SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label homestay. Show all posts
Showing posts with label homestay. Show all posts

Sunday, November 3, 2024

Teratak Ummi Homestay Hutan Kampung Alor Star

Jom baca review kalini cikzira check in RUMAH REHAT Teratak Ummi

kebetulan nak ke jitra, dan ada kenduri 2 November, jadi carilah tempat cantik nak check in yang wajib ada kolam.

jumpalah Teratak Ummi ni yang terletak di Hutan Kampung tengah tengah nak ke Alor Star dengan Jitra. 

Dekat sini ada 5 teratak tau. kalau nak buat family day sangat sesuai sebab ada pantri ada dapur boleh masak-masak. kawasan pun luas jugak ada tanah. parking pun boleh muat 6 kereta. 















teratak pun cantik okeh ala-ala balik kampung sebab rumah kayu. yang paling penting kolam luas jugak dan ada slide. ni yang paling menarik untuk anak-anak. Abdul Khaliq petang mandi, malam mandi pepagi esoknya pun mandi lagi 3 jam lebih. puas hatilah dia. 

cikzira check in dengan khalisah, abdul khaliq, kakfarah mika dan acu. jadi kitorang check in teratak iris. sesuai untuk 4-6 orang. ada queen bed, ada tilam single dengan sofa bed. harga untuk weekend RM320/malam untuk teratak iris ni. 

cikzira suka sangat stay homestay macam ni kawasan kampung rumah pun ala kampung cantik sangat. 

korang boleh contact owner : wasap.my/+60125755303 ya. owner peramah dan servis laju je. confirm puas hati. 

#homestayreview #homestaypool #homestaypoolhutankampung #homestaypoolalorstar 

Sunday, October 20, 2024

Yusra Pool Villa Parit Buntar

ok pembaca blog merah cikzira sekalian, kalini cikzira nak review homestay villa private pool yang ada 5 bilik di parit buntar dekat dengan mydin. 

Yusra Pool Villa ni sangat sesuai untuk buat family gathering yang ada family ramai. tanah villa ni luas sangat boleh park dalam 3-4 biji kereta dalam rumah kalau lebih park depan rumah. surau pun depan je beberapa langkah sampai surau. 

pool belakang rumah buka pintu dapur nampak pool. cantik. kawasan belakang villa ada tempat untuk buat BBQ. 




























ruang tamu sangat luas. bilik air semua cantik. dapur pun cantik macam macam kemudahan ada. washer dryer, dapur untuk memasak. peti sejuk besar. setiap bilik ada ekon kecuali ruang tamu masa cikzira check in belum pasang lagi. tv ada di ruang tamu dengan master bedroom pun ada tv. 

mesti nak tahu harga kan. ni cikzira reveal harga untuk 2024. kalau weekdays RM800, weekend RM900, public holiday RM950. untuk homestay villa secantik Yusra Pool Villa ni cikzira rasa amat berbaloi kalau korang family ramai nak staycation ke family day ke kan. sesuai sangat. berbaloi sebab nak selfie pun banyak port OOTD cecantik. 

untuk pertanyaan lanjut, boleh whatsapp wasap.my/+601155858090

Sunday, July 14, 2024

Homestay Pool Penang : Paddy Villea Cottage

rezeki cikzira dapat check in bawa khalisah dengan abdul khaliq dekat Paddy Villea Cottage ni. homestay ni ialah homestay design cottage yang ada private pool tau. yang bestnya cottage ni baru je siap dan sepatutnya open 20 Julai 2024 ni. tapi rezeki cikzira dapat check in awal. kiranya customer pertama la rasmikan cottage ni. 






cantikkk sangat sangat cottage ni comel tapi terrrlalu cantik, bersih dan sangat kemas. dari luar pun dah nampak english dan lawa. bila masuk dalam lagilah jatuh cinta terus.

masa cikzira jumpa cottage ni dekat fb, terus berkenan sebab pertamanya ada private pool keduanya sebab ada slide. 

dekat depan ada kerusi dan meja dining untuk lepak lepak makan depan cottage. dekat tingkat atas pun ada berandah untuk healing tengok keindahan ciptaan Allah, sawah padi yang terbentang luas. 



























masuk ada ruang tamu yang ada sofa ada tv. ada pantri yang ada semua kelengkapan asas. yang bestnya siap ada mesin basuh tau. peti ais pun ada. bilik air cantik siap ada bath tub tau korang. manalah tak kata best sangat kan. 

bilik ada satu di bawah yang bila buka sliding door terus ke kolam. di loteng atas sesuai untuk anak-anak sebab ada tiga tilam single yang comel. ada tent untuk anak-anak main dan disediakan jugak toys sket untuk hiburan. 

kettle, iron, tuala, sejadah pun ada. tuala disediakan 5 helai. sejadah pun ada 3. kelengkapan asas semua ada. ikutkan cottage ni boleh muat untuk ramai tapi disebabkan kitorang bertiga je tak kisahla janji dapat rasmikan cottage lawa ni😍

untuk harga sekarang sebab ada limited offer kalau weekdays RM360/malam untuk weekend RM400/malam. baik korang booking sekarang sebabnya kalau harga normal RM400/malam untuk weekdays dan RM450/malam untuk weekend dan public. tapi harga ni pun dah berbaloi sangat untuk homestay yang best cantik bersih selesa dan banyak spots OOTD cantik untuk bergambar.

boleh hubungi Amyra wasap.my/+601162804220 untuk buat booking sebab rasanya lepasni mesti ramai yang book sebab memang puas hati. korang tunggu apa lagi?

#homestaypoolpenang #homestayprivatepoolpenang #homestaypenang #homestaycottagepenang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails