Salam semua...dah banyak hari tak bersiaran, rindu sentiasa menggebu nak ziarah teman2 tapi banyak sgt komitment..keja dan anak2 dan satu lagi aktiviti untuk menyihatkan badan..jogging........kata Abdullah Zaki.."Ibu kan dah kurus nape nak jogging" kataku: " Org jogging bukan sebab nak kurus..kalau jadi kurus tu bonus..tapi sbb nak sihat..nak buang kolestrol dan segala macam sampah dalam tubuh badan"..dan itulah aktivitiku bersama 2 org rakan ofis tiap petang.
Sudah hampir sebulan rasanya aku tidak membeli makanan untuk minum pagi dan juga lauk untuk tengahari..bukan azam tahun baru untuk tidak membeli..tapi rasa nak memasak itu ujud bila rasa terlalu hampa dengan rasa masakan yg ala2 kadar tetapi harganya membuatku tercekik...sejak itu aku bertekad untuk memasak..kdg2 bila rasa terlalu letih mahu saja aku membeli semula namun hatiku seperti tidak mengizinkan..akhirnya kakiku melangkah ke dapur dan memasak..aku kerap sematkan dalam hati..alaa..bukan susah sgtpun masak..campak2 je dalam periuk atau kuali, setengah jam je dah siap....duit pun selamat..boleh dibuat belanja sekolah anak2...tguk anak2 berselera makan hati bahagia dan tambah tekad untuk terus memasak.
Sejak pagi aku diberitahu pukul 3 ptg nanti ada meeting staff dgn setiausaha..biasalah bila ada meeting board esuk harinya ada perjumpaan staff dgn setiausaha...macam2 berita gembira dan duka akan disampaikan..yg pastinya kerja akan bertambah..dan menjadi tugas tak rasmiku...akulah yg akan menguruskan hal makan minum untuk meeting....kedai makan yg paling hampir dengan ofislah yg paling kerap aku buat pesanan...Restoran Ala-Ala Kampung..restoran yg menjadi langananku sebulan yg lalu..disitulah tiap hari aku berkampung..membeli minum pagi juga juadah tengahari...kini tak lagi.
Tauke restoran tersebuat bernama kak Timah bukan nama sebenar...aku segera menghubungi kak Timah untuk membuat pesanan..
Aku : Assalamualaikum kak..nak oder untuk meeting petang ni boleh tak.?
Kak Timah : Oooo...Ida...nak oder apa?
sambil tu aku dengar hiruk pikuk di dapur restoren tersebut dan kak Timah juga sibuk bercakap dgn pekerjanya walaupun sedang bercakap dgnku.
Aku : Nak oder bihun goreng special untuk sepuluh org..pukul 3 kita org g ambil.
Kak Timah : Boleh..nanti dah siap akak call..eh Da..Da sibuk tak?akak nak cakap sikit..Da jangan marah..
Aku memang sibuk tapi aku rasa dia lebih sibuk..bila dgr kak Timah kata gitu hatiku agak berdebar2..apa pulak si CNN ni..dalam pada dia sibuk berniaga sempat juga dia jaga tepi kain orglain..
Kak Timah : Akak nampak anak kau tak sekolah g kat CC......kau tahu CC tu kena serbu..budak2 sekolah kena tangkap..
Rasa hairan bin ajaib..CC yg di maksudkan berada selang sebuah bangunan dari kedai kak Timah ni..bila masa pulak kak Timah buat rondaan di CC tersebut..bagus gak kak Timah ni menjadi perisik tanpa bayaran dari aku..sekurang2nya aku lebih berhati2 dengan anak2 dan lebih kerap mengawasi mereka bila mendapat berita dari kak Timah ni.
Aku : La...ye ke kak..tak pulak cikgu Aiman telepon saya bgtahu Aiman ponteng sekolah..Kalau hari sabtu Aiman g sekolah pagi..petang dan malam dia tuisyen...tapi kalau hari ahad saya yg bg dia duit g CC..dia nak main game..dia g dgn adik dia...sesekali apa salahnya diaorg g main game kat CC.
Kak Timah : kau kena jaga2 Dah ..skrg ni banyak serbuan..
Aku : Terimakasih lah bagtahu..nanti saya tanya Aiman dgn Zaki.
Itu yg aku dapat setelah hampir sebulan tak mengunjungi restoran beliau..apa tujuan dia? marah ke sebab aku tk lagi melambakkan duitku di kedainya, harap2 aku tadi bila aku call dia akan tanya khabarku sbb dah lama tk jumpa atau tanya macammana anak2 g sekolah...tapi menyampaikan cerita basi yg pernah dia sampaikan dulu..sepatutnya sesama ibu tunggal saling ambil berat tapi menyampaikan cerita yg tak berapa betul.
Aku tak rasa marah atau geram pada anak2 bila dengar cerita kak Timah tu..sebaliknya aku siasat betul2..call cikgu Aiman di sekolah dan tanya kehadiran Aiman..semua ok..dan bila anak2 balik sekolah aku tidak terus melenting..setelah mereka makan dan berehat barulah aku tanya baik2..jawapan yg aku terima..mereka tidak pergi CC pada hari persekolahan...aku percaya pada anak2 setelah aku siasat..dan aku pernah buat anak2 berjanji tidak masuk CC pada hari persekolahan..siapa lagi nak percaya pada anak2 kalau bukan aku ibu mereka.
Aku sentiasa berdoa muga anak2 tidak melakukan perkara2 yg tidak eluk dan salah di sisi Agama dan undang2..aku sentiasa berpesan pada anak2 menjaga nama baik kerana mereka anak yatim..aku tak mahu anak2 ku di lebel sebagai anak2 nakal sbb tak berayah.
ps..La Tahzan...dont be sad..mng aku tk rasa sedih pun bila hati disakiti..kerana hanya Dia tempatku mengadu..