Wednesday, December 30, 2009

owh...year end!

OMG... dah year end.... aku tau year end sale jer! kekekee... tetiba rasa sudah lanjut usia nih. bila la nak sedar diri.... mari gelaks sesama. so to all, sempena thn baru mat salleh yg bakal menjelma esok lusa ni, semoga kita sume beroleh kejayaan dan menjadi kita yg lebih baik dari semalam. ala... setiap thn pun aku simpan azam, tp ntah haper2 jer! kdg menjadik, kdg tidak. malas nak azam ker apa ker lagi. to me life goes on. enjoy while u can (itu semestinya!). pehtu buat yg terbaik utk semua, ikhlas... insya Allah sume beroleh kejayaan. pehtu kena ceria2 sbb itu resia menjadi muder remajerr sentoserr. as for now, aku suka dgn nikmat Allah bagi, seronok dgn pertalian hidup dgn segala ahli keluarga, rakan taulan, kenalan lama jauh dekat dan yang sewaktu dgn nya! ni latest pic of myself, baru balik dr site tadi tak tau nak wat per... bosan! ramai staff cuti! sunyi giler tak leh gosip!! hahahaaa... adiosss........

Tuesday, December 29, 2009

itu jer yg awak tau?

hari ni nak citer pasal kereta pulaks! hhmmm... selalunya aku mmg tak amik port bab2 kenderaan nih sebab aku suka guna jer! yang pasti aku terer bawak dgn lajunya (ekekekekeee) dan jugak isi minyak kasi penuh jer. since i owned my driving license and my 1st ever satria (wallaweii kereta zaman bujang dan suka merempit gak! hihihhihiii...) kebetulan pulak, dah kenal my hubby about 10years ago, dia la yang byk tolong bab2 kereta nih. dia la yg selalu check kereta aku b4 nak drive balik kampung, remind kena hantar servis (end up dia yg mai bwk kereta tu pi servis), pehtu dia jugak yg buat maintenance kereta tu kot nak kena tukaq tayar ka, isi gas aircon ka, isi angin ka... bak kata kereta aku tu dah mcm tanggungjawab dia pulak! termasuk la if dia nak upgrade tukar rim ke, surround speaker ker, cat ke apapa2222 jer la... aku cuma tau komplen cantik ke tak, perlu ke tak, ok ke tak... hiihihhii...
lepas kawin pun senarionya masih sama - sib bek dia tak mintak diskaun hantaran sbb kena wat sume2 ni kan? hahaaa... dari satria ke vitara ke wish... aku masih tak amik port di tahap paling melampau! kadang2 fikir sian hubby... but in return aku bayar la installment bulan2 tu, tak la aku goyang kaki sesuka hati jer kan! errrkk... hantar cuci/vaccum pun hubby jugak?!! ish222... teruknya aku! (baru perasan jugak ni...hahahahaa)
~pic lama ni...recycle, sbb ada montot keretaku itu...*ngee*~
tapi sejak minyak kononnya dah murah si RON95, aku perasan ada skit perubahan la bila drive. 1st time nak isi aku dah tanya hubby boleh ker wish guna minyak murah ni... if not aku nak isi yg $2.05 tu jer (tetiba baru perasan mahal tu!!) hubby cakap ok jer, boleh guna. aku proceed, byk kali jugak la aku isi full tank sehingga entry ni ditulis... tapi sambil2 tu aku dok komen kat hubby kereta ni dah tak smooth macam dulu, kalo naik turun bukit terasa pertukaran gear tu... selalunya kereta aku tadak problem mmg semedang ja aku bwk layan kona bukit bukau sume sgt lancar. tau2 ja meter tunjuk 130, 140... thumbs up to toyota la aku rasa kan. dgn sesuka hati aku decide la nak tukaq ja guna minyak merah $2.05 tu... mahal pun mahal la... infact bila guna si RON95 tu mileage pun tk dapat cover sampai 500km! ha...murah la sgt itu RON95.
so bila aku tukar, dapat la "pergi lebih jauh" ihihhiiiii... tapi ada rasa tk best jugak aaa... may b sebab dah bercampur2 kot. (suka hati aku ja nak predict kan?) pehtu last week hubby check meter, owh nak kena servis dah ni... then lepas servis dan mendengar segala komplen aku, kami decide nak guna minyak merah tu saja la... true enuf, aku kembali bergumbira memandu tanpa rasa ragu dan buat muka pelik2 lagi bila layan kona bukit bukau kat NKVE or Penchala Link itu... wah! ini namanya versi org perempuan bercakap tentang kereta! hmmm... eventhough tak baper "automotif" bunyiknya, tapi ini la versi aku kenal kereta... at least aku tau beza syok or tak syok memandu! ahhahahaa...
hubby cakap, "itu jer awak tau yerr. tukar tayar, check minyak itam, check angin tayar, check water level...sume2 yg basic tu tau tak???"
"of course i didnt know honey. ihihihhihii..." dgn tersengih2 aku ni berlagak selamba dan buat muka tak bersalah... (tapi dulu rasanya tau, but sejak sekian lama ni agak2 memory lost sekejap!)
then dia trigger me wit this Q "kalo saya tak der esok2, sapa nak buat kat awak sume2 nih?"
aku terGULP!! seketika.... uuuuwwaaaa.... menci!

Saturday, December 26, 2009

cakap2 result EXAM!

  • baru perasan dah lama aku habis sekolah! uiisshh...13years after high school, i'm a wife, mother of 2 and a dedicated project manager (owh dedicated ker?ekkeke) ... apa tu?? masa schooling tak tau pun profession cenni. aku nak jadi lawyer! hahahaa... life goes on, people change and so do i. anak2 jiran and anak2 buah aku sibuk bercakap soal result exam UPSR n PMR depa yang baru keluar. seronok kongsi kisah gumbira depa... lagi syok dgr rewards2 yang depa dapat... rewards2 yang depa demand, rewards2 yang tuntut dari sesiapa yang berkenaan. dahsyat2 anak2 zaman sekarang!
  • bukan calang2 hadiah... segala yang terkini and up to date, trendy, ada keles! and tak kurang jugak yang dapat duit pelaburan berkoyan2 dan percutian ke tempat2 hebat... hhmmm... terbayang2 paling cokia pun E71, N97, blackberry, i-pod apple, game PSP, laptop, 1A = $100 or $1000!! hebat2222... ternganga jugak aku dgr cerita depa ni... aku belek handphone E66 aku... ini jer standard aku? pehtu aku belek dalam purse aku ada la beberapa keping duit kertas pelbagai nilai... la banyak ni jer? kad byk aaa.... kakakakaka... ish222, sungguh tak tahan dgn gaya hidup sekarang ni. jeles ka aku? dengki ka? takut kot... sangat advance dan ala2 berlebihan jugak. tapi semua orang sekeliling depa centu, esok anak2 aku cemana?? kalo tak bagi, sure akan ada rasa terkilan or kekurangan or ralat dlm hati depa... bercakap soal inspirasi? relevankah??
  • aku dulu, result periksa ni untuk diri sendiri ja. dapat la seberapa kali straight A's pun, tetap untuk diri sendiri, senyum sendiri, bila bercerita ngan family rasa amat puas hati sbb dah perform yg terbaik, buat depa rasa bangga ngan kita then dapat la reward seperti duit saguhati (maksudnya amount yg kecil jer) or pen parker or jam or yg kalo tunjuk kat bebudak sekarang sure depa gelak jer kat aku! "ni jer ker aunty dapat? biar betul. kesiann..." bila ada sedara yang bertanya pun rewardnya sekadar dapat pujian dan suh anak2 depa buat contoh, bangga sendiri2 ja, sembang ngan kawan2 kejiranan perihal kisah kejayaan tu pun ada la dlm 5-10mins ja... pehtu kami hilang dlm gelak tawa bermain tanpa mengira ko pandai ke kureng... nak belek handphone jauh sekali la time tu!!
  • uuiiisshhh.... zaman dah byk berubah kan, segalanya pun berubah... aku tk mau komen lebih2 sbb benda ni very subjective and sometimes we hav to follow the path... cuma aku harap me myself as a parents wont be dragged TOO MUCH into this dilemma!! takut seh... takut bila esok kurang kemampuan, anak2 dah tak sayang... takut terlebih bagi, anak2 naik lemak! takut bila terlalu senang pakat2 lupa pada rezeki Allah yang bagi. tapi... nanti orang kata pulak... kalo tak perabih kat anak2 sapa lagi. kalo kedekut dgn keluarga, duit2 tu tak leh bawak ke kubur pun! sementara mampu, bagi la yg terbaik utk depa... hmmm... tepuk dada tanya selera, ketuk kepala tanya minda! ihihihii...
  • i'm married to mr hubby yang sgt enjoy masa zaman sekolahnya. lepas SRP (wei...dia lg tua, zaman SRP tuuu...kekekeeke) dia mula buat hal sebab permintaan nak bertukar sekolah tak dilayan parents. maka tergolonglah dia di dalam kumpulan "SPM?? apa tu... it is a history to me! i'm talking 'bout my life after holding my degree...hahahaha" he made it to the top lepas struggle back setelah puas berfoya2 di zaman jahilliah dulu. in fact now dia lebih mantap dlm kerjayanya. aku pulak kategori yang sentiasa konsisten since darjah satu sampai degree level. alhamdulillah segala yang baik2 masih mendampingi nasib aku. rezeki masing2 kan. tapi bila kami berbincang soal reward kekanak skrg ni, sungguh mengujakan dan menakutkan jugak!!
  • macam2 adaaaaaaaaa... (al-fatihah to atok ASTRO tu, alang2 dah tringat kan!) hmmm... sampai ke satu tahap aku sendiri tak tau nak decide mana yang patut mana yang tidak. sume ada pro and cons. tapi apapun aku tetap berpegang pada prinsip kesederhanaan, memberi sekadar yang perlu bersesuaian dgn usia dan kepentingan penggunaan ikut peredaran masa. semoga kita semua diberkatiNya dan sentiasa dilimpahi rahmat, rezeki berpanjangan dan semakin dekat mendampingiNya. Amin!

Saturday, December 19, 2009

when she asked....

this cheeky girl is 3 years 7months age... pic taken b4 keluar jenjalan. she really know wat she wants, see... tetiba ja bukak laci wardrobe and amik kuar wallet ala2 handbag dan sangat sibuk nak melawa.
rambut dah pendek, tup tup dgn nada manja ; "ibu, mia rasa nak ikat rambut la...ibu tolong wat tongcang banyak2 boleh??"
apa kes? masa rambut panjang ri tu jangan kata nak ikat, nak pegang pun bleh bergaduh! huh.... yesterday we had a family outing to OU (as usual hiihhiii). sesampai ja, heading to Toy R Us. tot wanna buy safety helmet and padding for her, tapi tengok tadak yg menariks and no offer, rasa agak membazir di situ. further more damia langsung tak berminat! ces... cemana ni... dia lagi sibuk nak mintak beli toys yang lain a.k.a nak suh ayah jadi tokey kedai tu terus. yennadeeii!!! pusing2 sume and grab some play doh set (i guess the most suitable one for her & ibu pun leh joint main) we lead ourself to cari makan pulak.
tengah sedap menjamu selera, masuk sepasang merpati hitam putih a.k.a mamat salleh ngan fomfuan melayu. baik punya dok berchenta, then itu melayu sudah tarik kuar sekotak rokok! aku perasan damia yg tengah ralit menikmati spagetthi bolog tetiba terhenti and mata dia tak kedip2 pandang. aku tendang kaki hubby dari bawah meja suh tengok apa yg dia pandang tu. sambil tu mulut dia dah sibuk nak bertanya...
"ayah! ayah! ibu! ibu!...err..." cepat2 kami potong cakap dia sebab tau dah apa dia nak tanya tu!! sehabis ja ayat kami, dia sambung balik apa yg tak terluah di hati :
"asal kakak tu isap rokok ayah?" "biar la dia... kakak makan cepat" ayah cuba ngelak utk jawab.
"tapi dia girl kan, kenapa dia isap rokok jugak macam ayah?" sambil pandang ibu pulak.
"hmmm... dah kakak, makan jer cepat, kita nak balik main toys kan... makan sayang" ibu tolong cover pulak.
"tapi ibu tak isap rokok pun, kenapa dia boleh ibu?" adoooiiii....
"owh! ibu tak leh isap rokok, ibu ada baby, kalo ibu isap nanti ibu sakit. cepat makan sayang. dah, jangan cakap2 lagi k."
ibu dah gabrah...fomfuan tu dah jeling2...uhuhuhuu, aku sure dia dengaq sbb meja kami berjiran jerr.
"tapi kakak girl tu macam tak sakit jer bila isap rokok damia tengok. nanti damia pun nak isap rokok jugak, damia takder baby, damia boleh isap la kan ibu?"
owh!!! anakku...aku jeling ayah! suh cover...tapi kami segan2 nak explain cemana, minah meja sebelah muka dah bengang. pakwe salleh dia aku tk tau la faham ke tak!!

Thursday, December 17, 2009

she raba-raba & he kutil-kutil...apa kes??!!!

my charming boy is turning 5 months old this weekend... latest ragam is tak suka tido siang! ticer kat school dah komplen, dani ni susah betul nak tido, bila dah berjaya tidokan dia dlm 10mins dia dah jaga. asik nak sembang and main2 ja. tapi dia tak nangis cuma nak orang ada keliling dia. if dalam bilik baby tu sume dah tido sunyi sepi dia mengamuk aaa... kena la angkat bagi dia main ngan baby2 besar yang lain kat bahagian luar bilik tu. tapi ticer kena supervised takut bebudak yg dah bleh merangkak and memanjat tu melanda dani yg hanya tau meniarap ja tu... sebab tu kat rumah paling lewat jam 9 dia ngamuk dah nak tido... tak sempat ibu nak massage badan or main2 exercise ngan dia! tapi semalam even dia tak tido siang, stil balik umah tanak tido... apa la masalah anak aku sorang ni. sampai jam 10.30 tuuu masih bertahan! nampaknya susah la badan nak menten montel kalo tak cukup tido. sama la mcm kakaknya time baby dulu... segala usaha peluk, dukung, buai, tiarap, tepuk segalanya aku cuba tetap dia tak layan. last2 aku ajak kakak dia main2 sesama... layan je la dah dia tanak tido, jgn dok meragam nangis2 sudah la!
so kami mengacau kakak yang tgh syioookkk layan tv citer Monster Inc. kat disney channel semalam. sian kakak! dia suka sungguh movie tu sampai dah berkali2 tayang pun dia still nak tengok... siap hafal lagi scene after scene. memula dia stone ja tanak kasi feedback aaa konon... si adik pulak pulun dok jerit2 panggil dia. sekali iklan, dia sudah terkam itu adik. GEWAMM!!!
ni pic cute 2 beradik... si kakak dah ready ngan pyjamas nak tido, si adik lak dari kul 9 ibu dah kemas2 awal tadi sampai comot balik sbb tak tido2 jugak. dia orang ni ada peel kalo nak tido, ala2 cara nak lali and amik mood. dulu si damia masa memula nak tido suka ja meraba-raba lengan aku... kan banyak bulu ni! hahahahaa... suka sungguh dia usap2 lengan aku sampai leka and tertido. bila dah besar dia tanak peluk2 lagi, so peluk bantal dia usap2 pulak surface sarung bantal tu sambil minum susu and tertido. tapi nasib baik tadak bantal busuk, any bantal pun will do! lagi besar lagi dia suka... hihihihi.. si dani pulak so far tengok pesyen dia suka kutil-kutil halus lengan aku... tak kira la tempat mana tangan kenet dia tu leh cekau, kalo tgh bf makanya breast yg sebelah lagi la jadi sasaran kutil2 halus dia tu... kadang2 kat perut, pipi, lengan... dulu geli2 je la sebab jejari dia halus mulus lagi, sekarang dah mula rasa pedih2 selagi dia tak tido!! adoooii la... kesnya semalam berjam2 jugak la aku kena kutil!!! itulah kesahnyerrr raba-raba and kutil-kutil!!.... hahahaha...

Wednesday, December 16, 2009

life cycle...

cepat giler masa berlalu... rasanya kejap jer dah nak masuk tahun baru! tapi macam sume belum buat lagi. adooii! semalam anak2 tido cepat, jam 9pm rumah dah mcm kena langgar garooodaaa sunyi sepi. so, kami decide nak wat family meeting tapi tadak org nak amik minit mesyuarat, sendiri chair itu meeting lah, sendiri tulis report aaa... pehtu nama 2org kanak2 absent without reason, kena fine rm50 for 1st time, then rm100 kalo next round absent lagi. kekekekee... merapu, ala2 compound dlm site meeting! owwhh... sungguh terpengaruh kami ni dgn kerjaya memasing. haru haru... sambil2 tu cakap2 ngan hubby pasal email yg pernah aku forwardkan kat dia :
  • masa kita memula kenal - ada banyak masa dan tenaga nak spent sesama, nak ronggeng, nak lepak, nak chenta22, nak masuk kuar hutan camping & trekking... tapi tadak duit byk2 nak joli, bila dah kopak, end up duduk ja kat uni wat assignments!
  • bila dah start keje - mula pegang duit sendiri dan ada banyak tenaga untuk teruskan aktiviti laqo kami seperti di atas... tapi tadak masa pulak sbb keje bz nak mampus! cuti kena ikut company and sesekali nak apply annual leave jenuh wat table notes and kadang2 private line pun company wat urgent call nak tanya apa yang patut! last2 malas nak cuti... keje jer la... cis!!
  • esok2 nanti bila dah tua - duit ada banyak2 (insya allah), masa pun ada berlambak2 untuk spent sesama, life tak bz, anak2 dah besaq kawin beranak cucu sume pindah duk umah len... tapi tenaga pulak tak cukup nak meronda2 sbb dah tua terketaq2... kekekekee... tak pun salah sorang sudah kiok! ayokksss...
tapi tu la hakikat idup kan. mmg sume akan sentiasa tak cukup, tak kena, tak puas hati. macam2! and next year... yeah... kami tengah plan sesuatu yg kalo betul diizinkanNya, maka... ishh... rasanya akan berlaku perubahan yang besar dalam hidup nih! tak berani nak jangka cemana pulak life yang bakal kami lalui. aku sendiri kaget ngan apa yang sedang aku lakukan sekarang, tapi tangan aku ni laju ja wat apa yg kami dah persetujui bersama... saling email mengemail, saling call mengecall tanya update sume bagai. hmmm... walaupun kesudahannya may b dalam 6bulan lagi ka baru tau, tapi aku dah mula ketaq lutut. apakah ni sume petunjuk jalan aku dan hubby apa yg bakal berlaku seterusnya. tak putus berdoa, semoga segala urusan dipermudahkanNya dan kami tekad dgn segala ketentuanNya. Amin!

Thursday, December 10, 2009

Sekuel 1 : HOLIDAY!!!! yyuuhhhuu

ha...lengkap la holiday kat Bahagia Resort ni...lama betoi nak complete! since the previous 2 sekuel aku publish entry last month kan! so ini kali ada dugong baru... kekekeeke... lepas balik dr show dolphin, the next day aku pulak mendolphinkan diri!!! tapi aku comei skit aaa dari dolphin tu! ahhaakkksss!! me likeyy...
hari ni baru dapat breakfast kat bawah payung tu sebab cuaca sgt sesuai gitu! maaf la yer, ni sume pic baru bgn tido anak2 and bapaknyer sambil nak mulakan menyuap nasi lemak yg dibeli dari gerai pak abu...(pepandai ja aku taruk nama ni) aksi 3 beranak dgn kepala sengat adalah hasil paksaan damia suh ayah wat cam dia...kesian betul! ihihhihi
"ibu! look at me...i'm big and tall!" said damia sambil berdiri atas kerusi and bercekak pinggang...tinggi sangat la u kakak...hmmm...dani?? uuiittsss, geramnya ngan pipi dabom itu and muka ala2 nak tidoq lagi! sambil main buih2...botak terus ibu lepas ni, leh geng ngan ayah! nway kenapa ek org tetua ckp anak main buih, ibu yg luruh rambut...smpai ke la aku tak paham. n sebab asik dok tanya kerelevanan pantang2 ni sampai mama aku cakap "hang jgn la beranak lagi pasni, letih mama nak jawab mcm2 soklan hang!" hahahahaa...
ni la hasil tengok show dolphin and sea lion!! kekekkeke... ha, me and dani membalas dendam dah ri tu asik ayah n damia jer mandi2 mentirukkan diri dlm kolam tu (seperti dlm video clip yg lalu...ihihhiii). tp kejap jer aaa kami 2 beranak mandi coz dani kan kenet lagi, risau aku dia sejuk2 ni. ok everyone! happy alwez.... muaahhhsss.

Wednesday, December 9, 2009

ini ker shownyer...

last saturday evening, took both kiddos to watch this dolphin & sea lion show @ Sunway Pyramid. (alamak, terlupa kedai jam yg kak shaf bgtau tu...uhuhuhuu) since friday nite damia dah dok tuntut janji asik cakap pasal plan esoknya jer... adooii, mmg tk leh reveale apa2 in advance kat kakak tu, sure dia igt and selagi tk dapat akan dia tanya2, lotih mak nak menjawabnya! sesampai ja dah dekat show time pun. memula tu kami sume excited nak tgk sbb purposely bought the ticket for this show only... selalunya mcm pegi zoo incollaboration terada event cenni kan, tak pun kat funfair ke, kat mana2 la... but this round mmg focus ke show ni ja. harapan sgt tinggi nak tgk show yg hebat la...tapiiiiiiiiiii...hhhmmm... biasa2 ja not so amazing! pastu mcm ala2 je, crwod pun tk sporting... kat mana yg tk kena tak tau. sbb aku rasa scene dalam khemah tu sama kot, mcm bosan jer... tadak deco yg menarik, tak cheerful! sib bek la manatang2 "ikang n hanjing lawuttss" ni sume cerdik pandai, so bebudak excited aaa tgk kan. as for adult... hhhmmm... errrmm... ntah. undefine feeling sbb aku tk rasa best sgt. selebihnya dapat percikan ayaq dr dolphin yg melompat2 dlm kolam tu jer. ahakksss!
US ... and ibu yang bosan... snap2 pic ja...
dolphin menari2, sea lion main2 ball & payung... bosan kan? tapi aku suker bila dolphin ni parking kat tebing kolam centu... ala2 tangan jer fin kecik dia tu. hihihi...

Monday, December 7, 2009

lil' dani in action!

one sweet sunday morning! he woke up, roll on and saw his sista coming... getting ready to chill out and wat bising di pagi hari. Kecoh!! anak sapa la ni... ihihihii....
"aik?? kakak ada....yey! "kakak!!!" sonot222... "eeeeeiiikkk"
"hihihihii....eeeeiiikkk" bestnya main agah2 ngan kakak! "eh...nak pegi mana tu kakak?? hhhuuuuuuuuu...ala...."
"takpe lah...ibu pun ibu la...hmmm...ibuuuuuuu...eeeeeiiiii, hehehehee" ~The End...~

Friday, December 4, 2009

aku di tag...1st time nih!

actually...apa itu tag? kenapa kena tag? pehtu cemana leh start main tag tag ni... tapi aku layan gak! hiihihihi... sebab dalam banyak2 blog yg aku pernah baca, pakat2 reply itu tag. hmmm... kali ni aku kena tag pulak! so sume soklan ni tinggal soklan jer la... sone ni tag aku. balik umah pulun dok snap pic sana sini sampai hubby pelik tengok aku! hiihihii... hendak pulak anugerah skrin ala2 buhsan jer kat tv3 tu, so aku pun sambil2 la on9... kanok2 pulak dah beradu, so ibunya MERDEKA!! hiihiii...
layan jer la di bawah ini ... pun sone yg ajaq cemana nak reply tag tu! hahahahaha....
QUICK TAG FROM SONE DIAMILIKKU
A) Snap the picture both inner and outside of your wallet ini pic dari luar pada bahagian depan... simple jer and most important ia adalah flat! i dun like the bulky wallet tho ada byk khazanah kat dlm tu.... hmmm.... card protector pun leh selit tau pada sebelah dalamnya!
B) Introduce your wallet brand, price and where you buy : it is SEMBONIA, i bought last 3years from Jusco One U (alwez love this mall), the rate is Rm169 kot... ingat2 lupa ler! coz not me paying for it... sep!! C) Take out whatever is inside your purse
banyak (jenuh susun ni tau dak!) hmmm... banyaknya, kad lah!!
1) KAD WAJIB : 2 credit cards, 2 bank cards, my i/C, my kids i/C & PRU medical card (selalu bwk in case ada emergency ker, tk payah carik2 lagi kat dlm drawer!) driving license, JCard (points for adhoc/well plan shopping card), Tesco Card (points for groceries), Bonuslink (points for petrol & also suddenly tershopping kat Parkson), McD VIP card, Personal emergency data card (for my office ref) and Meidiya stamp card (beli bfast kat sini, dia kena chop leh redeem bila dah penuh! hiihihihii) 2) KAD SAMPINGAN tp berguna (simpan bebaik dlm card protector) : toys R us (star card), Anakku, MPH, Sembonia... sebab : aku mmg sesuka hati pi shopping tk kira masa... so senang bleh guna disc. card bebila! hmmmm... 3) PICTURE chenta2 me n hubby... masa zaman belum kawin! so pic ala2 gediks berwajah muder remajer gitu.... owh! me likey... ahhahaa 4) DUIT S'PORE (hubby kasi) & BRUNEI (tuan rumah sewa masa bujang dulu kasi)... orang kata ibu duit? gitu la... D) Finally tag beberapa kawan... memandangkan saya tak pernah mengetag org nih... so saya nak tag beberapa je la... (sebab sone dah tag mereka yg selalu jengah blog aku ni.... huhuhuhu) so ini ja yg tinggal... 1) mimi yg sedang gigih diet 99hari tanpa nasi 2) dura yg sgt kreatif ngan sewing activity 3) sue shaari yg sedang dlm pantang 4) zuraihan yg sentiasa bz ngan bisnes dia.

Related Posts with Thumbnails