Thursday, August 15, 2013

Buat renungan bersama....

Assalmaualaikum WBT

Entah kenapa hati Mama terdetik untuk bercerita perihal bisnes online ni..khususnya di blog dan juga FB..

Jika kita lihat sekarang, bukak aje FB, mmg banyak dan berlambak, timbunan iklan sana sini. Yang berbayar, yang tidak berbayar..semuanya ada, Mama juga salah seorang yang menempel di ruang FB untuk berjualan bersama.



Mengimbas kembali cerita 9 tahun lepas. Tatkala Mama mula melangkah kaki ke Proton untuk menunaikan amanah sebagai Production Planner. Ruang lingkup pekerjaan tidak memerlukan Mama untuk berinteraksi dengan orang ramai..tidak perlu bercerita tentang kelebihan dan keberkesanan sesuatu barangan. Tetapi masih ramai yang berjualan dan meletakkan barangan di dalam surau..ada juga yang terang-terangan berbisnes di dalam ofis.

Jika kita lihat suasana begini, nampak sangat yang bisnes dan manusia tak dapat dipisahkan.

Melihatkan daripada keperluan dan permintaan semasa, ramai di kalangan kita seronok melakukan perniagaan kecil-kecil sebagai mata pencarian sampingan. Ini pada pendapat Mama, satu perkembangan yang baik. Seronok membantu orang lain dan berkongsi keindahan keberkatan rezeki melalui zakat dan sedeqah. Imbuhan dari perniagaan dapat dikongsi bersama2...itulah keseronokannya..sebahagian daripada ibadah..Masya Allah..teramat indah nilainya!!

Namun, di sebalik semua ini..mungkin ramai juga di antara kita yang tak mengerti.

"Aku bukak akaun facebook ni sebab nak berhubung dengan kawan2 dan sedara mara..ni iklan pulak sibuk banyak sangat!!"

Di atas adalah antara status yang di pos untuk menunjukkan tanda ketidakpuasan hati dengan iklan2 yang memenuhi ruang timeline facebook seseorang.



Mungkin tanpa kita sedar, kita yang mempunyai pekerjaan yang memuaskan (mungkin) dan gaji yang memewahkan (juga mungkin) sedang memberi satu pandangan yang kurang bijak terhadap orang yang mungkin dengan berjualan dan beriklan di facebook sebagai mata pencarian utama mereka untuk keluarga mereka. Dengan kata lainnya, mereka berniaga di Facebook sebagai mata pencarian utama mereka untuk menyara keluarga. Kasihan mereka...cuba bayangkan kita di tempat mereka?

Buat mereka yang mencari pendapatan sampingan (sama seperti Mama), kami juga menggunakan ruang lingkup Facebook untuk berurusan dan beriklan..dan yang nyatanya kami tidak memaksa. Terpulang kepada sesiapa yang memerlukan khidmat/produk jualan kami, Insya Allah akan kami bantu. Itu sahaja.

Jagalah hati kita, jagalah mulut kita, jagalah tatasulila kita..insya Allah..Allah akan memudahkan segala urusan kita kemudian...

Buat yang berniaga juga..kenalah menjaga tata tertib beriklan, berjualan dan berurusan..barulah berkat rezeki yang kita dapat...Insya Allah...



Sekadar pendapat dan perkongsian yang tidak seberapa untuk ingatan diri sendiri..jika ada yang berfaedah..mungkin boleh amalkan bersama..jika ada yang terasa..harap dimaafkan..jika ada yang nak delete, unfriend atau block Mama dalam Facebook pun Mama tak kisah..itu lebih baik dari kita terasa terseksa kan...ihihihih...

as usual..
terima lah iklan Mama ye..

Mahu membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan perlukan konsultasi secara berterusan, boleh hubungi Mama dengan :-
1) SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
2) Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Apa keistimewaannya? 
Konsultasi berterusan
Jadual Pemakanan dan Tips Esklusif
COD di Shah Alam,Subang Jaya, Ara Damansara & Petaling Jaya
PosLaju seluruh negara.

No comments:

Post a Comment