Saturday, January 19, 2013

Rebat RM200

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Dalam Pembentangan Bajet 2013 Malaysia kali ini, Pakej Komunikasi Belia yang merupakan salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM  dan Inisiatif Jalur Lebar Negara  telah menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar.Tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta yang dilaksanakan bermula 1 Januari 2013. 

Oleh itu, di pihak Halaqah sendiri, kami menyeru dan mengharapkan kemudahan dan peruntukan ini semestinya dimohon dan direbut oleh semua  bakal-bakal guru supaya kita  dapat memaksimumkan penggunaan teknologi terkini untuk menguasai PEMUDA dan PEMUDI Generasi Y khususnya di laman-laman sesawang. 

Biarlah peruntukan ini dapat dilabur dan dihabiskan untuk kegunaan yang bermanfaat dan tidak disia-siakan begitu sahaja.


Cara Daftar Rebat Telefon Pintar 3G RM200 : Pelaksanaannya?

  • Pemberian rebat RM200 secara one off ataupun sekali bagi setiap satu pembelian telefon pintar 3G
  • Pemberian rebat RM200 telefon pintar ini akan mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi bagi melaksanakan Pakej Komunikasi Belia ini. Daftar rebat telefon pintar Di SINi
  • Terbuka hanya kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun
  • Pendapatan bulanan belia mesti RM3,000 dan ke bawah.

# Walau apa pun, kita perlu ingat bahawa kemudahan yang kita dapat ini seharusnya digunakan sebaik-baiknya  dengan niat kerana Allah S.W.T.


Saturday, January 5, 2013

Pengambilan Guru Bahasa Inggeris dari ...?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui

InsyaAllah dalam post kali ini- pihak Halaqah ingin mem'buka' pencetusan idea daripada semua pembaca blog ini dengan membawakan isu pendidikan yang ditayangkan di kaca television-TV3 baru-baru ini.



Guru Pakar Bahasa Inggeris India Pengambilan Guru Bahasa Inggeris (BI) Dari India? Setuju @ Tidak?
Hal ini membuat kita tertanya-tanya,  apakah yang sudah terjadi dengan  program TESL dan TESOL yang menghantar ramai pelajar Malaysia ke United Kingdom, New Zealand dan US yang telah memakan belanja yang cukup tinggi. Mengapa tidak menggunakan sepenuhnya khidmat mereka sahaja? 


Apakah pendapat anda semua berkenaan dengan ISU ini? Fikir-fikirkanlah

New Beginning

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Melihat, Maha Berkuasa

Selepas beberapa ketika blog ini menyepi, Alhamdulillah pihak Halaqah akhirnya dapat mengemaskini sedikit status blog ini.

Alhamdulillah, kita semua diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk berada dalam tahun baru -tahun 2013. Bersempena dengan tahun yang baru ini.., marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk menetapkan 'resolution'  baru untuk tahun ini-azam baru. 

Perbaharui iman kita, perbaharui sikap kita, perbaharui skills kita untuk menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang lepas. 


Rasulullah S.A.W, Nabi yang kita kasihi ada memberikan peringatan tentang perkara ini, dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 




* Tetapkan Azam- "Biarlah kita menjadi generasi pelapis yang akan melahirkan anak-anak didik yang berguna pada Agama Islam dan negara  sesuai dengan landasan syariat"