Friday, January 31, 2014
Bila Luka Hadir Tanpa Di Duga
Bismillah..
Dunia oh dunia.. Akuilah bahawa dunia medan ujian wahai diri bernama insan.
Pernahkah anda dilukai dan terus dilukai tanpa diduga dan anda sedar bahawa diri anda benar dan tidak melakukan kesalahan tetapi anda tetap disakiti dan dilukai waima dengan kata-kata mahupun secara fizikal. Sedih bukan? Tentulah sangat sedih. Bibir mampu berdusta namun hati? Tentulah tidak.
Bila disakiti dan dilukai, apakah tindakan yang perlu diambil? Sering kita tersalah langkah dalam menyikapinya sehingga mengakibatkan perang besar. Betul tak? Ye kita memang sering khilaf namun jangan biarkan kesilapan lalu terus dilakukan. Sebaliknya jadikan kesilapan lalu sebagai satu peringatan untuk kita muhasabah agar dapat memperbaiki diri saban waktu. Muslim kan sentiasa bertambah baik dan bukannya berada di takuk yang sama saban saat, minit, jam, hari dan tahun. Muslim juga tidak akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali! Sejauh mana kita praktikkan! Ayuh sama kita bermuhasabah.
Saat dirimu dilukai..
Istighfarlah sebanyak-banyaknya. Barangkali dirimu juga pernah melakukan hal yang sama kepada orang lain suatu masa dahulu atau satu detik yang tidak kamu disedari. Istighfarlah dengan bersungguh-sungguh moga dengannya Allah berikan kamu rahmat dan menggantikan kedukaan dengan kegembiraan. Lalu berdoalah kepadaNya agar Allah mengampuni dosamu dan dosa orang yang melukai hatimu. Lapangkanlah hatimu mindamu dan maafkanlah orang itu. Mintalah kepada Allah agar hatimu dapat redha dan sabar serta benar-benar memaafkan orang yang membuatmu sedih. Insya'Allah hidupmu pasti ceria dan tidak sedikit pun tergugat dengan ujian banyak yang datangnya dari manusia. Namun hakikatnya dari Allah swt yg senantiasa memerhatikanmu dan menguji keimanan hamba-hambaNya.
Bersabarlah dengan sabar yang terindah, Assobrun Jamil ^_^
ps: Semoga ALlah kurniakan taufikNya kepada kita semua untuk beramal, amin
Labels:
Fikir,
Musafir Dunia,
Zikir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment