..way to start..way to move..way to go..way to where?..just start it with one step..
Monday, September 12, 2011
..tolong! saya nak jadi budak baik..
i have to motivate myself..
could someone out there? please..
i want my spirit back..hehe..hmm...
i want to be a better person!!
please guide me o Allah..only You can help and understand me better than others..
Alhamdulillah..
p/s: mode tgh xde mood..mana perginya semangat berkobar2 tu? uhuk..tepuk dada tanya Iman..sepertimana dalam Matahari karya Hilal Asyraf (feveret buku setakat ini yang blh jd tazkirah as a Muslim)
Matahari tu kan sumber cahaya bagi alam..
sumber tenaga yang memberi kehidupan kepada sekeliling planet yang ada di sekitarnya..
juga macam magnet..semua planet yang bergerak atas orbit tawaf mengelilingi Sang Matahari..
kalau Allah taqdirkan Matahari tidur atau berehat sebentar agak2 apa jadi pada anak2 didiknya iaitu planet2 tadi? em..
sedang membayangkan diri seperti Sang Matahari namun tak mampu..tapi perlu dicuba..
kita tak mampu tapi Allah bagi sesuatu tu sesuai dengan kemampuan diri..
jangan ditangisi apa yang bukan milik kita..
kalau bukan kita yang jadi macam Matahari, siapa nak tolong jadi penerang dalam diri si Manusia yang lupa dan lalai tu? Allah akan bantu siapa yang tolong agamaNya..
tapi..(ada jugak nak tapi2..mcm dalam)
diri x cukup kuat..ada lagi sisa2 karat jahiliyah dalam diri..masih tak sedar2 untuk berubah..
could someone out there? please..
Wednesday, September 7, 2011
..Quartet untuk abang..
"Misa, tak baik menangisi apa yang Allah tetapkan untuk kita." Azra memusingkan sedikit posisi Misa. Agar Misa menelentang menghadap siling. Ternyata, kolam mata Misa masih tidak surut malahan makin manjadi-jadi.
"Misa, kita ni cuma pelakon atas pentas dunia ni. Kita sekadar menuruti segala kehendak taqdir kita. Apabila kita rasa kita macam berupaya mengawal taqdir kita sendiri, ketika itulah taqdir menunjukkan pada kita yang DIA lebih berkuasa daripada segala-galanya."
"Life is unfair!."
"Sebab kita tak hidup di dunia sahaja, Misa. Kita HIDUP UNTUK AKHIRAT. Di akhirat nanti, semuanya adil. Yang baik, dapat balasan baik. Yang jahat, dapat balasan jahat."
"Azra..Tuhan tu sebenarnya dah benci aku ke? Walaupun aku dah cuba buat apa yang DIA suruh. Pakai tudung, bertukar semua..kenapa mesti DIA gagalkan aku lagi? Kenapa Tuhan tu macam tak adil!"
"Astaghfirullah! Misa! Wake up!" Misa tahu tak? Sebab ALLAH sayanglah, DIA bagi ujian ni kat kau. Sebab ALLAH nak kau jadi lebih baiklah, Allah anugerahkan ujian ni kat kau. Kenapa kau ingat kau gagal satu paper tu, maksudnya gagal segala-galanya? Tak Misa. Cuma REZEKI kau, ALLAH SIMPAN untuk lain kali."
"Tapi, ujian ni berat untuk aku. Aku tak boleh terima."
"Misa, ALLAH sayang sangat kat kau. Sebab tu dia uji kau dengan satu subjek fail. ALLAH nak naikkan darjat kau disisi DIA sebab kau dah mula lakukan apa yang DIA perintah. ALLAH nak uji sebab DIA nak kau jadi makin kuat."
"But I'm not strong Azra.."
"Memang kau akan rasa lemah. Sebab kita diuji pada titik lemah kita. Sampai kita rasa it's the end of the world. Sampai dah tak boleh bernafas. Tapi..afterwards, we're much stronger to face this life.
[Quartet-Saidatul Saffaa]
p/s: Sesungguhnya dengan Allah la kita akan jadi kuat..moga tabah dengan apa yang berlaku..ok kawan2..actually this is for my bro kat Mesir (Abdullah Azzam) yang kena reseat paper..hehe..moga jadi manfaat untuk semua..
Thursday, July 28, 2011
..coret-coret hati..
Saturday, March 26, 2011
..Wajah Mesir Hari Ini..
p/s: dipetik dari blog seorang sahabat.. :)
Sebaik saja keluar dari mulut pesawat, angin dingin itu menyambut kami. 'Ahlan wa Sahlan',seolah-olah itu mesej yang dibawa. Ketenangan, kedamaian dan kesejukan itu dirindui.
'Ya Allah...Segala Puji hanya untuk Mu', hati bermonolog mengucap kesyukuran.
Diri tidak menyanggah hakikat itu. Namun, wajah Mesir hari ini ada sedikit perubahan. Jelasnya, perubahan itu turut menggembirakan aku yang hanya sekadar 'duduk menumpang' di Bumi Anbiya ini. Manik jernih keluar..
Sekiranya aku yang bukan siapa-siapa bagi negara ini boleh merasakan kegembiraan itu, apatah lagi mereka (rakyat Mesir) yang telah berjuang sebelum ini?
'Ya Allah..Lindungi saudara-saudaraku di sini..
Moga mereka mengecapi keamanan dan kesejahteraan yang diimpi-impikan dengan izinMu jua..Amin..Ya Rabb..'
Hampir menangis melihat button Restart sedang diklik
Mengenang mereka yang syahid dalam peristiwa Revolusi 25 Januari.
Hampir kesemuanya merupakan golongan pemuda!
Mesej yang tertera di dinding ini pastinya menjadi satu sejarah bagi rakyat Mesir
Monday, March 7, 2011
Friday, February 11, 2011
..nak jadi Murabbiyah yang baik?..
Assalamu'alaikum wbt..post kali ni saya ambil dari perkongsian seorang ukhti dari Daerah Petaling;
Menarik perkongsiannya walaupun ringkas tapi menyentuh hati kerana semangatnya yg dapat dirasai..insyaAllah!
Kebanyakan kita mengatakan tarbiyyah adalah ‘core business’ kita, tetapi kebanyakan dari kita tidak jelas ke mana hala tuju usrah kita sebenarnya.
Ada yg membawa usrah hanya kerana memenuhi t/jawabnya sbg seorang muayyid, ada juga yg bawa usrah utk men’soleh’kan mutarabbi, ada yg bawa usrah dgn niat menyampaikan sebanyak mungkin ilmu agama kpd mutarabbi.
Semua hala tuju dan tujuan ini tidak salah. Tapi ia akan jadi lebih cantik sekiranya hala tuju kita dan mind setting kita lebih fokus serta jelas kerana yg kita bina dan bawa ini adalah manusia. Kita juga manusia yg mana sekiranya kita jelas dan faham dengan hala tuju kita ia akan menjadi lebih mudah dan objektifnya akan mudah dicapai.
Jadi, apa sebenarnya tujuan kita bawa usrah? Tujuan ultimate murabbi adalah : membentuk mutarabbi agar menjadi murobbi sepertinya atau lebih baik darinya.
SLOT 1: MIND SETTING MURABBI [BY AZREEN ABDUL AZIZ]
APA BEZA USRAH & HALAQAH?
~ SEMUA USRAH ADLH HALAQAH TAPI BUKAN SEMUA HALAQAH ADLH USRAH
~ CONTENT HALAQAH LEBIH UMUM & TIADA PENTAKWINAN
~ DALAM USRAH HADAF NYA LEBIH KHUSUS. ADA MANHAJ YG KHUSUS, AHLI YG KHUSUS, CARA YG KHUSUS, SEGALANYA KHUSUS
~ PENGENDALI HALAQAH ADLH MURABBI, PENGENDALI HALAQAH ADLH NAQIBAH
~ HALAQAH ADAKALANYA PROSES KITA MENGENAL MAD’U KITA. KENAL MEREKA DGN KEHADIRAN MEREKA & PENERIMAAN MEREKA. ADAKAH MEREKA HANYA HENDAK AKAN PROGRAM GEMPAK2 SHJ ATAU BENAR2 INGINKAN TARBIYAH YG BERTERUSAN.
~ USRAH TAK BOLEH MEMBERI ILMU SHJ. KITA KENA MENDENGAR & MENERIMA SEGALANYA JUGA DRPD ANAK USRAH KITA.
MURABBI/AH
- AYAH / IBU – KASIH SAYANG
- KAWAN / SAHABAT – DENGAR DRPD NYA & FAHAMI MEREKA
- SYEIKH – PERANAN MENINGKATKAN RUH ANAK2 USRAHNYA, MENGISI RUH & JIWA ANAK USRAH DENGAN APA YG SEPATUTNYA DIA TERIMA
- GURU – PENURUNAN ILMU.
- QA’ID – PEMIMPIN. MEMIMPIN ANAK USRAH AGAR DIRI MEREKA LEBIH TERTONJOL, SBG PENYEDIAAN MEREKA UTK KE MEDAN DAKWAH.
ANAK USRAH KITA MACAM MANA YE? ADAKAH MEREKA SEPERTI LAMPU YG SIHAT YG 1 KALI PETIK SUIS SHJ TERUS MENYALA ATAU ADAKAH MEREKA SEPERTI LAMPU YG KURANG SIHAT YG PERLU DITEKAN SUIS BEBERAPA KALI UNTUK MENYALA?
TAAT & THIQAH ANAK USRAH SGT PENTING. ADA TAK ANAK USRAH TANYA KITA TIAP MINGGU ‘BILA NAK USRAH?’, ‘CUTI NI ADA TUGASAN X UNTUK SAYA?’
MACAM MANA NAK KUPAS SETIAP BAHAN USRAH DGN CARA YG MENARIK?
RAJIN2 LAH BUAT RESEARCH & PERKONGSIAN DGN NUQABA’ YG LAIN UTK KITA DAPATKAN IDEA CARA DELIVER YG KREATIF UTK ATTRACT OUR ANAK USRAH.
Bagaimana @ apa cirri-ciri murabbi yg baik ye?
Ha, yg ni kena tgk balik dlm diri kita masing2..yg penting, cukup tak 10 muwasofat?
Thursday, February 10, 2011
..krisis Mesir..
Assalamualaikum wbt
Segala puji bagi Allah SWT Rabbul Jalil. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w penutup segala kenabian.
Hari ini seluruh kota Mesir (Egypt) sedang meledakkan kemarahannnya. Kemarahan masyarakat yang meluap-luap yang tidak mampu lagi ditahan dan dibendung akibat kezaliman Regim Hosni Mubarak yang sejak sekian lamanya menindas rakyat dengan sistem kuku besinya, rasuah dan pemerintahan polis yang kejam dan memenjarakan seluruh para penentangnya.
Hari ini kuasa dan taringnya sudah hilang dan lesu. Kukunya sudah hilang dan lembik tidak mampu lagi menahan kemarahan bangsanya sendiri. Ini adalah satu pengajaran buat para Diktator manapun di dunia ini. Memerintah dengan adil dan kasih sayang atau menerima ancaman kemarahan rakyatnya sendiri. Imam Hassan Al-Banna pernah dalam tulisannya mengatakan kepada pemerintah Mesir waktu itu agar melakukan perubahan. JIka mereka gagal melakukannya rakyat akan bangkit bukan disebabkan oleh Ikhwanul Muslimun (IM) bahkan oleh kezaliman dan kebodohan regim mereka itu sendiri yang gagal menerima seruan dan nasihat. Hari ini Ikhwan Muslimun Mesir menyeru rakyat untuk bertahan dan bersatu menentang regim ini dengan sabar dan aman. Mereka adalah harapan baru bagi ummah dan kini hampir puluhan pemimpin tertinggi IM ditangkap. Kita semua berdoa agar mereka segera dibebaskan dari tahanan. IM telah lama bersabar dengan dakwah dan seruan mereka yang bijaksana. Mendidik masyarakat dengan Islam dan mengajak masyarakat kembali kepada cara hidup Islam sejak ianya diasaskan.
IM pernah menerima gegaran penangkapan dan pengharamannya serta penyiksaan ribuan anggotanya disiksa dan dibunuh dengan kejam oleh Regim Jamal Abd Nasir. Namun IM tetap tabah dan thabat mengharung tempoh penyiksaan, pembunuhan dan pemenjaraan yang sangat panjang. Regim ini telah membunuh jiwa rakyatnya dengan rasa takut kepada kekejaman serta tekanan polis-polis rahsianya yang sentiasa berada di mana-mana. Kini seminggu lepas Regim Tunisia berakhir, kemarahan rakyat Tunis menjalar ke bumi anbiya ini. Kini rakyat yang telah ditekan terlalu lama mula berani membuka segala penjara ketakutan mereka selama ini. Mereka sudah terlalu lama oleh tekanan "under siege" yang menyebabkan jiwa mereka tertekan dan tidak berani menyatakan tidak kepada Regim zalim selama ini.
Kita berharap esok Regim ini akan musnah. Esok kita berharap satu perubahan baru dalam landskap politik Mesir akan berlaku. Reformasi dalam sistem politik, ekonomi dan sosial serta pendidikan akan membuka pintu baru bagi Mesir yang baru. Ini tidak bermakna dakwah dan jihad telah selesai. IM akan terus bekerja melakukan perubahan ini. Menawarkan solusi dan kebijaksanaan baru bagi bangsa Mesir dan demi kebaikan ummah di sana.
Saya menjangkakan satu kudeta akan berlaku di Mesir jika kerajaan sedia ada gagal menerima kemarahan rakyat hari ini. Namun adalah diharapkan ianya akan bersifat sementara sebelum diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang terbaik dari putera-putera Mesir yang baik dan dan beriman. Di sinilah peluang bagi dakwah IM. Jika sebelum ini IM ingin mendaftarkan parti politik tidak dibenarkan dan IM terus diharamkan, kita berharap semua ini akan berubah dalam seminggu hingga beberapa bulan reformasi di Mesir ini akan berlaku. Jika reform benar-benar berlaku, IM akan mula dihalalkan. Akan mudahlah dakwah ini menyampaikan risalahnya tanpa rasa takut lagi. Parti Politik IM akan didaftarkan, maka mudahlah para politik IM beraksi di pentas politik Mesir membawa cita rasa dan idea Islam dalam negara ini. Jika berlaku reform, akan bebaslah semua tahanan politik Mesir sejak sekian lam yang duduk di bawah tanah dan penjara yang gelap dan kotor itu. Kita doakan semua tahanan IM akan bebas. Moga Naib Mursyid IM Ir Khayrat Shatir akan bebas dari mahkamah tentera sejak sekian lamanya. Moga semua mereka akan bebas dengan izin Allah SWT
Malam ini bangunan parti pemerintah Hosni Mubarak sambungan Regim Gamal Abd Nasier telah terbakar. Ini adalah hari akhir buatnya dan para penzalim. Esok adalah hari kebangkitan baru buat Mesir. Moga Allah SWT akan terus memberikan keberanian kepada putera-putera Mesir untuk menyatakan " down! down Mubarak" . Saya yakin samada beliau akan lari meninggalkan buminya ke negara lain atau beliau akan ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas segala kezalimannya sejak 30 tahun yang lalu. Selamat tinggal Hosni Mubarak dan selamat datang hari kebahagian buat Bangsa Mesir ' Viva Egypt!".
Ikhwah dan akhawat. Ini menuntut kita semua beramal. Beramal dengan tekun dan sabar. Allah SWT akan menentukan masa kemenangannya. Usaha dakwah dan tajmik. Usaha membina syakhisyyah Islamiyyah di kalangan umat. Memilih anasir soleh dan mendidik mereka dengan syakhsiyyah jamaiyyah seterusnya membawa mereka ke alam realiti dakwah dan pengorbanan, ke arah riaayah jamahiriyyah. Melakukan dakwah, memuliakan ummah, menyantuni masyarakat dengan dakwah dan kebaikan. Rakyat akan melihat amal kita. Amal kita akan berbicara. Berbicara dengan jujur dan ikhlas lebih kuat dari suara-suara kita. Oleh itu teruslah bekerja dengan penuh sabar dan thabat, jujur dan ikhlas mengharapkan wajah Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40).
Firman Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah, dipesakakannya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (al A'raf:128).
Firman Allah yang bermaksud;
"Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (al-Qasas:83).
Segala kebenaran hanya milik Allah SWT.
Kepada Pemangku YDP IKRAM SEL Hj Mazmi terima kasih dan selamat terus beramal dan berjuang.
Faqir Ilaihi,
Wednesday, January 19, 2011
..krisis TUNISIA..
‘Berhala’ Besar Tunisia Tewas Di Tangan Penjual Sayur!
Kebiasaannya, sesuatu peristiwa besar seperti revolusi dicetuskan oleh tokoh besar masyarakat atau pemimpin agung.
Namun siapa sangka, kebiasaan itu tidak berlaku dalam Revolusi Rakyat di Tunisia baru-baru ini yang menyaksikan penggulingan diktator, Ben Ali.
Siapa sangka, pencetus revolusi besar dan bersejarah dalam dunia Arab moden itu, hanyalah seorang penjual sayur.
Akibat kecewa dengan salah guna kuasa kerajaan pimpinan Ben Ali dan gejala pengangguran di Tunisia, seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual sayur, Muhammad al-Buazizi, yang juga graduan universiti bertindak membunuh diri dengan membakar dirinya.
Kejadian tragis ini telah mencetuskan Revolusi Rakyat Tunisia yang menyaksikan kejatuhan Ben Ali,74 yang berkuasa sejak 1988-2011.
Ben Ali ‘Berhala’ Terbesar
Menariknya,kejatuhan Ben Ali ini dianggap oleh ulama terkenal dunia, Syaikh al-Qaradhawi sebagai kejatuhan ‘taghut dan berhala terbesar, (bernama) Hubal”.
(Hubal adalah salah satu berhala yang disembah orang-orang Arab sebelum Islam. Ia berbentuk manusia yang patah lengannya, lalu orang-orang Arab membuatkan untuknya lengan daripada emas).
Beliau juga mengumpamakan orang-orang kanannya sebagai berhala al-Lat, al-’Uzza dan Manat yang menjadi sembahan orang-orang Arab jahiliah.(Lihathttp://www.onislam.net/arabic/newsanalysis/special-folders-pages/tunisia/127860-2011-01-16-10-12-27.html)
Jika dilihat rekod Ben Ali sepanjang memerintah Tunisia, kita dapat memahami mengapa beliau dianggap sedemikian oleh ulama terkenal itu.
Semasa pemerintahan beliau, wanita-wanita Tunisia dilarang mengenakan tudung di tempat-tempat awam, sekolah dan universiti serta pejabat-pejabat kerajaan.
Beliau juga mewajibkan ‘Sistem Kad’ bagi sesiapa yang bersolat di masjid. Melalui sistem ini, setiap orang yang bersolat di masjid diberikan kad yang akan ditandatangani sebelum solat dan sebaik sahaja selesai bersolat.
Masjid juga hanya dibuka beberapa minit sebelum solat dan ditutup segera sebaik selesai solat.
Bagi tokoh akademik dan pemikir Tunisia, Nuruddin Mukhtar al-Khadimi, kejatuhan Ben Ali akan menumbuhkan semula ciri-ciri keislaman Tunisia yang sekian lama ditekan oleh Ben Ali sepanjang 23 tahun memerintah secara kuku besi.
Kejatuhan Ben Ali yang memenangi Pilihanraya Presiden Tunisia dengan mendapat 99.02% undi itu, dijangka membuka lembaran baru sejarah Tunisia!
Rupa-rupanya, isteri kepada si Presiden ni, Leila Trabelsi telah bertindak melarikan diri ke luar negara bersama-sama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih RM 171.3 juta! Leila telah mengarahkan Bank Negara Tunisia supaya menyerahkan jongkong2 emas itu tapi mereka taknak dan disebabkan itu, Leila merayu dari suaminya, Ben Ali agar memenuhi permintaannya dan akhirnya perintah itu terpaksa dilaksanakan. Leila ni digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab. Imelda ni, kalau nak tahu adalah isteri kepada bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang juga digulingkan oleh rakyat pada 1986 selepas memerintah secara diktator! Huh..Imelda dikatakan terkenal dengan gaya hidup mewahnya di negara yang miskin dan perwatakan ini disamakan dengan Cik Puan Leila Trabelsi..
Zine El Abidine Ben Ali telah meletakkan jawatannya sebagai presiden pada Jumaat lalu (14 Januari 2011) selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Tunis bagi menuntut peletakkan jawatannya..
(Sumber:http://warisansemasa.blogspot.com dan KOSMO, Rabu 19 Januari 2011, m/s 46, DUNIA!)