Friday, January 16, 2009

Saidina Tolhah Bin ‘Ubaidillah (ra)

si montel mama ni dah masuk 3 bulan setengah dah usia dia... baru ni cocok berat dah 6.8kg. alhamdulillah..wal hamdulillah.. anak mama n papa sihat.

entry kali ni nak kongsi cite nape kami pilih nama baby kami kali ni dengan nama tolhah 'ubaidillah. rata2 frens yg dengar nama ni responnye sama...hihih...arabnyer nama..atau pun soalan minta nama diulang sekali lagi dan lagi.. agak terbelit jugak la lidah.. hikhik lidah melayu la kata kan..

well... mama kan cikgu bahasa arab... actually bukan tu reasonnya yg sebenar..
reasonnya yg sbnr kami benar2 teruja dgn pribadi sahabat nabi saw yg termasuk dalam hadis kumpulan 10 org yg dijanjikan Allah syurga..

* * * * * *
10 Orang yang dijanjikan syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis berikut :

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو
Ertinya :
“ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ .
~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )
10 orang itu ialah :
1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Utsman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin ‘Ubaidillah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).
Buktikan Cintanya Kepada Rasulullah SAW

Beliau adalah Tolhah bin 'Ubaidillah bin Othman bin Kaab bin Saad
(meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656M)
beliau syahid terkena panah pada peperangan Jamal.

Di awal keislamannya, Saidina Tolhah mendapat tentangan hebat bukan sahaja dari masyarakat musyrik, bahkan juga dari ibu kandungnya sendiri. lbunya berharap agar Saidina Tolhah akan menjadi pemimpin kepada kaumnya kerana dia memiliki peribadi yang mulia dan bakat kepimpinan yang tinggi. Dia pernah diseksa kerana memeluk Islam tetapi dia menghadapi seksaan itu dengan penuh kesabaran tanpa sedikit pun menjejaskan imannya. Sebaliknya pedih seksaan yang menimpanya itu menyuburkan lagi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sewaktu peperangan Uhud, Saidina Tolhah telah menerima gelaran "syahid yang hidup" daripada Rasulullah S.A.W. Dalam peperangan itu, barisan tentera Muslimin telah kucar-kacir kerana tentera pemanah mengingkari perintah Nabi Muhammad S.A.W. agar tidak meninggalkan tempat mereka. Di waktu suasananya sungguh gawat, baginda Rasulullah S.A.W. sendiri berada di dalam keadaan bahaya. Kira-kira 12 orang tentera Islam berada berdekatan baginda untuk menjaga keselamatan utusan Allah itu. Di antaranya ialah Saidina Tolhah sendiri.

Beberapa orang tentera musuh telah berusaha untuk membunuh baginda Rasulullah kerana mereka tahu jika baginda wafat tentulah Islam tidak akan berkembang lagi. Tentera-tentera Islam telah berusaha bermatian-matian mempertahankan baginda. Dengan penuh berani mereka menghadapi pihak musuh sehingga akhirnya seorang demi seorang tentera Islam yang mengeliling Rasulullah itu menemui syahid.

Akhirnya yang tinggal hanyalah Saidina Tolhah. Sebagai bukti cintanya kepada Rasulullah S.A.W. beliau telah bersungguh-sungguh mempertahankan baginda dari pihak musuh. Lemparan lembing musuh yang bertubi-tubi telah ditangkis dan ditepis oleh Saidina Tolhah menggunakan tangan dan badannya. Beberapa batang jarinya putus.

Pada ketika itu juga gigi manis Rasulullah S.A.W. telah patah, dahi dan bibirnya luka terkena tetakan. Darah berhamburan di wajah baginda. Melihatkan keadaan yang amat menyedihkan itu, Saidina Tolhah dengan penuh semangat menyerbu musuh-musuh Islam dan menolak mereka jauh dari Rasulullah. Beliau menaikkan baginda ke atas sebuah batu dengan menjadikan bahunya sebagai anak tangga. Setelah itu beliau meneruskan perjuangannya menentang tentera-tentera musyrikin sehingga mendapat luka parah. Di badannya terdapat tusukan pedang, tombak dan anak panah. Kakinya telah terpotong dan beliau jatuh ke dalam sebuah lubang, terbaring tidak sedarkan diri. Ketika Saidina Abu Bakar dan Saidina Abu Ubaidah mendekati Nabi S.A.W, baginda meminta mereka membantu Saidina Tolhah yang sedang pengsan.

Begitulah pengorbanan Saidina Tolhah bin 'Ubaidillah terhadap Allah dan Rasul-Nya. Meskipun mengalami kecederaan yang teruk namun hatinya puas dan bersyukur kerana Rasul yang dicintainya terselamat dari dibunuh oleh pihak kafir.

Buat anak kami.. Tolhah 'Ubaidillah b Mustaza,
mama n papa amat berharap agar Tolhah akan mjd anak yg soleh dan musleh.. hayatilah peribadi Saidina Tolhah agar dirimu punyai jiwa yang kental dan semangat juang yang tinggi dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi...
juga menjadi generasi pewaris penegak kebenaran..
Allahu Akbar!!

4 comments:

Sis Lin said...

cumaii nye dia...mudah2 han jd ank yg soleh yer..

IKRAR KASIH said...

tq lin...amiin..

Sasha said...

rasa nak gigit pipi dia yg mcm kuih pau tu...

nama sedikit sbyk mmpengaruhi peribadi anak, kan?... nnti kalau sha buntu pk nama anak bole tak minta mama recommend satu?..

Semoga Saidina Tolhah dapat mmperjuangkan Islam dgn sebaik2nya.. & selalu menyenangkan hati ibu & ayah

Anonymous said...

kak, nama anak buah kita pun arab gak...hehehe
Harith Arrayan

..taSbih KasiH..

kasih termeteri..

DaisypathAnniversary Years Ticker 1. Lilypie Kids birthday Ticker 2. Lilypie Kids Birthday tickers 3. Lilypie Third Birthday tickers 4. Lilypie Maternity tickers 5. Lilypie Maternity tickers


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com