Pages

Sultan Johor mangkat





Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam tadi selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othma di sini malam tadi. Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.