Thursday, May 19, 2016

Sampai di Sini.

Last aku taip sini 2013 ye?
How time flies.. Actually ada banyak kali aku taip sini tapi last2 kensel and save as draft je..
Mungkin taknak terlalu meluah atau perasan bizi dengan kehidupan dan kekadang rasa buang masa pulak tulis kat blog.

Anyway hari ni aku rasa nak menulis..

Semalam aku pergi Dewan MBSA Shah Alam carik wakil YM Tg. Ahmad yang boleh sahkan borang pemastautin aku kat Selangor ni. Tahap pemastautin lagi aku rupenye... Huhu. Padahal dah 8 tahun lebih aku kat bumi Selangor ni.

Sampai2 je depan Dewan MBSA tu aku dapatkan En. Megat, said sorry sebab terlambat sampai, GPS buat hal. Dia tanya aku, "Sahkan untuk apa? Nak kawen ye.."

Aku senyum paksa kat dia, "X.. Cerai."

Dia terus tak balas apa dah. Muke aku ceria sangat agaknye time jumpe dia tu. Ai mean takkanla nak usung muke penuh duka ngadap orang lain kan. Tak perlu.

Haritu aku balik Kuantan pon kakak aku citer, kakak ipar aku macam tak percaya aku n incik sayang sampai tahap ni. Ye.. Aku pon tak pernah terlintas. Tapi sampai masanya benda ni jadi. Hati aku berubah terus.

Jadi dalam fasa sangat tak tenteram skang ni. Hati aku rasa tak tenang setiap masa selagi benda ni tergantung. Incik sayang susah nak lepaskan aku tapi aku dah takde perasaan kat dia. Dia mintak aku tangguhkan sampai birthday Maryam 20 June ni, lepastu aku bleh proceed dengan all the paperworks dia ckp. Skang semua dokumen dah siap cuma tinggal nak submit ke court je...


Skang macam takde semangat sangat2, sebab pk nak mule life baru. Benda2 kecik cam seatbelt lupe nak pakai, rumah bersepah, bakul baju penuh tak berbasuh, x bernafsu sgt nak mkn, rasa xnk bercakap ngan dia. Takde mood nak buat apa2 pon. Cuma rasa down n nak baring atas katil je.


Sekali pk nak tutup mata n lupakan segalanya n teruskan hidup dengan incik sayang. Tapi setiap kali tu jugaklah aku terbayang muke Abah mertua aku, dan pk, kitorang ni dah tak boleh reverse... Abah banyak masuk campo dalam urusan kitorang time tengah bergolak tu. Aku plak dibesarkan oleh parents yang jenis tak masuk campur jadi aku serabut bile Abah start masuk campur pada level yg tak sepatutnye. Aku tak suke bukak rahsia rumahtangga semua terutamanya kat family. Tapi bile dah Abah nak tau sangat sampai buat kunjungan mengejut ke umah kitorang aritu... Aku bagitau je la semuanye, sampai Abah terdiam dah few weeks sejak aku cerita semua.

Fuh.. Nanti sambung lagi.



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Monday, December 9, 2013

Sejuta Cinta Buat Ibunda..

Mak aku yang aku panggil Cik dah tinggalkan kitorang semua two Mondays ago on 25th November 2013.

Sedih sangat. Aku selalu terpk Cik akan sentiasa ada kat umah kat Kuantan tu sbb mmg dia sentiasa ada sebelum ni. Keluar dari umah nak berjalan ke mana2 pon mmg jarang sangat2. Cik survivor selama ni, entah berapa kali masuk hospital, icu, tapi Cik sentiasa selamat.

Mula-mula hari Jumaat (22/11) tu aku balik KL bila kakak aku cakap Cik separa koma. Aku stay sampai hari Ahad (24/12). Aku nampak Cik stabil walaupun tak sedar, jadi bila aku decide nak balik KL smula hari tu, aku mmg agak mak aku akan sembuh macam biasa.

Banyak kali aku rasa ralat, rasa menyesal nih sbb blah hari Ahad tu, sbb Cik meninggal the day after je, hari Isnin.. Napelaa aku tak tunggu... Tapi aku ingat aku buat decision tu sebab nak ikut cakap suami. Memanglah incik sayang tak paksa langsung, cuma aku taulah dia nak balik. Seriously mmg kitorg ingat Cik akan sembuh, tak terpk langsung Cik akan pergi... Walaupun mmglaa aku sedih sangat nak tinggalkan Cik dalam keadaan tak sedar macam tu.. Lepas Cik meninggal tu Incik sayang berapa kali mintak maaf, "Sorry B ajak Yayang balik kl.." Takpelah... Manalah tau sebab aku ikut kata suami ni Cik dapat portion pahala yg besar jugak... Manalah tau...

Tapi macam tu 'nasib' seorang mak kan? Bila anak perempuan yang dia jaga penuh kasih sayang dari kecik dah besar n kawen, dia kena mendahulukan suami jugak dari perempuan tua yang dah jaga dia dari kecik.. Cik selalu ingatkan aku pasal tu, yang kena sentiasa dahulukan suami daripada dia. Aku bukan pertikaikan hukum Allah.. Aku cuma selalu terpk macam tu bila dah ada Maryam ni.

Yang terngiang-ngiang dalam kotak fikiran aku sekarang, perbualan terakhir aku kat telefon dengan Cik, Cik macam biasa mesti tanya bila aku nak balik Kuantan?

Aku cakap insyaAllah hujung bulan nanti..

Cik cakap, "Tak tahulah Cik sempat jumpa ke tidak.."

Aku cakap, "Sempat... Mesti sempat."

Bila aku balik jenguk Cik yang tengah sakit tu aku memang teringat-ingat kata-kata dia yang tu.. Tapi aku ingat Allah takkan ambik Cik lagi.. Aku ingat Cik salah... :(

Nantilah aku sambung lagi when the time comes... Malaslah nak basah2 kat opis nih nanti jadi scene pulak.. :(


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, October 4, 2013

Maryam Jameela's Aqiqah - Part I

Sangatlah teringin nak share pasal first time deliver haritu, tapi sampai skang tak kesampaian! Couldn't find the time. Kat opis manjangnye line tak clear n takde privacy nak menaip. Kat umah.. Lagilah jarang sangat bukak laptop..

Anyway! Fast forward drzzzzzzz sampai harini 4/10, anak aku dah nak masuk 3 1/2 bulan dah! Baru ni on her hari ke 100, Atok bliau buatkan 2nd Aqiqah, walaupun kitorang dah buatkan aqiqah untuk bliau kat Kuantan, on her 7th day haritu.. Cucu first kan, jadi exxxtra excited..  photo ngeee.png

Cepat sangat aku rasa Maryam ni membesar, setiap hari rasa macam fizikal dia berubah. Kekadang rasa nak stop masa je, tak puas aku melayan dia, dalam masa yang sama aku seronok tengok progress dia. Haih...

Ini gambar2 dia dari kecik sampai 'besau'.. Mihmihmihhh ..  photo love.gif

Freshhh! From the oven..

 
 Sepupu Maryam, abang Afif al-hafiz tolong tahnikkan..
Jadi anak yang solehah ye sayang..

Sayang Babah...

Maryam teman Mama balik berpantang kat Kuantan..






Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, September 6, 2013

To Stay Or Not To Stay

Lamanyier tak tulis sini! Actually ada beberapa kali when I felt like blogging, aku taip taip taip, then rasa macam citer tu tak worth publishing, so aku delete or save as draft je. Tapiii lately aku dok baca blog joe perantau semula, aku rasa macam ruginye lama tak berblog! Ada time kita nak bercerita secara detail tapi macam tak sesuai cite face to face... Macam we're scared that we'll bore people to death. Now that's when blog comes into the picture!

Harini ada coding yang nak kena buat tapi due in Wednesday, so aku relaks2 dululah.. Jumaat konfem takde mood nak buat keje sangat.. Tapi Isnin nanti pon mesti takde mood jugak kan! Hahaaa.. Kesimpulannye berapa hari je laa yang produktif ni ngrrrr... Maaf incik bos!

Aku lately dok berfikir cemana caranya nak mula keje kat oversea. Ini kesinambungan rasa macam takbleh 'grow' sangat kat company skang. By saying grow i mean KAYO. Kehkehhh. Bertitik tolak since dapat increment time dekat2 raya haritu yang sangat secotet.. Frust giler rasanya. Walaupun dah cukup happy ngan bonus yang dapat time yang sama.

Sebab aku pk kalau dalam line consulting, yearly increment amatlah dinanti-nantikan.. Dulu aku penah dapat increment sampai 1k+ kat company lama. Dan setiap kali job hop bleh demand around 1k dari gaji last. Kat line consulting jugak, pendapatan kita tak static, sbb ada mileage claim and the likes, sbb kerja merata2 ikut tempat client kan..

Rindu kekadang tu. At the thoughts of getting myself dressed up to work, sbb dulu keje ngan client kan, so penampilan haruslah diutamakan. Skang aku macam takdelah bersiap macam dulu dah. Atau adakah ini simptom orang dah kawen? Gagaga apa2lah..T_T

Itu yang bila aku gugel2 nak cari keje kat oversea, aku came across dengan satu blog yg sangat detail n informative ni, tentang tawaran keje untuk jadi fruitpicker kat Australia! Mulalah aku pk, kalo ikut kepala aku nih aku on je.. Pk nak kumpul duit secara bes. Kekadang penat keje yang pakai palotak ni, nak gak keje yg berteraskan fizikal, bleh gakkkk aku kurus kott. Hehe.

So, itulah dia. Ramai orang malaysia keje kat ladang sana, yang fresh grad pon ada, yang pakai tudung pon ada. Sbb dengan buat keje tu lagi banyak yang dorang dapat, around 4k+ AUD, ikut kadar kerajinan, so given currency exchange and all, duit malaysia dh dapat banyak tuuu.

Ada sorang forumer siap cakap, anak sedara dia bwk balik beratus ribu lepas keje few years jadi fruitpicker kat oz... Humangaihhhh!

Aku citer kat incik sayang, dia cakap, biar dia keje n aku n baby just dok umah.

Citer kat ija, ija ckp biar kita berempat keje (aku+hubby, ija+hubby), then babies kita bagi mak beliau jaga. Bawak mak beliau sekali ke oz.. Hahahaha nak tergelak aku.. Macam yo-yo nak keje kat oz dah nampak gayanya!.. :D

Ok lunchtime, mau menapau sikit buat alas perut sampai petang...



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, May 17, 2013

Tarantula!

"Mana??"

"Tuuu!!"


Yesss... This blog is abandoned like that.. Ngeeee... (-_-")


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasa macam ada satu keperluan untuk mengapdet blog satu kali sebelum career bertukar menjadi mak budak lepas ni. Banyakkkk cite n gambar nak share tapi rasa macam blogging sangat mengambik masa sangat skang, itu yang tak terapdet2.. Mari salahkan fesbuk..

Skang i'm on my 33rd weeks! Kejap je oiiiii! Paling awal lagi 4 minggu akan bersalin, paling lewat lagi 7 minggu... Giler laju..

Pada tahap skang, dah tak boleh baca pengalaman orang bersalin dah... Seram! Before this ai okke jerr.. Fara nina laa niiiiii cakap sakit bersalin sampai tahap meremang sampai ke telinga or something.. Arghhh I couldn't brain that! Serammmmm! :-S

Lain orang lain pengalaman kan... Pengalaman aku sepanjang tempoh bersalin in summary camni:

++ 1st trimester ++
Fatigueness. Loya2 sentiasa n kekadang muntah. Tapi muntah jenis terkawal laaa... Loya tu yg lebih.. Keperluan untuk sentiasa tido n mengantuk manjangggg... Peninggg yg kerapppp.... Tapi takpe... Mama gagahkan je demi si kecik lam perut ini..


++ 2nd trimester ++
Rasa macam orang tak pregnant je. Mmg betul2 babymoon, bebas dari ketidakselesaan pregnancy. Cuma kurang selera makan sikit. Yang aku lalu nak makan, benda2 bersup yang panas-panas. Sampai naik muak incik sayang sbb selalu sangat pergi Johnny's :D Kalau makan nasik pon berkuah yg sup2. Before dis takdenya aku nak pandang kuah2 clear tu.. Dek kerna mknn ala2 healthy nih laa 2x kot berat aku turun time checkup kat klinik. Huhuu kalo tak punyelah payahhh nk turun...

Oh! Deria bau time ni giler2 memuncak... Begini contoh perbualan dengan incik sayang:

"Yang isap okok ekkkkk...", kataku menego incik sayang yg baru turun dari tingkat atas dari jarak 5 meter. Dia biasa isap lam toilet atas yg aku jarang guna, ataupun kat luar umah.

"Terernya! B isap sikit je!", kata incik sayang sambil kasi sengihan kekerangan dia bila kantoi isap rokok.

"Tapi kenapa ada bau macam lain rokok ni, ada bau wangi... Cigar ke rokok berperisa?"

"Eh manade.. Ooh! Lepas sapkok b ada sembur pewangi nak kasi hilang bau rokok.. Hehe."

Wahhh itupun saya boleh bau! Rasa macam ada superpower sangatttttt!! :D

++ 3rd trimester ++
Deria bauu menurun. Bau mulut sendiri dengan bau kat bilik air pon aku tak bau. Adakah ini sebab aku riak time 2nd trimester sbb mempunyai deria bau paranormal?? Yang pasti incik sayang laa gumbira sbb aku dah tatau bila dia smoking T_T

Rasa giler2 restless kini kembali! Perut berat, bawah perut sakit, nak angkat kaki sebelah untuk pakai spender pon sakit giler. Bergerak dengan halaju grandma. Malu sebenarnya bila org tgk kita tak larat.. Tapi seriously bukan exaggerate, mmg sakit kalau jalan laju2..

Baby saya... Idong gue, bibir incik sayang..
Obvious sangat huhu.
Time scan, sonographer cakap, "Senyum sikit!". 
Sambil geletek perut aku..
Baby terus senyum!! Bagus mendengar kata baby mama.. (♥‿♥)

Hujung kaki pulak bengkak macam tauhu. Especially bila bukak kasut, mmg nampak kesan line kasut dan ketembunan tauhu tersebut T_T. Tak sampai ati nak aplod gamba kaki tauhuu huu huuu.. Cramp yang menggila dari ujung kaki sampai ke lutut n paha mula menjengukkan dirinya. Serious aku tak pnah rasa sebelum pregnant... Sampai menangis2 di remang pagi hari sebab tatahan sakit sangatttt. Incik sayang bila aku mengerang tetibe mmg dia akan terlompat dari tido. Kesian dia. Penyayang lakiku tu.. Akan kuingatkan anakandaku nanti akan pengorbanan bapa mereka..

Kalau aku, punyelah tak sabar kalau kena kejut dari tidur tiba2 camtu. Aku yang kena cramp pon punyelah liat nak bangun bukak mata. Kalau bleh nak sambung tido n mengharap cramp akan hilang sendiri ketika tidur huhu... Padahal incik sayang dah siap bersila kat lantai ni sambil urut kaki aku.. Huhuuu..

Oh! Dan aritu lepas beberapa kali kaki cramp, tetibe kaki dah tak cramp dah... And incik sayang plak cramp! Dia cakap, sebenarnya dia mmg ada doa supaya kalau aku nak kena cramp, biar dia yang kena sbb kesian sangat tengok aku sampai nangis2.. Huuu terharu giler. Biarlaa org kata poyo ke ape... Doa dia ikhlas agaknya, sbb tu aku dah jarang kena cramp pastu. Cuma tetibe malam tadi cramp strikes back setelah sekian lama tak kena. Ngeee!

Dannn.. napsu makan lately adalah sangat memuncak.. Risau aku. Tapi takbleh kontrol, all the time kena mengunyah dan sentiasa lapar. Harap jgn laaa besar sangat baby nanti! Sorammmm!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tak sabar nak pakaikan baby baju ni! Geram sangattttt... :D

Barang baby dah bnyk cross skang. Last wiken aku dah basuh kain2 batik aku yg sekian lama terperuk dalam beg sbb tak pakai untuk persediaan berpantang. Baju2 baby baru lepas basuh n jemur semalam. Ok barang2 cinonent nih susah nak jemur.. Mmg kena beli banyak hanger bulat lagi.. Yang tinggal cuma barang2 besar lah nak diclearkan. Macam pam susu yg paling penting. Gaji bulan depanlah beli kot.. Lelain apa ek, carseat, stroller, tapi tu last priority lah, lepas pantang pon takpe bagi aku.

Antara hasil pembasuhan malam tadi.

Ni pon antara sebab malas nak apdet blog gak.
Sebab gambar dari camera phone tak terang.. Tensen je berbintik2..
Sabar je lah ye..

Barang aku pon bnyk gak belum clear ni. Bengkung, set berpantang, dan begitu dan begini.. Phewwww.

Oklahhh... Nanti (janji manis) sambung lagi...



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, December 21, 2012

Gundah dan Tersepit.

Kecik hatinya dengan kakak aku...

Tadi aku aplod status ni kat fb, sebab macam terpana lepas baca ayat Fynn Jamal nih, tambah2 ada feeling jiwangge dengan incik sayang sbb esok birthday dia.. Pe kaitan ntah.. T_T

"Dengan selaut dosa yàng aku pikul di bahu ini,
Menyerah taat dan kasih untuk suami
Dan anaklah harapan aku dalam mengimbang semula masa depan aku di mahsyar sana.

Mereka--
Sesungguhnya--
Lubuk pahala.

Moga2 diizin Tuhan utk aku berlama2 memberi segalanya demi mereka.

Selamat menyebar cinta, para isteri dan bunda2 di luar sana.
Besar mana mana megahnya--
Tinggi mana dongaknya--
Seorang perempuan tidak di depan duduknya.

Kecuali menjadi temulang di belakang jua."

Fynn Jamal, October 2012.

Skali kakak aku komen yang buat jiwa Leo aku terus berdebar2 dengan rasa nak marah:





Ayat tu buat aku terfikir yang kakak aku tak puas hati kat aku, yang seolahnya dah lupakan mak aku yg tengah sakit kat kampung ni. Sedey :( Bila aku tunjukkan rasa sayang kat suami kat fb bukan maksudnya aku lupekan mak kat kampung.. Sampai hati dia kalau dia pk camtu.. Aku bukan tak balik kampung, dah 2x aku balik sebenarnye, mmglah tak banyak kali tapi aku mmg tunjuk effort yang bukan aku tak pedulikan mak aku..

Kalau boleh mmg aku nak sentiasa balik kampung jenguk mak aku. Tapi stakat mana aku
boleh buat tu? Dengan belen cuti tinggal sehari untuk tahun ni, dan dengan keadaan aku sihat tak sihat nak naik kereta jauh2 ni sbb pregnancy.. Sedey laa... Rasa helpless.

Suami - kunci aku ke syurga. Ibu - orang yang paling banyak berjasa pada aku sepanjang hayat dia. Kerja - aku perlu keje supaya aku tak menyusahkan orang lain dengan kewangan aku!

Bukan suami aku tak izinkan aku balik kampung, tapi aku sendiri yang tak larat sebenarnya. Bila tak larat, akan affect keje aku, sbb aku tak larat nak ke opis sekembalinya dari kampung. Aku mmg btol2 berharap adik2 beradik 6 orang lagi kat kampung tolong jagakan mak aku dan mak mereka jugak.

Bila aku baca semua ayat kat atas ni, semua ayat berpaksikan aku semata. Aku selfish, aku pk pasal diri sendiri je. Nanti kalau aku dah tua, aku nak ke ada sorang anak yang dok kat KL then tak dapat slalu balik kampung jaga aku? Mestila taknak. Aku patutnya takde alasan untuk balik jaga mak aku, sbb semua orang punye alasan diorang sendiri..

Akupun taktau nak buat macam mana skang ni... :(




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, December 20, 2012

Rajuk Suami..

Smalam incik sayang comel sangat..

Smalam aku penat gilerrrrrrrrrr siapkan 1000pcs yaasin yang customer tempah, dan incik sayang pon tak berapa sihat, so lepas balik makan n beli barang sket tu kalo bleh mmg nak terus lompat atas katil.

So bile aku amek rambutan n kupas makan sorang2, incik sayang cakap, "Nakkkk! Kupaskannn..."

Aku terus cakap, "Takmolaaa...", dgn prasaan penat giler rasa nak tercabut pinggang siapkan yaasin customer...

Pastu beliau merajuk naik atas terus baring tido... Olololo merajuk sbb campo tak sihat agaknye. Sian lakiku...

Lantas aku pon cepat2 kupaskan buah rambutan siap buang bijik nak kasik sultan hati beta ni makan. Bawak apple juice skali naik atas. Kejutkan dia yg dah pon terlena. Memula bila aku kejutkan tu suara dia cam jauh hati je.. Pastu bila aku announced, "Yyg ada bawak naik rambutan dah siap kupas ni kat b.. Makan ye?" Terusssssss sengihhhh n teruss bangun tido hehe..

Haiii suamiku. Susah nak merajuk, n bile dah merajuk senang nak pujuk... :")

Traits yang aku susah nak buat n masih sentiasa mencoba memperbaiki!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, November 14, 2012

7 Weeks & Loving It!

Harini adalah takde mood teramat nak buat keje... Smalam cuti, esok dan esok2 cuti buatkan aku rasa malas langsung nak melayan codings harini. Setakat memandang sepi je laa n menghitung jam nak pulang..

Sebenarnya apdet blog sbb nak bagitau aku dah peknen!!! Haa tudiaaa terus melompat ke topik utama. Hahaaaa mmg tak sangka2 langsung.. Sampai terpk, entah2 takde peluang nak merasa pengalaman pregnant tu. Yelah we never know kan... Tapi tiba2, kchinggg dapat 2 lines after lewat seminggu. Sebelum ni dah bnyk kali tertipu sal period lewat ni.. Skali kali ni melekat. Terkedu mak jemah pegi bagitau incik sayang dapat 2 pink lines.. Rasa cam satu achievement plak.. Muakakaa...

Incik sayang lagi best, reaction dia muke dah tersenyum lebarrr ni tapi takde bunyik, after some time baru 'yeayyyyyy!' Hihi priceless... Tapi pastu dia belikan lagi 2 test kits laa sbb nak konfemkan btol tak peknen, dan semuanya dpt 2 lines.. :D

Dalam seminggu b4 that baru melepas perasaan kat fb, ckp sal tensen melayan sorang kawan yg stiap kali msg mesti tanye dah peknen ke belum.. macamkan takde soalan lain dah. Stress gua.. Pastu ada sembang2 dengan teamlead yg berpengalaman menunggu 7 tahun nak dapat anak, 4 kali keguguran.. Dia kata, bila kita tak dapat baby, mungkin jugak ujian ni bukan untuk kita sahaja, mungkin jugak ujian untuk orang yang dah ada baby, tengok diorang riak tak dengan nikmat yang diorang ada. Maklumlah dia dapat apa yg kita takde.. Dan ramai kawan dia yg after 1st baby, dah susah dapat 2nd baby.. Masing2 ada ujian sendiri, jadi tak perlulah nak bermegah dgn apa2 nikmat yg kita rasa kita ada.. Syukur sudah..

Dulu teamlead aku kata dia pon cam aku, rasa tak ready nk ada baby, dan mungkin ada kata2 yg kita cakap yg menampakkan kita sombong dengan nikmat Allah...

Dia kata dulu dia slalu pk, "Berdua pon ok je kot, takde baby pon ok je.." Exactly macam apa yg aku pernah pk! Aku nih bukan jenis terlalu suka budak2, dan rasa cepat annoyed dengan budak yang mengada2, rasa macam maternal instinct tu kurang.. Teamlead aku pon cakap dia dulu macam tu, last2 "Haa amekkk kau 7 tahun baru dapat anak..", kata beliau sendiri.

Sooo, malam tu after work, teamlead aku tinggalkan aku dengan satu perasaan yg sungguh lega dapat share such things dengan orang lain yang ada pengalaman lambat dapat baby ni, dan dalam masa yg sama buat aku muhasabah diri aku giler2... Aku mula terpk, entah2 btol aku dah berbunyi riak dalam ayat aku before this.. Aku pk balik apa yg aku pernah bagitau orang. Yang paling aku ingat aku mmg cakap aku belum ready financially untuk ada baby. Manjangnye tak ready... Padahal aku lupe baby tu rezeki yang Allah nak bagi, bukan bleh main dapat camtu je... Aku plak eh main nak tanak plak dia.. Nak ikut timing sendiri. So aku rasa aku dihukum sebab tu...

Baru2 ni bile aku bagitau incik sayang, "Yanggg... Kita dapat baby exactly 2 tahun lepas kite kawen.." Incik sayang cakap, "Hah! Exactly mcm yyg penah cakap dulu, nak ada baby lepas setahun dua kawen...", ya Allah aku ingat tak ingat je aku penah ckp camtu... Mmg apa yg dapat tu sebenarnye apa yg kita sendiri mintak sebenarnya..

Dalam kereta lepas Maghrib on the way balik umah dari kantor, lepas sembang dengan teamlead tu, aku nanges mengadu dengan Dia.. Aku tak suke bile orang rekemen itu ini untuk dapat baby, especially bila aku tak mintak khidmat nasihat dorang, bagi aku benda first yg aku kena buat adalah perbaiki hubungan aku dengan Allah... Ya Allah I've learnt my lesson... Aku mintak ampun kalau ada kata2 aku yg menampakkan aku sombong, tapi sesungguhnya mmg aku tak berniat nak sombong... Kata2 tu lahir sbb aku rasa terlalu takut tak mampu dalam bnyk perkara especially financial, takut sampai tahap nak ke klinik baby sakit tak cukup duit, things like that... Aku taknak baby aku susah.. Skang aku masih takut tak mampu semua tu tapi aku nak jugak ada baby. The rest serahkan dalam tangan Allah. Aku mohon ampun kalau sebab kata2 aku aku dihukum camni, tapi kurniakanlah zuriat kepadaku, sebab aku tahu aku manusia lemah yang boleh tersilap dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan, alangkan perempuan yg kelihatan tak layak nak ada baby pon Kau kurniakan baby, macam perempuan2 yg buang bayi dari tingkat atas bangunan, aku bukan seperti mereka ya Allah.. Jadi ampunkanlah aku..

Allah mmg Maha Mendengar... Mmg aku preknen tak lama lepas session one to one aku dengan Allah tu... Aku bukan tak pernah mohon ampun n solat taubat n solat hajat, tapi aku rasa maybe aku tak all out mintak ampun n mintak zuriat before this kot.. Aku mintak tapi aku tak sure betul ke aku nak baby? Itu yang Allah tak bagi lagi..

So... Skang ni aku harap baby sihat sampai lahir pastu dipanjangkan umur dia... Tak sabar giler rasanya nak menimang beliau.. :D Doakan aku dapat twin! Teringin gilerrrrr... Tapi kalau tak dapat pon takpe, redha aja. Dapat peknen pon dah cukup bersyukur dah ni huhuuuu....

Oklah... Nnt sambung cerita2 lagi.. See ya later alligata! ♥




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, August 2, 2012

Azam Yang Sangat Ingin Dicapai in 2013.. T_T

Hola!! Salam Ramadhan...

Harini berkobar-kobar nak apdet. Sbb ada yang dalam jiwa ni perlu dilepaskan giler-giler. Tatahan simpan dalam dada dah. Nak kena lepassss semua!! Aku kan kalau nak samting macamni lahh dia punye prasaan.. Macam tak dan-dan.. Tak caya tanye incik sayang :D


Aku lately sangat rindukan Australia. Sangat-sangat. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut dulu.. Aku rindu gilerrrr nak pegi sana lagi. Mimpi pergi sana dah terlalu banyak kali... Sampai satu tahap aku siap mimpi, dalam mimpi tu aku cakap, "Eh besnya, akhirnya btol2 aku sampai Australia dah, tak mimpi lagi.." Sekali mmg mimpi jugak, chait!!

Aku bukan nak pegi places of interests kat sana sangat pon.. Aku just nak pegi tempat2 yang aku penah jejak dulu. Dulu aku pernah dah buat entry pasal kerinduan ni, n pada makanan2 sana macam dalam entry ni. Incik sayang macam tak berapa paham apa yg bes sangat kat Sydney yg aku nak pegi... Dia cakap jomlaa pegi Disneyland HK ke apa. Ishk masalahnye aku nak gi Sydney... Disneyland pon ofkoss nak pegi tapi 1st priority Sydney.

Aku nih jenis sentimental sket. Aku pernah bawak Maikel the scoot pegi kat area umah sewa lama aku kat Damansara Jaya time study kat KDU dulu, semata2 nak tengok rumah sewa tu, n aku spent some time duduk atas motor n tengokkk je rumah tu. Ape pekdahnya entah... Macam melepas rindu, cemana nak cakap ntahhh prasaan nih! (>_<)

Pasal Australia pon camtu jugak lah.. Aku nak pegi semua tempat2 yg aku biasa pergi dulu. Aku nak tengok apa yg dah berubah. Apa yg dah berubah sejak aku last ada kat situ time umur 21 tahun, skang aku dah masuk 32 tahun today, aku nak tengok semuaa..

Masalah paling besar adalah aku ni tak pandai menyimpan duit. Tapi tak kira by hook or by crook, tahun depan, 2013 around bulan 10 aku nak pegiiiiii jugak. Aku akan start buat tabung untuk ke sana guna duit especially dari bisnes kecik aku. Semoga aku bertabahlah untuk tak usik duit tu ngeeee. Napelaa Australia tu jauh n memerlukan perbelanjaan yg tinggi.. :((


Gambar kat atas ni kat Coogee Beach. Pool ni dibuat btol2 kat pinggir laut, so bila air pasang, air akan masuk memenuhi pool tu. Pool ni bleh tahan dalam gak, kalau time air laut pasang n sama level ngan pool tu, kedalaman dia mmg atas dari paras kepala aku.

Aku sentiasa terbayang2 suasana kat beach sini best sangat... Selalu pegi untuk melepaskan tension yang bersarang. Malam pon pernah pegi baring2 atas pasir pantai sambil tengok langit. Semoga incik sayang cukup sabar melayan kerenah aku kalau aku ajak dia buat2 perkara yg aku pernah buat dulu time kitorang sampai sini nanti wuuu...



Gambar kat atas ni kat Coogee Beach jugak... Dia kat bahagian kiri pantai tepi bukit. Tempat ni macam lagoon, ada batu yang melingkungi n mengepung sebahagian pantai membentuk rock pool. Dulu aku belajar berenang kat sini laa... Belajar tahap berani mati. Belajar sendiri-sendiri. Aku slalu 'paksa' diri habiskan berenang dari belah tempat orang turun tangga tu (dulu blom ada tangga) sampai ke hujung batu sebelah sana tu... Kalau stop berenang, tenggelamlah maknanye sbb dia mmg dalam... Dulu selalu je brani2 pegi swim sorang2 kat sini ni.


Yang ni open air punye shower, setelah berendam dalam air masin berejam2, tibalah masanya utk mandi air biasa... Bajet mat salleh btol time tu, mandi kat public tuuu.. Keh keh... :D

Ini baru aku citer pasal satu beach je ni.. Belum tempat2 lain. Korang tolonglah doakan aku berjaya capai hajat aku yang satu ni. Seriously aku kepingin sangat mau sampai.. Semoga Allah bagi kemudahan dan rezeki yang cukup untuk aku n incik sayang sampai sini. Rindu 18juta kali huks.. :(


Btw... Malam tadi incik sayang kasik birthday gift speciall sangat kat aku. Special, sbb dia yang tringin sangat jam swatch tapi dia belikan untuk aku... Wahahaha itu macam pon ada... Thanks so much darling, i appreciate it so much.. Jam comel sangat! Jaga yayang sampai tua ok!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, June 6, 2012

Punch Card, Oww Cepat!

Bismillah...
Lama GILER ok tak hapdet! I have sooooo much to tell tapi masa membataskan segalanya!

Harini aku sampai opis 8.10am. Punch card dah kaler merah. Tapi sampai2 kat opis, masih gelap. Aku sorang je pon dalam opis. Ye-ye je kata kena punch card semula skang tapi sampai skang dekat pukul 9am pon aku masih sorang diri nihhhh... Baik takyah punch card wei... Aku pun nak datang lewat.. Hahaha..

::IJA KAWEN::
Ija the bestfriend aka temen sebilik for few years kat utp dah slamat kawen ngan incik sayang's bloodbrother (orang laki geli kot kalo sebut bestfriend2 ni)... Majlis belah laki kat JB dah setel last week. Incik sayang skang dah tak risau tinggal aku sendirian kalo nak gi jamming or gig dengan Peroz suami ija, sbb dia tau Peroz akan tinggalkan Ija dengan aku. Ngehhhh... Kalau dok satu kejiranan tu takpelah jugak... Ini Serdang dengan Shah Alam. Jauh tuuuu...

::UMRAH::
Lagi apa, oh haritu aku pergi umrah for 2 weeks dengan family mertua. Seriously before this aku tak pernah pasang niat nak gi sana pon. Aku jadi macam glabah smacam bile Abah ajak pegi. Puas aku pk alasan taknak pergi tapi takde alasan. Baik btol prangai kan... :D Seriously belum teringin nak pergi time tu...

Tapi bila makin dekat nak pegi aku rasa teruja semacam laa pulak. Dah sampai sana lagilah berapa kali 'banjir' bila memula jejak bumi Madinah. Macam tak caya dapat jejak bumi yang sama dengan Rasulullah pernah jejak dulu. Macam tak caya, orang macam aku pon ada peluang dijemput untuk datang ke sana... Paling takut bila aku dengar ustaz yg cakap kalau tak silap, yang maksud dia lebih kurang camni, kalau kita sendiri pon nak tanak je menyahut panggilan Allah, seribu kali Allah palingkan wajahNya daripada kita. Sedass kena batang idong aku. Sorilah aku tak ingat exactly ayat tu, tapi maksud dia yg aku paham lebey kurang camtu..

Betullah perjalanan ke sana truly a soulful journey... Terngiang2 teamlead aku cakap, umrah atau haji yang mabrur tu maksudnya, kita masih kekal prektik apa yg kite buat time kat tanah suci tu bile balik Malaysia. Pakaian ikut syariat, sembahyang ikut time, dan semua yang baik2 tu lah.. Time kat sana aku mmg niat bile balik Msia nnt at least nak pakai tudung tutup dada.. Jubah yg slama ni aku pandang sebelah mata je, yg kakak ipar aku belikan pon aku mmg tak pakai n bagi kat kakak lain, time kat sana aku enjoy giler pakai, super selesa dan rasa selamat. Dan benda tu common kat sana, jadi kalau pakai pon tak pelik sebab semua orang pakai.

::SEKEMBALINYA KE MALAYSIA::
Bila beli jubah, banyak dapat shawl arab yang panjang n besar tau, n kainnya pulak selesa gilerrr.. Mak mentua n adik ipar aku pon bnyk bagi shawls yg dorang dapat kat aku sbb dorang tak reti pakai. So bile balik Malaysia aku terus sambung pakai je laa shawls torsobut. Tapi bila pakai shawls tu, baju2 n seluar2 ketat aku dah kelihatan tak relevant. Maka terbukaklah pintu hati ni nak opt for pakaian yang lebih longgar...

Pakai tudung tutup dada ni mmg magik sebenarnya... Nak2 yang pakai tudung labuh tu. Bila dah pakai tudung cenggitu, takkan nak pakai baju ketat? Nampak tak senonoh okehh... Pastu bila tak pakai stokin pon rasa togel semacam. Jadi stokin pon kena pakai.

Bila balik Mekah tu aku senang hati je sarung tudung dah macam tudung labuh siap TER-tutup bahu skali sbb sumhow rasa selamat je kan pakai camtu.. Tapi one fine day tuh kat pondok pakgad, pakgad tu greet aku cemana tau, "Assalamualaikum Ustazah.." pastu gelak2.  Ingat lawak sangat lahhh tuuu... Aku rasa sedey giler time tu. Satu, sebab aku tau diri aku tak cukup ilmu. Dua, sebab diri ini banyak dosa. Pehal plakkk nak panggil ustazah2 kan..

Balik umah tu aku nangis cerita kat incik sayang. Sedey. Incik sayang cakap, "Sayang pakai tudung camni sbb nak nampak cantik kat sape? B nampak sayang cantik..." Sungguh aku tak sangka incik sayang akan cakap camtu... Sbb aku a bit worried jugak kalau dia tak suke tengok aku camni pasni... Bisikan syaiton sungguh.

Dan kerna pakgad tu jugaklah since then bile aku tengok cermin time pakai tudung, aku dah jadi ragu-ragu dah. Tudung yang tutup bahu aku tarik n sematkan kat bahu. Aku mula rasa taknaklah nampak macam ustazah sangat... Dah tak rocklah camnih...

After some time baru aku bleh digest apa yg pakgad tu cakap. Tak kisahlahhh dia nak cakap apa. Aku pilih kampung akhirat. Biar lah aku tak berubah sepenuhnya pon janji aku ada niat nak berubah, dan aku mulakan dengan pakaian. Aku pk, sampai bila aku nak camni? Umur dah 32 tahun pon... Sampai bila aku nak pakai tudung tak ikut syariat, sama juga dengan sia-sia je, dosa mcm tak pakai tudung jugak.. Sia-sia.. That's the exact word.

::BISNES::
Gadis Jumaat Art Cetera masey bertahan... Alhamdulillah sangat tak putus2 rezeki aku. Semoga rezeki aku btol2 menjadi dalam bidang ni, then boleh convert jadi full time job pulak.

Skang plan yg aku excited nak share adalah plan nak jual bebola cucuk2 kat opis! Haha dah jadi macam macik karipap dah akuuu... Tapi kat opis tu just letak je dalam tupperware, pastu sediakan moneybox, sapa nak beli sile isi duit dlm money box.

Aku plan nak stat next week. Sbnrnye nak stat arini tapi label cantik2 belum siap, so next week je lah! Aku tau jual cucuk2 ni takdelaa untung mana... Tapi dari dulu aku teringin jual makanan... Macam ada satu kepuasan bila dapat duit tu. So, aku target nak siapkan dalam 100 cucuk sehari untuk dapat untung dalam RM50 sehari. So 20 hari bekerja bolehlah dapat dalam RM1000 sebulan. Tu pun kalau ada cucuk2 aku laku la hahahaha...

Aku plan nak keje lama kat Proton nih... Tapi aku rasa susah nak naik gaji giler2 every year macam keje consulting dulu, setahun boleh naik sampai 1k. So, untuk mendapat pendapatan lebih, aka menjadi kaya, kenalaa rajin berusaha... So I'll do whatever it takes. Dahlah ada umah idaman kat bukit jelutong ni cun giler. Rumah tu macam kat hujung bukit, so nampak macam beach house je. Bayangkan bawah bukit tu laut.. Hehe. Tapi konfem umah tu rege dia juta2. Berangan je laa jack, lagipun berangan tu free je perrr... :D

****Nanti aku apdet gambar, kat opis takleh bukak facebook, so takbleh curik gambar.***



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, February 10, 2012

Same Song, Different Verse

Hati aku agak panas smalam bile aku discover design aku jadi profile pic on some other blogshop.

Exact design. Tukar kaler je. Aku rasa it's only natural to get mad about this. True designers n other creative people taulah cemana perasaan ini. Setiap design yg aku buat tuh mmg nampak simple tapi tau kah anda bahawa nak buat design yang simple tu jadi cantek adalah sukar?

Dahla design LADYBIRD nih penuh nilai sentimental sbb aku buat ngan penuh kasih sayang sbb nak hadiahkan kat the Malaysia's sweetheart - Hanis Zalikha n her family haritu... Huu.

I think this is really unethical, especially when u're running a business. Kalau utk personal use bolehlaaa diadjust. Ni siap terang2 upload ke page sendiri. Design orang lain pon ada dicilok. Tak pk ke, the likelihood of having the owner spotted his/her designs in your collections is high!

Tapi lepas aku pm bliau, nampak gayanye mmg dia tak kisah kalau org tau itu mmg bukan originally design bliau T_T. Alasan bliau, customer dtg bwk design yg berkenan so dia just ikut je la. Takleh salahkan dia. 'To copy, I'm not like that..', kata bliau. Persoalannye does that put your heart at rest? Lupekah dia akan perkataan 'berkat' dalam berniaga atau apa jua urusan hidup? At least have some decency by not uploading it on the net. Takdelaa aku tau kan...

Customer aku pon ada yg mintak aku design samting cam org lain pny, tapi terang2 aku cakap, aku takleh tiru sebijik sbb tanak ada problem in the future. Pastu hati pon berdebar2 je nak tiru design org lain, dah berdebar tu maknanya apa? Maknanye benda tu salah laa... Cemana lah org lain bleh slamber n openly share plak design yg ditiru tu? Tak pahammm.

Kawan aku lagi bes, kalau ada org mintak dia tiru design beg orang lain (kawan aku jual handmade bags), dia suruh orang tu order dengan tuan asal je sbb dia respek kreativiti org lain! Unlike certain people! Lesson learnt. Pasni aku pon akan cakap camtu...

“The secret to creativity is knowing how to hide your sources.” —Albert Einstein

Exactly, mendiang Albert.

Bukanlah takleh tiru langsung, tapi kenalah guna creative juice sendiri jugak kasik campo2... I have nothing against cilok idea sikit2 n guna gambar org lain sebagai penambah perisa... Contohnye cam gambar kat bawah ni (source):

Pengalaman aku kali ni buat aku teringat balik entri Ladynoe yang ni - Sesungguhnya Plagiat Itu Memang Menyakitkan Hati.

Mmg betul noe... Though to some, it's only a pebble in their shoe...



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, December 30, 2011

Moving Out

Jumaat yang lemau dan malas gilerr. Aku tengah berbungkus 3 lapis ni dek kesejukan terlampau kat opis... Kawan aku siap pinjamkan sweater beliau, sementara beliau selamba badak je pakai baju kurung je! Giler kentang. Dahlah lemak bliau sangat kurang berbanding dengan aku nih.. T_T

Malam tadi aku siapkan order tq tags yg urgent2 semuanya kasik setel. Ada yg terpaksa aku minta lanjutkan tempoh nak siapkan order sbb kalut nak pindah wiken ni. Nasib baiklahhhh most of the time dapat customer yg sangat considerate phewww!

Umah bersepah bagai nak rak skang... Bahagian bawah pon baru setel kemas 70% kot. Atas langsung tak berusik lagi. Hopefully Allah permudahkanlah, aminnn! Hari Ahad ni insyaAllah angkut barang semua ke umah baru. Rumah baru yang ekceli rumah abang aku yang dah 10 tahun dia tinggalkan! Wohha! Tapi setiap minggu ada org dtg bersihkanlah...

Incik sayang ekceli ajak tangguhkan pindah umah ke next weekend sbb rasa macam tak ready, tapi aku tak mampu tangguh dahhh. Sangat tak larat nak travel dah dan membayar tol dan membayar minyak. Kalau tak jem takdelaa stress sangat kot...

Ok tu je lah.. Nanti aku citer lagi. Saje apdet sbb mengantuk giler dan sejuk giler dan tak sabar mau pulang hari ni! Ada issue baru masuk tapi ya Allah takde mood giler nak membuatnya! (>.<)












Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, November 25, 2011

♥ Hamis Jalikha ♥

I mean who doesn't love her and her writings? (>.<)

Oleh kerna saya amat mencintai HJ, blog mak n kekadang adik n kakak dia semua aku baca. So one day, aku baca entri mak dia pasal kakak HJ nak kawen. Terus ting!! Keluar mentol atas kapla. Ini peluang nak melebarkan sayap ni.... Dan peluang nak kenal HJ in person ngeh2.

So apalagi, aku terus kontek Kekna (kakak HJ) and cc sama mak dia. Rupanya mak dia yg respond dulu. Aku tanya dia berminat tak kalau aku nak sponsor benda kecik je, tags je pon, pastu aku tinggalkan link to pesbuk gadisjumaat untuk dia cekidaut.

Skali mak dia cakap, "Alhamdulillah, terima kasih sangat... Kita memang cari benda2 yang unik2 ni..." Humble giler okay... Mak dia siap cakap, "Jarang orang2 kita ni yang sanggup rugi dengan cara sponsor orang ni, padahal sebenarnya nanti kita jugak yg akan untung. Mcm ada sorang tu sponsor photography untuk Liana, skarang dia ramai clients dah, dapat bnyk jobs dari orang lain pulak.."

So long story short, finally dia invite aku ke umah untuk diskas2. In return, aku cuma mintak benda kecik2 je sekecik tq tags aku :D - iklan gadisjumaat kat sidebar blog mak dia n kekna, one short entry yg citer pasal tq tags ngan buttons gadisjumaat n yg paling penting tapi aku tak paksa, a brief mention of gadisjumaat's link dalam blog HJ sambil dia menggayakan buttons gadisjumaat di hari persandingan Kekna contohnye.... Nak gak masuk blog HJ tuh! Gahhhh! :D

Cunnye orang anak enam! (>.<)

Kekna si darah manis...


Alisya pon ada.. Comel sgt! :)

Excited membayangkan peluang2 yang akan muncul untuk aku lepas tu! Aku sponsor dalam 1600pcs scallop stickers, setiap satu tu ada tulis 'designed by gadisjumaat.blogspot.com', so I'll reach 1600 people, pastu 1600 orang ni mungkin akan tunjuk tags tu kat orang lain... Jadi numbernya aku yakin bisa berkembang, finally yang penting, translated into profit! Ewahhh...

Mak HJ cakap dia nak kurangkan bajet doorgift ni, dan lebihkan bajet pada makanan, so dorang just bagi lollipop macam famous amos tu. Kat situlah tq tags aku akan dilekatkan..

Cam gambar ni, tapi diorang punye bentuk love.


Aku sampai umah dorang ni ekceli dalam kol 10pm. Lambat sbb mak dia bizi hantar order, so dalam pukul 10pm baru ada kat umah. Memule tu tipis dah harapan nak jumpa HJ sbb dia dalam bilik tengah tido. Tapi nasib baik mak dia suruh adik dia kejutkan jugak sbb nak suruh HJ carikkan source file untuk label Collagen Dust yang mak dia nak order dengan aku! Yaaa aku! Annoying takkk... :D


Ni transparent sticker ni, skali order terus 1100pcs... T_T Aku rasa mak dia jenis taknak makan budi orang sangat kot, sbb tu dia order sticker untuk botol collagen dust ni dari aku untuk contra dengan yg aku sponsor tu kot... (-_-")

Then finally! Hamis Jalikha keluar menayangkan diri. Aku first time tengok rasa berdebar-debar giler, boley tak?? Hahaha... Cunnnn.... N flawless... N tall n slim... Ntah cemana prasaan orang yg jumpe dia hari2... Laki tengok lagilaaa kot.. T_T

Tutup muka sbb malu muka baru bangun tido. Hehee slamber je aku snap, tatahan! :D

Okay tu je! Mak dia invite jugak aku datang majlis tu nanti... Hopefully dapat amek gambar ngan Hamis banyak banyak banyak lagi! Sukaaaa! :))



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, November 24, 2011

Exhausted.

Lately rasa penat gilerrrrrr. Awal2 dulu penat tapi under kontrol lagi, sbb maybe aku belum bizi lagi kat tempat keje.

Tapi skang, dari pagi sampai Maghrib aku fokus mengadap coding, berfikir dan terus berfikir, so by the time nak balik tu aku dah rasa tak larat sangat nak drive balik. Jauhhh...

Sri Gombak to Glenmarie Shah Alam jaraknye 38.3km, kalau tak jem langsung dalam 1/2 jam bawak laju dah bleh sampai... Tapi time2 biasa datang keje tu dalam 1 jam gak lah travel. Balik plak antara 1-2jam. Warfff....

Belum cakap lagi pasal tol yg antara faktor menyesakkan fikiran jugak. Pegi balik RM9.90 sehari. Minyak dalam RM70 seminggu. So sebulan dekat RM500 habis kat travel je...

Tapi nasib baiklah semua ni insyaAllah sementara je... Awal bulan 1 insyaAllah kitorang pindah duduk dekat umah abang aku kat Bukit Jelutong. Abang aku n family dia semua duduk kat Arab, n dorang pon belum ada plan nak back for good to Malaysia bila, so aku dengan tak malunye tanya dia, bleh tak aku dok umah dia. Sebab selama ni dia tak pernah sewakan umah tu kat sesape pon. Cuma kakak ipar dia ada datang every week tolong kemas2 umah...

So dia akan balik 19/12 ni n kemas barang2 dia letak setempat, then aku blehlah pindah ke umah dia tu. Hopefully semua berjalan lancar. Aku dah tak sabar sangat nak pindah niiii.... :(

Aku rasa performance aku as a wife makin teruk dengan lifestyle cam skarang. Smalam sampai2 umah aku terus naik ke bilik terus tido. Aku taknak pk ape dah, aku tak sediakan makanan pon kat incik sayang. Yang aku pk cuma nak hilang kejap dari dunia ni. Sampailah dia naik atas n tengok aku tido. Dia usap2 n tanya aku demam ke?

Aku cakap, "Boleh tak yayang nak tido... Yyg tak larat sangat." Then dia cakap, "Okay... B nak turun masak." Aku rasa incik sayang nak suruh aku masak tu tapi aku tak offer diri pon nak masak. Walaupun aku tau dia bab2 lain dia bleh tolong tapi bab masak dia mmg nak aku sediakan untuk dia. Tapi smalam, aku pk, biarlah dia masak sendiri malam ni... Biarlah.. Aku taknak...

So harini dah rasa cukup rehat, tapi sampai skang aku rasa bersalah n rasa tak bes giler sebab tak siapkan makanan untuk dia smlm... Failll sangat... T_T Cemana caranya nak jadi superwoman yg lebey gagah lepasni?? Wuuu...



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Tuesday, November 22, 2011

I Found Myself Googling 'How To Get Pregnant Quickly' (-_-")

Dah mula rasa berdebar-debar pasal isu pregnancy ni, tambah2 plak baru2 ni tengok cerekarama kat tv3 yang bertajuk PAYUNG EMAS tu... Ngeeee. Mulalaaa dalam kepala macam2 dok pk ngeeeeee...

Abah in law dah mula tidak senang duduk nampaknye bile aku masih takde tanda2 nak pregnant. Orang tua tidak sudi paham ye kalau kita kasik hints pasal family planning ni.. Tapi yelah, kitorg pon planning to get pregnant after setahun, so skang dah kawen setahun sebulan. So silelah bersabar abah...

Aku paham keadaan Abah aku cemana, anak dia 2 orang je, adik ipar aku plak belum kawen. So satu2 harapan dia untuk mendapatkan cucu adalah melalui aku juga adanya.... Aku! Ya aku! Wuwuuu. Belah aku lain, mak aku dah ada 30++ cucu so tidaklah begitu heran adanya bila aku pregnen nnt kot...

Yang aku paling kecik ati aritu time lepas solat subuh jemaah pagi raya puasa, time doa tu, dia terang2 doa cakap, "Ya Allah... Kurniakanlah aku seorang cucu ya Allah...." Dia doa sambil nangis time tu. Aku ni dengan sedeynya sbb raya pertama kat umah mertua, tambah sedihnya lagi bila dia doa camtu... Cam aku ni tak mampu je! Terus pas smayang tu naik atas slow2 masuk bilik pastu nangis dan nangis berbackgroundkan music dalam hati - Dalammmm dingin subuh, hatiku terusik... Kenang nasib diri di rantauan...

Sampai satu tahap aku dah macam Charlotte dalam one of the scenes in Sex & The City. Slalu alert dengan symptoms time ovulation, pastu hitung waktu2 most fertile etcs lantas menarik incik sayang, macam we have to have it tonight!! Gaahhhh! Technical sgt ok, untuk sesuatu yang sepatutnya berjalan secara natural! (>.<)

Then baru ni, ada sedara mara belah incik sayang tanya2 aku dah pregnant ke belum. Yang tu tak kisahlah. Tapi bila siap bagi suggestion pergi berurut peranakanlah... Apa lah... Aku macam aik? Boleh bertenang tak kawan-kawan semua? Agak stress okay... :-|

Apa pon, semoga Allah bagi rezeki baby kat aku dalam masa terdekat nih. Supaya parents aku lebey bahagia, dan aku pon ofkos rasa nak sangat tengok diri sendiri pregnant n merasa dapat anak muke gabungan incik sayang n aku! Dan harapnya dapat bawak baby skali dlm perut time gi umrah insyaAllah bulan 3 ni... Amin!

Thursday, November 10, 2011

Bus To Tempe.

Dulu kalau jalan2 kat tengah2 bandar Sydney, selalu nampak bas ke Tempe. Dalam hati, "Oooh... Ada tempat kat Ostolia nama Tempe? Hihi..". Gelak sendiri dalam hati bila word 'tempe' kat tempat kita ada maksud lain kat tempat orang...

Kalau sekarang macam 12 tahun lepas, dah lama aku amek gambar bas tu n post kat facebook wall jadi bahan gelak ketawa.. Kes kes...


So harini bila aku tengah nak mengkhatamkan entries kat blog ni, aku nampak blogger yg sgt talented nih asal dari Tempe, aku konfiden dahhhh, ni mesti orang ostolia ni!

Rupenye kat US pon ada Tempe... Muhahahaha!

Mana ntah diorang ni dapat nama Tempe? Yang aku tau tempe sedap bangettttt, tahap makan hari2 pon tak kisah! :D



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, November 4, 2011

Bukan Adnan Sempit.

Rasa perlu meluahkan... (>_<)

Awal malam tadi lepas balik dari jalan2 kat Mydin USJ, tetibe eksiden sikit kat traffic light.
Orang depan aku stop. Aku pon stop laa belakang dia kan.

Tiba-tiba aku perasan kete dia makin mengundur-mengundur... Masa tu jauh lagi jarak aku ngan dia, so aku hon-hon banyak kali tapi takde effect. Bile last minute sangat, time aku tengah berkira2 nak reverse sikit, tiba-tiba bam!


Selamatlah sudah bontotnye mencium depan Chuck... Aku ingat nak teruskan perjalanan je, sbb aku rasa impact eksiden tu sikit sangat. Tapi orang depan aku bagi signal suruh berenti tepi jalan... Aku pk, "Oh, dia nak mintak maaf kot..."

Bila sampai kat tepi jalan, aku tengok driver dia orang melayu in his late 20's camtu, keluar kereta dengan kawan lelaki dia lagi sorang. Aku tengok kete aku okay, n kete dia pon okay, so aku tanya, "Hehe. Tak prasan ke saya hon banyak2 kali tadi... Nape kete mengundur tu...", kata aku dengan riang ria.

"Eh saya tak mengundur lah, akak yang mari ke depan..."

"Aik? Manade.... Akak brek abis, akak tengok kete awak makin mengundur...", amagaddd.... Apekah ini! Time ni jantung aku dah lari pecut dah. Macamana samting yang kita rasa sangat yakin bukan salah kita, tiba-tiba jadi macam salah kita pulak ni?? Wuuuu...

"Ishk saya kete auto, mana saya masuk gear reverse tadi..."

"Yelaa mmg tak masuk gear reverse, kete awak yg mengundur sendiri..."

"Eh, doklah kak, kete auto. Takkanlah tiba2 saya mengundur..."

"Iyaaa... Mengundur... Akak nampaklah... Tu yang akak hon banyak2 kali takkan tak sedar kot..."

Dia diam macam berfikir kejap. Pastu dia cakap, "Tak... Saya kat gear N tu... Tak gerak lah..."

"Ishk tapi akak yakinlah akak nampak kete awak mengundur... Mestilah jalan tu tak rata.. Akak nampak space depan kete awak tu makin besar, maksudnya awak mengundur laa."

"Dok kak... Mana ada...". time ni kawan dia pon ada menyampuk2.

"Abestu nape bile dah langgar tu awak pegi ke depan? Maksudnya mmg ada space laa depan kete awak kan..?"

"Dokkk, tu sbb lepas kete kena langgar, jadi kerete melompat ke depan..."

Blablabla ckp pasal undur-tak-undur-tak... Time ni bumper seblah kanan dia makin jatuh. Tadi nampak takde apa sangat. Pastu last2 mamat tu cakap, "Doh, takpolah kak, doh kak kato sayo mengundur...", kata dia penuh sopan. Kesian pulakkkk bila melalui situasi begini dengan orang baik2 camni.

"Ala... Jgnlah camni. Tp itulah yg akak rasa tadi... Sbb tu akak hon-hon banyak kali... Takkan akak hon bila akak sendiri yang pergi ke depan kot..."

Blablabla, aku masih rasa bukan salah aku. Yelah, sapa yg nak menyalahkan diri sendiri kan. Dalam masa yg sama, aku terpk2 jugak kot ada possibility aku yang menuju ke arah dia. Kot laa aku still dalam gear drive wpon aku tak tekan minyak kan... Adakah aku berhalusinasi?? Warff. Tp seriously, takkan aku tak tau beza bila aku yang menghala ke arah dia, dengan bila dia yang menghala ke arah aku? Warffffff sakit kepala malam2 camni bila cuba recall exactly cemana keadaan time eksiden tadiiiiiiiiiiii... T_T

So last2 aku tatau nak buat apa, aku mintak no. phone dia tadi, aku kata biar aku pk dulu. Then dia suruh aku miskol dia. Aku miskol je laa. Dahlah time2 camni laa incik sayang outstation, padahal bukan slalu pon bliau outstation tsk tsk....

Eh tapi aku rasa taklaa... Kita mmg bleh beza bila kita yg menghampiri kenderaan depan, dengan bila kenderaan depan tu yg mundur ke arah kita. Buktinya time traffic jam tu, aku sentiasa sedar je kete depan tu benti, n aku yg menghala ke arah dia. Kalau dia yang mengundur, keadaan dia lain. Tapi, biasanya bila kereta kita berundur ke belakang tanpa sengaja, mmg kita tak prasan kan??? kan?? T_T

Tengok aku dah cakap ulang2 pi mai pi mai tang tu jugak... Serabut okehhhh... Terpk nak 50-50 share tapi incik sayang cakap jangan sbb mamat tu yg gear N, so mmg ada possibility dia berundur... Warfff... Semoga Allah bagi hidayah kat mamat bernama Adnan tu bahwasanya beliau yang mengundur... Dan semoga benda ni betul2 bukan salah aku... :((



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Tuesday, September 20, 2011

An Early Dream Come True: Episode 2 on WHI!

Internet selo GILERRRR smalam n blogspot takbleh masuk.... Plus sangat bizi. So tak dapat mengotakan janji pasal episode 2 nih untuk update hari Isnin... Sori!

Sebenarnye 888th follower tu bukan someone famous pon... Dan Inaz, bukan Shaheizy Sam tau! Hahaaaa kelakar... Tapi someone yang bermakna sangat untuk aku! Nama bliau Azli, dia producer untuk program Wanita Hari Ini! Hahaaaa ok so dah tau hala tuju cerita ini skang kan? :D





Aku rasa senang bekerjasama dengan Azli ni, people-person sgt dia nih. Sms semua dia layan. The kind of person yang bile kite jumpe 1st time terus rasa okay. Dia kata dah lama jumpe blog aku nih taim dia gugel for something... Then dia btol2 tertarik dengan design button badges aku. Tapi sbb time bulan puasa n raya format WHI ditukar sket so takde segmen kraf, so right after raya barulah dia bleh invite aku untuk jadi guest dalam WHI...

Tapi before raya lagi dia dah contact aku laa tanya interested tak nak masuk Wanita Hari Ini? Ofkos nakkkk aku cakap. Hahaaa... Punyelaahhh simpan sendiri je n bagitau kat family n bestfriends je, sebab takut tak jadi... Kang malu sekampung hehe. So simpan je laa untuk diri sendiri walaupun dalam hati bagai nak meletup, kerna meluap2 nak citer gahahaaaa... :D

Tapi mmg patut aku tak citer pon, sebab memula dia invite aku jadi guest untuk segmen kraf tu on the 14th (14/9/11) tapi tak jadi. Ingatkan tak jadi terus... Tapi last2 dia invite untuk 19hb 9 punye yakni smalam.


Kalau nak tengok gambar lagi, sile pegi kat facebook je: http://www.facebook.com/gadisjumaat sbb internet aku masih slow gilerrrr untuk aplod photo... Video pon sampai skang tak dapat nak aplod :(

Memule aku nak setup barang2 aku kat studio, n memule jumpe dua2 hosts di atas, dorang nampak sombong sikit n tak berapa friendly. Maybe sebab dorang sibuk short rehearsal sesama sendiri time tu, so dah tak berapa nak peduli pasal orang lain. Tapi lepas tu bila Azli sendiri yang kenalkan aku n broke the ice, then tunjuk buttons yang aku buat untuk dorang - ada cartoon n nama dorang - dorang terus went all bubbly n start camwhore dengan buttons tu hahaha...

Puas hati...

Bile dah habis on air pon, dorang sibuk mintak aku buatkan bookmarks untuk diorang daripada items yang aku sediakan untuk demo, n ada crew pon mintak bookmarks tu dengan aku. :)

All I wanna say is it was really an 8-minutes fame.. Right after the show aku dihujani SMS, emails, notifications kat page gadis jumaat (GJ) n personal facebook aku, semua tanya macam2... Jumlah orang yg like page Gadis Jumaat daripada 1000 meningkat naik 1500 dalam masa 2 jam. Skang dah ada dalam 1800 dah and the number is still growing. Notifications pon sama... Best giler okkk, macam buat advertising... Aku sempat tanya Azli, dia kata rating per day utk WHI dalam 600k viewers. Ramai tuuu for a weekday show!

The whole experience mmg bermakna giler2 untuk aku... Sbb itu kira testimoni yang cukup kuat untuk customers aku, so takde timbul persoalan 'bleh caya ke blog seller ni?' - things like that. So hopefully Allah buka lebih banyak rezeki aku, sbb aku masey jobless n aku tak rasa aku mampu nak buat keje ni full time pon... Sbb tu aku masey mencari keje skang nih.... :))

Okay! Tu je nak cite. Daaaa~~



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Monday, September 19, 2011

And Another Loss.

Day 2 lepas kehilangan kucen paling kecik - Kenit nama dia.

Bila sunyi2 n sendiri camni aku rasa sedey giler... Sedey dia dah takde. Sedey sangat tak dapat tengok aksi comel dia, yang aktif main setiap masa.. Dan manja giler giler giler... Rupanya makhluk sekecik tu yang Allah pinjamkan untuk kita bleh bagi kite this much impact.. :((

Ceritanya, smalam time nak gi open house umah membe aku, Chuck takbleh start. So incik sayang nak alihkan kereta dia ke depan kereta aku untuk jumpstart... Time nak alih kete incik sayang tu laa, kitorang tak teringat langsung pasal si kenit, yang biasanya mmg kalo kitorg nk keluar dia akan sama rushing nak naik kereta... Tapi recently dia mmg suke dok bawah kete. Orang dah start kete pon dia takmo lari... Tapi dia camtu cuma dengan kete aku atau incik sayang je... Kete jiran2 semua dia takde prangai camtu...

So time nak alih tu laa Kenit kena lenyek kat bahagian kepala... Aku tak prasan langsung dia kena ekceli. Sedar2 nampak dia summersault 2-3 kali macam tengah main dengan samting - tapi taim tu aku terpk dia kena gigit semut gatal sbb nampak cam terkejut-terkejut... Rupanya time tu dia tengah nazak, n few seconds after that dia dah terdiam...

Bila aku tengok dia terdiam tu laa baru aku terpk dia kena langgar ngan incik sayang...

Incik sayang pon tak sedar, terpinga2 je bila aku tanya, "B langgar Kenit ke??"

Lepas tu jgn cakaplah, aku dah paham ape yg jadi. Badan dia tak gerak langsung dah... Aku dah bising nangis taim ni. Sedey... Incik sayang tak brani nak dekat aku sebab tak sampai hati tengok aku. Dia mintak maaf tapi, bukan salah dia, mmg qada' dan qadar dah... Tapi ishk aku takleh lepas salahkan diri sendiri sebab lupe nak cek bawah kereta... I should've checked at least... Sian sangat dia mati camtu...

So skang tinggal 2 ekor je kucen aku, tapi dorang berdua dah besar, so tak manja n playful sangat. Haih.... Tapi bersyukur, at least ada 2 ekor ni. Dan kena bersyukur jugak sebab orang lain yang hilang anak, hilang suami semua, lagi besar dugaan diorang kan... :((


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, September 16, 2011

An Early Dream Come True: Episode 1

Lama gilerrrrrrr tak apdet blog! Walaupun tengah jobless skang tapi macam2 nak buat...

Aku sentiasa apdet dengan berapa ramai orang yang like page aku Gadis Jumaat Art Cetera tu tau... So ada satu masa tu, aku tertunggu2 siapalah follower no. 888 aku... Dah takde keje kan, saje monitor nombor2 cantek heheee... Dan terpk nak bagi mystery gift or something pon ada, tapi last2 tak terbuat sebab konon bizi dengan project last ngan petronas before aku resign haritu...

Pastu last2 dah sampai ke angka 888 tu, tau sape yg like page aku? Tau sape? Anda tau???

Di sinilah part paling boring aku nak cite - bersambung di episode 2............. Huahuahuaa... Sile tarik rambut orang seblah anda skang!!!!!

Episode 2 insyaAllah akan menemui anda on Monday 19/11 ni, aku akan cerita baekkkkk punye... :D

Hint: Beliau adalah seorang lelaki... :D





Jaga diri & stay pretty!

xoxo,