Didik Al Quran

Wednesday, May 22, 2013

Jatuh Bangun Hamba Tuhan



Jatuh bangun IMAN
Membuatkan mata membasah kerananya
Hati resah tiada penyudah
Rintihan memecah kesunyian hati

Demikianlah kebiasaan seorang hamba
hamba bernama insan
Tiada kekuatan mahupun kemampuan
Semua kudrat milik Tuhan

Jatuh bangun Insan
terletak pada iman
Lemahnya iman menghinakan insan
Kuatnya iman memuliakan insan

Hanya Iman yang mampu mendekat mahupun menjauhkan
jarak insan dengan Tuhan
Taubat dan taubatlah
Kerana diri saban saat berdosa

Taubat memutihkan yang hitam
Menerangi kegelapan
membuang kotoran menjadi bersih
hina menjadi mulia


--

~ Yazidul Iman sentiasa menjadi buruan~
Musafir Dunia
21052013 | 12.28 a.m

p/s: Kuatkan Iman hamba wahai Allah yang Maha Rahim

Wednesday, May 8, 2013

Dim Sum Udang & Ayam


Assalammua'laikum salam sayang buat semua. Semoga Allah penuhkan hati kita dengan kasih sayang. Allahumma amin..

Penah tak anda dengar nama kuih ni "Dim Sum". Saya pun tak tahu nama kueh ni, baru je tahu lepas tanye dengan kawan sekerja. Nak tahu tak macam mana ana boleh kenal kueh ni? Asalnye masa bekerja suatu masa dulu, dah menjadi satu kelaziman kami bila bawa bekal je akan berbagi bekalan dengan kengkawan yang lain. Jadi suatu hari tu, kawan ana yang tempat duduknya yang behadapan dengan ana bawa bekal kueh ini. Mula-mula nampak pelik je, yelah tak pernah nampak dan makan. Mestilah pelik kan. 

"Siti, jemputlah makan..Ambillah rase keuh ni" pelawa teman ana.
"Terima kasih kak, ermm sedapnye" terus menerima lawaan dan menyantapnye hee

Memang sedaplah. Itulah sekali ana melihat dan merasa kueh tersebut. Tak terfikir pula nak tanya nama kueh tu. Dan baru je beberapa hari lalu, ana sms kawan ana tu untuk tahu nama kueh ni. Cita-cita tinggi tu, nak buat sendiri. Moga Allah izin, amin.. Tak sabar nye nak buat. Moga Allah mudahkan, amin.

Ana search kat internet, Alhamdulillah jumpe resepinya.. Nah, ana share dengan antunna.. Ce pi kat link ni Dimsum Udang dan Ayam. Selamat mencube ye.. Kalau dah buat nanti jangan lupa habak mai na ^_~


Wednesday, May 1, 2013

Impian Hamba



Pada-Mu Allah kami bermohon

Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada.. Semua milik-Mu

Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberikannya

Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai
Mudah tewas cubaan

Ujian dugaan jadikanlah tauladan

Putaran kehidupan

Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Berkati hidup kami

Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan

Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

PadaMu Allah..

--

Lagu: Impian hamba
Artis: Rabbani

Ulasan Pembaca