pon style sama.. sampai aku ingat aku tengah tengok LBS.. syadis betol!
  • Datuk Sufiah gedik dan seksi nak mampos. Tak sesuai! Aku bayangkan pelakon yang pakai baju putih tu bawak watak ni.. sapa eh nama dia? Sofia Ibrahim kan?
    Aku jumpa kat beautifulnara.com


     Positifnya filem ni
    • Menghalalkan yang haram supaya tidak bergelombang dengan dosa
    • Pengajaran tentang jalinan kasih sayang antara suami isteri dan keluarga
    • Kesetian seorang isteri yang teraniaya

    Kesimpulannya, adakah aku patot berhenti membaca novel melayu atau jangan sesekali lagi menonton cerita yang diadaptasikan?.. hahaha.. takpon, aku sokong filem adaptasi perlu dipanjangkan lagi sehingga 6 jam... muahahahaaha lebam dok dalam panggung wayang! eh eh naper LOTR ngan Harry Potter best? ok diam.. jangan compare lagi! 

    Monday, December 5, 2011

    Demam Ombak Rindu

    Antara OST ombak rindu... layan seh!


    Untuk Kamu - Hafiz



    Lara Lagi - Adira

    Berbaloi ke pergi Pureen Clearance Sales

    Sangat Berbaloi
    ..sekiranya list yang nak dibeli.. *dah buat list so dah tentu banyak*
    ..sanggup datang awal

    Tidak Berbaloi
    .. kalau setakat nak beli baju 2 helai atau syampu sebotol
    .. kalau saja nak mengusha /compare harga kat tempat lain

    And the list goes on.. otai² meh tolong tambah :p

    Ni rumusan aku. Keadaan kat sana sangat sesak. Semua berebut-rebut dan tamak. Siapa yang taknak benda murah tapi berkualitikan? Kalau korang sanggup meredah, pasti tersenyum puas. Kalau tak, dinasihatkan jangan pergi. Sebabnya korang akan komplen frust terutamanya kat baju-bajan section. Dah habis, tinggal sikit, takda pilihan, etc. Belum lagi rasa sakit hati dan menyampah tengok orang dok melonggok menyorting baju kat tepi². Ada satu family ni, siap bentang tikar lagi...haih apaaaakaaaahhhhh!?

     
     
     Antara yang dibeli. 
    RM6x8 pasang baju basahan, Rm12x3 pasang sleepwear .. okayla tu!


    This time, aku dah tkda nak menagih kat hasil buangan orang lain macam dulu . Apa yang dapat itu ajelah. Takmo berlama-lama dan menambah kesesakkan. Masuk pukul 9.30, pukul 11 aku dah keluar. tu pon sebab 30 minit beratur nak bayar. Kaunter memang banyak.. tapi orang nak membayar pon ramai.

    Owh ya, nak tambah sket. Untuk yang terpaksa membawak anak, aku boleh terima. Sebabnya terpaksa. Sebab musabab kenapa terpaksa bawak, dah orang tu TERPAKSA! dan terpaksa juga bawak stroller sebab lenguh nak memegang baby. Okay TERPAKSA untuk keselesaan si anak. TAPI aku tak paham kenapa ada yang PERLU bawak tricycle ke tempat begini.... uwaaaaaaaa rasa nak nangis kat bapak budak tu bila sebok dok " tumpang lalu.. tumpang lalu...'' haaaaaaaaaaaaaaa terus my blood go upstairs. Nasib tak berlaku kejadian hampir nak pitam lagi.

    korang mampu pergi warehousesale sambil bawak anak naik menatang ni?


    Saturday, December 3, 2011

    La Tahzan!

    Masih lagi menceritakan tentang si PS.. maaf pada korang yang tertanya-tanya.


    PS : Saya stress!
    Doktor : Kenapa stress?
    PS : Saya rasa dunia tak adil
    Doktor : Sedih?
    PS : *nanges*
    Doktor : Sedih membuatkan kita stress


    Sedih adalah fitrah manusia kala ditimpa ujian. Tak siapa pun boleh menafikannya. Cuma kesedihan yang PS hadapi tidaklah sehebat kesedihan seorang anak yang kehilangan ibu bapanya, seorang ibu yang kehilangan anaknya atau banduan yang sedang menghitung hari ditali gantung.


    Cuba tanyakan pada hati : 'Kenapa aku menangis?' 'Sedih?' 'Kenapa aku sedih?'.
    Bagaimana jika aku yang menggantikan tempat mereka yang diuji sehebat itu? Kata benakku.
    Sanggupkah aku? Kata hatiku.
    Kata benakku : Jika engkau tidak sanggup, mengapa engkau menangis?
     
    Ujian itu nikmat atau bala?

    "Nikmat yang membawa diri kita jauh daripada Allah itu ialah bala, dan bala yang membawa kita dekat dengan Allah itu ialah nikmat".
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...