Sejak kegagalan fet bulan lepas, semangat untuk TTC saya jadi up n down...ntahlah kecewa barangkali. Lepas je fail ritu, saya langgar jap sume pantang larang saya sepanjang berTTC. Sume makanan yang saya pantang saya tibai jap. Lepas gian..haha...En. somi pun layankan aje kehendak isterinya ni. Saya ni jarang makan ayam. Kalau makan pun makan ayam kampung atau ayam organik sahaja. Penting untuk elakkan endometriosis saya dari jadi teruk. Tapi aritu lepas gian dengan pegi makan nasi arab order set ayam mandy lagi, pastu makan Kenny Rogers, makan kek, makan abc, makan aiskrim...puas hati dapat lepaskan gian makan mende2 tu semua..haha..ok, sebelum saya start nak pantang makan semula, satu je lagi hajat saya yang belum tercapai iaitu nak makan kfc...haha... Korang yang dalam treatment sila jangan ikut perangaiku ini.. :P
Yes..life goes on.....sekarang tengah sikit2 back on track ..kembali kepada rutin TTC.. Saya akur belum rezki saya untuk dapat zuriat melalui treatment ivf sebelum ni. Saya selalu ingatkan diri ini, walau saya buat rawatan di hospital yang terbaik, doktor terbaik dan embriologist hebat, selagi Allah belum menyatakan kunfayakun maka belum berezkilah saya untuk merasa nikmat preggy. Dan tidak mustahil dengan izin Allah juga, manalah tahu saya boleh preggy secara natural lak ker..Doakan saya.....Aamin...
Selain itu nak share skit, cerita sahabat whatsapp saya jadi motivasi untuk diri saya. Sahabat saya ada endometriosis, telah menjalani laparoscopy, 5x iui, 2x Ivf dan sekali fet dimana kesemua treatmentnya sebelum ini telah gagal. And guess what?? sekarang tanpa disangka dengan izin Allah, dia sekarang alhamdulillah sedang hamil 8 minggu secara natural. bila dikorek apa rahsianya, Jawapannya amalkan hidup sihat, pemakanan sihat. Penting untuk orang endo ikut regimen diet khas untuk endo dimana sentiasa amalkan makanan "gluten free". Orang endo x boleh makan tepung gandum, kena gantikan beras biasa kepada beras perang, kek, aiskrim, roti putih kena jauhkan. ayam makan yang organik, banyakkan makan sayur dan buah-buahan.
Timbul kesedaran dalam diri selepas mendengar ceritanya. Buat masa sekarang, tiada istilah putus asa bagi diri saya untuk dapatkan zuriat kandung sendiri. Walaupun sekarang berehat seketika dari meneruskan rawatan dihospital, Saya masih cuba berikhtiar secara alami, teruskan makan supplement untuk diri, kembali jaga makan, kurangkan stress, petang2 atau hujung minggu cycling dengan En. somi 10-20 km, kembali kepada aktiviti berkebun dan lain2 lagi. Fokus sekarang ialah kurangkan simptom endometriosis saya serta kuruskan badan..yeayyy... selain tu saya nak sihat, nak sihat , nak hidup SIHAT.. jom sama2 kita jadi sihat yea...