Wednesday, April 6, 2011

My Little Kingdom

Kembali bersiaran setlah sekian lama...
Sebenarnye banyak kali aku nak apdet aritu tapi rancangan tergendala
Sbb apdet dah tak bes kalo takde gambar disertakan bersama!

Ada banyak giler benda nak citer
Dari pasal kucen2 kesayangan hamba
Sampai ke kisah2 biasa side bisnes hamba


Smalam umah baru dipagarin dengan jejaring hijau
Sebab jiran seblah cerita, kucen2 aku masuk n membuat onar di umah beliau!
Dia tak marah kat aku, tapi dah tak larat nak halau
Kucen aku rupanya dah masuk sampai dalam umah, bukan stakat dalam pagau!
Sampai hati korang sume malukan mama tau!!
Pagi tadi pon incik sayang jumpe skali lagi suami beliau
Dan mintak maaf atas sikap kucen terlampau
Memule kucen2 aku blur bile tak lepas keluar pagau
Tapi pagi tadi sekor dah terlepas, dipercayai lompat tembok yang giler tinggi mak kau!
Takpeee... Balik keje nanti akan ku pasangin jaring2 hijau kat tembok kaw-kaw!! :D

Puas bercalar tangan mengerjakan besi jejaring ni.. Wuuu T_T

Yang paling tatahan bile buat bisnes, any bisnes, adalah bile jumpe org yg agak tak responsible
Order order order n request macam macam macam pastu kensel kensel kensel
Mungkin orang tak nampak aktiviti design nih mmg mencabar mental
Ada yang last minute giler order, pastu nak customized giler2, tapi nak dapat as soon as possible T_T
Aku tak mintak banyak, cuma harap mereka lebih sensible...
Be kind, and I'll be kinder, and we're both two happy people! :D

Buttons untuk anak sedara aku. Bagi time birthday party elmiera ni...
Untuk adik beradik dia yang lain pon aku buatkan sekali.

Most exciting future project yang aku nak citer
You know Hanis Zalikha? Bukan dier! :D
Tapi kakak dia Liana; I get to sponsor thank you tags for her!
Her wedding will be in December this year
Aku just try my luck and emailed her mom regarding the matter
"Alhamdulillah! Mmg bnyk dapat email, so yang unik2 macam ni memang kite nak...", said her!
Aku cuma mintak dia letak link blog aku dekat side section dia, just a small favor!
I know, aku baru je start, tapi aku yakin ini bakal membuka lebih banyak peluang in the future!
I'll reach 1500 people with 1500pcs tq tags that i'm going to sponsor
Sebab each individual tq tags will have my website address printed in small letters...

So another interesting project is a photobook project
I had to make illustrations, which i'm not too convinced it's something I'm good at
Dia dah siap kasik detailed ideas for all 25 illustrations i need to illustrate
Customer ni asal brunei, study sini, and she's very flexible n kind, that's the kind of personality she projects
Timeframe pon sampai bulan 7 nanti, so apa lagi yang aku expect
Jadi aku setuju aje nak buat, walaupun blom tau nak charge berapa, yang penting aku seronok nak start...

Satu lagi, ada customer yang ada online biz jugak
First non-malay customer, tp bahasa melayu dia kelihatan bijak2
Haritu dah order 60++ buttons dengan akak
Sekarang dia tgh plan nak order mineral water bottle label pulak
Dengan cd label pon dia ada tanya jugak
Aku suruh dia tanye other vendors yang lebey experienced, tapi dia kalo bleh nak aku jugakkkk
Aku suke bile ada yang request kali ni, next time aku boleh jual kat orang lain pulakk
Lagipun senang deal ngan dia ni, email dia slalu reply pantas terlajakk
Wedding tu nanti wedding adik dia yang akan berlangsung kat US, mau tak glemer, ye ke idakk?
Aku ni dah terbayang2 album facebook 'Customers in Action' aku, products aku dah sampai ke US tu nakkkk! :P

Buttons yang akan berlepas ke US nanti.. keh keh...

Okeh... Tu je cite yang berlaku stakat ni
Aku risau sbb baru nak masuk projek baru ni ekceli
Projek dengan petronas, aku al-konpem project tu tak serileks project kat sini
Jadi bile masanye nak bahagi masa untuk full time job, side bisnes and suami?
Semoga jalan untuk memantapkan ekonomi Allah permudahi...

Till then, have a good day everyone!



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, March 23, 2011

Adnan Sempit Ku Sayang!!

First of all, diharapkan ananda-ananda sekalian silelah bersabar dengan segala gambar yang tak keluar nih!

Ngek tau photobucket... Macam tak logik le pulek dah exceed 10gb bandwidth limit... Entah2 aku sorang saje pon dah mengabiskan 7gb sbb dok kuar masuk kuar masuk blog gadisjumaat ngahahaa...  :D

Okay, long story short, siang tadi aku jumpe SHAHEIZYYYYYYYYYYYYYYYY!!!!  ♥ ♥ ♥ ♥  (♥‿♥)
Boleh imejin tak perasaan cam nak giler time tu? Aku ni manadeee amek gambar ngan artis ke, pegi events yang ada artis ke hape... Kalo berjumpe pon kebetulan camni je laa.

Memule aku lalu kat seblah dia, aku tak prasan langsung. Aku prasan ada kamera tapi ingat artis2 lain laa. Sekaaaaaali member aku cakap, "Hmm... Rasa macam shaheizy sam tu..."

Aku pon, "Hah?? Mana??? Sure ke???", sambil menarik tangan member aku mintak tolong amekkan gambar. Can't help but thinking, kalau aku sorang2 time tu agaknye aku dah ajak bliau camwhore ke apa...T_T

The rest is history. Aku dengan dada berdebar rasa cam nak tercabut, gagahkan kaki yang menggeletar ni pegi kat cafe tpt dia hangout dengan Yana aka Wawa dengan Angah Raja Lawak.

"Hai, boleh amek gambar?", kata aku dengan penuh gentlemannye sambil mencilok tetengah antara shaheizy ngan yana sambil bertanya dengan kemaluan sebesar alam.

"Oh, bolehhhhh...", bliau jawab.. Aku dah di awang-awangan dah time ni. Bertukar menjadi jelly!

"Nak amek gambar kat mana? Kat buah-buahan ni?", shaheizy tanya. Nampak sangat dalam capsquare takde pemandangan menarek pon sampai buahan2 kat pasaraya Olives yang jadi background pilihan (-_-")

"Takpe kat sini je...", aku cakap, lantas member aku pon amekkan laa gambar kitorang. Pastu mmg takde small talk langsung. Aku blank. Dia surelaa dabel the blankness, dia bukan kenal aku ponnn.

So aku just cakap, "Thanks... Sorrylaa kacau ye!"

"Eh, takpe...", dia jawab penuh sopan with his usual charming attitude.

Lepas tu kitorang pon chalos nak pegi tapau lunch. Aku time tu dah dalam mode nak melompat bintang dah, tapi mula sedar diri sebab nampak sekumpulan gadis2 n wanita2 dok tertoleh2 arah shaheizy n aku, tapi mereka tak sekamikaze aku! Muahaha.

Seriously, ni lah artis pertama yang aku bergambar seingat aku. Ini seriusss. Kalau pernah pon aku bergambar dengan selebriti, itu adalah dengan Azmi Ibrahim for some good 16 years back kot? Eh chop! Lupe pulak pernah amek gambar ngan KRU time dorang datang Sydney tawun 2000 camtu, but that's it! Shaheizy patut bangga dapat peminat yang suke kat dia secara ekslusif begini, tak mcm orang lain, semua dia minattt! Muhahaha. *Shaz gimana??? :D*

Okay tu je laa... Malu nak share gambar kat sini sbb gambar aku mok mok mok! Dan2 rasa nak ros ros rossss giler bile jumpe dia hahaaa. Okay dah dahh.

********************************************************

Petang tadi aku pergi bind photobook yang customer aku order... Bile siap je, ya Allah!!! Pucat lesi tak berdarah muke aku sbb orang tu salah bind photobook tu, dia pegi bind kat tepi, customer aku nak suruh bind kat atas!!!

Aku dah terdiam, sambil dalam hati mule mencongak kadar kerugian yang bakal dihadapi huhuuu. Bukan ape, bile dia dah silap bind, otomatis kena print semula 25 pages photobook tu.. Dahlaaa aku siap laminatekan & tampal kat mounting board... Fuhhh.

Pastu orang kedai tu yang start cakap, "Try tanya customer u dulu, dia okay tak camni, kalau dia tak okay, I akan print semula."

"Customer i mmg specifically requested nak bind kat atas, bukan kat tepi... Tu yang merisaukan nih. Charge macam mana?"

"No charge laa, i mintak maaf..", agaknye dia tengok muka aku berubah giler kot, tu yang terus takde charge. Tapi kalau chinese selalunye camni, pandai jaga regular customer... Kalo melayu agaknye aku dah kena marah2 dah walaupun mmg salah dorang...

Pastu aku msg customer tu malangnye message tak delivered, call pon tak dapat. So aku just cakap je laaa kat owner kedai printing tu, "Sorry, customer I tak nak bind kat tepi, so u kena print semula.."

Fuhhh, I'll do whatever it takes, janji customer aku tak  murka!!! Muhahahaaaa... :D

Til then, have a good day people!! :)


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Tuesday, March 15, 2011

I Love My Night Job!

Aku slalu cakap kat member aku, kalaulah aku takde commitments, konpem aku tak teragak nak start buat home-based bisnes cam side job aku skang nih dengan penuh hepinya... Jeles aku tengok minah2 salleh yang dah berjaya ngan produk memasing n fully working from home!


Maybe it's too early to say that, tapi kepuasan tu yang kite cari! Walaupun buat masa skang nih income dari side job masih jauh lagi dr monthly income aku, tapi orang kata, duit tu tak putus dalam tangan. Aku suke cerita kat incik sayang pasal order2 yang aku terima, macam, "Yang harini dapat order 1500000 thank you tags untuk wedding, customer tu dari batu pahat...", contohnye laa kannn Semua aku report kat bliau. Dia pon slalu tunjuk dia interested nak tau sape yang order...


Kekadang kan kitorang pandang memasing in disbelief, macam tak caya je dengan order tak putus yang aku dapat, dengan total sales yang agak baik for a starter like me nih. Cam tak register lam kepala kitorang yang thank u tags yang sekecik tu boleh membantu ekonomi kami sekeluarga? Bayangkan? Itu yang pandang memasing in disbelief tu...


Kesimpulannye di sini adalah, nak duit kena usaha banyak-banyak, jangan dok diam tunggu gaji masuk je... Susah...



Okay skang nak share miscellanous items yang customers aku request selain tq tags & buttons, kot-kot lah ada orang lain yang berminat. Kan aku pernah tulis i'm open to suggestions & try me kalo ada idea yang membabitkan ape2 yang aku tengah kerjakan ni? So kalau ada cadangan2 bernas selain dari yang aku pernah tunjuk dalam blog aku nih, dipersilakan kemukakan pada hamba, kalau hamba rasa feasible, marilah kite teruskan... 



 

Ini set of 20 postcards yang diorder oleh customer yang bernama pjoy untuk guestbook table beliau... Quotes semua dia yang bagi. Siap suruh keep the change 5 hengget lagi! Hahaaa suka suka. Aku print semua ni atas artcard 260gsm. Design semua aku outsourcedkan kat incik sayang sebab aku tak cukup tangan time order ni diterima...

Ni pulak business card untuk jiran aku yang request finishing yang lain dari lain sket, dia kata nak macam scallop cut kat hujung2. Time tu baru gua teringat gua ada Martha Stewart's edge punch yang bertajuk DOTTED SCALLOP beb! Dah ter-abandoned sejak dok gune scallop punch je... Illustration pon aku buat untuk beliau.

So sesape yang ada online business yang berminat nak buat business card camni, blehlaa contact aku at girlfridayz@yahoo.com.au... Dare to be different bebeh...

Okay berbalik pada thank you tags.


Ini thank you tags untuk internal event in petronas yang kawan aku tempah. Rasa macam kelakar pulak gune scallop cut untuk formal event hehee Beku otakku bile kena improvise logo asal yg background kaler kelabu flat. Last2 aku buat efek sinar cahaya yang memancor dari belakang tangan n globe tu je. Beku otak bile takleh design fancy2 hahaaaa...


Okay ini orang batu pahat yang order latest. Yang aku nak cerita adalah kisah di sebalik tq tags ni... Memule aku design aku rasa comel. Pastu bile aku design macam2 lagi design lain, aku rasa menyampah plak ngan design ni, macam too simple ke apetahhhh. Nyaris2 nak buang dari list 'tq tags design', tapi dalam bertangguh2 tu, ada orang order design ni. Oh maknanye ada orang tengok design ni cun! Lepas tu ada orang order dan order lagi design yang sama! Dah jadi best seller laa pulak design simple aku yang nih... Soooo tak jadi buang dari list. Nasib baik tak buang!!

Pastu haritu aku beli foam paper saje2 nak buat owl brooch. Foam paper tu yang macam yoga mat tapi dia nipis sket tu. Hehe taktau nak explain cemana. Halfway buat, aku tengok terlalu 'kartun' sangat laa brooch daripada foam paper ni... Nampak childish sangat final product dia. Pastu time aku pegi beli 'mata patung' kat kedai barang jahit tu, dia tanye aku, taknak beli kain felt ke?

Soooo long story short, itu yang last2 terjadinye akan owl brooch daripada kain felt sebegini... Instantly falling in love with felt craft... Banyak aku nak trai lagi guna kain felt pasni...

Yang ada love ni untuk incik sayang.

Ni bahagian belakang yang dah dilekatkan dengan pin yang dilekatkan dengan glue gun.


Siappp owl daku 4 ekor...  :")
Design ni of course ada tiru2 sket kat google, tapi aku ubah di sana sini ikut suka aku.


Aku tengah eksaited nak buat handphone casing daripada kain felt nih... Nothing new, design amek dari internet je, tapi ia adalah unikkkk sangat jadi saya mau trai! Nak buat cantek2 tahap orang berdarah hidung tengok, pastu terus geram nak order haha! Wish me luck!

Babai!





Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, March 9, 2011

Catching Up.

Terasa lamanye tak apdet belog!! Lama tak buat blogging berima! Lesss jom jom jom!

Life skarang rasa serba tak cukup masa je
Kalau time awal kawen dulu keje nak melekap ngan incik sayang aje
(Eleh macam dah kawen lama, esok baru nak masuk 5 bulan je)
Macam koala melekap kat pokok, begitulah ibaratnye
Dari balik keje sampai waktu nak membuta!

Tapi kini semua dah berubah
Sibuk ngadap laptop layan customer atau siapkan tq tag yang orang tempah
Incik sayang sampai kena mintak perhatian & kasey sayang sudah
Tapi bliau sangat understanding, takkan dapat yg macam ni lagi dahhhh
Sebab bliau tau, ini semua untuk masa depan keluarga adi & syahadahhh..

Tapi setiap kali penat sangat, mesti ingat pasal mak hanis zalikha
Sangat terinspired dengan kegigihan hot momma
Hidup dah lebih dari kaya tapi masih kuat keje
Pukul 4 pagi dah bangun sapu sampah n siapkan order
Hantar anak situ sini, masih sempat curi masa
Masih sempat siapkan diri cantek2, itu yang aku paling teruja
Terpk dalam hati, macam mana laa dia ni bahagi masa??
Agaknye itulah berkat jadi anak dengar kata n tak pandai melawan cakap orang tua...

Oh bulan ini bulan mengambang lambat lagi
Dah seminggu lebih lewat adanye ini
Bulan lepas pon sama, lewat jugak cenggini
Perubahan homon dalam diri lagikah ini?
Sebab kitorang pon masey natural planning lagi
Tapi manalah tau silap calculation, accident di sana-sini
Orang keliling sudah mula berbunyi
Susah nak jawab tengah planning, aku sengih2 je laa tayang gigi
Ada yang siap rekemen produk untuk kasi cepat dapat baby
Susah btolll nak buat orang mengerti...

Okay semua jaga diri!
Jumpa lagi lain kali!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, February 23, 2011

She's Great In Her Own Way :")

Ada sorang blogger ni, yang aku dah start follow beberapa tahun kebelakangan ni (aku rasa dari utp lagi laa...), dan cerita2 dia selalu jadi bahan untuk aku cite kat incik sayang sbb cerita2 dia selalu kelakar dan rasa bleh connect :D

Tapi being me, mmg susah nak komen kat blog orang (tapi kat blog sendiri tauuuu nak dpt komen banyak2 :D), so aku stakat baca cerita dia je laa. 

Blog entries dia buat kite rasa mudah connect dengan dia, n macam takde border pon kalau nak communicate ngan dia, rasa macam kawan lama pon ada sbb style dia mmg kena lah ngan aku and for sure many people out there. Humble sangat, sempoi and everything. She inspired me in so many ways, especially on accepting myself for whoever I am. Dan kalo email ape2 pon dia mmg jenis akan reply. Certain blogger kan kalo dah agak famous tu, takdenya bliau nak reply email kau kannn. Dia ni lain!

So yang buat aku nak taip entry nih, sbb, tadi tetibe rasa tersentuh sangat hati aku bila dia reply email aku, yang aku memule tulis camni:

Salam Di...
Untuk kali ke dua, cuba menembusi talian ko untuk mintak jasa baik ko iklankan kedai kecik aku kat blog ko... Sbb hits blog ko tengah mencanak2 naik ni, jadi aku tebalkan muke je laa email ko lagi sekali, demi untuk masa depan bisnes ini T_T

Aku dah siapkan coding untuk ko tempek je kat side section ni:




Terima kasih, semoga dipermurahkan rezeki... 

Thanks! 

-Sya. 

Tak lama pastu aku terus dapat reply daripada dia camni:



Series beb...seb baik ko ingatkan aku.
Ada 62 dlm list aku mintak tolong iklan ni. Naik segan aku tak buat2..

Aku kat luar ni, balik kang aku tepek.
Promise!

Sorry eh.

Dia cakap naik segan?? Tsk tskkk patut aku yang naik segan. Sebab blog dia mmg femes, jadi sapelaa kite ni nak mintak dia iklan secara FREE plak tu kan?? :")

Dalam zaman skang yang orang sibuk kira hits nak dapat untung, masih ada lagi orang2 camni yang tak berkira kan? No wonder dia selalu dapat hadiah dari blog readers dia, sbb bile kita tak berkira ngan orang, orang pon jadi 18x tak berkira ngan kita...

Blogger yang aku maksudkan ni, tak lain tak bukan, Di the Green Apple; bini Encik Wan, anak Pak Aji & Mak Aji, menantu arwah Wan Dagang, kakak Ibal & Ima & Mama Ija & 'Lion'. Tengokkkk satu family dan keturunannye aku dah hapallll... :D

Okay okay blog template dia mmg biasa2 aje tapi yang penting isi-isi penting dalam tuh! :D

Lesson learnt: Akan memastikan diri sendiri pantas dan tangkas mereply email customer. Takmo bertangguh2 macam sesetengah online seller. "Time is money. Money is duit.", bak kata Di jua adanya... :))


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, February 16, 2011

Button Badges, Anyone?

Dulu time aku nak kawen, boring giler je design button badges utk best man ngan bridesmaid yang aku jumpe. Tak perlulaa nak letak link dia kat sini kan.. :D

Sekarang katakan tidak! Sebab aku nak introduce design yang aku bajet kiut giler on button badges. Heheeee... Yang akan buat orang seronok bile memilikinya! Dan untuk menambahkan kebestan torsobut, aku akan kasik customer personalize button badge diorang dengan nama diorang/ahli keluarga kat button badge tu, kaler pon bleh customize okehhh.

Sebab biasanye kita lebih suka sesuatu tu bile ia begitu dekat di hati kita, something yang boleh relate dengan kita. Bukan setakat design yang kiut2 je. Bayangkan korang hadiahkan bestfren korang dengan button yang ada tulis 'Bridesmaid' sahaja, ataupun 'Bridesmaid - Ija', so agak2 yang mana dia akan lebih appreciate? Surelaaa yang ada nama dia kannn...

So itulah yang aku akan buat, melayan customer untuk personalize button badges dorang! Keh kehhh! I reckon it's gonna be fun and satisfying! Ini contoh keychain yang mewakili kedai kecik aku ni... I love it so much! :") Plan nak bagi keychain ni untuk customer yang order thank you tag manyak-manyak ataupun randomly! :)


Okay cakap banyak2 tak guna, jom tengok intro kat sini dulu: gadisjumaat.blogspot.com!

Til then, have a great day everyone!!



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Tuesday, February 8, 2011

Of Everything!

Bismillahirrahmanirrahim!

Sudah 18x bukak blogger dari harituuu lagi, ngan niat nak apdet blog, tapi sampai sudah tak terapdet2. Nak cite itu ini begitu begini tapi pk, ala ni tak penting sangat. Itu kalo cite kang orang kate ape plak... Yaaaa penyakit lama datang kembali! T_T

Skang plak kat opis mmg takde keje langsung sejak sebelum raya cina lagi... So keje aku hari2 melompat dari blog ke blog, facebook, memajukan bisnes dan blablabla... :D

Incik sayang okay, masih begitu baik kat aku. Rakan bermalas-malasan yang sungguh best time cuti panjang raya cina ittew! Heheeee. Rupenye suami aku ni lepas kawen mmg penyayang sangat... Before kawen aku rasa tempias2 je kasey sayang bliau sbb dia mmg tak all out sebelum kawen. Dia macam reserve sket dalam hal menunjukkan affection dia kat aku sebelum kawen dulu, tapi skangggg.... Hahaha let me just say, aku pon tak sangka dia adalah begitu ye tuan-tuan... (-_-")

Haritu 2 minggu aku mengelak dari pergi ke umah PIL aku sbb terkecik ati sket aritu. Tapi last2 dorang yang datang bertandang kat umah aku sbb dah lama tak jumpe, sampai2, abah in law terus pegang dahi aku sbb incik sayang cakap aku demam. Sejukkk ati aku kejap. Tapi still, aku geram pasal dia naikkan suara kat aku haritu untuk hal kecik je pon. Aku rasa macam kena marah macam budak2 je. Aku menantu, dia tetap kena respect aku, takboleh treat aku macam anak dia sbb dia tak jage aku dari kecik pon. Nih bukan ayat sombong, tapi ayat penyata. Tegur is fine, kalau marah n naik suara tu yg aku takbleh blah... Ngeeee.

Tapi incik sayang paham... Bliau dah agak immune dengan abah beliau. Bliau kate orang melaka camtulaa gayanye... Heee orang pahang punye gaya nak tau tak cemana? Huhuu. Takpelah. Mana yang bleh aku sabar, aku sabar. Abes2 aku tak sabar, aku silent treatment kan je. :D Tapi masalahnye kalo aku rasa nak marah ngan abah dia, ngan mak dia aku rindu... Sebab mak dia sesejuk air mata air bukit... Mmg soothing sangat. Total opposite ngan bapaknye.

Tengokkkk... Aku dah apdet blog pasal benda2 camni plak. Dulu pernah berjanji ngan diri takmo apdet benda2 negatif, tapi ngeee perlu dilepaskan kat blog jugakkkkkkk....

Ini header baru kat blog lagi satu.

Kedai tq tag aku masih dalam proses nak promo dan promo lagi... Page kat fb gadisjumaat baru je cecah 100 smalam, lepas sebulan lebih aku bukak page tu. Kire ok le tu kot eh? Alhamdulillah dan jazakumullahu khairan khatira untuk semua yang like tu. Masih jauh perjalanan.

Aku enjoy sbnrnye buat bisnes ni. Stiap kali aku pegi kedai printing nak print tq tags untuk customer aku, aku slalu rasa nak sengihhh je sbb aku mmg enjoy the process. Print cantek2, punch cecantik, bungkus cecantik pastu pos. Pastu buat photoshoot sendiri berbekalkan kamera pinjam dari incik sayang, pastu post kat facebook. Aku sukelahhh sbb bermain dengan everything pretty!

Skang ni aku rasa designs aku deserve to be on something yang lebih tahan, aku terpk button badge je ni. Sbb kalo tq tag biasa, lepas lekatkan kat favor box atau paperbag, bagi kat guests, pastu sure guests tak simpan atau buang je kot? Kalo buat kat button badge, sure orang simpan buat kenangan... Tapi masalahnye skang adalah, belum berjumpa supplier yang seswai lagi... Kena banyak survey.

Ini aku design untuk member aku, itu yang buat sampai 3 designs untuk satu majlis...
Special punyier. Heheee.

Setiap hari kan, setiap masa almost, n especially time before nak tido, aku mmg tak bleh stop berfikir. Cemana nak majukan kedai kecik aku ni. Cemana nak advertise. Cemana nak buat design baru. Ko bayangkan, kedai kecik camni pon takbleh stop pk, orang lain yang bisnes besar tu al-konpemmmm lagilahhhhh takbleh stop pk!! Fuhhhh. Sungguh menerujakan!

Okay, sampai sini dulu, it's lunchtime! Apa2 suggestion ke anything, commentlah di sini, amat dialu-alukan. Wa gerak dulu. Cau cincauuuu!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Monday, January 17, 2011

Vintage Pink & Gold

Sorry lah balik2 apdet pasal thank you tags je, tapi tuh laa, susah lagi nak asingkan blog aku nih sbb blog gadisjumaat.blogspot.com tuh kurang promo lagi, so ramai tak tau n tadek follower pon lagi kat situ. Jadi otomatis rasa cam bercakap sorang2 je kalo apdet situ T_T

Blog nih yang lebih banyak hits sbb dah ramai orang linkkan dalam blog dorang kan, jadi aku layannn advertise sikit2 kat blog ni je laa... :) Walaupun komen tak banyak kat sini, tapi skali aku update entry kat sini, aku nampak follower kat facebook.com/gadisjumaat aku slo2 bertambah! Haha suka! Suka! Lompat bintang!

Aku blom all out advertise bisnes kecik aku nih sbb scallop punch aku PATAH! Tempat tekan dia tu patah sebab aritu gua tamak haloba pergi tekan 2 helai kertas 260gsm one shot ngeh ngehhh. Sooo, aku siapkan order customer dengan penuh gigihlaa kene tekan sehabis tenaga ngeee cemana tah nak cite. Yang penting patahlaa :D Dapat gak buat 100 pieces satu malam dengan penuh susah payah. Incik sayang dok risau tangan aku luka sbb jari dia pon dah terluka aritu time nak bukak punch tu sbb punch tu tersangkut. T_T Duit tak datang bergolek weh...

So tunggulaa next month aku beli baru. Lagipun stock scallop punch tadek skang nih...

Okeh, tajuk blog ni ekceli theme colour yang customer aku request haritu. Vintage pink and gold. Cool eh? Dia gune theme colour ni untuk engagement dia. Memule aku propose sampai 5 designs dengan combination colour gold and pink, tapi satu pun tidak memenuhi piawai. So last2 aku mintak sample gambar yang ada gold & pink exactly macam dia nak, sbb kalo ko nak trai segala kaler pink ngan gold dalam spektrum warna itu adalahhhhh mengambil masa bertahun-tahun adanye! T_T

Last2 bile dia dah kasik sample gambar tu, barulaa tau tone pink n gold yg dia nak. Maka pastu kchiinggg! Design seterusnye terus dia melonjak2 kesukaan (exaggerating) bile tengok.

Nak tengok ke??

Tengoklah chenta hati gue pon pasrah je kena tolong adjustkan thank you tags dalam print template sebab aku malas bawak balik laptop ke umah.. Heh hehhhhh...

 Suami mithali. Bodek untuk mintak tolong lagi :D

Ni lah hasilnye setelah bertungkus lumus! Aku ni jenis particular sket part packaging. Bagi aku, packaging tu kenalaa tally dengan imej product yang kite nak carry. Nak customer excited bile dapat order dorang. Yang bukan customer pon - Incik sayang - suke giler packaging design aku tu. Hehee. Yelaa sape lagi nak suke giler ngan ko kalo bukan laki ko kan.. T_T Aku skang tengah giler ngan owl. Skang tengah mendesign sekor owl sebagai mascot kedai kecik aku nih :D

Ini mata owl je, badan bulum siap!
Teka-teki: Berapakah bilangan tq tags dalam plastik nih??
Sape menang dapat motoooo!

The packaging - back.

Plastik ni pon aku ada modified sket nak kasik nampak kemas thank you tags aku dalam plastik tu.


Kesimpulannye, semoga ira & azmir puashati laa ngan thank you tags dorang ni!
Aminnn!

Saya menang moto: Ada 100 pieces kesemuanya... Nampak sikit kan?


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Saturday, January 8, 2011

Scallop Tags - 2nd Batch!

Hellop hellop! BIZI sangat, baru berkesempatan  nak buat design baru.

Skang nak apdet blog pasal suka duka hidup gua macam tak cukup tangan dah laaaaa. Let alone whining about workplace ke boss ngek ke huahuaaa. Baik buat duit walaupun cuma dengan jual thank you tags kannn. Tapi kekadang nak merepek jugak kat blog ni. Jadi, bear with me and marilah menjadi flexible dengan entri2 kat blog nih ye...

Anyway, untuk yang malas nak baca repekan2 aku adanye (kecikkk ati ), bleh lah melayari blog yang dedicated untuk thank you tags aku nih --> gadisjumaat.blogspot.com

Tapi blog ni belum sempat nak godek2 coding dia kasik cun melecun and more pleasant to your eyes..

Tapi biasanye kalo ada design baru, aku apdet facebook lah dulu adanyeeeee... --> Gadis Jumaat Art Cetera Facebook page.

Ok so here's the new 3 sets of thank you tags, order jangan order!!


♥ LOVEBIRDS ♥♥ LOVEBIRDS ♥♥ LOVEBIRDS ♥♥ LOVEBIRDS ♥♥ LOVEBIRDS ♥

LOVEBIRDS_001

LOVEBIRDS_002

LOVEBIRDS_003


LOVEBIRDS_004


LOVEBIRDS_005


LOVEBIRDS_006




♥ POLKADOT AFFAIR ♥♥ POLKADOT AFFAIR ♥♥ POLKADOT AFFAIR ♥

POLKADOT_001

POLKADOT_002

POLKADOT_003

POLKADOT_004

POLKADOT_005

POLKADOT_006

♥ RIBBON ME ♥♥ RIBBON ME ♥♥ RIBBON ME ♥♥ RIBBON ME ♥♥ RIBBON ME ♥


RIBBONME_001

RIBBONME_002

RIBBONME_003

RIBBONME_004

RIBBONME_005

RIBBONME_006   




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,