Wednesday, August 31, 2011

Syrena Satu Syawal

watak Syrena berdasarkan Suri Cruise sb aku suke die, COMEL

Ini adalah teaser/short kepada feature length novel saya. Dan pengenalan kepada tiga watak baru iaitu Syrena (anak Amer), Shikin (kawan baik Ashraf), Rull (Suami Shikin), LinkKurus + Gemuk (anak-anak Shikin + Rull) dan cameo dari Ustaz paling fofuler iaitu Romeo Kampung.

"Papa, cepatlah turun. Dah lewat ni. Daddy dah muka masam," Syrena bercakap melelaui telefon bimbit, dengan ayah keduanya iaitu Ashraf.

Syrena cantik memakai baju kurung polka dot, sudah berada dalam kereta Proton Satria bersama ayah sebenarnya iaitu Amer. Amer muncung sambil memegang stereng keretanya. Perut boroinya nampak jelas, namun dia segak memakai baju Melayu cekak musang, lengkap dengan sampin, songkok dan capal. Dia tidak suka menunggu lama-lama, walaupun dia tahu Ashraf akan ambil masa lama untuk bersiap. Syrena sudah faham benar dengan perangai Papa dan Daddynya itu. Akhirnya Ashraf muncul dengan memakai baju Melayu Johor. Berbeza dengan Amer, Ashraf bertubuh sasa. Dia memilih untuk mengenakan rambut 50an, songkok dan loafer kulit ular. Mereka bertiga memakai warna ungu berlainan corak.

Ashraf duduk sebelah kerusi pemandu. Amer memandu sambil membebel. Ashraf hanya tahan telinga, dia sudah biasa. Syrena pula teruja kerana inilah kali pertama Daddynya membenarnya dia ikut bersama ke majid untuk solat sunat Aidilfitri. Tambahan pula Daddynya sudah mengajarnya cara untuk solat. Mereka akan bertemu dengan Auntie Shikin, Uncle Rul dan anak-anak mereka iaitu Kurus dan Gemuk di sana.

Mereka sampai di masjid Kota Damansara. Shikin dan suaminya sudah lama sampai di sana.

"Syrena ikut auntie ye," ujar Shikin sambil memimpin tangan kecil Syrena.

Solat sunat Aidilfitri akhirnya selesai. Ketika Ustaz Romeo sedang bercakap di depan, seorang Mak Cik berimejkan Mak Datin sibuk bertanyakan soalan kepada Syrena.

"Comelnya. Nama sapa ni? Anak siapa ni? Mak ke yang duduk sebelah tu? Ayah mana? Umur berapa?" Antara soalan Mak Cik glams itu.

"Nama Syrena. S-Y-R-E-N-A. Umur 5 tahun. Yang kat sebelah ni Auntie Shikin. Dia kawan baik Papa. Mak tak ada kat sini. Tapi Syrena datang dengan Daddy jugak," jawab Syrena. Daddynya selalu berpesan agar selalu menghormati orang tua.

"Papa? Daddy? Panggil yang mana satu ni?" Mak Cik sekali lagi busybody ketika semua ornag khusyuk mendengar suara seksi Ustaz Romeo.

"Syrena ada Papa dan Daddy. Dioranglah mak dan ayah Syrena," ujar Syrena bangga.

"Allahu Akbar! Apa ke jadahnya ni! Pasangan GAY! Haram! Penat dua-dua ibu yang ngandungkan bapak ko! Anak-anak celaka! Kalau diorang anak-anak aku, dari kecik lagi aku buang kat sungai! DOSA!" Mak Cik glams tengking.

Syrena tenang dan menjawab, "Hish, tak baik tau Mak Cik. Daddy Syrena cakap, berdosa tau kalau kita kutuk-kutuk orang. Cian kat baby kalau nak buang kat sungai. Tuhan marah tau..."

Mak Cik glams terus membebel dan memaki hamun Syrena. Shikin menjadi marah dan berperang mulut Mak Cik kecoh itu. Nasib baiklah dileraikan oleh suaminya serta Ashraf. Sementara Amer sedang sibuk menikmati juadah raya yang disediakan oleh pihak masjid.

"Daddy ni. Asyik makan je. Patut le makin boroi. Dah le gym malas nak pegi," Syrena mengomel.

Kejian Mak Cik Glams itu sehingga membawa ke luar Masjid. Semua orang melihat dan malas untuk melayan kerenahnya.


Muncul sebuah kereta mewah mendekati Mak Cik glams yang menjerit seperti orang gila itu. Pintu dibuka dan keluar seorang perempuan seksi berpunggung jatuh. Buah dadanya jelas kelihatan walaupun dia memakai skaf.

"Mak pehal ni jerit-jerit? Malu tau Tima tengok! Cepat masuk! Tima dah lewat nak pegi beraya kat rumah member ni!" Tima menjerit kepada maknya. Rupanya Mak Cik glams itu maknya.

"Kau nak pegi beraya pandai! Puasa malas! Solat Raya tak nak! Pakai seksi! HARAM!" Mak Cik glams malu apabila semua orang melihat perangai dan pakaian anaknya itu.

"Sudahlah Mak! Malas Tima nak layan! Mak balik sendiri!" Tima terus masuk ke dalam keretanya dan beredar dengan cepat.

"Anak celaka! Anak haram! Siapa nak antar aku balik ni! Aku tak bawak duit nak bayar teksi! Celaka!" Mak Cik glams menjerit dan kemudian menangis-nangis.

"Tak pa. Biar saya antar mak cik," Amer menawarkan diri.

"Eh, boleh ke? Terima kasihlah nak... Syurga tempat ko nanti," Mak Cik glams tiba-tiba berubah perangai.

"Tadi kata neraka, sekarang dah bertukar syurga. Hampeh!" Shikin memerli.

"Syhhh... Terasa dia nanti. Biarlah...Orang tua," Ashraf cuba untuk mengurangkan rasa marah Shikin walaupun Mak Cik glams mengutuk Amer dan dirinya tadi.

"Auntie Shikin, nanti datang beraya tau dengan Uncle Rul, Kurus dan Gemuk. Syrena tunggu. Jangan bawak cheese cake lagi, nanti Daddy makin boroi," kata Syrena, teruja.

"Papa Syrena lagi suka kalau Daddy boroi kan," ujar Shikin sambil cubit tangan anaknya, Kurus kerana menjelirkan lidahnya kepada Mak Cik glams.

Amer bersendawa kekenyangan, sambil perutnya dibelai oleh Ashraf. Syrena mengulang perkataan 'boroi' kepada daddynya beberapa kali, sehinggalah papanya berkata, "Papa suka Daddy boroi,". Amer tersenyum bangga.

Amer, Ashraf dan Syrena menghantar Mak Cik glams pulang. Sepanjang dalam kereta, Mak Cik glams diam dan rasa sedikit cemburu melihat kemesraan Syrena bersama dengan dua ayahnya.

p/s : Saya akan buat beberapa shorts dahulu sebelum memulakan novel yang sebenar

Sunday, August 28, 2011

Raya 2011

This year's Raya is all about Batik and Flowers Prints... and without my Kak Long (since she's at her mother-in-law's, Kedah) and yes, I chose all of the prints.

A light almost invisible Batik Print for my papa

A Mega Mendung Batik Print for me, this is actually just a pant... My baju Raya's a simple basic blood red with pink lining on the neck

Red + Green Flowers Print for my sister

Red + Blue Flowers Print for my mum (I think she will look young and fun in this prints haha)

Red + Green Big Flowers Prints for my nenek aka Grams.

Going HOME tonight. YEAY, can't hardly WAIT.

p/s : My wall's actually my second baju raya. and it has batik print as well ;-)p

Friday, August 26, 2011

Preview Novel Gay P3

Kali ini watak partner Amer lak.

Ashraf

Fizikal

- Umur 28
- Rendah sikit dari Amer dan badan sederhana (tak terlalu kurus dan boroi)
- Muka clean cut
- Suka tukar-tukar rambut dari stail 50's dan Justin Bieber ikut mood
- Berwajah comel dan nampak lebih muda dari usianya
- Suka mix-and-match pakaian mahal dan murah

Latar Belakang

- Pelukis pop art yang terkenal di Kuala Lumpur kerana menghasilkan seni berbentuk kontroversi (peminat Bansky dan Andy Warhol)
- Rapat dengan ahli keluarganya walaupun mereka tahu dia suka lelaki
- Sukakan budak-budak dan dalam proses untuk ambil anak angkat

Perangai

- Susah untuk serius kecuali ketika kerja dan workaholic
- Kadang-kadang bertukar perangai seperti budak-budak dan orang tua
- Tak suka bergaduh, merajuk dan memujuk, tetapi selalu beralah dengan Amer
- Suka ketawa dan senyum

Masalah

- Terlalu sibuk dengan kerja dan suka cancel last minute walaupun sudah janji dengan Amer
- Amer tak mahu anak lain sebab dia sudah ada anak, tetapi sebaliknya dengan Ashraf
- Terlalu sayangkan Amer

Setakat ini, watak-watak lain yang kompom adalah watak anak perempuan Amer, janda Amer, student/skandal Amer, kawan baik Amer iaitu awek sophisticated, mak + ayah Ashraf, ex bf Ashraf, dan sudah semestinya akan ada watak SHIKIN (tak sure lagi dia akan mainkan watak apa, mungkin kawan baik Ashraf?).

p/s : Tengah siapkan profile semua watak dan rangka setiap bab.

Thursday, August 25, 2011

Mommy Dearest

Hari ni hari kelahiran orang yang sangat2 awesome dan saya sayang iaitu mak saya.
Have fun with red velvet cupcakes and stay fabulous.
LOVE you MUM. Can't wait to see you and give my big teddy bear hug + kisses.



Thanks, Jue + Hanie_Dew for the shout out and a cute little short about Amer. It's AWESOME, although Amer most likely tell the girl straight to her face that he is GAY. haha

Tuesday, August 23, 2011

Preview Novel Gay P2

Selepas member2 sibuk dok tanya pasal preview novel gay, saya pun perkenalkan watak utama dalam cite ni. Perwatakan watak utama ini adalah berdasarkan beberapa orang berusia 40an yang telah saya interview.

AMER

FIZIKAL

- Umur 45
- Tinggi dan agak boroi
- Bermisai dan janggut tebal
- Uban bahagian misai dan janggut
- Rambut agak nipis, namun masih belum botak
- Berwajah agak menarik, walaupun dah tua
- Suka berpakaian agak selekeh, tapi bertukar menjadi kacak apabila atas pentas

LATAR BELAKANG

- Cikgu muzik
- Mak dan ayah sudah meninggal
- Tak rapat dengan adik-beradik
- Baik dengan anak-anak saudara
- Duda anak satu (umur anak dia tak tetap lagi)

PERANGAI

- Kuat merajuk dan mudah terasa
- Garang
- Pandai buat lawak ringan

MASALAH

- Krisis pertengah umur
- Rasa dia terlalu tua untuk pasangan dia
- Rasa menyesal sebab tak capai impian dia untuk jadi artis masa muda-muda dulu
- Sentiasa bimbangkan anak dia

p/s : Masih BUSY gila dengan kerja...

Sunday, August 21, 2011

Anis

Wiken adalah hari untuk berjalan2 n hang out ngan adik kesayangan iaitu, Anis. Sangat2 best dapat kuar ngan beliau sb die adik yg AWESOME dan slalu buat saya gelak tahap gaban. Jalan2, shopping barang2 raya, makan2, borak2... rasa cam kejap je, tetibe dah pkol 1 pagi...

Buka makan ciken chop yang sgt2 le kecik + kopi ais (adik ckp selera orang tua tol kopi2 ni haha)

Adik makan nasi yang rasanya cam sate ayam + teh o ais

Adik sambar bag baru (manakala abang dia lak tunggu cek clear dulu baru nak sambar kasut baru, penggila + hantu kasut bak kata adik saya)

Imej jambu nerd, bak kata adik...hahhaa

Adik ngah bergayut ngan boyfie dia sementara ngah tunggu masa buka puasa... Hang out ngan abang sendiri skali-skala pun kesayangan gak yang dicarik...

Pe2 pun rasa BEST sebab dapat hang put ngan adik saya yang selalu je busy ngan studi + kesayangan beliau T_T. Hilang sket stress disebabkan some religious bitches. Senyum.

Friday, August 19, 2011

Religious Bitches

Hanya Tuhan sahaja yang selayaknya menghakimi dan menilai hamba-hamba-Nya,
bukan MANUSIA...


Sekian.

Thursday, August 18, 2011

eBook

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian (ayat skema hahaha)

Tahu kan eBook tu apa? kalau tak tau, sila baca kat sini.

Untuk eBook, berapa agaknya saudara-saudari sudi keluarkan duit untuk membeli?

RM10 kah? RM20 kah? RM30 kah?

Dan kalau membeli eBook, selain tulisan, apa lagi yang saudara-saudari hendak?

Kena ada cover skalikah (yang simple atau seperti corak2 Alaf 21, PTS dan sewaktu dengannya?), lakaran2 watak2 kah? Atau lebih suka hanya membaca eBook yang ada text semata-mata dalam smartphone, tablet, pc dan gadget2 canggih saudara?

Sila beri pandangan dan cadangan. Sayang korang, muah agi hahaha.

Wednesday, August 17, 2011

Preview Novel Gay

Sayalah kapel set tua yang dimaksudkan itu, ensem tak saya dan B saya? muahaha

Setelah mendapat respon positif dari orang2 luar (kawan2, colleagues, ofkos ar turut menyokong sebab saya jambu, muahaha) saya akan meneruskan cobaan untuk membuat novel gay ni.

Kepada yang masih rasa geli-geliman pasal benda ni, novel ni takdelah sentuh pasal gay secara mendalam (isu2 dalam kelambut, etc), tetapi lebih kepada satu bentuk perhubungan dan masalah antara dua manusia iaitu dua lelaki tua (berusia lewat 30an - lewat 40an).

Cerita dia lebih kepada bentuk masalah krisis pertengahan umur, tak melakukan sebarang perhubungan s-ks (macam mana mereka boleh hadapi dengan tidak melakukan perkara itu), masalah mau nak anak dan satu lagi isu mengenai 'pengaruh'.

Buat masa ni, takleh ar cerita secara detail sebab saya tengah busy (bukan takut orang curik idea saya ye, saya yakin takde sapa pun nak curik. hahaha)

apa2 pun selamat menyambut nuzul al-Quran, jadi2 gay pun, solat jangan tinggal, kalau tak lagi keji dari orang yang tak gay, tapi tak solat + tak puasa. Muah.

p/s : Hari ni rasa tak best sebab Shikin tetibe kena kansel nak date sesama... Argh, rindu kat bini yang makin hari makin busy cam saya T_T

Monday, August 15, 2011

Gay = Happy

Seksi tak bulu dade saya???

Tak sangka cite pasal entri lepas mendapat perhatian beberapa editor/publisher luar (selain dari pembaca2 blog saya, editor2 saya, colleagues saya dan sewaktu dengannya).

Yang paling best ada satu publisher berminat untuk saya tulis novel pasal gay. Cam menarik offer ini. Boleh jadi penulis kontroversi (bagi saya takde le sgt tabunya)

Shikin pun suh saya buat.

Nak buat ke tak nak, nak buat ke tak nak.... Masa ngah busy ni le banyak je offer yang datang....

Agak2 korang akan baca tak novel ni? (yang penting akan beli x? hahaha)

Sekian....

Friday, August 12, 2011

Jeffrey Dean Morgan

Cite ni berlaku semalam kat 'Baram' dekat-dekat KL. Sementara gua ngah tunggu editor gua q beli nasi ayam dara, gua pun usha2 le orang2 'cute' berdekatan. Sekali ada seorang brader muka ganas tengking gua.

Brader : Hoit! Lu pehal usha2 bini gua!? Lu nak main bini gua!?

Dalam hati gua dah gubra, tapi gua coolkan diri. Pastu ngan muka takde perasaan, gua balas balik.

Gua : Gua gay. Gua nak main ngan Jeffrey Dean Morgan je!

Editor gua settle beli nasi. Gua gedik2 pegang tangan editor gua.

Gua : (Gedik) Darling, I kena marah.

Editor : (Sama gedik) Ciannye kat B, jum kita alek rumah, belai2 perot.

Bini Brader : (Marah) Tu le! Jeles sangat! Ngan gay pun nak marah!

Brader muka ganas merah-merah. Gua cabut ngan editor gua sambil pegang-pegang tangan.

p/s : Gua ngan editor2 gua sama2 otak gile.

p/s/s : Terpengaruh cakap 'Gua, Lu' sebab baca blog ustaz romeo.

Thursday, August 11, 2011

Hidup Biar SEDAP

Jejalan ngan bini, buka puasa, teman bini suping n last skali, makan ais krim Baskin n Robbins.... p/s : saya masih ada rambot, gambar botak tu diambil masa bulan 3 ketika saya berkerja sebagai penyelidik dan kena travel seluruh Malaysia. Shave sebab tak tahan panas... Ingat nak botak balik, tapi bini tak suka botak...hohohoo





Tuesday, August 9, 2011

Kena Marah

Baru tak sampai sehari tutup MukaBuku, ramai lak yang sms/ym marah2.
Suruh bukak balik.
Susah jadi jambu ni (ayat editor, bukan saya ye)
Muahaha.
Tapi xde MukaBuku, kerja cepat je jalan.
Sabar ye, saudara-saudari.
Khamis ni kalau siap semua, saya bukak balik.
Rindu kat kamu-kamu juga.

Monday, August 8, 2011

MukaBuku

Tutup akaun facebook untuk sementara waktu.
Mau siapkan semua kerja.
Harap-harap tahan sehingga seminggu (atau dua mungkin)
Amin...

Thursday, August 4, 2011

Amoi-Amoi

Baik sungguh colleagues aku kat Opis. Nak makan depan-depan aku pun MALU.
COMEL.

;-)p

Followers