Monday, August 19, 2013

Tesstttt


Testttt

Friday, March 22, 2013

ececece.....alhamdulillah!

....saat getir org panic suka duka ketaq dapat result SPM, anak dara ibu bwk balik result ujian prestasi sekolah agama. hik hik hik... muka stone ja, tk excited pun. selalu dia akan cerita kelam kabut, ini relax ja.
....dengar bising2 suara ayah kt bawah. ibu baru sudah mandi, in fact damia pun baru sudah mandi n dtg jengah ke bilik nk suh ikatkn rambut....elok dia sampai ke bawah agaknya dihulurkn result exam tu kt ayah kot....
....ibu joint the crowd, damia sibuk ja ngan ipad, tk amik port pun apa si ayah ckp, maka ayah ja yg dok belek itu ini sorang2. hhhmmm....
ibu : "bende nyer nih?"
ayah : "result ujian dia yg hari tu lah"
ibu : "hah ye ker....bila exam? meh nk tgk!! waaahhhhhh.... tahniah yer kakak. bestnya. syukurnya Ya Allah!"
ayah : "masa adik masuk sepital tu. whole week kan dia ada paper."
ibu : "laahhhhh... ha la, ibu lupa sbb bukan ibu yg dok tgk dia baca tiap mlm. maktok n ayah yg ada kt umah pun. wowwwww hebat la kakak ni. keep up ur good work ok!"
damia : "hhmmmm...yer la, ok. tp tk dpt seratus pun masih hebat ker ibu?
ibu : "hebat !! janji anak ibu lulus dgn markah baik. ni pun baru 1st test, byk lg test2 lain nk kena buat. slow n steady lah..."
damia : "so, next time jgn la marah kakak nk main ipad lama2. tu semua mcm belajar la jugak....slow n steady la jugak"
....chhhaaaiihh....kena sejibik aku. boleh ker..... apa2 ja lah. janji happy! thank you Allah :)



- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Tuesday, March 19, 2013

word from his heart ❤❤❤

alhamdulillah, i have turned 34 last Feb 28! wow....dah tua kan. tk terjangkau dek akal fikiran yg Allah dh kurniakan nikmat sebegini lama utk aku, namun tak setimpal balasan iman kuberikan terhadapNya. malu lah. but insyaAllah akan ku cuba sedaya upaya utk memperbaiki diri ke jalan yg diredhaiNya. ameen.
sempena tarikh dan hari istimewa, sementelah sudah tua...tidak la ku inginkan segala celebration present bagai. cukup la dgn apa adanya dlm hidup ini, dah patut berhenti rasanya semua2 yg laqo...
"OK,salam semua, ibu nk tdokan adik n jumpa esok pg ja. korang jgn nakal2 dengar ckp ayah. tdo cepat skit jgn asik borak jaaaa" kumat kamit ibu memesan bagai. damia n dani dtg bersalam n kish2 pipi semua.
kt bilik, ibu dok uli2 dayyan mok mok, main gelak2 skit walau mood dia tk seberapa. walau dh slim dia tetap ada isi gak. bikin geram geget2. tp dayyan tk berapa sihat, dia demam ptg td kt skul. dh kasi ubat pun. semoga dia cepat kebah lah hendaknya.
tiba2 dalam samar lampu tido tu dan dgn mata rabun ibu ni dengar pintu dikuak... cahaya liuk2, suara halus nyanyi bday song. Allah haiiiii.... mesti gheja shuben i lah ni. komplot ngan anak2. sabar jer lah.
selesai nyanyi ibu tiupkan lilin atas kotak ferrero roccher itu. dayyan yg mayau2 lalok ubat plus tk sihat terpinga2 gak. heran dia apakah event yg sedang berlangsung nih.
kami pakat2 suap choc ke mulut. kongsi2 sbb dh hampir jam 11 pun nk mkn coklat bagai. gigi pun dh gosok sume.
haaiihh, seronok berpeluk bercium bersuap berbagai la. tak kisah la cemana pun, janji diaorg igt. budak2 cakap kt shuben dia org tanak tunggu esok nk wish cepat. nnt dh tdo terlepas jam 12am! owhhh gitu kisahnya....so advance celebration la jadinya. sweet lah.
dalam pada seronok mkn coklat, ayah berpesan pada anak2
"kita kena ingat hari lahir ibu sampai bila2 tau. katakan satu hari nanti ayah dah meninggal pun korang tetap kena raikan ibu" Allah hai.... rasa nak
tumpah ayaq mata tp ku tahankan jua. huhu. anak2 pun terangguk2 la mcm
paham bebenau.
damia n dani hulurkan kad. then diaorg terjerit2 "cepat la ayah kasi present ayah pulak, kitaorg takder duit nak beli present utk ibu...kakak nk guna duit tabung ayah tk kasi..." cebik damia.




"takper, ayah dh tlg belikan pun. duit kakak simpan ja bg penuh tabung tu. nnt nak masuk U senang" amboiiiii ayat power ayah haaa. hihihihiii...
dia hulurkan paper bag kecik. aku dah agak, sbb boleh baca brand kan.




alhamdulillah. thanx shuben. thanx anak2. thanx Allah atas kurniaan rezeki ini utk kongsi sama2. thanx Allah atas nikmat sebegini di kala senja memanjat usia. syukur.
selesai salam yg ntah ke berapa kali, kami bersurai. aku tidur dlm senyum. tapi terjaga2 sbb kena monitor dayyan yg tk berapa sihat...... nanti kita sambung kisah dayyan ok. huhu!
- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

lahad datu..... dan adik aku!!!

tak suka entry ni tp kena jugak buat. tkmo cerita banyak...sbb byk persoalan daripada jawapan! semoga Allah tunjukkan jalan kebenaran. tp yg paling utama di entry ini sbb adik gua babe.... adik gua ATM.... bebila ja akan terpanggil ke sana. on stand by mode setiap hari. tgh jiwa kacau di sepital dgn dayyan lemah longlai, hati gua tk keruan dooowwhh tgk berita 1st day depa lancar perang! gua nanges esak2! tk terbendung dah rasa dlm jiwa.
marah pada penceroboh! marah lg kalo org tempatan yg bikin onarnya, semoga semua ini bukan mainan politik. smgt pertiwi gua tersentap tiap kali iklan ulang2 tunjuk lagu patriotik utk wira2 yg gugur.... dlm kotak fikiran gua nampak angah ja di mata! nurse yg masuk keluar bilik periksa si dayyan fikir gua selsema kot. haha! tp itu la hakikat yg kena hadapi, kena tempuh. bayang wajah farah adik ipar gua, qays n qisya anak2 buah gua... Ya Allah, nk pecah jantung rasanya. saat menulis ini menitik ayaq mata bila wajah mama pun silih berganti!
owhh jangan la perang ini melampau2 lagi!! gua sent sms bila rasa tk terluah dgn kata2.... angah sgt stone. (print screen frm IG)




keras hatinya masih sama ketika dia decide nk joint ATM. masa kena lapor diri in early 2002 dia masih belum pulih kecederaan kaki lepas accident, kena langgar lari. jalan pun berdengkot sbb jahitan tk baik lagi, dia pergi dgn smgt waja. aku tk pasti apa yg dia cari. result SPM bukan tk elok, boleh nak apply U or ITM, tp dia nak jugak masuk airforce or ATM. time tu aku mcm nk marah sgt kt dia. abah berteleku. dia ex army, dia dah cukup menentang...tp apa daya dia. angah kata dia nak jugak! mama nangis tk berirama dh. kering air mata ibu...lepaskan lah.
few weeks later dia di hantar balik utk berehat. sbb luka jahitan di betisnya yg panjang sejengkal itu, terbuka. uurrrggghhh!!! rasa nk pengsan aku, marah sgt dgn dia...plus aku mmg penakut luka2 nih! aku tgk bahu dia lebam2 bekas pikul senapang. igt ringan???!!!!! setiap peluru yg keluar satu hentakan di bahu. bayangkn la peluru sepanjang2 yg dilepaskan, hitam pekat biru pecah berdarah bawah kulit bahu itu. ya Allah.... nanges ok. nanges sgt tgk fizikal dia. tp angah relax. what happened there stays inside there... mmg dia tk pernah citer smpai la ke hari ini. ayat senang dia "tadak apa lah ni. esok baik la tu" owh me.... tak tau lah.
bila selesai tauliah diploma di johor, dia keluar dgn title leftenan muda. tgk pic parents n adik2 aku sgt berbangga. aku jam tu ada meetg yg tk boleh nk skip. sedih tk bleh raikan dia. tapi alhamdulillah rezeki angah dgn ATM smpai skrg dia di mess Ipoh. bangga aku ada adik Kapten Ahmad Rozaidy Ahmad Tajuddin, si pejuang negara! semoga Allah sentiasa lindungi angah dan anggota keselamatan yg lain walau di mana mereka berada, mempertahankan kedaulatan Malaysia, insyaAllah. ameen.
- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

awak....adik kita dh kawin!!

adik ketiga saya dh selamat diijab kabulkan last month. huurrmmm. sedih. seronok. syukur. tumpang bahagia tgk adik sendiri bahagia... tumpang ciwi2 amik gambaq dipelamin dia, bilik tidur dia. hik hik hik. syok nyibuk!





dlm pada tu sedih gk sbb akan sibuk la dia dgn tanggungjwb baru utk suami, keluarga suami, biasa la.... aku pun mcm tu jugak. tambah dia duduk di perlis, sikit sbyk mesti kena beratkn sebelah husband. taat gitu. tk bleh on call mcm selalu la bila aku balik kedah, ajak ronda jalan2 cari makan la, shopping tepi jalan la, merewang ngan anak2 aku la, picnic tetiba laaaa.... pasni kalo dh ada anak, insyaAllah lg la sibuk. tp makin meriah umah maktok. yey!!!


ini geng baju kotak, LOL!! sekeluarga yg rapat sume seragam,bantu membantu melancarkn majlis.



kakak, kamu adalah cantik sangat!! seronok tk muka berseri sinar bahagia itu... semoga perkahwinan ini dirahmati Nya, ameen.




syahdu la feeling nih. mix feeling. masa angah kahwin dulu aku rock ja. ermmmm sbb dia lelaki kot. pi mai pun tetap tunjang dlm family. ni bila kakak yg kahwin aku n adik rasa semcm. walau kami tk rapat dr kecik sbb duduk asing2, bila dh remaja kami click. ruang waktu yg sekejap ku isi sepenuhnya sblm berhijrah ke kl.




nanges! abah nikahkan sendiri anak dia kahwin kali ni. alhamdulillah.... aku n adik n mama sekali drama. terus rasa dh kurang satu ahli. makin dewasa ni bab family cukup sensitif. sbb makin kurang la ahli kt umah. sesekali ja berkumpul. ingtkan mama, sure sunyi dia.... nk tunggu ramai2 time majlis, raya, emergency gitu la... sadis! masing2 cari rezeki luar kawasan kan....




adik lg la sedih, depa mmg close dua org. sekolah rendah smpai menengah sume sama, duduk di kedah nun berkongsi bilik, katil, baju segala bagai lagi lama pada aku... dating pun p sama2! now adik dh duduk tg.malim ngejar cecita nk jd cikgu.
eeerrrmmm... pa la... tkmo citer lagi. syahdu menjengah, dlm hati ada taman. huk huk. semoga kakak bahagia ke jannah dgn akmal. tahniah!




- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Monday, March 18, 2013

bila dah jd favourite....

sejak berkahwin, beranak pinak ni, dapur adalah tempat favourite. seronok rupanya memasak nih. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. dulu aku mmg kayu bab masak makan bagai. benda ni kita panggil aging factor, commitment, naluri. hhhmmm... and satu lagi keselesaan. korang tau kan cemana kalo makan kt public dgn anak kecik 3-4 org. gamat. gawat. aku tk kisah kalo havoc di meja sendiri ja tp yg risaunya melarat ke meja org lain. cukup pantang anak2 melilau sbb dh habis makan kononnya, tk pun bangun duduk berdiri kang tumpah ayaq, terbalik mangkuk. uiiisshhh! mintak la dijauhkan. memang la budak katanya.... tp ish. anak org lain takpa la. jgn anak aku. tak suka sangat! tp kalo dh amik segala cara, nk jadi jugak apa boleh buat... takdir la namanya, ahahhahaa...
so mmg kalo nak keluar makan ngan anak2 tk suka kedai yg sesak, yg kena tunggu lama, yg susah nak makan bagai. play safe. tak perlu table manner yg melampau, camca garfu lemah gemalai senyap sunyi sume tu simpan dlm kocek dendiam. pi dating la laki bini cukup. heheheheeh.... nanti dh pakat2 besaq insyaAllah akan sampai peluang utk sama2 dine in kt tempat hebat gitu, ewah!
tp walau kat rumah... aku tetap serve anak2 mcm kt kedai. semua kena makan kt dapur. siap makan semua baru la nk p berjalan mana pun tk pa. selagi tk habis makanan kt pinggan jgn nk gerak2! senang skit nk didik depa kt umah pada kt kedai. segan nk marah2 dpn public gitu kan, umah sendiri tkpa... byk cara nk didik depa. selesa yg pentingnya. dan kena ringan tulang utk mencuci. itu saja :)




utk itu.... iskkk! panjangnya mukhadimah aku. nak habaq ni ja. aku ketagihan tegar makan kt Seoul Garden itu. nk ajar anak2 mkn centu tp risau kedai tu sesak, sempit... lambat nk masak satu2! habis kena bangun pi belek itu ini apa nak top up lagi. isk isk isk. kalut lah! tk suka nak beramai2 ngan anak2... bahaya jua. so, beli ni!




hehehehee.... dan sediakan bahan2! ikut citarasa, menu, google cara... kellllleeesss!! senang, dan paling best shuben tolong masak. i duduk2 serve kan jerrrrrr. bukan senang nk tgk dia jd chef. dia mmg awal2 angkat bendera putih. so utk makan ala2 steam n grill ini tk perlu pakar. otomatik akan pakar!




thanx to technology, bg aku peluang menjamu selera begini di rumah. bak kata damia..... ini la restoran ibu! LOL.... puas hati tgk anak2 makan dgn riang, behave, kenyang, selesai semua senang ibu nak cuci segala bagai. alhamdulillah!!!
- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

lukisan itu....

malam ini ibu menangis, menangis bukan sebab sedih...tp syahdu...semalam belikan dani iskandar buku kaler otomen. seronok dia keterujaan nak main sticker yg ada kat dalam tu...tapi dia tk tunjuk minat pun nak mewarna. belek bukak tutup gitu ja.
siang td masa nak hantar dia ke skul sempat lg dia marah2kan ibu...
"ibu ni suka hantar dani pegi skul, dani tk suka skul, dani suka cuti jer...."
"ala dani.... semalam kan dh cuti 2hari, sekarang skul la 5 hari..."
"dani tk suka cuti 2hari! dani suka cuti 10hari!!!"
aduhai anak.... bentak2 kaki dia menonong masuk ke pagar. eh, masuk jugak. kuat bebel ja atok sorang nih. hik hik hik...aku suka peel dia, garang tp dlm hati ada taman! mulut ramah suka ckp terima kasih. tp bila tantrum......ok, aku lari...biar ayah yg uruskan. but if takder ayah dia amatla sayangkan ibu, sume kata dia boleh turut dgn riang. pasrah ja la....
lepas balik skul ptg tadi diaorg semua sibuk main kat luar...dekat nak azan masuk rumah kemas2 badan semua. time tu, ibu sibuk prepare dinner, time org tgh azan maghrib dia turun bawak buku n sekotak kaler pensel. sorang2... kakak dok main ngan adik kat atas, ayah tgh mandi n solat. aku intai pelan2 depan tv, owh....sedang nak mula mewarna.
"ibu....dani nak warna otomen yg ni ok!" lunak suara dia nak manja and minta perhatian.
"ok...cuba warna mata dia dulu. nak ikut warna kat sticker ka cemana?"
"tanak...dani nak conteng sesuka hati...."
Allahuakbar.....dh datang angin dia. tkpa la, aku fikir takmo paksa...
"ha yer lah, buat la cemana dani suka. janji dani kaler elok2 ok."
laju tangan dia melakar warna. tapi sampai kat garis hitam tebal tu dia slow....dia follow kemas2. dia senget2 kan buku. pusing atas bawah kiri kanan.
eh! ini dah lain... aku biarkan dia dgn dunia sendiri. ke dapur goreng ikan, hidangkan lauk2, sediakan pinggan gelas semua.
"ibu!!! tengok ni... mcm ni ke buat?"
"masyaAllah cantiknya!!! pandainya dani kaler!!!"
aku yg teruja... utk budak tk cecah 4thn lagi, dgn kedegilan mencabar minda ibu, dgn akai jenuh dia, dgn tantrum dia kalo kena paksa aku rasa ini permulaan yg hebat.
"ok, pegi sambung warna lagi, cantik sgt abang buat, meh sini ibu peluk skit!"
manja dia pasrah dlm peluk cium aku yg dh kembang kempis seronok nih.
hampir jam 8:15pm ayah, kakak n adik turun. sekali lagi dani menjerit sambil lari ke dapur bawa buku baru dia tu.
kami share kehebatan dani bersama2... kali ni semua orang pun nak peluk dani. sekali adik dayyan pun dok sebut abang abang. walhal dia cukup takut nk dekat dgn abang tu. garang n suka la nak ngusik adik. kasar pulak tu.
kami duduk ngadap rezeki tapi si dani tanak. nak siapkan keje katanya. berteleku la dia sorang2 kt tv area. dia dh kenyang mkn roti coklat 2keping jam 7pm tadi. siap semua dia dgn muka stone tunjuk kat ibu. mmg tak dinafikan. ibu sgt terkejut. teruja. terpana and terpukul dgn keresahan sendiri selama ni. ibu tau dani hebat. dani byk talent. tp sbb dani adalah dani, maka bukan senang nak lenturkan dani. kena ada suis baru ON!


Ya Allah, berilah ibu kekuatan utk terus membimbing dani menjadi anak yg Kau redhai. berjaya dunia dan akhirat. insyaAllah. ameen.


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

hhhmmm....

rindunya pada blog ini. tapi sekarang mood ke laut nak hupdate, kawan2 blogger jua sume senyap. ku terus hilang semangat. acaner. byk sgt dh entry tertunggak tertangguh. nampak gaya kena tukar agenda la blog ini kot. mau kasi mood baru datang. aku oun dh tk rajin blog walk lagi. sibuk ngan Ig ja skrg.... a pic says a thousand word gitu. walau pun tk der terjemahan cerita panjang lebar, suka la tgk pic2 cantik kat IG. tp blog juga best. aaarrrgghhh. tengok la acaner nnt nk kasi mood datang semula. huhu. sadis sungguh aaaiihh terbiar sepi gini. kesian. till then, jumpa lagi. ewah! salam.


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Tuesday, February 19, 2013

#throwback Morib Gold Coast Resort

al kisah saban tahun on Federal Day mesti merayap ke mana2. cuti org2 keyhell n wilayah lain jua katanya. huhu. so this year since me n mia cuti (even sek agama tk cuti :) hihihihihiii...) kami paksa rela ayah cuti jua, mmg tetiap thn pun hubby self declare cuti sendiri hari wilayah. ikut wifey. ewah! sama la gua, bday sultan s'ngor i oso kena cuti. nursery anak2 tutup. ini la scenario duduk dlm 2 kawasan jajahan kerajaan berlainan. kerajaan kata kau!! (election mode, tet!!)
alhamdulillah dpt gak bawak anak2 ke sini. saya pilih yg dekat sbb after this trip, kami sume berkampung di AS sempena wedding adik gua lak. haiyoohhh.... another throwback entry kena bikin nih. kenot miss, hahahahaa... layan pica bleh, penat la nak pompang pompang. ngalahkan mercun CNY mlm ke-10 kot. pakat halau hantu. errmmmm... apa kaitan nih. ok melalut sudehhhh.



ok. checked in. tengah hari buta. hangat oooiiii, segei mata! tp haze katanya... but panas. super panas. :)


beralih skit matahari bawa anak2 mandi bersungguh. layan la sorang2 depa main. alhamdulillah dari kakak smpai la adik semua tak takut ayaq. tk mo kuaq kolam lagi ada aaa... si dani pun dlm takut2 nk main slide boleh gak dia layan ber round2... memula ja cuak, gayat sume. pehtu selamber. ini antara pica sesuai di hupload la kan. selebihnya simpan, berat blog aku dh ni. hik hik hik...


muka cuak. 1st timer.... pehtu penat nk jerit pujuk suh naik. haaiiih.


main sini pun best gak lah. pening! pening! pusin pusin pusing lagu tu mmg la. i nak muntah tau. so, ketepi....amik pica ja. tahan lak bebudak nih. hihihiii...


tak puas di water park, naik bilik lagi mau layan jacuzzi. best. tapi bising n budak dayyan ni cuak. bila bubble naik menggunung lagi dia nangis. yeyek bubble itu. yeyek la sgt kan. hahahaha.... anak owwhhh anak.




sekali ptg nan redup ke pantai kita, moh! sakan la dani n damia bermain pasir nan halus itu. pehtu gatal habis tgn kaki semua. alergi ka hapa. nasib bwk cream bleh sapu2 skit, dapat la tdoq malam dgn aman. sekali lagi si dayyan nangis yeyek. "cen yeyek = sand kotor" tk brenti2 sebut ayat tu. tkmo turun pijak. kena dukung ja.


tapi dekat pasir yg compact ni dia ok. boleh la nak jalan sbb pasir ni tk naik ke kaki or kasut dia. sweet la budak kenet nih, mmg kena gomol ja ngan ibu. seronok dpt holiday sekejap, keluar dari rumah, tk pikir nk buat keje, nk masak, nak cuci...mmg fokus layan peel diaorg ja. alhamdulillah Allah bg rezeki boleh la jalan sana sini. dekat2 murah2 jadi laaaa...hehehehe


nice pic captured for that day. no filter nih, layan ketenangan sunset. tapi airnya jgn citer aaaaa, mmg air morib ni tk lawa langsung. hik hik hik. pandai gk la owner hotel ni bikin theme park. kekekekee....


pic i mana? keh keh keh.... pic ujung jari kaki ja lah. layannn!!



- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

sibuk u olls.......sibuk!

salam olls... lamanya tk bersihkan sawang di sini, sibuk amat. sibuk cuti. sibuk kenduri. sibuk nak berehat lepaskan lelah selepas cuti. sibuk anak sekolah. sibuk project baru. segala mak nenek la sibuknya. paling sibuk is main IG. muahahahaa...l bengong kan! itu namanya aktiviti mengusir kekusutan jiwa. kena layan camwhore n oso stalk pic2 kehidupan org lain. bukan nk compare, bukan nak dengki, bukan nak tiru....sekadar hiburan jua. ahaks!
dah february. baru ja update fireworks 2013 tup tup dh approaching Feb end. yey! bday, hak hak. hoverrrrr kot dh tetua nih. tk kuasa i nk besday bagai. ok tkpa, nnt itu kita reserve next entry. this entry perangat tk tentu hala nk update mana satu. byk sgt entry tertunggak. nnt fikir per nak tulis dulu. as for tonite kasi panas jari.
esok keje, masuk ofis 3jam then meetg. then amik anak after school, hantar ke sek agama lak. then plan nk g spa. ayok! lama badan ni tk dibelai urut. rasa dh tegang segala. siang td dh visit dentist. scaling n filling. dari 2 gigi berlubang besar dah ada tambahan lagi 4 lelubang tecit nk kena control kerosakan. haiihh. melayang stgh ribu. nak request apek bos kasi claim la utk dentist. medical apa la sgt kosnya kan. dentist ni mahai! hish.
ok tk sah la kalo entry tadak pica... nah amik!


pic fefeeling anak sorang ja katanya. hahahaaha.... si dani ni malas g skul sbb dia tau ayah cuti CNY smpai 1week. so kakak g sekolah agama, adik g nursery. dia syiok la kepit ayah siang malam. hhhmmm... tapi hari ni ketahuan la, paksa rela p nursery gak. sume dah back to normal routine. reality bite right!! bllleerrgghhhhhh....
ok tata... semoga diberi kekuatan utk hupdate lagi dan lagi dan lagi. soon. muuahh!


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Related Posts with Thumbnails