Sabtu, April 29, 2006

7 tuntutan sesat

Inilah 7 tuntutan sesat IFC yang melanggar hak asasi agama Islam

1. Seseorang anak yang dilahirkan ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan mahkamah syariah tetapi dikendalikan mahkamah sivil.

4. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar Islam (murtad) jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

5. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

6. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

7. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Jumaat, April 28, 2006

Meyelusuri lorong-lorong

Oleh Ilham harapan

Bismillah....

Sabtu lalu, buat kesekian kalinya kakiku dibawa melangkah menjelajahi cerok-cerok dan lorong-lorong gedung ilmu di belakang salah sebuah sebuah kiblat ilmu dunia iaitu al-Azharul Syarif Kaherah. Bersama dua rakan yang menemaniku. Seorang budak comel dan seorang lagi tak berapa comel. Menjelajahi lorong-lorong di belakang Universiti al-Azhar bertujuan mencari beberapa khazanah ulama silam dan muasarah.

Hari itu bagiku agak meletihkan. Sudah lama tidak jalan-jalan. Tujuan utama aku menyusuri lorong-lorong belakang Azhar adalah membelikan kitab rakanku untuk dibawa pulang ke Tanta esok hari. Jadi, orang kata sambil menyelam minum air. Sambil belikan kitab rakanku, aku tidak mahu ketinggalan juga memiliki beberapa buah kitab. Bermula dari maktabah yang betul-betul bertentangan dengan pintu keluar al-Azhar hinggalah satu tempat bernama Halaby, kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai.

Pertamanya aku telah set dalam mindaku Maktabah al-Azhar Lit Turath. Aku nak cari kitab Usul Fiqh karangan Dr Mohd Abu Nur Zuhair yang dikirim rakan sekuliahku di Tanta. Keduanya aku berminat nak cari kitab bertajuk al-Bid’atul Hasanah aslu min usulit tasyrik karangan Dr Isa Abdullah Mohammad dan beberapa kitab lain.

Kami berjalan dari satu maktabah ke satu maktabah dan aku mencari kitab al-Bid’atul Hasanah, amat sukar ditemui dan kadang-kadang rasa malu, takut dan cuak tu ada juga dalam hati-hati kami untuk bertanyakan tajuk kitab tersebut pada tuan kedai. Aku pun tidak tahu kenapa ada rasa cuak dan takut. Mungkin kerana sifat orang Melayu yang pemalu agaknya. Tapi sebenarnya aku dapat rasakan bahawa judul kitab al-Bid’atul Hasanah ini agak sensitif oleh beberapa pihak. Sebabnya, rasa malu, takut dan cuak akan mula hilang bila bertanya kitab berjudul al-Bid’ah karang Ibn ‘Usaimin dan yang seangkatan dengannya. Tapi ini hanya getusan hatiku sahaja. Tidak ada langsung kaitannya dengan yang hidup ataupun yang telah mati.

Bagiku, sepanjang perjalanan kami, kitab-kitab karangan seperti Dr Abdullah Kamil, Hassan Saqqaf, Abdullah al-Harari hatta Dr Ali Jum’ah sendiri yang merupakan mufti Mesir, amat sukar ditemui dan boleh dikatakan tiada. Kenapa ya? Entah! Cuma, apa yang agak menarik perhatianku karangan seperti al-Bani, Ibnu ‘Usaimin, amat mudah sekali ditemui. Kenapa ya? Aku hanya mampu mengangkat bahu.

Wallahu a'lam

Sabtu, April 22, 2006

Ummu Ali dan kisah di sebaliknya

شكوت إلى وكيع سوء الحفظ فأرشدني إلى ترك معاصي
وأعينني بأن العلم نور ونورالله لا يهدى للعاصي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah...

Hari jumaat lepas, aku sangat menanti kehadiran seseorang ke rumahku kerana ada hajat yang bagiku amat besar perlu dilangsai. Fikiranku amat kusut dan mindaku semacam tidak mampu lagi ku urus dengan baik. Semuanya betabrakan lantaran masalah yang menimpa diri.

Usai jumaat, aku menatap komputer handsomeku. Aku masih menanti kehadirannya. Aku sentiasa bermohon ke hadratNya agar dia berkunjung ke rumahku hari ini.

“Salamualaikum. Wah.....! Bagaimana antum. Sihat ya.”

Alhamdulillah, kederangan aku suaranya dari muka pintu. Alhamdulillah dia datang ke rumahku. Tanpa membuang masa, terus aku mendapatkannya.

“Ahlan. Ahlan. Ust. Masnur, ana hajat.”

Aku membawa Ust Masnur ke bilikku. Aku tunjukkan padanya kitab warisan ulama silam. Khasyiyatan Qalyubi wa ‘Umairah. Aku tunjuk kepadanya satu permasalahn yang bagiku amat sukar dan memeningkan. Kami sama-sama berbincang. Merujuk pelbagai kitab dan mausu’ah. Tetapi mengecewakan hampir ke maghrib, masih tiada lagi bertemu jawapan.

Semalam dan sebelumnya, aku diberi amanah membimbing adik-adik tahun satu berbincang subjek fikh syafie nassi. Kitab Khasyiyatan Qalyubi wa ‘Umairah. Baca punya baca sampailah pada matan yang memeningkan aku yang telah aku bincang dengan Ust Masnur hari tu. Aku angkat bendera putih. Terus terang memang tidak mampu untuk aku merungkainya. Di penghujung pertemuan, aku mencabar mereka siapa yang mampu menyelesaikannya akan ku belanja satu makanan arab special (ummu Ali). Aku berani cabar sebab masalah ini bagiku amat sukar. Oleh kerana itu, beranilah aku mencbar.

Malam tadi, sedang aku minum teh dengan kawan-kawan, tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada salah seorang ahli kelas. Alangkah terperanjatnya aku, memang besar kuasa Allah memberikannya jalan penyelesaian. Hatiku terus bermonolog. ‘alamak! Alamat nipis lah kocek aku.’ Aku kata kepadanya esok ada kelas seperti biasa dan mengharapkan agar dia dapat terangkan kepada rakan-rakan semua.

Pagi tadi dia dengan jayanya telah merungkai masalah yang membumbu pemikiranku. Alhamdulillah, amat besar kuasa Allah. Sememangnya telah Allah berinya hidayah dan perlulah aku menunaikan janji membelanja ummu Ali 10.

Deduksinya yang dapat ambil ialah sebagaimana apa yang dikatakan Imam kita al-Syafie r.a sebagaimana di atas. Maksudnya:
Telah aku mengadu kepada guruku Waki’ tentang hafalanku yang buruk,
Maka, dia mengajarku agar meninggalkan maksiat,
Dan dia mengatakan kepadaku bahawa ilmu itu cahaya,
Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pembuat maksiat.

Allah menutup pintu hidayahNya padaku dalam merungkaikan masalah ini kerana banyak benar maksiat yang aku lakukan. Alhamdulillah telah Allah buka jalan untuknya merungkai masalah itu. Tahniah.

Wallahu a’lam

Khamis, April 20, 2006

Kelakar: Jangan Minum dan Memandu!

Satu malam tu ada perempuan ni la, dia baru saja balik dari party, tak tahu dah berapa baldi gelas dia minum tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa dalam perjalanan balik rumah dia kena tahan la dengan pegawai polis yang check kat tepi jalan. Mana taknya, bawak macam lipas! Pegawai tu pun suruh dia keluar kereta dengan minta la lesen memandu minah ni. Nasib baik tiba-tiba ada accident kat seberang jalan. Pegawai tu pun lintang pukan dengan gelabahnya terpaksa la tinggalkan perempuan tu.

So, perempuan yang bawak macam lipas yang mangkok ni dah gabra tak tahu nak buat bagaimana, dia pun buat keputusan lari saja la balik rumah dia. Fuuh, selamat sikit. Ingat dah selamat, besok pagi tiba2 ada la seorang polis ni datang rumah dia. Minah yang tengah lalok + baru bangun tidur ni terkejut la. lepas itu polis tu tanya,

"AWAK pergi MANA MALAM SEMALAM?"

perempuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA kat RUMAH saja."So polis tu tanya lagi, "BETUL ke???"

perempuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK pergi mana-mana, TANYA lah dengan HOUSEMATE SAYA."

So polis tu kata, "YE ke? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR kejap"

Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU kereta SAPA TU??"

Perempuan tu macam nak pengsan ada, macam kena flush kat mangkok jamban pun ada! Aduh, sebab apa? Sebab dia dah terbawak kereta polis yang malamtadi balik rumah, dia ingat kereta dia sebab warna sama warna putih (wira), cuma kereta dia tak ada sticker polis kat tepi pintu saja.

Tak pasal2 kena saman RM1,000 dan gantung lesen 1 tahun.

Kemajuan sains di kalangan negara Islam bimbangkan Amerika

Oleh ABR

TEHRAN, 20 April (Hrkh) - Kejayaan umat Islam di dalam pelbagai bidang sains membimbangkan Amerika Syarikat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

"Amerika dan sekutu utamanya, rejim Zionis, tidak mahu negara-negara umat Islam mencapai kemajuan di dalam bidang sains, termasuk teknologi nuklear untuk tujuan keamanan," beliau memberitahu agensi berita Iran, IRNA, dalam satu temubual ketika diadakan Persidangan Antarabangsa Ketiga Mengenai Al-Quds (Palestin) dan Menyokong Hak Rakyat Palestin.

"Oleh kerana itulah juga negara-negara umat Islam seperti Libya dan Pakistan menghadapi penentangan Amerika apabila mereka mahu memajukan teknologi nuklear dan pentadbiran (Presiden Amerika, George W) Bush hari ini menentang keras kejayaan besar Iran menguasai teknologi mempekayakan uranium," katanya.

"Oleh kerana itulah juga negara-negara umat Islam seperti Libya dan Pakistan menghadapi penentangan Amerika apabila mereka mahu memajukan teknologi nuklear dan pentadbiran (Presiden Amerika, George W) Bush hari ini menentang keras kejayaan besar Iran menguasai teknologi mempekayakan uranium," katanya.

-Harakah Daily-

Macam-Macam: Lelaki 74 tahun masih ada hati kahwin lagi

MAKKAH: Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang warga tua berusia 74 tahun selain menerima laporan kesihatan menyatakan dia masih sihat untuk berkahwin.

Akhbar Okaz melaporkan, kegembiraan itu berganda kerana perkahwinan yang dirancang ialah kali keempat dan bakal isterinya baru mencecah usia 23 tahun.

Lelaki berkenaan berkata, di sebalik penampilan, hatinya masih muda.

Dia juga merancang mengadakan majlis besar-besaran di dewan dan berfikir untuk membawa isteri mudanya itu berbulan madu di Eropah.

-Berita Harian-

Rabu, April 19, 2006

Tanggungjawab ini teresak-esak menangis

Dikejauhan
ada suara teresak-esak,
sumbang iramanya
canggung tingkahnya
mendung bicaranya
ia sedang berlagu duka
di tengah lautan globalisasi
inilah esakan suatu tanggungjawab
warisan Muhammad.

Dikejauhan
ada langgam derita,
sember alunannya
pahit gerak tarinya
renyai-renyai rentaknya
ia sedang bernyanyi lara
di tengah mergastua sekular,
inilah derita secangkir tanggungjawab
pusaka Muhammad.

Dikejauhan
ada gema sendu,
lesu langkahnya
gontai gamitannya
letih olengannya
ia sedang di gelenyeh metah
tidak berasah,
inilah sendu sebuah tanggungjawab
peninggalan Muhammad.

Dikejauhan
pada perlembahan Nil
ada sejambak anak-anak Al-Azhar
sedang tertawa riang
sedang menyantap
cacing-cacing hidangan dunia.
Mereka pekak,
telinga dipalam tahi-tahi hiburan
hati dibungkus lihaf meterial.
Mereka gembira melihat
tanggungjawab ini terhinjut-hinjut
tanpa papahan.
Bakal ulamak ini gemar
didendang rengekan sendu
tanggungjawab ini
Mereka enak mendengar
tangungjawab ini
teresak-esak menangis.
Ingatlah kalam Rabbul Jali
nerakalah tempatnya buat mereka
yang durjana
khianat pada tanggungjawab.
Celakalah mereka yang
lari dari amanah yang diberi.
(sajak ini aku tujukan khas untuk diriku yang selalu membiarkan tangunggjawab ini terhinjut-hinjut, menangis dan meraung memanggil namaku. Tetapi, jarang sekali ku layan kerenahnya. Moga satu masa nanti dapatku papah, kubelai dan kupujuk tangungjawab ini agar ia tidak menangis lagi.)

Cairo, Egypt
6 September 2004

Iran arah potong tangan -- Bush nafi mahu guna tindakan ketenteraan

TEHERAN 18 April - Tiga pemimpin Iran hari ini memberi amaran keras untuk bertindak balas jika diserang termasuk Presidennya, Mahmoud Ahmadinejad yang mengarahkan angkatan bersenjata Iran bersiap sedia untuk “memotong tangan mana-mana penceroboh” yang menyerang.

Beliau berkata demikian hari ini dalam ucapan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera kebangsaan.

Bagaimanapun di Washington, Presiden George W. Bush berkata, “semua opsyen ada di atas meja” untuk menghalang pengeluaran senjata atom Teheran, tetapi mahu penyelesaian diplomatik.

“Kami bekerja keras untuk tujuan itu,” katanya.

Kenyataan Mahmoud itu turut disuarakan oleh Duta Teheran ke Rusia dan bekas Presiden Iran, Akbar Hashemi Rafsanjani yang menegaskan Iran bersedia untuk menghadapi peperangan jika diserang berhubung program nuklearnya.

Mahmoud yang menyaksikan satu perarakan tentera di selatan ibu negara menyeru tentera Iran supaya sentiasa bersiap sedia dengan peralatan secukupnya dan menguasai teknologi terkini untuk menangkis sebarang serangan.

“Tentera Iran kuat berkhidmat untuk menjaga keamanan dan keselamatan dan tidak menimbulkan ancaman kepada sesiapa. Dalam menghadapi musuh, tentera umpama meteorit dan akan memotong tangan mana-mana penyerang dan memalukan mereka,” katanya.

Di Moscow, Duta Iran Gholamreza Ansari dipetik oleh agensi berita Rusia sebagai berkata, Iran bersiap sedia untuk berperang jika diserang tetapi sedang melakukan usaha maksimum bagi menamatkan kebuntuan berhubung program nuklearnya menerusi rundingan.

Di Moscow, Duta Iran Gholamreza Ansari dipetik oleh agensi berita Rusia sebagai berkata, Iran bersiap sedia untuk berperang jika diserang tetapi sedang melakukan usaha maksimum bagi menamatkan kebuntuan berhubung program nuklearnya menerusi rundingan.

“Iran terus berusaha sedaya upaya untuk memastikan tiada perang meletus di rantau ini, tetapi sentiasa bersedia untuk menghadapi konflik bersenjata jika sengketa berlaku,” tambah Gholamreza.

Di Bandar Kuwait, Akbar Hashemi menyatakan kesediaan Iran sambil memberikan amaran tentang kemungkinan diserang.

“Kami tidak berkonfrontasi, namun jika ia menyusahkan kami, kami telah bersedia untuk itu,” kata beliau.

“Kami tidak berkonfrontasi, namun jika ia menyusahkan kami, kami telah bersedia untuk itu,” kata beliau.

-Utusan-

Selasa, April 18, 2006

Ugut bom 6 Kem PLKN

Oleh Efindi Badarudin, Isma Ismail dan Erywan Norshal

KUALA LUMPUR: Enam kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dikatakan menerima ancaman bom daripada seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada bekas pelatih yang dirogol sebelum membunuh diri, 17 April tahun lalu.

Dua daripada kem terbabit iaitu di Pasir Mas dan Kuala Krai, Kelantan, sudah membuat laporan polis masing-masing awal bulan ini dan minggu lalu selepas menerima ancaman bom itu melalui faksimili.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada kedua-dua kem PLKN itu.

Menurutnya, ancaman bom itu bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi kem PLKN yang akan diletupkan.

“Kita masih menyiasat perkara ini dan keadaan di semua kem PLKN terkawal serta selamat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa yang anak mereka sedang mengikuti latihan di kem PLKN agar tidak bimbang kerana keadaan adalah terkawal.

Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berikutan berlakunya ugutan jenayah.

“Apa yang saya dimaklumkan pihak terbabit sudah menghantar faksimili ancaman bom itu ke ibu pejabat PLKN,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Halim Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali kira-kira dua minggu lalu.

Menurutnya, sebaik menerima ugutan itu, pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada 10 April lalu.

“Kita mengikut prosedur dan peraturan ditetapkan untuk membuat laporan polis sekiranya menerima sebarang ugutan atau ancaman,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, PLKN kini menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Saya tidak dapat mendedahkan kandungan faksimili ini kerana sudah membuat laporan polis dan bimbang akan mengganggu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, JLKN juga mengambil langkah awal dengan menghantar surat pekeliling kepada semua kem di seluruh negara mengenai ancaman bom berkenaan.

“Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Walaupun tidak semua kem menerima ancaman, kita perlu mengikut prosedur memaklumkan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, sumber mengatakan dua kem PLKN di Kelantan dipercayai membuat laporan polis itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam ancaman bertulis melalui faksimili itu, individu berkenaan mendakwa dirinya bapa kepada seorang bekas pelatih PLKN di Selangor, tahun lalu.

Dia mendakwa anaknya dirogol dan didera di kem itu sehingga mengalami tekanan perasaan sebelum membunuh diri dengan menelan ubat secara berlebihan di rumah mereka, 17 April tahun lalu.

Berikutan itu, sebagai menyambut ulang tahun kematian pertama anaknya itu, lelaki berkenaan mengancam mengebom enam kem PLKN di seluruh negara dengan menggunakan alat kawalan jauh yang diseludup ke kem terbabit.

Dia mendakwa sudah tidak tahan lagi menanggung derita dan mahu menuntut bela kematian anaknya itu.

Dalam tinjauan Harian Metro ke sebuah kem PLKN di Kelantan yang membuat laporan polis, semalam, mendapati pelatih kem berkenaan menjalankan aktiviti seperti biasa.

Tetapi wartawan tidak dibenarkan masuk dan hanya bercakap dengan komander melalui pintu pagar.

Beliau turut enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan ancaman itu tetapi tidak menafikan membuat laporan polis.

Sabtu, April 15, 2006

Kedatangan Datuk Panglima Abdul Kadir Syeikh Fadzir

Oleh Ilham Harapan

Jumaat, 14 April 2006, satu majlis ramah mesra telah diadakan bersama tetamu dari Malaysia iaitu Datuk Panglima Abdul Kadir Syeikh Fadzir. Buat julung kalinya anak-anak Malaysia di perlembahan Nil dikunjungai beliau yang merupakan wakil khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah dan Afrika Selatan.

Buat pertama kalinya juga kaki saya telah dibawa Allah melangkah ke dewan besar Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA). Sebelum ini, siswa dan siswi perlembahan Nil ini telah pun dikunjungi oleh beberapa orang menteri dan tokoh-tokoh besar negara. Tetapi tidak pernah sekali pun, langkah saya dibawa ke sana (ARMA) untuk sama-sama beramah dan bermesra.

Beliau yang merupakan wakil khas PM kita, melawat beberapa buah negara Arab membawa misi pertubuhan INNA iaitu International Network ........ (N dan A itu saya lupa apa maksudnya). Sebenarnya saya pun kurang jelas apa dia INNA itu. Sebab Datuk Panglima pun tidak ada menerangkannya ketika beliau berucap. (nampaknya saya memang cetek pengetahuan am)

Dalam majlis ramah mesra tersebut, masing-masing menunggu ucapan Datuk Panglima sendiri yang sebelumnya didahului oleh TYT Datuk Duta kita. Dalam hati saya entah apa agaknya kita semua kena basuh malam ini. Kerana sebelum ini, kawan-kawan yang pernah pergi ke majlis seperti ini memberitahu bahawa kadang-kadang majlis seumpama ini, kita siswa dan siswi dijadikan seperti kain lap yang perlu diclorox dengan mesin basuh sharp atau Toshiba dan sebagainya. Kerana, orang kata pelajar Mesir ni pembangkang. Tapi sangkaan saya meleset. Sungguh tidak menyangka beliau membawa ucapan yang harmonis lebih bersifat kebapaan.

Pada permulaan ucapan beliau menyentuh perihal yang bagi saya menyentuh hati nubari. Perihal kedua orang tua kita di kampung. Saya memanglah rindu pada mereka semua. Tiba-tiba Datuk Panglima sebut pula pasal orang tua. Keperitan dan kepayahan mereka dalam mencari wang semata-mata untuk memastikan kelangsungan pengajian kita di bumi kinanah ini. Teringat saya pada ibu ayah di rumah. Beliau juga merayu agar kita semua cepat-cepat habiskan belajar. Ini adalah harapan ibu bapa dan masyarakat seluruhnya.

Keduanya beliau menyentuh perihal kerjaya. Beliau berkata suatu masa dahulu orang Melayu sangat berbangga dan seronok bila bekerja dalam sektor kerajaan. Tetapi pada hari ini seperti yang beliau ucapkan pada malam tersebut menggalakkan agar kita semua tidak semata-mata bergantung kepada pihak kerajaan. Golongan intelek seperti kita harus berani menceburkan diri dalam bidang-bidang swasta atau bekerja sendiri seperti dalam bidang IKS membuat kerepek dan sebagainya. Beliau juga berkata bekerja dengan kerajaan ini tidak kaya. Sebab itu beliau tarik diri dalam menjawat menteri kabinet. (dalam nada seloroh)

Akhir sekali beliau mengigatkan kita semua agar jangan terlibat sangat dengan politik. Di perlembahan Nil ini, yang utama adalah peranan kita mengkaji dan menuntut ilmu sedalamnya. Habiskan pengajian dahulu. Berpolitik setelah tamat pengajian nanti. (Tapi saya konfius dengan Nadi Umno di sini. Bagaiman pula?)

Ada orang kata, tokoh-tokoh negara dan orang politik yang datang ke sini, mereka manis mulut dan sangat pandai bermain kata. Pembawaan ucapan yang harmonis, tenang dan bersifat kebapaan merupakan satu taktik menarik golongan agamawan menyertai mereka. Jadi, orang kata janganlah kita terpengaruh dengan taburan manis yang meniti bibir mereka. Tapi itu kata orang. Pandangan mereka. Mungkin benar mungkin salah. Tapi, أنظر ما قال ولا تنظر من قال.

Kita semua adalah golongan siswazah yang berpindidikan dan punyai akal yang intelek. Dengan akal dan pemikiran yang Allah kurnia, kajilah dan nilailah yang mana satu kaca dan mana satu permata agar yang permata boleh dijadikan teman sepanjang kehidupan dan yang kaca diketepikan. Yang elok dan molek harus terus dijadikan pedoman dan panduan serta yang jelek dan canggung harus dimuhasabah dan diperbaiki dari masa ke semasa. Kita semua diberi Allah anugerah akal fikiran dan nikmat yang sama. Nilai dan teliti sesuatu dengan sebaik mungkin. Jangan sampai akal tersasar dari apa yang Allah dan RasulNya ajarkan. Biar apa pun, yang penting perinsip dan manhaj al-Quran dan Sunnah jangan tergadai. Allah dan Rasulnya terus dijulang. Timbang-timbangkanlah. Jangan sampai arah tersasar takut menyesal di padang mahsyar.

Sekadar pandangan dan berkongsi pengalaman...

Wallahu a’lam

Kelakar: Jatuh Bangunan

Macam ni, Ada la seorang perempuan seksi ni, dia tengah lepak-lepak menikmati pemandangan di koridor tingkat 80. Tak pasal-pasal, dia tergelincir dan terjatuh. Waktu di tingkat 70, nasib baik ada seorang mamat inggeris ni sempat sambut dia.

Perempuan seksi: "Terima kasih la. Kalau tak saya dah mati tadi."
Ongputih: "Sama-sama. Tapi awak kena balas budi saya, awak kena tidur dengan saya.."
Perempuan seksi: "Ptuih! Ingat aku pelacur??!!"

Habisla, pasal marah sangat, orang putih tu pun lepaskan balik. Jatuh la dia. kat tingkat 60.. Kebetulan kerana jeritan minah ni kuat sangat, ada la seorang mamat perancis tengok-tengok. Dia pun nampak la ada orang jatuh lalu dia pun sambut.

Perempuan seksi: "Terima kasih la, kalau tak saya dah mati tadi."
Orang perancis: "Sama-sama. Tapi awak kena balas budi saya. Tidur dengan saya.."
Perempuan seksi: "Ptuih! tak boleh harap! Blah la!"

So, kena lepas lagi... Kali ni minah ni dah cuak. Dah tingkat 50, tak ada orang sambut. Tingkat 40 pun tak ada lagi. Kali ni dia bertekad sesiapa yang sambut dia memang dia tidur dengan orang itu. kat tingkat 30, kebetulan seorang pak arab ni terperasan. Dia pun nak buat apa, sambut saja la. Kalau tak minah tu mati. Setelah disambut,

Perempuan seksi: "Terima kasih encik. Sebagai membalas jasa anda, anda mendapat hadiah tidur semalam dengan saya."
Pak arab: "Astaghfirullah.."

Perempuan tadi pun dilepaskan...

Singapura politikkan isu jambatan - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 13 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Singapura telah mempolitikkan isu projek jambatan menggantikan Tambak Johor dengan meminta penjualan pasir dan ruang udara sebagai pertukaran atas persetujuan membenarkan pembinaan jambatan tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pada peringkat awal Singapura tidakpun membantah projek itu tetapi kemudiannya mengambil kesempatan `mengorek' hal-hal lain bagi menyekat pelaksanaan projek itu.

``Oleh kerana kita tunggu (persetujuan Singapura), akibatnya projek itu telah dijadikan isu oleh Singapura, macam isu air (yang turut menjadi isu tertunggak antara Malaysia dan republik itu),'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk Krisis Kepimpinan dan Teknik-Teknik Komunikasi Strategik pada Forum Krisis dan Risiko: Pendekatan Hadhari, Penjelasan dan Relevannya kepada Cabaran-Cabaran Global Kontemporari di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas keputusan kerajaan semalam membatalkan pembinaan projek jambatan itu dan menghentikan rundingan dengan republik itu.

Menurut beliau, Singapura sentiasa suka menimbulkan masalah sambil memberi contoh isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Pusat (CPF) melibatkan rakyat Semenanjung yang bekerja di republik itu.

Menurut Dr. Mahathir, CPF adalah milik rakyat negara ini dan jika Singapura boleh menyelesaikan isu CPF bagi pekerja dari Sabah dan Sarawak, mengapa ia tidak boleh tangani isu CPF melibatkan pekerja dari Semenanjung.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan kerajaan semalam kerana sudah banyak kali kerajaan mengkaji semula keputusannya demi kepentingan rakyat termasuk dalam isu kenaikan kadar tol.

-Utusan Malaysia-

Jumaat, April 14, 2006

I Love U (ii)

Oleh Ilham Harapan

Cinta dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan begitu juga antara cinta dan kata-kata, antara cinta dan luahan adalah unsur yang sama seperti cinta dan manusia. Antara cinta dan ungkapan “I love you” keduanya tidak boleh dipisahkan. Kenapa?

“I love you” mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan perasaan hati yang sangat dalam dan ungkapan “I love you” adalah lafaz yang mengungkap rasa cinta tersebut. Cinta adalah perasaan yang halus. Ia mendiami dasar hati hingga kekadang sukar untuk diertikan dan ungkapan “I love you” bila telah dilafaz, maka akan beertilah cinta. Cinta adalah satu fenomena dalam jiwa yang hanya boleh dirasa dengan perasaan tidak nampak dipenglihatan. Maka, ungkapan “I love you” meluah rasa agar yang tersembunyi akan nampak dipenglihatan.

Saya suka untuk mengulangi bahawa cinta adalah unsur semulajadi dalam jiwa manusia, duduk pada rasa yang sangat halus dalam nubari insan. Ia bagai tersembunyi di lubuk hati. Namun begitu, sebenarnya perasaan halus yang mendiami jiwa manusia ini tidak ada nilai. Ia sedikit pun tidak beerti dan bermakna sekiranya pemilik rasa ini hanya memeramnya pada nubari yang sunyi. Lorong ini sebenarnya suram dan kosong. Kalau hanya diperam, ia tidak akan memberi apa-apa kesan. Oleh itu, luahan dan kata-kata merupakan unsur muhim agar perasaan ini ada nilai dan mempunyai harga.

Oleh kerana itu, tidaklah salah kalau dikatakan cinta dan kata-kata, antara keduanya mempunyai kaitan yang sangat rapat. Cinta dan ungkapan kata “I love you” umpama darah daging. Sabda Nabi s.a.w.
Wallhu a'lam

bersambung...

Khamis, April 13, 2006

KISAH SENGAU

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalubertanya kepada pemandu bas

"Vang.. vas nih fegihamfang ke... ? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas. Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi punbertanya kepada pemandu bas itu.

"kenapa awak diam tadi? kesian dia... "
Pemandu itu pun menjawab:
"Masham mana haya nak hawab... . haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata hayahehek hia hulakk!!!... ... .."
(macam mana saya nakjawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)...

I Love U

Oleh Ilham Harapan

Saya tidak tahu kenapa saya mahu cerita pasal perkara ini. Fikiran saya juga buntu kenapa sering berkata perihal ini. Tapi hati saya tetap mahu bercerita tentangnya. Jari saya tidak boleh lagi dikekang menulis hal keadaannya.

"I love you" aksara berbahasa inggeris yang tidak asing pada gendang telinga dan biasa korneo mata kita memandang. “I love you” merupakan satu ungkapan kata yang mampu menggugat hati dan jiwa, perasaaan dan nubari hingga ke dasar yang paling dalam. Ia prosa kata yang amat unik dan paling menyentuh jiwa.

“I love you” adalah satu kalimah cinta. Cinta pula adalah suatu fitrah dan tabiat semulajadi manusia. Tidak dapat tidak, siapa jua, bagaimana keadaan mereka, kedudukan, keturunan dan apa jua yang ada pada diri mereka, akan mengakui bahawa hati tidak pernah khali dari rasa cinta. Lantaran itu, benarlah bahawa cinta dan manusia umpama aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku. Ia tidak boleh dipisahkan.

Cinta dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan begitu juga antara cinta dan kata-kata, antara cinta dan luahan adalah unsur yang sama seperti cinta dan manusia. Antara cinta dan ungkapan “I love you” keduanya tidak boleh dipisahkan. Kenapa?

bersambung...

wallahu a'lam

Rabu, April 12, 2006

S'pura Terkejut Keputusan Batalkan Projek Jambatan

Oleh Jackson Sawatan

SINGAPURA, 12 April (Bernama) -- Singapura terkejut dengan keputusan Malaysia membatalkan pembinaan sebuah jambatan bagi menggantikan Tambak Johor seperti yang diumumkan hari Rabu.

"Kami terperanjat dengan keputusan mengejut ini sedangkan rundingan bagi membina sebuah jambatan masih dijalankan," kata Kementerian Luar dalam kenyataan satu peranggan.

Kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas Malaysia mengumumkan keputusannya untuk memberhentikan projek membina jambatan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa kerajaan Malaysia membuat keputusan itu setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.

Katanya kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan berhubung dengan jambatan itu.

Pegawai dari kedua-dua negara telah bertemu sebanyak lima kali sejak September lepas bagi merundingkan mengenai cadangan Malaysia agar sebuah jambatan dibina untuk menggantikan tambak berusia 81 tahun ini, dengan masing-masing menanggung kos pembinaan di kawasan masing-masing.

Singapura bagaimanapun enggan menyertai projek itu dengan alasan ia menelan belanja yang tinggi sedangkan republik itu tidak mendapat sebarang manfaat.

Untuk ia bersetuju, Singapura dilaporkan mahu supaya Malaysia menjual pasir kepadanya bagi projek menambak laut dan agar jet pejuangnya dibenar menggunakan ruang udara Malaysia.

-- BERNAMA

Ahad, April 09, 2006

Dalil-dalil Maulid Nabi SAW

Oleh MOHD AMIR MD AZMI

1)Al-Quran

1. Al-A'raf ayat 157 bermaksud:

"Maka orang-orang yang beriman dengannya, memuliakannya dan menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya."

Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW dan biberikan pahala oleh Allah. Begitu juga menyambut hari kebesaran lain.

2.Al-Haj ayat 32:

"Dan sesiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda) Tuhan, sesungguhnya ia adalah manifestasi dari hati yang bertaqwa kepada Allah"

Nabi SAW merupakan syiar atau tanda kebesaran Allah kerana dengan kemunculan Rasulullah SAW, dunia mengetahui tentang keesaan Allah.

3.Al-Ahzab ayat 56:

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya."

Islam memberikan ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW seperti dalam majlis maulid.

2) Hadis

1. al-Hafiz Syamsuddin ibn al-Jazari dalam kitab 'Urfal Ta'rif bi Maulid al Syarif yang bermaksud:

"Bahawa Sayyidina Abbas ra bermimpi melihat Abu Lahab selepas kematiannya. Maka dia bertanya keadaannya? Abu Lahab menjawab: Aku berada di dalam neraka tetapi diringankan azabku setiap malam Isnin dan aku menghisap air di antara dua jariku sekadar ini (sambilmenunjukkan hujung jarinya). Yang demikian itu adalah kerana aku membebaskan Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) ketika dia mengkhabarkan kepadaku tentangberita gembira mengenai kelahiran Nabi SAW dan kerana aku telah menyuruhnya menyusukan Muhammad SAW"

Imam Bukhari menyebut perkara ini dalam kitab sohihnya pada kitab Nikah jilid 3 H:243 dan Fathul Bari jilid 10 H:175.

2. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sohihnya daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka jawabnya "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepadaku".Dr. Abdullah al-Himyari menyatakan, nas ini menunjukkan dengan jelas tentang keharusan menyambut hari lahir Baginda SAW dan hadis ini tidak ada ihtimal (andaian) yg lain.Beliau berkata, melalui hadis di atas saya tidak mendapati sebarang jawapan yg menyokong pendapat golongan pembangkang yang menolak keharusan sambutan Maulid Nabi SAW ini. Malah sekiranya mereka berpegang bahawa sambutan Maulid Nabi SAW hanya dibolehkandengan melakukan ibadah puasa dan tidak boleh dilakukan dengan ibadah yg lain seperti membaca selawat, sirah Nabi SAW, sedekah dan sebagainya maka golongan ini termasuk di dalam golongan Ahli Zahir yang hanya mengikut buta zahir hadis tanpa merujuk kepada kaedah usul dan mereka mengkhususkan hadis ini tanpa ada dalil yang mentakhsiskannya (mengkhususkannya).

Namun demikian apa yang pasti golongan ini telah sependapat dengan kami di atas pensyariatan menyambut Maulid Nabi SAW.

3) Ijma'

Ulama telah sepakat memandang baik amalan menyambut maulid Nabi SAW.Ramai dari kalangan ahli hadis yg memandang baik terhadap majlis maulid Nabi SAW. Imam Mujtahid Abu Syamah al-Maqdisi menyatakan dalam kitab al Bai'th 'ala Inkar al Bida' wa al Hawadith:

Di antara perkara baik yg dilakukan pada zaman ini ialah perkara-perkara yang diadakan bersempena hari Maulid seperti bersedekah, melakukan perkara2 baik dan melahirkan perasaan gembira. Di dalam mengadakan majlis seumpama ini, di samping melakukan kebaikan kepada faqir miskin, ia melahirkan kecintaan terhadap Baginda SAW.

Pandangan baik ulama' terhadap amalan maulid ini merupakan ijma' sukuti ke atas pensyariatannya.

Bid'ah (iii)

Oleh Ilham Harapan

P/s: Sila baca artikel sebelumnya (Bid'ah ii).

Daripada Hadis di atas, terang lagi bersuluh menunjukkan kepada kita bahawa bidah itu ruangnya amatlah luas dan bukanlah semua bidah itu dolalah (sesat). Sepertimana dalam hadis yang ke-3 di atas betapa sahabat Nabi s.a.w di dalam solatnya telah menambah zikir atau dalam bahasa mudahnya telah memperbuat bidah. Sedangkan tiada perintah dari Nabi berbuat demikian. Kita lihat bagaimana reaksi Nabi s.a.w dengan mengatakan bahawa sekumpulan 30 para malaikat berlumba-lumba menulis pahala mereka. Dan kita lihat secara jelas dan terang bagaimana Nabi s.a.w tidak pun mengatakan sahabat melakukan bidah dan mereka sesat. Bahkan Rasul s.a.w mengkhabarkan berita gembira pada mereka yang berbuat demikian.Sekadar tambahan beberapa perkara.

Tuntasnya sebagai satu deduksi; kita telah lihat perbahasan sebelum ini berkaitan makna bid'ah. Kita melihat bagaimana Dr Yusof Qardhawi mengatakan tiada pembahagian bidah hasanah mahupun saiyiah dengan dalil-dalil yang tertentu. Dan kita lihat juga bagaimana pandangan ulama yang mengatakan bidah terbahagi kepada dua hasanah dan saiyiah dan Imam Nawawi mengatakn bidah terbahagi lima. Pandangan mereka semua ini bukan pandangan kosong semata-mata nafsu. Tetapi berdasarkan dalil dan hujah tertentu.

Jelasnya, kedua-dua pihak masing-masing ada pandangan beserta hujah yang dikemukakan. Oleh itu, ingin saya menyatakan bahawa dalam masalah ini, tidak seharusnya kita bertelagah kerana jelas kepada kita bahawa ia adalah masalah khilafiah atau perselisihan pandangan dalam Islam. Mereka mempunyai hujah masing-masing dan mereka semua telah masyhur di kalangan kita tentang keilmuannya. Oleh yang demikian, bukanlah tugas dan peranan kita pada hari ini membahas dan memperbesarkan isu persilihan pandangan ini. Kerana dalam perkara ini, sampai bila pun kita tidak akan menemui jalan penyelesaian.

Sepatutnya kita harus lebih menumpukan persoalan utama dan pokok dalam agama. Persoalan Khilafah dan Daulah Islamiah, persoalan murtad, persoalan penghinaan baginda Nabi s.a.w dan banayak lagi persoalan pokok yang harus diperbincang dan dibahaskan. Sidang pembaca sekalian, sedar atau tidak sebenarnya musuh Islam sedang bertepuk tangan melihat kita mempertikai dan membahas perkara yang tidak kunjung noktah. Mereka bersuka ria dan hidup senang lenang dan terus dalam keseronokan merampas, memusnah dan menghancurpunah umat Islam. Darah saudara kita di Palestin hari ini seolah telah halal. Di manakah peranan kita?

Untuk akhirnya; ingatlah pesanan Baginda Nabi s.a.w kepada kita dalam satu hadis: Daripada Abdu bin Hamid dan Ibnu Majah daripada Anas: "Sesungguhnya umatku tidak akan berhimpun di dalam kesesatan. Maka, apabila kamu melihat berlaku perselisihan, hendaklah kamu duduk berada di kalangan mereka yang ramai."

(H.R Ibnu Majah pada bab al-Sawadul A'zham dalam bab Fitan).

Wallahu a'lam

Sabtu, April 08, 2006

Maulid Nabi s.a.w Pandangan Ulama mengenainya

Oleh MOHD AMIR MD AZMI

Sayyidi as-Syeikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi dalam kitabnya "I`anatuth-Tholibin" jilid 3 mukasurat 414 menyatakan antara lain:-

1. Telah berkata Imam al-Hasan al-Bashri: "Aku kasih jika ada bagiku seumpama gunungUhud emas untuk kunafkahkan atas pembacaan maulid ar-Rasul."

2. Telah berkata Imam al-Junaidi al-Baghdadi rhm: "Sesiapa yang hadir mawlid ar-Rasul dan membesarkan kadar baginda, maka telah berjayalah dia dengan iman."

3. Telah berkata Syeikh Ma'ruuf al-Karkhi qds:"Sesiapa yang menyediakan untuk pembacaan maulid ar-Rasul akan makanan, menghimpunkan saudara-saudaranya, menyalakan lampu-lampu, berpakaian baru, berwangi-wangian, berhias-hias, demi membesarkan maulid Junjungan s.a.w., nescaya dia akan dihimpunkanoleh Allah Ta`ala pada hari kiamat bersama-sama kumpulan pertama daripada para nabi dan jadilah dia berada pada setinggi-tinggi syurga. Dan sesiapa yangtelah membaca maulid ar-Rasul s.a.w. ke atas dirham-dirham perak atau emas, dan mencampurkannya bersama dirham-dirham lain, jatuhlah padanya keberkatan dan tidaklah papa si empunyanya serta tidak akan kosong tangannya dengan berkat maulid ar-Rasul s.a.w."

Seterusnya Sidi Syatha dalam "I`anatuth-Tholibin" menyambung:-

1. Dan telah berkata al-Imam al-Yafi`i al-Yamani (sesetengah kitab tersilap cetak di mana huruf "ya" berubah kepada "syin" menyebabkan perkataan ini dinisbahkan kepada Imam asy-Syafi`i):- "Sesiapa yang menghimpunkan untuk Maulid Nabi s.a.w.saudara-saudaranya, menyediakan makanan dan tempat serta berbuat ihsan sehingga menjadi sebab untuk pembacaan Maulid Rasul s.a.w., dia akan dibangkitkanAllah pada hari kiamat berserta dengan para siddiqin, syuhada dan solihin serta dimasukkan dia ke dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan."

Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa para ulama ini begitu berani menyatakan kelebihan-kelebihan bermaulid dengan janji-janji nanti akan bersama para anbiya' dan dapat syurga tinggi, sedangkan mereka bukannya Nabi yang diutuskan yang menerima wahyu berhubung perkara ini.

Jawapannya: Dalam kaedah bahasa arab pada membicarakan ilmu ma`ani dalambab khabar dan insyak. Menurut kaedah ini ada jumlah yang nampaknya seperti khabariyyah yang membawa erti perkhabaran atau berita tetapi sebenarnya adalah insya-iyyah yakni menyatakan harapan atau keinginan seseorang. Bahkan seolah-olah dia berdoa. Jadi maknaperkataan ulama tersebut bukannya khabariyyah tetapi lebih kepada insya-iyyah.

Contohnya jika dikatakan "dapat syurga" maka ertinya " aku ingin atau berharap agar dia dimasukkan ke syurga". Hal begini yang menyebabkan ramai yang tidak faham dan keliru dalam memahami perkataan auliya sehingga berani menuduh para auliya dan ulama memandai-mandai memberi jaminan yang bukan hak mereka.

Begitu juga contohnya, Sidi Abdul Qadir al-Jilani pernah berkata: "Tiada orang Islam yang lalu melintasi pintu madrasahku melainkan akan diringankan daripadanya azab pada hari kiamat." (Rujuk manaqibnya yang dikarang oleh Sayyidisy-Syaikh Ja'far al-Barzanjidengan jodol "al-Lujainud-Dani fi Manaqib asy-Syaikh Abdul Qaadir al-Jailani").

Para ulama memberikan berbagai tafsiran berhubung perkataan ini, dan antaranya ialah ini adalah jumlah insya-iyyah walaupun zahirnya berbentuk khabariyyah. Justeru ia merujukkepada harapan Sultan al-Auliya tersebut agar sesiapa,yang pernah melintas pintu madrasahnya diberi keringanan azab pada hari kiamat.

Oleh itu, perlulah difahami betul-betul ilmu sebelum membuat apa-apa tuduhan terhadap para ulama yang amilin yang menjadi sandaran umat. Pelajari dan kuasai ilmu-ilmu alat sebaik para ulama dahulu dan mengikut kaedah bahasa yang terpakai pada zaman-zaman awal Islam dan bukannya kaedah bahasa Arab Qamus Munjid yang dikarang oleh orientalis. Ilmu nahu, sorof, balaghah, bayan, ma`ani, badi' dan lain-lain lagi perlulah betul-betul dikuasai sebelumkita memperlekehkan ulama yang telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk ilmu dan dakwah.

Walau apa pun, segala perkataan ulama tersebut adalah endorsement mereka untuk menggalakkan pembacaan maulid Junjungan Nabi s.a.w. agar lidah dan telinga kita sentiasamenyebut dan mendengar nama Junjungan s.a.w. dan sirah serta kebesaran baginda, dan mudah-mudahan dengan lidah yang menyebut, telinga yang mendengar, maka akan terbit kecintaan dalam hati sanubari kita. Inilah yang dikehendaki oleh ulama agar setiap umat cinta dan kasih serta faham kebesaran dan sirah perjuangan Junjungan s.a.w. untukdiagungkan dan dicontohi. Mudah-mudahan Allah merahmati ulama kita sekaliannya. Al-Fatihah.

Tanbih (sebagai analogi kepada pentingnya pemahaman dari sudut bahasa):

1. Orang membaca al-Quran di kubur hukumnya SUNAT menurut mazhab kita asy-Syafie.
2. Orang membaca al-Quran dikubur hukumnya HARAM ittifaq segala umat. Sebab kalau pun nak dikubur tunggulah si pembaca tersebut mati dulu. Kalau hidup-hidupdikuburkan, membunuh namanya.

Ini baru contoh nahwu bahasa Melayu, bahasa Arab lagilah luas. Oleh itu ilmu alat itu amat penting untuk diketahui dan dipelajari, lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang ingin nak jadi mujtahid.

Seterusnya:-

• Telah berkata Syaikh as-Sirri as-Saqathi: "Sesiapa yang mengqasadkan sesuatu tempat yang dibaca padanya Maulid Nabi s.a.w., maka telah dia telah mengqasadkan satu taman dari taman-taman syurga kerana tidaklah dia mengqasadkan tempat demikian selain daripada kecintaannya kepada ar-Rasul s.a.w. Dan telah bersabda Nabi a.s.: "Sesiapa yang mencintaiku adalah dia bersamaku dalam syurga."

Begitulah sahabat semua, qasad itu berupa pemergian ke tempat maulid atau juga bermaksudmembuat maulid. Kenapa kita buat maulid ? Jawapan bagi soalan ini adalah qasadnya kita. Ada orang buat maulid semata-mata menjalankan kebiasaan tradisi, ada yang buat hanya semata-mata hendak membesarkan Junjungan kerana tidakkah Allah telah berfirman: "Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu." Maka seseorang itu diganjari berdasarkan kepada niat dan qasadnya.

Marilah kita bersama-sam menganjurkan maulid, hadir ke maulid, hayati maulid, demi
membesarkan Junjungan s.a.w

Sidi Syatha menyambung:-
• Telah berkata Sulthanul-'Arifin Jalaluddin as-Sayuti dalam kitabnya berjodol "al-Wasaail fi syarhisy Syamaail": "Tidak ada sebuah rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan padanya Maulid Nabi s.a.w. melainkan akan dikelilingi dan diselubungi tempat itu oleh paramalaikat akan ahli yang hadir di tempat tersebut serta diratai mereka oleh Allah dengan rahmat. Para malaikat yang diselubungi, diliputi dan dikalungi cahaya iaituJibril, Mikail, Israfil, Qarbail, 'Aynail, ash-Shaafun, al-Haafun dan al-Karubiyyun, maka bahawasanya mereka berdoa bagi sesiapa yang menjadi sebab untuk pembacaan Mauli Nabi s.a.w."

• Imam as-Sayuti berkata: "Tidak ada seseorang Islam yang diperbacakan dalam rumahnya akan Maulid Nabi s.a.w. melainkan diangkat Allah kemarau, wabak, kebakaran, malapetaka, bala bencana, kesengsaraan, permusuhan, hasad dengki, kejahatan 'ain (sihir pandangan) dan kecurian daripada ahli rumah tersebut, maka apabila dia mati, Allah akan mempermudahkanatasnya menjawab soalan Munkar dan Nakir dan adalah dia ditempatkan pada kedudukan as-Shidq di sisi Allah Raja yang Maha Berkuasa."

Mungkin ada yang bertanya kenapa ada orang baca maulid tetapi masih menerima malapetaka dan bencana. Apa nak kata, hatta para Nabi pun mendapat musibah duniawi sebagai ujian daripada Allah s.w.t., kerana semuanya berlaku atas kehendak Allah semata-mata. Apa jua musibah duniawi adalah ringan berbanding musibah berbentuk maknawi. Keselamatan dari musibah maknawi ini yang diutamakan, biar rumah kita dicuri asalkan iman dan kesabaran serta tawakkal kita pada Allah tidak turut dicuri sama. Mungkin juga Allah belum menerima amalan kita, sehingga ianya tidak menjadi sebab mendapat rahmat Allah tersebut. Oleh itu, teruskan usaha dan tingkatkan amalan. Yakin kepada kemurahan Allah yang tiada terbatas dan carilah syafaat daripada Junjungan s.a.w.

Jumaat, April 07, 2006

Kelakar

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik.
Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?Bapak : Mai masuk dalam bilik lepas itu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam saja)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Cantik tak jam GShock baru bapak ni. Dia ada cahaya bila gelap. Mahal ini!!! Dah, pergi keluar.

Khamis, April 06, 2006

من أحب شيئا أكثر من ذكره

Oleh Ilham harapan

Dalam Kitab Fathul Bari pada juzuk 7 pada bab ke-8 dalam Kitab bada'a al-Khalq pada mensyarahkan hadith bil. 3245 (pada matan akhir pada hadith tersebut), Imam Ibnu Hajar berkata setelah memetik kalam penafsiran daripada Jabir, maka Ibnu Hajar berkata: "maka, jadilah helaan nafas mereka (ahli syurga) tasbih (pujian kepada Allah). Sebabnya hati-hati mereka telah disinari dengan makrifat (mengenali) Allah dan dipenuhi hati mereka dengan kecintaan kepada-Nya. Dan siapa yang menyukai sesuatu, nescaya dia akan banyak menyebutnya.
(Sila rujuk Kitab Fathul Bari M/S 3846 jilid 8 cetakan Maktabah 'Asriah)

Hari ini seperti hari-hari biasa aku berseorang dari rumah menuju ke Asrama Pelajar Johor. Kebetulan tiada rakan serumah yang mahu ikut sama. Berjalan aku bersendirian. Hari ini cuaca seperti biasa, sama sahaja dan tidak berubah seperti semalam. Aku berjalan sambil menikmati hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa. Sedang aku berjalan, fikiran aku mula berkira-kira dan hati mula bermonolog.

'Tahun ini merupakan tahun terakhir pengajianku dan harap-harapnya begitulah.'

Diam tak diam aku kini berada di tahun akhir. Masa berlalu seperti unta yang berjalan mendaki ke puncak Jabal Musa. Perlahan sahaja unta berjalan. Tahu-tahu dah sampai ke puncaknya. Begitulah perumpaan yang cuba aku bikin. Entah betul entah tidak. Hari-hari aku menghitung dan melalui detik waktu, rasa macam lambat dan perlahan masa ketika aku melaluinya. Tetapi, diam tak diam dah nak habis study.

Dulu, semasa aku di sekolah menengah, aku sering membayangkan Ardul Kinanah ini. Aku sering bertanya kepada guru-guruku lepasan bumi Anbiya ini. Macam-macam perkara yang aku dengar yang terus menarik minat aku untuk menuntut di sini. Hari-hari teringat dan terbayang permukaan bumi Kiananah yang masih dalam fantasi khayalanku pada masa itu. Begitu juga ketika aku di Maahad Johor. Perkara yang sama aku lalui. Aku sering dan selalu terfikir tentang pengajianku di Universiti al-Azhar kelak. Bagaimana agaknya. Tapi itu perkara lama yang telah pun lama berlalu. Telah pun menjadi memorial abadi dalam muzium sejarah hidupku.

Bila sebut sekolah menengah, aku teringat semula beberapa kisah suka duka bersama rakan-rakan. Antara kisah yang ingin aku kongsi di sini bagaimana seorang rakan sebilik aku yang sedang mabuk cinta. Bagaimana kehidupannya ketika itu, bangun tidur ingat si dia, makan ingat si dia, minum ingat si dia, belajar ingat si dia, baca kitab terbayang muka dia. Dipendekkan cerita, semuanya si dia. Tapi, bagi aku mungkin ini lumrah orang bercinta. Biasalah tu. Tapi itu zaman dahulu kala. Semuanya dah berlalu.

Semasa aku di sini, suatu ketika aku terbaca sebuah artikel berkisar tentang wanita sufi Rabiatul Adawiyah. Rabi'atul-Adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya sebab beliau menangis. Rabi'atul-Adawiyyah menjawab, "aku takut berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir - jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu."

Begitulah beberapa kronologi dan rentetan peristiwa yang ingin aku kongsi bersama. Cuma berdasarkan cerita dan peristiwa yang aku bawakan, ingin aku nyatakan sebagaimana tajuk penulisan aku kali ini:

"من أحب شيئا أكثر من ذكره"

maksudnya: Barangsiapa yang mencintai sesuatu nescaya dia akan banyak mengingatinya (dengan selalu menyebutnya dll).

Untuk akhirnya; sesampai aku di perkarangan Asrama Pelajar Johor, aku mula berfikir. Apakah yang selalu aku ingat. Siapakah yang sering aku sebut namanya. Marilah sama-sama kita fikirkan.

Sebagai konklusinya, bahawasanya diri kita sekiranya kita mencintai dunia, nescaya dunialah yang paling banyak kita sebut dalam kehidupan kita seharian. Sekiranya Allah yang kita cintai, nescaya kalimah Allah akan sentiasa bermain di tubir bibir kita. Tetapi, berapa banyakkah kita mengingati Allah dalam kehidupan seharian kita?

Wallahu Aa'lam

p/s (nampaknya aku pun sama, kurang mengingati Allah).

Selasa, April 04, 2006

Bid'ah (ii)

Oleh Ilham harapan

Sebelum ini, telah saya menerangkan serba sedikit makna daripada beberapa hadis berkaitan bid'ah. Dan perbahasan saya terhenti pada menyatakan hujah bahawa terdapat beberapa perkara bid'ah tetapi tidaklah termasuk dalam dholalah (sesat) dan harap sidang sebelum membaca artikel ini, dapatlah membaca tajuk sebelumnya.

Dalam kitab Sorihul Bayan karangan Syeikh al-Harari dalam bab Bayan Anwa'ul Bidah M/S 267 cetakan Darul Masyari' menerangkan maksud kata 'bukan daripadanya' seperti berikut:"Sesungguhnya orang yang mereka-reka itu ditolak apabila apa yang direka itu bersalahan dan tidak bertepatan dengan syarak dan sekiranya ia bertepatan dengan syarak maka, tidaklah perkara tersebut tertolak. Berdasarkan dalil tersebut:-

1. Maksud firman Allah: "Dan adakan kasih sayang dalam hati orang-orang yang mengikutnya. Dan mereka mengadakan rahbaniyah (tiada beristeri dan mengasingkan diri), Kami tiada memerintahkaa kepada mereka, tetapi (mereka perbuat), kerana menuntut keredaan Allah.... (al-Hadid: 27)Ayat ini memberi keterangan berkaitan bidah hasanah. Jelasnya Allah memuji mereka yang telah melakukan rahbaniah (tidak beristeri dan mengasingkan diri) sedangkn Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memerintahkan yang demikian. Dan jelas di sini betapa amalan amalan bidah, tetapi Allah tidak melarangnya. Bahkan diberikan pula pahala di sisi Allah.

2. Maksud hadis Nabi s.a.w:Daripada Jarir bin Abdullah telah berkata: "Telah bersabda Nabi s.a.w siapa yang meletakkan di dalam Islam satu sunnah kebaikan, maka baginya ganjaran dan ganjaran siapa yang mengamalkannya selepasnya tanpa ada dikurangkan daripada pahala-pahala mereka sedikit pun dan baragsiapa yang meletakkan dalam Islam satu sunnah kejahatan, maka baginya dosa dan dosa siapa yang melakukan selepasnya tanpa ada dikurangkan dosa-dosa mereka sedikit pun. (H.R Muslim pada tajuk galakan bersedekah dalam bab zakat)Dalam membahaskan hadis ini, Dr Abdullah Kamil dalam kitab kecilnya Kalimatul Hadiah fil Bidah menerangkan bahawa bidah itu terbahagi kepada dua. Hasanah dan Sai'yiah.

3. Maksud hadis Nabi s.a.w:Daripada Rifa'ah bin Rafi' al-Zuraqi berkata: "Satu hari kami sembahyang di belakang Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w mengangkat kepala Baginda selepas rukuk pada salah satu rakaat, berkata seorang lelaki: "Sami'Allah hu liman hamidah" maka berkata lelaki di belakangnya: "Rabbana lakal hamdu kathiran toiyiban mubarokan fih." Maka ketika mana selesai solat Nabi bertanya: "Siapa yang berkata demikian" berkata seorang lelaki: "Saya." bersabda Nabi s.a.w: "Aku melihat 30 para malaikat berlumba-lumba dikalangan mereka siapakah yang akan menulisnya dahulu"(H.R Bukhari pada bab klebihan siapa yang bangun malam dalam bab solat terawih)

Berkata Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari pada syarah hadis ini: "Hadis ini menunjukkan bahawa harusnya mengada-adakan zikir dalam solat yang mana zikir tersebut bukanlah ma'thur daripada Nabi s.a.w selagi mana ia tidak bertentangan dengan apa yang datang dari Nabi s.a.w.

bersambung...

Khalifah Abu Bakar as-Shiddiq ra (i)

Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

Olahan Ilham harapan

Nabi Muhammad SAW wafat tanpa meninggalkan pesan siapa yang harus menggantikannya sebagai pemimpin umat.. Beberapa kerabat Rasul berpendapat bahawa Ali bin Abu Thalib, bisan dan menantu yang dipelihara Muhammad SAW sejak kecil, yang paling berhak. Namun sebagian kaum Ansar, warga asli Madinah, berkumpul di Balai Pertemuan (Saqifa) Bani Saudah. Mereka hendak mengangkat Saad bin Ubadah sebagai pemimpin umat.

Ketegangan terjadi, Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah datang untuk mengingatkan mereka. Perdebatan terjadi, sampai dua tokoh Muhajirin dan Anshar, Abu Ubaidah dan Basyir anak Saad, membaiat Abu Bakar. Umar menyusul membaiat. Demikian pula yang lainnya. Pertikaian selesai. Selasa malam menjelang solat Isyak, setelah Nabi Muhammmad SAW dimakamkan, Abu Bakar naik ke mimbar di masjid Nabawi. Ia mengucapkan pidato pertamanya sebagai khalifah. Pidato yang ringkas dan dan berkesan di kalangan umat. Itu terjadi pada Jun 632, atau 11 Hijriah.

Abu Bakar adalah orang pertama di luar kerabat Rasul yang memeluk Islam. Ia dikenal sebagai orang yang selalu membenarkan ucapan Nabi Muhammad SAW. Ketika orang-orang menghujum Nabi Muhammad SAW kerana mengatakan baru mengalami Isra' Mi'raj, Abu Bakar menyatakan keyakinannya terhadap peristiwa itu. Ia menyiapkan perjalanan serta menemani Nabi Muhammad SAW saat hijrah ke Madinah. Ia juga menikahkan putrinya, Aisyah, dengan Rasul.

Namun tak bererti kepemimpinan Abu Bakar mulus bersih dari pelbagai masalah. Wafatnya Nabi Muhammad SAW menimbulkan pembelotan besar-besaran dari pelbagai kabilah yang baru masuk Islam. Mereka tidak lagi patuh pada pemerintahan di Madinah. Malah ada yang menyatakan diri mereka sebagai Nabi. Aswad Al-Insa di Yaman yang menyatakan diri sebagai Nabi dan membolehkan orang tidak solat dan berzina, telah dibunuh oleh orang dekatnya saat Rasulullah sakit. Sekarang ada Tulaihah dan Musailamah yang berbuat serupa.

Di Madinah pun, Abu Bakar berselisih pendapat dengan Fatimah, putri Muhammad SAW, mengenai cara pengelolaan wang negara. Keluarga Rasul, termasuk Ali bin Abu Thalib, baru sahaja mengakui kepemimpinan Abu Bakar enam bulan kemudian, setelah Fatimah wafat.

Tugas pertama yang dilakukan Abu Bakar adalah melaksanakan amanat Rasul. Beliau menghantar pasukan tentera yang diketuai Usamah bin Zaid ke Palestin dan Syam yang mana ketika itu usia Abu Bakar telah pun mencecah 61 tahun. Kemudian beliau memimpin tentara menggempur Tulaiha. Operasinya ketika itu berjaya. Setelah itu, Abu Bakar membentuk 11 regu untuk menakluk kabilah-kabilah yang menolak untuk membayar zakat. Yakni dari Tihama di Laut Merah, Hadramaut di ujung Lautan Hindi, sampai ke Oman, Bahrain, Yamama hingga Kuwait di Teluk Parsi.

bersambung...

Bid'ah (i)

Oleh Ilham harapan

Perkara-perkara bidah dan suatu yang direka dalam agama amatlah dicela sepertimana penyataan hadis di atas. Apa jua amalan yang tiada nas dan dalilnya, haruslah ditolak dan diperangi. Tetapi, bagi pandangan saya, sebelum kita menolak dan memerangi perkara bidah dan benda-benda yang direka dalam agama ini, perlulah kita memahami dan menguasai erti, konsep dan makna bidah secara jelas, kolektif dan hakikatnya. Kerana sekiranya ia tidak dikuasai dengan baik, takut-takut kita menghukum, menolak dan memerangi perkara yang bukan bidah. Sebelum saya meneruskan, ingin saya menerangkan perkataan Nabi dalam hadis di atas.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:"Sebaik-baik perkara adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad, dan seburuk-buruk perkara adalah yang direka-reka (bidah), dan setiap bidah adalah dholalah (sesat)."
(H.R Muslim bil 867, pada bab meringankan sembahyang dan khutbah dalam bab Solat Jumaat)

Dalam kitab Sohih Muslim dengan Syarah Imam Nawawi pada juruk ke-6 M/S 166 cetakan Muassasatul Mukhtar, Kaherah, Imam Nawawi menerangkan maksud perkataan 'setiap bidah'. sebagaimana berikut:"Perkataan 'setiap bidah' diperkuatkan dengan kata 'setiap' tetapi dimasukkan di dalamnya pengkhususan."

Maksudnya: Perkataan setiap di dalam hadis tersebut, bukanlah beerti semua sekali kerana lafaz ini adalah lafaz umum dan ada pengkhususannya seperti ayat 25 dalam surah al-Ahqaf.
Maksud firman Allah: "Kami menghancurkan setiap sesuatu..."Dalam tafsir Munir karangan Prof Dr Wahbah Zuhaili menerangkan perkataan 'setiap suatu' beerti setiap suatu daripada jiwa dan harta. Ini jelas menunjukkan bahawa kata 'setiap' bukan beerti semua sekali. Ia umum dan ada pengkhususannya.

Seterusnya hadis Nabi yang bermaksud: "Siapa yang mereka-reka (mencipta) dalam perkara kami ini (dalam agama Islam) yang bukan daripadanya (bukan dari ajaran Islam), maka ia tertolak. (H.R Muslim)

Bersambung...

Kain Kafan Salehudin Al-Ayubi

Panglima Salahuddin telah mencurahkan segala kudratnya dalam perang untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermainkan oleh kaum musyrikin. Bumi palastin yang dijajah oleh kaum Kristian selama 90 ahun telah dapat di bebaskan. Kekayaan dari negara –negara yang dibebaskan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan Rakyat.

Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng kebal yang kukuh sepanjang lebih dari satu kilometer. Di Damaskus pula didirikan rumah ‘Takiyah’ atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin . Demikian juga di Sudan, Yaman dan lain-lain negara.

Setelah beberapa tahun memimpin dan berperang tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat-Nya. Diwaktu kematian panglima dan pemimpin besar ini orang-orang besar dan kerabat diraja menyaksikan kematian sangat terharu apabila melihat tempat penyimpanan harta pemimpin besar ini kosong. Dan demikian juga dengan perbendaharaan kerajaannya. Semuanya digunakan semaksima untuk berperang melindungi rakyat serta disalurkan untuk kebajikan rakyatnya sehinggakan untuk kain kafannya pun para pembesar terpaksa mengutip derma untuk membeli kain kafan jenazah Salahuddin.

Ternyata panglima besar itu sudah tidak memikirkan harta untuk dirinya . semua usahanya telah di pusatkan hanya untuk kepentingan Islam. Semoga Allah mencucri rahmat kepadanya.

[ Telah diedit oleh: zulman pada 08-09-05 13:48 ]

April Fool

April Fool
Kisah april fool ini bermula ketika kejatuhan penduduk islam. Pada zaman dahulu, penduduk-penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri dari Tentera Kristian. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat dengan menggunakan kapal yg berlabuh di pelabuhan.

Keesokan harinya, ‘1 April’, mereka menuju ke pelabuhan dan pihak kristian menggeladah rumah penduduk Islam itu. Pihak Kristian mulalah menyerang kaum muslimin dan membunuh semua penduduk Islam. Peristiwa berdarah yg menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera kristian. Kejadian ini akhirnya diraikan bukan sahaja di Sepanyol tetapi di serata dunia Yg menyedihkan,orang2 Islam ada juga yg meraikan.

Sumber: Internet

Tawadu'

Oleh Ilham harapan

Berkata Imam Ali: "Tawaduk merupakan suatu nikmat yang amat tidak difahami oleh sesiapa yang berhasad dengki."

Pagi ini aku membaca sebuah kitab turath warisan Imam Nawawi r.a. Aku melihat satu-persatu kalamnya. Bila sampai di hujung, aku memerhati kalimah 'wallah hu a'alam.'

Aku terhenti sejenak, berfikir betapa aku melihat Imam Nawawi begitu tawadu dalam menyatakan kalamnya. Seperti yang kita ketahui, Imam Nawawi bukanlah manusia yang sembarangan. Beliau digelar 'muharrir mazhab' atau Editor mazhab Syafie.

Hari ini kalau kita amati di mana-mana akhbar mahupun majalah pada helaian pertama, kita akan lihat nama-nama editor seperti Padilah Hj Ali, Norizan Muslim dan beberapa nama lagi yang masyhur (sekadar menyebut beberapa nama). Kita lihat betapa mereka yang terpilih sebagai editor bukanlah calang-calang manusia. Kehebatan dan kemantapan mereka dalam bidang masing-masing sukar disangkal. Ini yang berlaku pada hari ini. Sebagai analoginya kita lihat kemantapan dan kehebetan mereka ini sehingga bergelar editor. Bukan sembarangan cekot. Begitu kalau kita lihat Imam Nawawi, adakah mudah-mudah ulama mengiktiraf beliau editor mazhab syafie kalau tidak kerana keluasan dan kemantapan ilmu yang dimiliki beliau. Namun apa yang membanggakan, beliau tidak takabur mahupun riya. Sungguhpun digelar editor mazhab, setiap akhir kalamnya beliau akan menyebut 'wallah hu a'lam.' Kita lihat betapa mulia dan tingginya ulama seperti ini. Tidak pernah memaksa orang mengikut pandangannya malahan membuka ruang kepada oarang lain mengutara pandangan dan pendapat. Walaupun ilmunya tinggi dia masih merendah diri.

Wallahu a'alam

Alhamdulillah

Alhamdulillah