dalam keadaan yg kurang selesa ni diuji pula dengan nikmat kesihatan anak2. anak2 mama ; aufa, nuha n mukhlas demam.. nuha siap ngan pekej semputnya.. tolhah pulak hingus meleleh tak sudah2.. aduhai.... apa la dosa mama...
'aabid mukhlas demam...buat la apa sahaja, he won't care..lembek banget.. |
menjaga anak2 yg kurang sihat selain dapat lebih memuhasabah diri, mama pun mula rasa berat kepala. segala2nya memang anak yg perlu didahulukan.. tambah2 pulak papa pun demam juga... huhu...
duhai hati.. tabahlah..ni baru ujian kecil2n.
doa bebanyak.. n antara cara lain mama nak berhadapan dgn 2 keadaan ni (kesihatan dan cuaca panas), mama buat air sodapppp... anak2 yg tak sihat mmg la tak selera nengok, mama yg syiok sendiri.. hoho.. papa pun kata special ok. sedappp wooooo....
nama air sodap ni pun mama tak tau sebenarnya...
tapi mama bg nama 'orange yogurt drink'.
bahan2nya :
1. ais kiub (1 mangkuk sederhana)
2. buah oren (3 bijik) - boleh tukar ngan buah2 lain/ jus/ pati yg disukai..
3. gula secukup rasa (4 senduk)
4. plain yogurt (4 ke 5 senduk)
* semua bahan kat atas di blend bersama.... dapat la 1 jag besar.
kuantiti actually ikut suka hati... n ikut la sesedap rasa...
bubuh la ais sebanyak2nya.... |
buah oren yg telah dibuang kulitnya |
bahan utama : plain yogurt any brand. yg penting ada tanda halal jakim ek.. |
slurrrpppyy.... upps! lupa nak letak hirisan oren untuk hiasan kat gelas tu.. |
akhirnya....nikmatilah 'apa sahaja' nikmat tuhan dengan penuh rasa terima kasih kepadaNYA.. zahirkan dengan banyak menyebutnya dan menghargainya dengan amal taat kita. nikmat yogurt drink ni selain sedap ya amat sangat ia kayo ngan vitamin c n kalsium gitu. terima kasih jugaklah pada dr ijan n mama ayu yg bagi resepi yg teramat best ni... pasti akan ku buat selalu n selalu... | |