a new day has come

semalam status-status kat pesbuk sume citer pasal bola. paling banyak citer pasal SingaberPura-pura la (cilok status sang kunang-kunang). memang, obvious sangat kot dorang maen taktik murahan ni nak lengah-lengahkan game. come on la, kate motto FIFA "my game is fair game". tak professional langsung la. sume la dalam team tu, dari director aka coach, players, medical team, tukang buat air, sume xde semangat kesukanan yang tulen. fair play konon. lepas ni FIFA bole tuka motto lar, jadik fun fair.hahaa asal aku emo neh? walhal off side pon aku ta paham-paham lagik. kihkih

anyway, seperti yang suma sedia maklum gak, lagi dua hari je lagi InsyaAllah anak bulan akan kelihatan, dan penyimpan mohor besar raja-raja (orang yang same dari zaman mak aku stil bebudak, alhamdulillah panjang umoq bliau) akan mengumumkan yang umat Islam akan memulakan ibadah rukun Islam yang ketiga yaitu berpuasa.. jadi..sudahkah puasa anda semua diganti?? bagi yang belum, (eh ko gile?? tinggal due hari je lagi!) tunaikan la ia sebelum puasa start. kalau tak kene bayar fidyah plak kang, huhuhu.

dan dengan bermulanya puasa, maka akan berakhirlah juga karier aku sebagai tukang-pujuk-customer-untuk-beli-banyak-barang alias jurujual separoh masa di tempat aku bekerja sekarang. haha, aku last kerja 1hb ogos nanti. bangge la jugak, selame ni mane penah kerja selama ni, dua bulan tu, walaupon x dapat nak collect duwet banyak mana, tapi at least aku sempat la gak merasa jadik senior bile ade budak baru masok keje  (x ley blah =P) tapi macam sayu la plak nak tinggalkan memembe yang aku kasehi neh, cam imah (da berenti tadi, take care imah! lebiu! err kalau ko bace lagi belog merepek ni lar, hahaa), t-rex  (yang x ganaz langsong x cam name die, hakhak), zai, (yg nampak je macho tapi senanye kecoh!! hahaha!) alia (budak kecik yg kurang zat =P) inah, kak dila, shida (yg walaupon kdg2 annoying tp most of the time oke, mintak2 ang x bace belog ni ea, heehee) and tak lupe....buat si dia yang namanya bermula dengan capital letter Y. (walaupon most of the time anda annoying, tapi.... err xde tapi-tapi!! anda memang annoying! haha!)

dengan ucapan---> anda semua telah menjadikan hidup saya penuh dengan warna dan cerita!!!saya gembira dapat kenal anda semua!! i love you all!! well, errr, MOST  of you.. =P hee


jadi, kepada umat Islam yang membaca coretan ini, selamat menunaikan ibadah puasa. semoga ramadan kita kali ini akan menjadi penuh makna dan barakah di sisi-Nya. InsyaAllah =)
note to myself : perubahan tu seperti ABC. need to take littler steps before aiming for a big one. semoga sentiasa dalam redha Allah.


till then <3

mengidam bukan semata-mata gejala mengandung!! *ini fakta!*

- dipetik dari Bernamahapantah
17 Julai 2011

Orang selalu cakap kalau mengandung mesti mengidam itu ini ; nak buah delima la, udang galah la, dah tu mengidam plak benda2 yang bukan senang nak caghi. contoh nak buah delima yang ade kat tepi rumah mak limah aje, buah dari pokok laen tak nak, tak same katenye. kalau mak limah tu bukan keturunan haji bakhil senang la, tapi buatnye die tak nak kasik betol, or tepi rumah die memang tak penah langsung ade tumbuh pokok buah delima camne? or takpon mak limah tu memang tak wujud langsung dalam dunia ni? sape nak jawab?
tak pon mengidam nak udang galah yang ayer masin punye. laki ko kene cipta spesies udang galah baru la nmpaknye demi nak melunaskan permintaan mengarut ko ni. ni bukan mengidam namenye! ni mengida-ngida! (disebut juga mengada-ngada).

tapi de sebalik suma ni, perlu ditekankan bahawa gejala seperti ni bukan hanya dialami pompuan mengandung je.   (yg dimaksudkan di sini gejala mengidam bukan mengada-ngada yew) manusia normal seperti aku dan kau juga boleh mengalaminya. hatta haiwan dan binatang buas seperti singa, lion, cub, ariel sharon dan benjamin netanyahu pon bole mengidam. mengikut kajian, keadaan ini bole belaku seandainya subjek didedahkan dengan sumber idaman (benda yang dingidamkan) dalam skala waktu yang tertentu menyebabkan hormon2 tertentu dalam badan mula bertindak lantas mencetuskan reaksi yang dipanggil mengidamempelam encephalatus, atau lebih mesra dalam kalangan orang melayu dengan nama panggilan mengidam.

menurut pengkaji, gejala ini tidak mengancam nyawa, akan tetapi sekiranya tidak didapatkan objek ngidaman pesakit dalam jangka masa yang cepat, pesakit akan berisiko tinggi untuk mengalami kesan-kesan sampingan yang menjengkelkan orang sekeliling termasuklah mengalirkan ayer liur tanpa henti ke karpet parsi ibunya yang baru dibeli, atau merengek-rengek seorang diri tanpa sebab.

penulis juga sedang mengalami gejala ini. diharapkan pembaca yang bersimpati dapat membantu dalam menangani penyakit yang serius ini. objek ngidaman saya tak susah untuk didapatkan, jika nak dibandingkan dengan buah delima rumah mak limah dan udang galah air masin.
saya hanya mahu benda ini:




Canon EOS 40D je, bole ea bang? ala...huhuhu.. =(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...