Assalamualaikum WBT...
Syukur kerana Allah memberikan peluang untuk Mama menyusukan Hashimiz. Walaupun pada peringkat awal kesedaran tentang menyusukan anak ni kurang, tetapi sebagai Mama, kita tetap ada keyakinan yang meyusukan anak ni adalah yang terbaik.
Ramai juga yang mengatakan tak semua ibu2 dikurniakan kelebihan dari segi kuantiti susu yang keluar. Mama pun begitu, tapi itu bukannya sebab untuk Mama menarik diri menyusukan anak2 di peringkat awal. Syukur juga Baba adalah seorang yang sgt supportive dari segi ini...apa je yang org kata boleh support supaya susu sentiasa cukup untuk anak2nya..dia akan turut membantu Mama sama ada dari segi kewangan atau pun moral support. Walau susu Mama tak sebanyak rakan2 seangkatan yang lain, cuma yang penting..susu sentiasa ada untuk diberikan kepada permata hati kami.
Pertamanya yang Mama selalu ingat dalam kepala ni..anak2 adalah amanah Allah yang terbesar perlu Mama jaga. Allah beri anak dan juga beri susu pada ibu2 untuk kita feed mereka. Kalau Allah beri, kenapa kita perlu tolak? betul kan? So, sebaik sahaja Mama tahu yang Mama mengandung, Mama terus pasang niat dan berdoa agar Allah memberi kesempatan untuk Mama menyusukan bayi yang bakal lahir ini. Kita perlu bulatkan tekad bila kita sudah memasang keinginan (niat). Seperti mana kita slalu plan untuk beli sesuatu, kita dah set target kita awal2 untuk simpan duit. begitu juga dengan proses menyusukan anak ini.
Selainnya, kita perlu menyiapkan diri kita untuk berhadapan dengan situasi yang mungkin pelbagai. Think positive. Jangan lupa untuk sediakan bajet yang mencukupi untuk membeli kelengkapan penyusuan sekiranya kita seorang ibu yang berkerjaya. Jangan juga lupa untuk membanyakkan pengetahuan kita terhadap penyusuan ibu. Perjalanan yang bakal ditempuh tak semestinya sentiasa tenang dan dengan ilmu selalunya kita dapat menanganinya dengan sebaik mungkin,Insya Allah. Banyakkan bertanya jika tidak faham dan kutiplah sebanyak mana pengalaman orang2 yang pernah menempuhinya.
Mama selalu ingat satu benda ketika menyusukan anak..
"Susu ibu adalah menurut Demand & Supply method"
Maknanya? Ada demand..adalah supply..Insya Allah!! Tapi kalau kita tak susukan mereka..mcm mana kita nak create demand?? betul tak??
Other than that..lengkapkanlah diri kita dengan sesi pemakanan yang sihat..ambil tahu temtang jadual pemakanan yang sesuai untuk ibu2 yang menyusukan. Ambil berat tentang kesesuaian makanan yang perlu dimakan. Cari vitamin2 yang sesuai untuk ibu2 yang menyusukan. Apa sahaja yang kita buat, jika yang terbaik,insya Allah hasilnya juga terbaik!
Prof Dr Muhaya ada pesan..apa yang kita dapat adalah apa yang kita beri! jadi, berilah yang terbaik!!
Ada ibu2 yang perlukan bantuan Mama dari sudut pengambilan vitamin yang sesuai, jangan segan2...dan Mama suka nak share antara vitamin2 Shaklee yang memberi kesan yang terbaik untuk ibu2 yang menyusukan.....
ESP
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan juga sempurna. Sumber protein yang baik dalam diet penyusuan adalah amat penting untuk pengeluaran susu. Protein juga membantu membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Antara sunber protein yang terbaik adalah protein soya. Kita disarankan untuk mengambil sekurangnya 3 hidangan protein setiap hari.
Vitalea
Multivitamin yang diformulasi khusus dengan 28 jenis vitamin yang penting untuk ibu2. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang berterusan serta berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan juga bayi secara total.
Vitamin C
Terdapat kajian yang menyatakan seorang ibu yang menyusukan anak, apabila dia mengambil vitamin C, khasiat vitamin C banyak tertumpu kepada bayi. Seperti mana yang diketahiu umum, vitamin C sangat penting bagi menguatkan sistemimun disamping membantu membina kulit, gigi dan gusi yang sihat. Vitamin C juga dapat melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen untuk membina serta menguatkan sel2 tisu dalam badan selain membantu dalam penghadaman zat2. 1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren!!
B-Complex
Sokongan kepada sistem saraf dan metabolisme yang sihat. B-Complex Shaklee unik kerana ianya dilengkapi dengan asid folik dan 8 jenis vitamin B. Ianya bagus untuk memelihara kesihatan yang baik selain bertindak sebagai ejen penenag dan anti-stress. Ianya juga dapat membantu pembentukan sel2 merah dan tubuh, menukarkan protein, lemak dan carbo sebagai tenaga sekaligus membuatkan kita sentiasa segar dan bertenaga! Kesegaran dan tenaga yang optimum penting untuk ibu2 yang menyusukan bayi.
Alfalfa
Vitamin K, A, B1, B6, C, E, dan juga kalsium terkandung di dalam Alfalfa Shaklee. Kesemua yang terkandung dalam Alfalfa memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa mempunyai akar tunjang yang mengunjur sedalam 6m ke bawah dan ianya mampu menyerap pelbagai zat n mineral di dalam tanah selain daunnya yang mampumengumpul klorofil yang banyak semasa proses fotosintesis. Ianya juga diguna secara tradisional sebagai "milk booster".
Ostematrix
40% daripada susu ibu adalah kalsium! Kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang n gigi bagi bayi juga buat ibu yang menyusukan. Harus diingat ibu2 yang menyusukan anak2nya memerlukan 1000mg-1300mg kalsium setiap hari untukmenampung keperluan kalsium dirinya dan juga bayi yang disusui.
Mama harap dengan serba sedikit penjelasan dan coretan pengalamdi atas dapat membantu ibu2 yang menyusukan anak dan yang ingin menyusukan anak.
"Jangan takut untuk mulakan, kerana perjalan menyusukan bayi adalah detik2 yang indah dan sukar digambarkan...kita akan merindui setiap saat membelai simanja dan syukur kita punya kenangan tersebut..."
Selamat menyusukan bayi anda dan selamat menyihatkan diri anda..
Anda Sihat, Insya Allah Bayi Anda Pun Sihat!! (dan comel!!)
Luv
iGLooMaMa
Shah Alam
JOM SHAKLEE!!
Perlukan konsultasi atau ada pertanyaan? Mana nak beli? Jadual pemakanan??
SMS/Whatsapp Mama at 0192491201
COD area Shah Alam & USJ
Tinggal berdekatan dengan Stokis atau HQ? Boleh guna ID Mama : 852410.
Nak tahu lebih lanjut? Boleh je email Mama kat igloomama@gmail.com or you may even letak komen kat bawah ni. TQ