Wednesday, September 29, 2010

Happy birthday!!!


1st time makan kat sini. Located dedekat area Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Sangat ramai ok. Untuk western Malaysia kira sedaplah. Kalau western western tu lain la kan...hehehehe...tapi saya sangat suka mushroom rosemarry sos dia...sgt sedap! Fruit juice gelas besar pon only RM2.50 okay....mana nak dapatkan...eh tereview pasal restauran plak....hahahaha

 Yang diraikan

Yesterday's besday dinner was on my treat. Tu kira hadiah la ye coz cam dah tataw nak bagi hadiah apa dah....hahaha aci tak? Owh juga nak celebrate belated besday *030910* my sis. So skali harunglah ajak join. 

Dah dapat kereta baru kenalah makan bersuap ya...hehehe

Alany with her new babysitter...kak dya

Dari sampai hingga nak balik Alany tidur lena bagai diulit intan. Hopefully sampai rumah my sis nanti dia dah bangunlah. Sepanjang minggu ni * selasa-jumaat * kitowang akan berkampung di kajang.

Simbolik 3 grapes dan 3 batang lilin

Haaaaaa surpriseeeeeee!!!!! Hubby sangat terkejut dan malu nak potong kek....alasannyer dah matang ni segan nak potong kek...muahhaahaha...matang ok bukan tua

Alany masih dibuai mimpi indah...percubaan untuk mengejutkan adalah sangat gagal

Sehinggalah 7 pagi tadi...Alany bangun dah memberikan senyuman  manis buat papanya....Selamat ulangtahun sayang. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...Tiada apa yang kuharapkan semoga semuanya yang baik-baik belaka....amin...Thank you for being such a wonderful husband and papa to us...

Friday, September 24, 2010

Bila nak ada mood ni...? banyak dokumen nak kena filing. Tangguh punya tangguh kang sebemban pulak. Time nak raya pon takda mood...*alasan mood raya*, pas raya pon takde mood lagi *alasan gaji belom masuk* ....hahaha nilah manusia...ops bukan...inilah aku...ntah bilanya nak sedar.  Yang aku busykan dok sebok memikio menu utk 3 agenda portluck next week.

Hari ni tak hantar Alany kat rumah babysitter. Malam tadi babysitter telefon, bagitau husben dia kene kayap dan tak berani nak jaga Alany sebab takut berjangkit. Ingat nak EL aja. Tapi memandangkan cuti yang tak berapa nak ada tu....jadi terpaksalah mintak tolong kak long jagakan. Alhamdulillah without any objection *cheewah* kak long dengan rela bantu adik iparnya ini. 

Plan hari ni nak upload gambo raya. Skali baru select 2 pics sudah bateri kamera lak k.o. Jadinya postpone lagilah *charger tak bawak* . Satgi time lunch nak gi kedai bunga kat wangsa maju. Ikot member yang tak tau jalan katanya. Sesambil tu bolehlah aku ushar kot ada bunga lavendar purple putih yang aku idamkan tu...rumah mak tak berbunga korang.  Dari luar sampai ke dalam pokok hijau aje. Segan family husben datang rumah dok jegang je...hehehe.


Wednesday, September 22, 2010

Alany at 3 months...

3rd jab aritu amik 2 days before raya. Risau gak kot Alany demam time raya ni kan. Alhamdulillah semua ok cuma nangis jelah sket. Next week nak amik 2nd dos untuk rotavirus. Nak update sket progress Alany di kala berusia 3 bulan ni.
  • Berat terkini 5.1kg..naik 0.6gm je...tkpe yang penting sihat dan tak kuat meragam
  • Sangat suka hisap jari...ohoooo...siap bunyi cam makan siput sedut
  • Tido semakin lasak...dah mula buat putaran jam
  • Belum boleh meniarap lagi kecuali mama pusingkan...sekarang ni baru senget²kan badan. Bila ditiarapkan dah boleh angkat kepala tinggi² sambil kaki dok menguak.
  • Dah mula ketawa besar dan mengekek bila orang dok agah² ...menjerit pon dah mula dah
  • Bila tengok cermin boleh tersenyum sendiri...perasan comey la tu...
  • Kaki semakin tegap. Suka sangat orang berdirikan dia. Muka bahagia sungguh
  • Bila baring dah boleh angkat kepala...skali kaki pun terangkat
  • Rasanya Alany dah boleh recognized mama, papa dan orang sekeliling dia. Mungkin dengan suara atau bau badan. Coz bila dengan mama mesti dok nak mencari nono...hehehe
  • Semakin kuat bersembang. Bersungguhlah dia bercerita...memacam bunyi keluar
  • Rambut dah panjang tapi dok pacak² plak. Ada yang ingat Alany boy...cian dia
Ni nak share video alany bergurau senda dengan papanya dan  adengan siput sedut...enjoy! (",)


 

Aidilfitri 2010...

" Berlalunya Ramadhan adalah sesuatu yang patut kita tangisi. Entahkan berjumpa ke tidak kita dengan Ramadhan yang seterusnya..."

1st entry lepas raya *raya sebulan doe*. Alhamdulillah, raya bertiga tahun ni. Persedian ala kadar aje untuk mak dan bapaknya, selebihnya untuk si anak. Kegembiraan beraya ni sama aje macam tahun² lepas...cuma kemeriahan tu lebih terasa dengan adanya Alany Sufiyyah. Kami beraya di KL dan Perak saja...Alhamdulillah this year aku still dapat duit raya lagi *ohoooo*. Dan untuk cintahati aku tu alhamdulillah rezeki dia...seronok sungguh mengumpul duit raya untuk anak ya...Alany plak setiap kali dapat duit raya mesti nak sumbat dalam mulut...takut mama songlap lah tu...owh tidak, itu kan amanah....kita ni penjaga amanah aja...duit anak tetap duit anak....hahahah...List open house pun dah panjang berjela, insyaAllah mana yang termampu tu sampailah kami nanti. Untuk rumah aku plak, aku buat open door...hahaha...kedatangan anda sangat dialu-alukan...piccas will be update later ye.

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri...


Awan mendung menghitam, hujan lebat...nampak ke anak bulan ni? Nampaknya aku masih di KL. Orang lain dah berpusu-pusu balik kampung...jalan pon dah lengang. InsyaAllah kami akan pulang ke Sitiawan pada petang raya nanti. Almaklum le kaweng ngan orang kolumpo...jadik berayalah di sini dulu tahun ni. Ikot sistem giliran katanye...


“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa, dalam bergurau 
mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada 
yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang 
menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. 
Selamat Hari Raya...Berhati-hati di mana saja”

Monday, September 6, 2010

Shout!box's Survey

Sesiapa yang terlibat...sila cek emel....survey sedang menanti...siapa cepat diaaaaaa daaaapaaattttttt!!! 

Good LUCK!

Friday, September 3, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...