29 November 2007

Tarik Balik Pangkat Datuk Adun Paloh.

"Sikap samseng ADUN Paloh yang tidak mampu berhujah dengan mulut tetapi berhujah dengan tangan dan kaki. Insiden ini sangat memalukan parti yang dia wakili iaitu UMNO.Bukan Hanya menghina dewan tapi pada hakikatnya menghina KDYMM Al Sultan yang meresmikan persidangan dewan.

Sebetulnya tahap kesihatan mental beliau adalah diragui dan memerlukan rawatan lebih lanjut. Keadaan ini dilihat dari kelakuan dan sikapnya yang tiba-tiba boleh jadi macam singa lapar hingga sanggup menggunakan kakinya untuk menendang ADUN Kelaboran YB Zaki, saya ada munghubungi kawan-kawan di Kelantan dan bertanya kenakah sepakan beliau itu. Kata kawan saya mana kena sebab kakinya pendek.

Semua melihat rakaman sidang yang ada di mana-mana dalam internet termasuk yang saya sertakan dalam blog CINA ISLAM INI. Tiba-tiba dia bingkas bangun untuk marah kepada YB Pulau Condong, HJ Zulkifli Muhammad, dalam beberapa saat tiba-tiba meluru ke arah YB Zaki. Nasib baik dia tidak belajar Kung Fu , kalau tidak tentu dia akan gunakan kemahiran kungfunya untuk terbang dalam DUN Kelantan. Hebat tu.....

Pada 7 Julai yang lepas Norzula terlibat dalam satu kemalangan dimana dia mengalami cedera parah. Kemalangan berlaku apabila kereta Toyota Harrier yang dipandunya terbabas dan terjunam di dalam cerun se dalam kira-kira 5 meter di KM 6 Jalan Cengal Perah , Kuala Lipis Pahang.

Kecederaan parah di bahagian kepala menyebabkan beliau menerima sebanyak 14 jahitan selepas dimasukkan ke Hospital Gua Musang (HGM). Kecederaan parah dibahagian kepala ini tentunya akibat hentakan yang kuat. Sebab itulah tahap kecergasan mental beliau hendaklah di periksa kembali. Saya sangat meragui tahap kecergasan mentalnya.
Kedegelilan dan sikap keterlaluan Norzula bermula apa bila pada persidangan 20 Nov beliau engan mematuhi arahan Speaker Dewan supaya duduk dan akan diberi laluan lain untuk bercakap. Sehingga Speaker terpaksa menggunakan peraturan 51(3) untuk mengantung keahlian beliau.

Sikap beliau yang enggan memohon maaf kepada Speaker setelah memberi kenyataan akhbar diluar dewan selepas peristiwa tersebut menyebabkan juga dia digantung selapa 6 bulan.
Selain itu sikap keterlaluan ADUN Paloh ini sekaligus mencemarkan dewan yang mulia yang telah diresmikan persidangan oleh KDYMM Sultan Kelantan. Maka saya mencadangkan agar pangkat "Datuk"nya ditarik balik sekiranya ianya dianugerahkan oleh Sultan Kelantan. Sikapnya yang melampau sekaligus menghina KDYMM Sultan Kelantan.

Kesucian dewan hendaklah dijaga oleh semua ahli Yang Berhormat dari semua parti. Buat kecoh berhujah dengan suara yang tinggi dan kata-kata yang keterlaluan adalah sesuatu yang boleh masuk akal dan mungkin suatu perkara yang lazim. Tetapi kalau berhujah dengan kaki dan tangan itu "Jakun" namanya.

27 November 2007

Tu Diaaa......


Ini adalah gambaran sebenar wakil rakyat UMNO, bila tidak mampu berhujah kaki dan tangan yang mereka pakai.

Kayanya Orang Pahang.


Berita dibawah bukan sekadar berita, tetapi bagi saya menunjukan inilah perangai pemimpin yang tidak bertanggung jawab. dari atas sampailah ke bawah semuan tidak bertanggung jawab.


Ramai lagi orang pahang yang memerlukan bantuan, alangkah baiknya semua wang bidaan nombor CCC digunakan oleh mereka untuk rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan.


KUANTAN 26 Nov. – Pejabat Menteri Besar Pahang memenangi tender bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan CCC 9 selepas membida pada harga RM48,000.
Harga tersebut merupakan yang ketiga tertinggi dibida bagi siri nombor CCC selepas Sultan Pahang yang membida pada harga RM76,600 untuk CCC 1 dan dua Exco kerajaan negeri yang membida sebanyak RM62,400 untuk CCC 3 dan CCC 8. Bagaimanapun dua Exco itu dilaporkan telah menarik diri.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga memenangi bidaan untuk nombor CCC 20 dengan nilai bidaan sebanyak RM5,500.
Senarai nama pemohon yang berjaya bagi nombor siri CCC yang ditender, kini dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Alor Akar di sini.
Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dua anggota Exco kerajaan negeri Pahang yang membida nombor pendaftaran tersebut telah menarik diri.
Dua Exco itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.
Adnan berkata, beliau tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan berharga lebih RM10,000 kerana mereka mempunyai sumber pendapatan lain misalnya perniagaan.
‘‘Tetapi bagi mereka yang menjadi Exco, kalau nak beli nombor pendaftaran, saya nasihatkan berhentilah jadi Exco,’’ katanya.
Sementara itu, mengikut laman web JPJ, nombor 1 hingga 10 dikelaskan sebagai nombor utama dan pembida perlu membayar 10 peratus daripada nilai bidaan semasa memohon.
Pembida yang berjaya perlu membayar baki nilai tempahan dalam tempoh dua minggu dan mendaftarkan nombor tersebut dalam masa satu bulan.

Siapa Yang Dipinggirkan ?


Utusan Malaysia 27 Nov 2007 melaporkan ,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak gentar menghadapi cabaran Hindu Rights Action Force (Hindraf), penganjur perhimpunan haram di ibu negara semalam yang jelas bermotifkan politik.


Tegas Timbalan Perdana Menteri, perhimpunan yang bertukar ganas itu tidak ada kena-mengenai dengan dakwaan kononnya masyarakat India di negara ini dipinggirkan.


Sebetulnya siapakah yang telah dipinggirkan oleh kerajaan sekarang. Pada hemat saya bukan sahaja masyarakat India yang hanya dipinggirkan, orang melayu juga telah dipinggirkan oleh pemimpin mereka pada hari ini.


Memang ada segelintir melayu yang dapat kesenangan dari limpahan projek, tetapi siapa kah mereka ? Mereka adalah Khairi Jamaluddin Beruk, mereka adalah Kamaluddin Abdullah, mereka adalah kroni kroni kerajaaan tiga beranak yang ada sekarang.


Bayangkan ada maklumat yang mengatakan berniaga dengan Petronas sekarang kena melalui syarikat Scomi. Pemiliknya tentu Khairi Beruk. Susahnya berniaga di Malaysia sehingga saya andaikan kalau perniagaan tahi beruk keringpun kalau dapat permintaan dan keuntungan mesti melalui syarikat Scomi.


Tidak hairan orang India rasa dia dipinggirkan, kerana realiti sama berlaku kepada mereka. Yang kaya dan dapat projek adalah India MIC dan kroni kepada Abang Mie kata orang sg. Siput, sesudah itu dikalangan pembesar-pembesar orang India yang duduk dikerusi empuk di DUN atau Parlimen. Sesudah ini mereka adalah golongan yang susah sebagai susahnya orang Melayu di kampung.


Susahnya orang India agak logik dan masuk akal, tetapi susahnya orang melayu sampai sekarang tidak masuk akal. Inikan tempat tumpah darah orang Melayu, mereka berasal dari sini, dibesarkan disini. Tiada negara lain mereka nak pergi melainkan ini tempat mati nya.


Bayangkan dalam tulisan yang lepas, saya dah dedahkan betapa susahnya orang melayu kena berniaga tenggiling, katak , labi-labi dan kura-kura. Hatta dalam kawasan parlimen Mashitah di Baling ada yang kena tanggap tenggiling dan kura-kura untuk menyara keluarga beranak lapan sebagaimana yang disiarkan oleh Harian Metro pada September lepas.


Orang melayu menjadi alat dan kuda tungganan pemimpim UMNO untuk mendapatkan kuasa dan mengaut segala hasil mahsul negara. Bayangkan macammana bekas menteri besar selangor yang menjadi ketua penerangan umno sekarang. Mampu memberikan pampasan RM 12 Juta kepada bekas isterinya. Dari mana diambil duit sebanyak itu kalau bukan dari pintu belakang. Meletup juga dengan cerita beliau bawa lari duit rakyat dan tertangkap di Australia.


Jelasnya Pemimpin UMNO lah yang berjalan di atas duit, orang melayu berjalan di atas daun kayu dan sampah sarap. Rakyat Melayu bawahan walaupun ahli UMNO sekalipun, dia masih terpinggir dan merempat dinegara sendiri.


Memang gendang dipalu, serunai ditiup kononnya nak tolong orang melayu, yang ditolong tidak lain dan tidak bukan KRONI nya sahaja.




24 November 2007

Angkuhnya Menteri Besar Pahang

Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang yakin akan menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.Beliau berkata, pada pilihan raya umum 2004, Pahang hanya terlepas satu kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang yang dimenangi oleh parti pembangkang, DAP daripada 42 kerusi yang dipertandingkan.‘Kita yakin boleh mengulangi pencapaian cemerlang pilihan raya 2004 dan kita juga yakin BN Pahang akan dapat merampas kerusi di Triang,” katanya.

Demikianlah angkuhnya kenyataan Menteri Besar Pahang seperti yang dilaporkan dan akhbar Utusan Malaysia hari ini.


Kita tidak hairan dengan ucapan beliau yang terkenal dengan isyarat lucah suatu masa dulu. Orang bawahan yang tidak berpangkat dan terhormat macam dia saya rasa payah hendak percaya dengan aksi beliau yang melampau begitu.


Sebagai suatu peringatan bahawa negeri yang kamu perintah masih tidak bersih dengan skandal balak bekas menteri besar yang sudah 'raja' Melaka. Hebatnya sampai mencapai angka billion.


Banyak Rakyat Gila Sesudah 50 Tahun BN Memerintah

"Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas."

Demikianlah petikan berita dari Utusan Malaysia 23 Nov 2007. Fakta ini sangat mendukacitakan kan memandangkan ianya boleh dianggap sebagai suatu malapetaka kepada negara kita. Bayangkan 16 pratus atau 3 juta dari 26 juta rakyat yang berpenyakit gila. Apa sudah jadi?

Inilah kesan yang sangat nyata dari kedegelilan BN dan UMNO untuk menggunakan Islam sebagai dasar dan panduan dalam pemerintahan yang dijalankan sejak 50 tahun yang lepas. Mereka lebih mementingkan dunia semata-mata berbanding akhirat yang akan pasti kita tempuh.

Sebagai seorang yang beriman kita hendaklah yakin bahawa dengan acuan agama Islam tentu akan melahirkan rakyat yang bersih jiwa dan mentalnya. Mustahil melahirkan rakyat yang gila.Islam cuma menjadi momokan dan tempelan sahaja, apa lagi Islam hadhari yang ada had dan hari nya sahaja. Suatu masa mereka boleh melakukan masiat, satu masa boleh jadi imam sembahyang. Gelagat ini memualkan kita. Sesudah itu segalanya seolah nampak halal dalam negara kita, judi, arak, zina, skandal, rasuah dan macam-macam lagi. Membenarkan slogan MALAYSIA BOLEH.

Laporan tersebut menyebut sebanyak 20.3 pratus adalah remaja di bawah umur 16 tahun. Keadaan ini pada hemat saya disebabkan oleh tekanan kepada remaja dalam beberapa hal termasuk dalam mengejar kejayaan sijil semata-mata. Dalam banyak hal kesan dari pendidikan Islam yang diterapkan seolah syarat dibibir mulut sahaja.

Ditambah pula dalam 5 tahun terakhir, hampir semua yang terlibat dengan institusi pendidikan di buat "gila" dengan satu program "gila" iaitu mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Semuanya nya dikursuskan terutamanya guru yang nak mengajar, sampai ada yang tak tidur malam.Yang gila jadi tak gila lagi, siapakah mereka? mereka tidak lain adalah kroni-kroni yang dapat limpahan banjir projek untuk melaksana program ini, berbilion ringgit dibelanjakan wang rakyat. Dari LCD, skrin, Lektop dan lainnya semua kena beli baru.

Tiba-tiba seolah-olah ikan keli telah bersisik, mereka juga yang telah mencadangkan Bahasa Melayu digunakan kembali untuk mengajar dua matapelajaran tersebut dengan berbagai alasan. Demikianlah perangai pemimpin BN yang "bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut"

Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Sudah tiba masanya rakyat menghukum mereka secara total. Kelemahan mereka tidak boleh diperbaiki dengan mengubah pemimpim tetapi menolak semuanya. Seperti perbandingan sebuah kenderaan yang tidak berjalan betul tidak selesai dengan menukar pemandunya tetapi dengan menukar dengan kereta baru.

Selamatnya Berniaga Di China

Dasar buka pintu China mendatangkan hasil yang jelas kelihatan dengan kehadiran ramai pedagang dari segala pelusuk negara membanjiri pasaran perniagaan di negara China.Banyak bandar-bandar yang dahulunya dianggap kecil dan kurang maju sekelip mata dalam masa tidak sampai 10 tahun menjadi bandar elit,antaranya bandar Guangzhou dan Shenzhen.







Kehadiran pedagang dari negara asing lebih kepada jaminan keselamatan oleh kerajaan China kepada mereka. Tidak ada siapapun yang akan berminat untuk datang ke china kalau keadaan
keselamatannya tidak baik.



Sebab itulah pada masa sekarang kehadiran warga asing di negara China bukan tertumpu kepada bandar-bandar besar seperti Hong Kong, Beijing, Shanghai, Guangzhou dan banyak lagi bandar besar. Tetapi mereka sanggup berada di kawasan pendalaman yang jauh dari pusat bandar untuk mencari produck yang di perlukan.




Satu kalimat yang biasanya di sebut oleh warga asing , yang tak dapat mereka cari di china ialah tambah nyawa,emak dan bapa, apa saja barang lain yang kita kehendaki dapat dibeli dengan harga yang murah.

Sehingga ini saya telah sempat berada di banyak tempat di negara China, perjalanan beribu-ribu kilometer, ada yang naik kapalterbang sampai 4 jam setengah, naik keretapi 26 jam, 8 jam, 12 jam dan macam-macam lagi. Semua tempat yang penulis sampai pasti akan bertemu dengan warga asing.

Baru-baru ini penulis sempat berada di bandar Xi Ning,Qing Hai Province ke arah Monggolia di utara China, kebetulan sempat berada di Mesjid pada hari Jumaat. Terkejut penulis dengan jumlah jemaah Jumaat seramai Sekitar 20,000 orang. Penterjemah Mesjid yang Fasih berbahasa Arab menjelaskan jumlah tersebut adalah kebiasaan pada hari Jumaat. Jumlah meningkat hampir sekali ganda pada dua hari raya sehinggakan jemaah melimpah ke atas jalanraya.

Tidak kurang dari 20 orang asing yang bukan beragama Islam sibuk mengambil gambar pada hari tersebut. Xi Ning satu bandar yang dikelilingi bukit tanah dan angin yang bertiup membawa debu-debu tanah sehingga mengotorkan bandar, itupun ada orang asing yang sampai.

Apa lagi bandar besar seperti GuangZhou yang jelas kelihatan kehadiran peniaga-peniaga dari berbagai warna kulit, bangsa, dan agama. Contohnya dari negara Mali yang kalau pembaca masih ingat bila belajar Ilmu Alam masa kecil-kecil dulu, orang mali ini membina rumah dengan tahi lembu. Tetapi sekarang ini mereka telah berkampung dengan membuka pejabat di Guangzhou.

Tumpuan utama kehadiran warga asing ialah pada pameran yang dikenali sebagai Canton Fair yang diadakan sejak 50 tahun lepas, diadakan dua kali setahun pada bulan April dan oktober iaitu dari 15 hingga 30 haribulan. Untuk Canton Fair bulan April yang lepas ialah untuk kali ke 101. Ruangan pameran cuma dibenarkan orang asing yang masuk dengan kad khusus, warga china yang ada cuma dikalangan petugas yang terlibat dengan pameran dan penterjemah . Ruang legar pameran yang terletak dua tempat yang bebeza cukup besar dengan ribuan bilik pameran penuh sesak dengan warga asing.

Rata-rata mereka yang ditemui adakah dari Malaysia dan negara manapun menyatakan China sangat selamat untuk berniaga, mereka juga mengaku telah pergi ke berbagai tempat di China dan semuanya mereka sangat selesa dan selamat tanpa gangguan.

Suatu keadaan yang belaku ialah sikap tidak pilih kasih dikalangan penjual. walaupun mereka tahu benar pelanggannya dari negara luar, apa lagi tidak boleh berbahasa cina. harga tetap sama sahaja khususnya di pasar borong. Keadaan ini menggalakkan mereka datang lagi.

Pemadu teksi sangat profesional dengan kerjayanya, pratusan yang menipu pelanggan sangatlah sedikit. Siang atau malam pergerakan kita sangat selesa dan selamat.

Teringat negara sendiri, jauh tidak selamat berbanding dengan China. Kalau teksi kerjanya rata-rata hendak sembelih penumpang sahaja. Tanpa kita menafikan masih ada yang profesional. Kepada siapa kita hendak salahkan pemandu teksi atau yang jaga teksi?

emimpin politik yang memerintah asyik hendak "sembelih" rakyat...mereka pujuk rakyat dan bagi makan kenyang-kenyang masa dekat dan pilihanraya. sesudah itu rakyat dibebankan dengan berbagai masalah untuk 5 tahun akan datang.50 tahun kemerdekaan dan PR ke 12 semuga membawa sinar baru kepada rakyat Malaysia.

20 November 2007

Gambar aktiviti Bulan Ramadhan

GAMBAR 1



Menyampaikan sumbangan Bulan Ramadhan 1428 di DUN Kuala Kurau.





GAMBAR 2

Mengedarkan risalah di Pasar Ramadhan Taman Wawasan Parit Buntar.

FAM Seteruk Presidennya

Pasukan bolasepak negara kalah lagi. Kali ini kalah dengan pasukan Maldives yang menduduki tangga ke 174 senarai FIFA (http://www.fifa.com/), sedangkan Malaysia kedudukannya lebih baik iaitu 166. Teruknya Pasukan bosepak negara, apakan tidak Presiden FAM masih orang yang sama dan menyibuk hal yang tidak sepatutnya.Jagalah amanah yang dipegang dah lebih sepuluh tahun dari menyibuk buat komen tentang himpunan BERSIH baru-baru ini. Kalau rasa tidak mampu lagi bagilah peluang kepada orang lain memimpin.

Itulah realiti yang kita lihat kepada pasukan bolasepak negara yang sedang membuat persiapan terakhir untuk ke Sukan SEA Korat. Saya pun tidak perasan sangat mengenai kekuatan pasukan maldives. Yang kita tahu negaranya hanya ada sejuta lebih penduduk dan tidak semaju dan sekaya kita. Negara yang bila-bila masa boleh tenggelam oleh kenaikan paras air laut. Apalagi terbukti dengan ranking FIFA Maldives jauh ke belakang dari pasukan Malaysia.

Namun sial datang lagi kepada pasukan Malaysia. Skuad bawah 23 tahun negara dalam perlawanan pada sabtu lepas kalah 0 - 1. Pemain yang menyumbat gol ke gawang Malaysia bernama Assad Abdul Ghansi dengan melakukan tandukan hasil dari satu tendangan sudut pada minit ke 47.

Ada beberapa hal yang saya lihat kepada lemahnya pasukan bosepak negara. Pertama nya kepimpinan yang tersangat elit yang tiada siapa sanggup menegur. Sepatutunya Pak Lah pun komen tentang perkara ini, sebab katanya kita kena bercakap benar walaupun ianya pahit didengar...Kalau dinegara lain teraju tertinggi persatuan bolsepak sering berubah dan sering di kritik tetapi tidak nampak berlaku di Malaysia. Yang dikritik mungkin pemimpin no 2 dan kebawah, yang no 1 tidak siapa yang sanggup buka mulut.

Pada tulisan yang lepas dengan tajuk : ANGKA SIAL BOLASEPAK NEGARA. saya telah cadangkan struktur kepimpinan FAM mesti berubah kalau kita mahu melihat kemajuan pemainan kegemaran utama ini.

Paling menyedihkan utusan Malaysia 18 November 2007 melapurkan pada hari yang sama Presiden FAM memberi komen tentang himpunan bersih yang kononnya dikaitan dengan DYMM Yang di Petuan Agong dan fitnah.

Sebetulnya masalah sekarang kita tidak pernah menyatakan Yang di Pertuan Agong merestui himpunan BERSIH tetapi kita dan berulangkali menyatakan pihak istama merestui menerima Memorendum BERSIH.

Jadi dari memberi komen dalam masalah sekarang, saya kira lebih wajar beri komen kepada kekalahan Malaysia kepada Maldives.Keduanya, gaya persembahan dan berita mengenai sukan dinegara kita dalam semua saluran apa lagi RTM Zam, sangat terkebelakang dengan gaya persembahan berita sukan negara lain. Contohnya Thailand, apalagi China yang akan mengendalikan sukan olimpik Beijing 2008.

Apa yang saya lihat sangat sedikit waktu untuk memberi ulasan sukan yang berlaku diseluruh negara. Sedikit dalam berita utama dan berita lain, dan sangat sedikit rancangan yang boleh menaikkan semangat rakyat untuk bersukan.Sepatutnya bukan sekadar itu , negara kita sudah sepatutnya memeliki satu saluran sukan dan media atau akhbar khusus yang melaporkan perkembangan sukan negara.Balik-balik media hanya menyiarkan perebutan kerusi empuk dan jawatan tertentu sukan seperti FAM. itu-itu saja nak termuntah rasanya.Ketiganya, jelas Sukan dinegara kita di politikkan. Inilah salah satu penghalang kepada kemajuan sukan yang kita harapkan.

Sialnya sukan dinegara kita akan hilang sekiranya kepimpinan negara berubah kepada pemimpin yang amanah dan bertanggung jawab.

14 November 2007

ULASAN BERITA :Pak Lah Kata Tidak Sembunyi Tarikh Pilihanraya

Berita hari ini dalam ruangan dalam negeri memaparkan kenyataan PM yang menyatakan beliau bukan seorang yang suka menyembunyikan tarikh pihanraya. Kenyataan tersebut di keluarkan selepas pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sarawak di Miri malam tadi.

Mungkin Pak Lah baru terjaga dari tidur jika benar dia telah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sedangkan sampai sekarang tidak adapun pengumuman resmi tarikh sebenar pilihanraya ke 12 yang dinantikan.

Rakyat Pakistan lebih bertuah kerana telah mengetahui tarikh pilihanraya lebih awal iaitu sebelum 9 Januari 2008. Begitu juga kebanyakan negara lain tarikh pilihanraya tidak mejadi teka teki dan diumumkan lebih awal oleh pemimpin negara tersebut.

Demikianlah pelik bin ajaib berita pada hari ini, kata tidak sembunyi tapi tiada pengumuman pun. Malah kenyataan ini jauh lebih bercanggah dengan ucapan beliau di perhimpunan agong UMNO baru-baru ini, sebagai berkata dia masih tidak punya ilham.

Inilah lakonan pemimpim UMNO dari atas, sampai ke bawah.

11 November 2007

Tahniah Kepada Polis !

Himpunan 100,000 rakyat yang berlangsung kelmarin mengambarkan satu gerak massa yang akan melonjakkan kembali sokongan rakyat kepada BA. Saranan Penasihat PKR supaya tiga minggu dari sekarang diadakan himpunan lebih besar hingga 200,000 orang adalah sesuatu yang masuk akal. Walaupun tekanan yang kuat dari pihak keselamatan dan semua pihak yang berkaitan dengannya, namun lebih seratus ribu yang berhimpun. Pihai RELA pun kena terlibat sama.

Kalaupun sesuatu yang agak ajaib, saya hendak mengucapkan tahniah kepada polis yang cuba menyekat himpunan BERSIH atas arahan resmi pimpinan UMNO dalam persidangan nya pada 5 hingga 9 Nov yang lepas. Pihak Polis telah menjalankan tugas dengan baik untuk memastikan segala sudut bandar KL adalah tempat yang tidak dapat berhimpun dan diulang berkali-kali di media massa itu adalah himpunan haram.

Paling menyedihkan gas pemedih mata dan water canon di lepaskan tanpa belas kasihan, itulah suatu kecekapan polis dalam menjalankan tugas kelmarin.

Namun kita berharap kerja yang secekap ini di teruskan untuk membenteras banyak lagi masaalah yang mungkin tidak dianggap masaalah oleh UMNO, sesekali adalah berkokok namun senyap bila senja menjelang, macam ayam...

manakah pembunuh adik Nurin Jazlin, cerita-cerita "hindustan" polis seolah pembunuhnya sudah di tangkap, sudah berbulan lebih bayang pun tak nampak. Mana dia adik adik kita yang hilang seluruh negara yang berjumlah puluhan orang. Hilang tampak jejak.

Orang asing yang datang ke Malaysia seperti yang dikatakan oleh SU agong UMNO yang juga menteri yang jaga pasport, tak salah ada 54,000 orang asing yang dtg sudah habis visa merlawat pada tahun ini tidak keluar dari Malaysia seperti yang sepatutnya.

Tidak terkiralah yang masuk Malaysia tanpa pasport, dan yang habis visa dah bertahun-tahun yang lepas. Yang lolos di sempadan dan dilautan yang seolah tidak ada kawalan. Alang kepalang banyak orang asing yang tidur nyenyak tanpa ada tindakan yang sepatutnya dari pihak berwajib termasuk polis.

lagi-lagi kami yang pergi dan balik dari himpunan di periksa IC dan di ambil catatan. Seolah kami yang menyokong pembangkang ini lebih teruk dari mat bangla dan Indo.

Sudah banyak kali saya tegaskan kepada teman-teman, dengan penuh keyakinan.....duduk di Malaysia lebih tidak selamat berbanding dengan duduk di negeri orang.

Ayuh pihak polis, lakukan kerja sepeti kelmarin untuk membenteras segala masalah yahng berlaku berkaitan dengan jenayah. Teruknya Malaysia pencurian berlaku di mana-mana dan tidak kira masa sehinggakan mesin ATM pun hendak di angkat dengan jentolak....aneh tapi benar. Pagar Istana Tuanku di Kuala Kangsar pun kena curi, dan banyak lagi yang tak perlu ditulis dalam ruangan singkat ini.

Kabel TNB dan TM dimana-mana di curi, penduduk kampung terpaksa pakai handphone sekarang seperti yang berlaku di sekitar Parit Buntar.

Negara akan aman sejantera dengan kerja keras untuk membenteras masalah di atas seperti yang dilakukan pihak keselamatan seperti kemarin, Kepunglah mat rempit macam kamu kepong kami kelmarin.Jangan hanya kami yang cinta kan keamanan dan kesejahteraan ini di tempur macam komunis dinegara sendiri.

09 November 2007

Minda Sukan: Cara Majukan Sukan Negara.

Pagi ini berada di Hotel Regent Ramkanheng Soi 22 di Bangkok tersentuh minda bila menonton siaran TV Thailand yang melaporkan mengenai sukan yang lebih kedepan dari negara sendiri.

Selama berada di China saya melihat suatu kelainaan di TV negara yang akan mengendalikan Sukan Olyempik Beijing 2008, ialah penampilan rancangan sukan nya yang dirancang sehingga menaikkan semangat dan mutu sukan negara tersebut. Pagi ini saya melihat TV Thailand menyiarkan rancangan paginya dalam bentuk yang hampir sama dengan TV China. Tidak timbul siap tiri siapa kerana terbukti siaran begitu mampu melonjakkan penduduk negaranya dalam bidang sukan ke taraf dunia.Malaysia kalau hendak dibandingkan dengan China jauh panggang dari api, dan setahu saya Thailand pun lebih hebat dari Malaysia.

TV Malaysia lain pula jadinya, yang Zam sibukkan dan fikir sampai pecah kepala macam mana buat berita dan rancangan supaya rakyat benci pembangkang, macam mana rakyat tolak pebangkang. Sesudah itu supaya rakyat peluk cium dan sayang sangat kepada pemimpin UMNO sehingga menjilat.... pun sanggup.

Sedangkan di China atau Thailand mereka mempunyai siaran-siaran yang di peruntukan waktu setengah hingga satu jam dengan menampilan serentak dua atau lebih pengacara (TV Thai tadi menampiulan 4 pengacara sekaligus), Ulasan berita selama sejam tersebut sangat menarik, meliputi pelbagai jenis permainan sukan sedunia dan tempatan.

Menonton rancangan sedemikian menaikkan semangat untuk memperbaiki mutu sukan negara. Lain pula di Malaysia lagi, setahu saya tidak ada rancangan sebegitu, ditambah pula dengan kemelut hampir semua dalam badan sukan negara dari induk sehingga lah ke cabang. Walaupun ada arahan dari PM supaya pemimpin politik tidak memegang jawatan dalam badan sukan. Tetapi hakikatnya nya mereka yang tinggal adalah bekas-bekas pemimpin politik yang mempolitikan jawatanya.

ULASAN BERITA; Perhilitan Tangkap Lagi.

Memang susah betul rakyat Malaysia, hari ini Utusan Malaysia 9 Nov melaporkan Perhilitan menangkap lagi 3 orang individu di Jerantut, Pahang, dengan barang bukti berupa 351 kulit ular sawa batik dan 821 kilogram daging babi hutan.

Dilaporkan kulit ular dan daging babi tersebut di beli dari penangkap tidak berlesen dari seluruh negara.

Memanglah kedua binatang tersebut adalah dilarang untuk di tangkap, tetapi sebagai warga Malaysia yang waras kita hendaklah berfikir dengan matang kenapakah rakyat Malaysia sanggup melakukan kerja yang menyusahkan. Dengan melanggar undang-unndang tentunya mereka berdepan dengan tindakan yang menyusahkan kan diri sendiri.

Saya melihat inilah bukti susahnya rakyat Malaysia, terpaksa merempat di negara sendiri dengan merendah hutan belantara untuk mencari sesuap nasi dan berdepan dengan tindakan undang-undang. Sedangkan setengah golongan tertentu terutama pemimpim UMNO dan BN dengan memegang jawatan walaupun cuma JKKK mudah saya mendapatkan wang dengan sengaja "meniriskan" wang rakyat kesaku masing-masing. Apakan lagi yang lebih tinggi seperti menteri-menteri anta berantah, duit penuh poket dan pejabat pun tak payah pakai air wangi sebab bila buka laci bau duit nya semerbak memenuhi ruang pejabat.

Inilah lakonan politik pemimpin negara sekarang, yang perlu di hebahkan seluas-luasnya kepada rakyat. Demi memastikan semuanya jatuh tersungkur seperti tersungkurnya Abrahah semasa menyerang Kaabah, sebagaimana tersungkurnya beberapa pemimpin besar dunia dek amukan massa rakyatnya yang sedar akan kepincangan pemerintahan yang ada.

mungkin 10 Okt , besok adalah hari penentuannya,,,,bangkitlah saudaraku.

08 November 2007

Kembali Ke Tempat Asal Nenek Moyang

Perjalanan mengasyikkan dan mendebarkan selama sejam tidak lain untuk ke bandar Xiamen yang terletak di Wilayah Fujian sekitar 650 km dari bandar Yiwu tempat operasi perniagaan baru saya. Menaiki kapal terbang Boeing 737-800 dengan cuaca yang agak baik mempercepatkan perjalanan.



Terbayang sejak 1999 pernah saya singgah selama sejam, transit kapal terbang dari Guangzhou ke Pulau Pinang semasa belajar dulu. Masa itu tidaklah berselera sangat kepada Xiamen . Tetapi sejak akhir-akhir ini perasaan nak berkunjung ke sini rasanya sangat besar ertinya dalam lipatan sejarah kehidupan.



Walaupun urusan resmi atas urusan perniagaan tetapi sekali gus pulang ke kawasan kelahiran nenek moyang.



Nama keluarga kami adalak " LIM". Menurut orang Cina yang berketurunan Lim di Yiwu, beliau mengatakan Lim pada asalnya nama sebuah mukim di Xiamen. Setelah berlaku pembunuhan beramai-ramai penduduk kawasan itu pada suatu masa dulu, dan telah berlaku perubahan nama kepada mukim itu kepada nama Xiamen . Sempena memperingati nama itu ramai dikalangan yang masih hidup rata-rata menggunakan "LIM" sebagai awalan nama atau dalam kalimat cina di sebut "xing".



Setelah mendengar cerita tersebut saya rasa makin dekat dengan sanak saudara di china, walaupun secara logiknya amat susah dan mungkin mustahil hendak mencari saudara. Tidak lain kalau berjumpa orang cina yang xing dia LIM saya anggap dia saudara dan berasal pada satu tempat iaitu Xiamen.Layanan mereka pun baik sebab mereka juga menganggap saudara.



Xiamen adalah satu bandar yang terletak di pinggir pantai. Disamping daratan terdapat beberapa pulau yang menarik untuk dikunjungi, khususnya pulau Puau Gu Lan Yu. Kita perlu menaiki teksi 15 minit dari pusat bandar, dan seterunya menaiki feri selama tak sampai setengah jam.

Di bandar ini terdapat sebuah mesjid yang terletak dekat dan Zhong Shan Gong Yuan. Menaiki teksi sekitar RMB 15 dari pusat bandar. Saya telah cuba untuk sembahyang subuh pada pagi tadi tetapi tidak dibuka. Mesjid yang nampaknya masih baru terletak di atas sebuah bangunan dengan kubah yang kelihatan dari jauh. Kalau berkesempatan saya akan kesana sekali lagi untuk sembahyang berjemaah dan berkenalan dengan Imam mesjid.

Menurut cerita Imam Idris , Imam di mesjid Hangzhou yang terletak di jalan Zhong Shan Lu, beliau mengatakan di Fujian terdapat sebuah mesjid yang usianya no 2 tertua di China, yang pertama ialah mesjid Hui Sheng GuangZhou. Katanya dia terletak agak keluar bandar Xiamen.Mesjid yang ke 3 tertua ialah di Hangzhou.

bersambung.....

07 November 2007

Susahnya Rakyat Malaysia

Pagi ini saya terbaca berita yang mungkin di baca sebagai berita biasa oleh pembaca utusan malaysia pada hari ini.

Utusan Malaysia 7 November 2007,melaporkan mengenai penangkapan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan) di Simpang Empat Perlis, yang ditangkap ialah dua lelaki rakyat tempatan berumur 30 dan 55 tahun bersama 117 ekor ular senduk bernilai lebih RM 50,000.

Malang sungguh rakyat Malaysia, yang sebelum ini rata-rata adalah orang Melayu dan beragama Islam terpaksa merendah hutan belantara, parit, becah dan sebagainya mencari sesuap nasi untuk keluarga. Mereka tersepit sungguh setelah UMNO dan BN memerintah negara sudah 50 tahun.

Apa sudah jadi kalau rakyat sudah kena tangkap katak, tenggiling, dan macam-macam lagi seperti yang pernah dilaporkan dalam media arus perdana. Pastinya saya melihat kesusahan yang amat sangat dikalangan rakyat bawahan.

Yang menyedihkan berlaku di kawasan parlimen ummu hadhari di Baling seperti yang dilaporkan dalam akbar Harian Metro. Dia lena dengan pangkat dan jawatan di Kuala Lumpur, tetapi rakyatnya tersepit dengan masaalah sara hidup dan terpaksa melakukan kerja yang tak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam iaitu menangkap kura-kura untuk dijual .

Ceritanya dia telah mengadu nasib kepada ahli parlimennya tetapi sedikitpun tidak di bantu, jengukpun tidak,walaupun dia ahli UMNO. Begitulah nasib badan rakyat yang bertungkus lumus memenagkan calon UMNO semasa pilihanraya, mungkin yang seronok masa itu saja, dapat sehelai dua helai pelikat, duit kelabu beberapa keping, sesudah itu apa nak jadi lah...

Sesudah UMNO dan BN memerintah Malaysia selama 50 tahu inilah wajah-wajah sebenar rakyat Malaysia. Namun pandai mereka asyikkan rakyat dengan gula-gula dan cerita-cerita baik-baik dan menyeronokkan. Kerana demikianlah perangai rakyat Malaysia yang sudah terikut dengan semangat cerita Hindustan, mengkhayal dan ala mat jenin. Yang dipaparkan memang bagus-bagus belaka, angkasawanlah, itu dan ini. Hakikatnya rakyat masih bergelombang dengan kerja-kerja yang tidak sepatutnya.

Catatan Perjalanan :Mesjid di Shanghai , China

Alhamdulillah pada hari ini saya sempat berada di Shanghai, bandar yang dikatakan dalam kategori elit di China pada masa ini. Kepesatannya membangun memunculkan Shanghai sebagai sebuah bandar metropolitan yang terkenal di dunia pada masa kini.

sekitar jam 7.40 pagi saya berangkat dari bandari Yiwu dengan menaiki bas, perjalanan melalui lebuh raya selama 4 jam sangan mengasyikkan. Melalui kawasan industri dan kawasan penanaman padi serta penempatan terancang, yang menggambarkan China jauh terkedepan berbanding tanan air sendiri.

Sesampai di stesyen bas Shanghai saya disapa pemandu oleh motosikal tambang. kebetulan orang nya sekitar 60 han dan dia mengaku dia dah tua dan bantulah dia untuk membawa saya kemana-mana distinasi pilihan. Orangnya cacat, sebelah kakinya di atas paras lutut.Kebetulan pihak yang akan ditemui untuk mengurus pembelian barang akan berada di pejabatnya sekitar jam 2 petang. Saya mengambil keputusan untuk menziarahi mana-mana mesjid yang terdekat Kerana sebelum ini saya dapat maklumat di Shanghai terdapat beberapa buah mesjid. Sunnah nabi pun begitu sesudah sampai di Madinah baginda membuka Mesjid, hikmat dari itu sesampai dimana pun carilah dulu mesjid baru melakukan urusan yang lain.

Pemandu motosikal tersebut tahu mengenai mesjid yang berdekatan dan dia meminta tambang RMB 15 sekitar RM 7. Perjalanan mengasyikkan tanpa perlu memakai topi keledar di kawasan bandar yang tak mugkin berlaku di Malaysia. Mungkin tak makan saman sebab dia adalah pemandu cacat.

Sekitar sepuluh minit sampailah ke Mesjid Hu Xi yang terletak di jalan Chang De mungkin agak ke pinggir bandar sedikit. Saya di sapa oleh pegawai mesjid dengan ucapan salam dan selamat datang , manjawab soalannya dari negara mana ringkas saya menyebut,'malaysia". Dipelawanya saya makan tengah hari , dengan ucapan terima kasih saya menolaknya disebabkan puasa enam Syawal belum habis.

Berada sekitar 2 jam di mesjid Hu Xi saya dapat mengumpulkan beberapoa maklumat untuk dikongsi bersama.

Sekarang di Shanghai terdapat 7 mesjid yang sedang digunakan oleh orang Islam yang terdiri dari orang Islam Hui kebanyakan dari wilayah utara china yang berhijrah seperti dari LangZhou, Xian, NingXia. Juga dari etnik Ughur dari wilayah Xinjiang. Selain itu orang asing yang menetap di sekitar shanghai sering mengunjungi mesjid-mesjid tersebut.

Mesjid Hu Xi di bina asasnya sejak tahun 1921 . Pada tahun 1990 pembinaan bentuk baharu dengan keluasan keseluruhan mesjid seluas 1600 meter persegi, menampilkan binaan ala turki dengan kubahnya yang nampak dari jauh.

Sebelum ini Shanghai terdapat sekitar 20 mesjid tetapi telah berkurang disebabkan banyak di ambil untuk pembangunan.

Tanda kenangan saya membeli beberapa buah tangan di kedai semacam koperasi yang ada di dalam kawsan mesjid. Layanan dari petugas muslimatnya yang usia menjangkau 50 tahun lebih amat baik sekali.

Jam 1.30 azan di kumandangkan tanpa menggunakan pembesar suara, munkgin itulah peraturanya kerana disekelilingnya penuh dengan penempatan berupa bangunan yang mencakar langit. Satu kelaziman yang boleh di terima, almaklum negara komunis.

Jemaah sewalnya setengah jam ada yang menghadirkan diri, usianya kebanyakan melewati 40 tahun. Selesai berdoa bersama-sama dengan imam saya meninggalkan mesjis Hu Xi untuk meneruskan urusan perniagaan di Shanghai.