Alhamdulillah Allah izin telinga mendengar bait-bait indah yang membawa kita kepada mahabbah Rasulullah. Menghubungkan ruh dengan Allah azzawajalla Allahu akbar.. Siaran IKIM.FM di pagi hari, 'Motivasi Pagi'. Ana kurang suka term motivasi pagi jd term yg ana namakan sendiri adalah ' Inspire Hope'. Dengarlah saudara, nikmatilah sendiri saat mendengarkannya.
Semoga Allah memelihara ustz Ibid, yang memenuhi slot 'Inpire Hope' agar terus berdakwah untuk ummat, menyubur hati kita semua dengan Nur Iman dan Mahabbah Rasul, amin. Semoga Allah merahmati kita yang mendengarkannya, Allahumma amin.
Sikap Kita Terhadap Pesalah
Insya'Allah kali ini nak ana bawakan sedutan daripada intipati siaran yang Allah izin ana dengar pada pagi rabu, 7.30 pagi. Tajuk kali ni berkisar tentang layanan baik Rasulullah adalah kepada semua. Tidak dipilih-pilih, semuanya sama. Mulia dan Indah. Bagaimana sikap kita bila berhadapan dengan pesalah yang melakukan kesilapan. Bagaimana sikap guru-guru menghadapi murid-murid yang melakukan salah laku disiplin. Bagaimana sikap kita sebagai ibu bapa menghadapi karenah anak-anak yang melakukan kesilapan. Waktu tu kita dapat nilai diri kita, betapa jauhnya kita dengan peribadi agung Rasulullah.
Sikap Rasulullah Terhadap Pesalah
Rasulullah melayan semua dengan layanan yang baik. Oleh sebab itu kita juga harus melayan semua dengan baik walaupun dengan orang yang melakukan kesilapan. Sekali silap tidak beerti silap selamanya. Rasulullah yang Agung menunjukkan bagaimana Baginda menyikapi orang yang bersalah. Kisah Rasulullah dengan Wahsyi, pembunuh saidina Hamzah r.a dalam Perang Uhud. Ummat Islam menjadi sangat marah dan mahu membunuhnya, tetapi mulianya Rasulullah hanya memaafkan dan mengharapkan Islam kepadanya. Subhanallah! Ini yang patut kita contohi. Sukarnya berbuat memerlukan kita mujahadah melawan nafsu. Allahu akbar.
Setelah Rasulullah mengislamkan Wahsyi, Rasulullah pun bertanya kepada Wahsyi, bagaimana dia membunuh Saidina Hamzah. Wahsyi berkata, saat Hamzah berentap melawan musuh Islam dalam perang uhud, Wahsyi datang dengan tombak dan telah menombak Saidina Hamzah dari belakang (serang curi). Kemudian Rasulullah menangis dengan sangat hiba T_T Baginda teringat akan Saidina Hamzah dan Baginda sangat merinduinya. Kamudian Rasulullah bersabda kepada Wahsyi,
"Jauhkanlah dirimu dariku kerana aku takut apabila aku melihatmu aku akan teringat akan Hamzah lalu aku menjadi marah kepadamu"
Khatimah
Subhanallah! Pekertimu sungguh mulia wahai Nabi Allah. Sedih dan pilu hati ini mengenangkanmu. Hati sedang merindumu wahai kekasih Allah. Allahu Rabbi. T_T Semoga kita sentiasa merindui Baginda Rasul. Banyak selawat dan mengamalkan sunnah, insya'Allah. Biarlah rindu kita menjadi wasilah untuk kita dapat bertemu Rasulullah nanti, Allahumma amin..
Alhamdulillah, serba sedikityang dapat dikongsikan. Yang banyak mungkin tidak sempat dirakam dalam memori ana yang serba lemah tanpa kekuatan dari Allah. Bagi yang mendengarkannya boleh tambah mana yang kurang. Dan bagi yang belum mendengarkan, siarannya setiap hari Isnin hingga jumaat, 7.30 pagi. Siaran ulangan jam 7.30 malam. Insya'Allah..
Bersama menyubur Iman dan Mahabbah Rasul.
Allahu taala a'lam..
Alhamdulillah, serba sedikityang dapat dikongsikan. Yang banyak mungkin tidak sempat dirakam dalam memori ana yang serba lemah tanpa kekuatan dari Allah. Bagi yang mendengarkannya boleh tambah mana yang kurang. Dan bagi yang belum mendengarkan, siarannya setiap hari Isnin hingga jumaat, 7.30 pagi. Siaran ulangan jam 7.30 malam. Insya'Allah..
Bersama menyubur Iman dan Mahabbah Rasul.
Allahu taala a'lam..