Hari ni saya akan update tentang ubat-ubatan yang akan saya guna sepanjang fet serta supplemen yang diambil untuk persediaan fet.
 |
Ubat-ubatan untuk FET |
Penggunaan ubat sewaktu fet adalah tak sebanyak sewaktu melakukan fresh ivf. Untuk fet kali ni doc A mengarahkan saya untuk menggunakan ubat seperti berikut:
1) Orgalutron (7 suntikan = RM 1260) ~ untuk suntikan selama 7 hari bermula pada D1@D2 period
2) Progynova 2mg (2 kotak ) ~ untuk dimakan sebiji 3x sehari bermula dari hari sama penggunaan Orgalutron
3) Femoston (merah sahaja) (4 kotak) ~ sebiji 3x sehari untuk di insert ke dalam vagina apabila period hampir kering.
4) Utrogestan (4 kotak = RM280 dan akan diteruskan penggunaannya sehingga minggu 11@13 sekiranya mengandung) ~ Untuk di insert ke dalam vagina selepas frozen embrio transfer.
5) Proluton (5 suntikan) ~ Suntikan kuatkan rahim selepas frozen embrio transfer
________________________________________________________
Dibawah pula ialah antara supplemen yang saya amalkan 3 bulan sebelum prosedure fet sehingga sekarang.
 |
Supplemen yang dimakan |
1) Jigsaw untuk alkalikan badan
2) Kalsium ~ (jangan lebih 600mg sehari)
3) Multivitamin
4) Vit C 500mg ~ (cari yang jenis ascorbate kerana lebih beralkali dan bukannya jenis ascorbic sebab bila ascorbic akan menjadikan badan lebih berasid nanti penyakit lain pula yang muncul)
5) Vitamin D3,1000iu ~ disyorkan melakukan ujiaan vit D terlebih dahulu sebelum mengambilnya
6) Asid Folik 5 mg
Diharapkan entri ini dapat membantu sahabat-sahabat TTC yang lain dalam membuat persediaan samada untuk iui/ivf @ fet nanti. Apapun ini adalah sebahagian usaha sahaja. Yang menjadikan kita sihat dan menentukan kejayaan atau kegagalan usaha kita semuanya dari Dia. Moga Allah merahmati segala usaha kita. Insyaallah...Jazakallahhukhairan...