followers
Friday, April 23, 2010
jangan....
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)
saya petik dr e -mail yang saya terima dari sahabat. moga menjadi panduan kita semua.
Labels:
Allah,
islam,
rasulullah,
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam da..tq sahring this entry..mudah2an kita semua tidak lalai n alpa dalam mengerjakan solat n membuat kebaikkan untuk bekal kerumah baru disana nanti..ya Allah berkatilah kami semua..amin..
ReplyDeletesalam Kak Da
ReplyDeleteterima kasih tas perkongsian ini.
erm,apakah kita pernah terjumpa di luar ya?
salam kak..
ReplyDeleteterima kasih mengingati
perkara yang kita mudah lupa
jazakallah...
Salam zairah weh.. Terima kasih berkongsi info yang baik ini.
ReplyDeleteSalam tuan Umah...
ReplyDeleteJANGAN!!..Jangan berhenti mengingatkan kami semua dan jangan berhenti kongsi info berguna dgn kami...ekek..:)
makcik dan pakcik
ReplyDeleteterima kasih jengok entri saya. skarang agak sibuk sikit. danish demam dan danial pulak baru balik bercuti. semoga kita diberkati Allah.
salam qaseh mas,
ReplyDeletekalau berjumpa di luar tegur2lah. terasa juga hendak berjumpa.hubungilah e-mail kak da. kita pun tinggal berdekatan aje. tq.
salam zul,
ReplyDeletesama-sama.terima kasih baca entri kak da.
salam en yasin,
ReplyDeleteterima kasihlah ziarah blog koi ni.
salam cik shin~ju
ReplyDeletejangan, jangan lupa jengok-jengok blog akak yang jarang update ni.tq.
ikutsukakoi..salam dari akak..terima kasih.dan janganlah berhenti menulis begini..untuk peringatan kita semua..
ReplyDeletesalam kak erna,
ReplyDeleteterima kasih kembali.