Monday, February 28, 2011

Sakit oh sakit!!

Mcm lama tak update blog. Start dari isnin..Aiman demam..hari Jumaat baru dia sihat. Hari Khamis malam Irfan demam pulak.Tapi jumaat sihat dh. Alhamdulillah anak2 dah sihat. Mengantuk tak cukup tido sbb anak2 tak sihat. Hari Jumaat tu ayah mereka half day. Konon nk bawak anak2 gi klinik lagi..tp sbb anak2 dh sihat tukar plan. Kebetulan poskad visa dh sampai,so kami pun ikutla ayah mereka gi ambik visa dia yg dh siap kat pej imigresen kawasaki. Naik train utk ke sana.
Hari tu mmg angin kuat n tak sejuk sgt.Cuaca sgt elok..keluar je rumah mmg asyik bersin tak berhenti..tambah pulak telinga,tekak gatal..mata pun gatal. Hidung pun dh meleleh2.Sgt tak selesa dh le dlm train kan..dh le tak bawak mask nk pakai..huhu. Rasa amat tak sabar nk sampai rumah sbb sgt tak selesa. Hubby kata..ni apsal awak ni jadi gini ni..tadi kat rumah elok je.Hmm..ntahla..tiba2 je..rasanya takde mkn seafood pun...Sampai kat rumah mmg bersin tu tak stop2 pun. Mlm tu tido dgn letak kain kat hidung sbb dh tak thn sgt meleleh2 air hidung secara tiba2 dgn byk sekali. Hidung tersumbat..tido2 ayam gitu.
Sabtu pagi bangun awal sbb pegi check up irfan 8bulan n cucuk irfan. Berat Irfan 7.95kg.Doktor ckp ok..berat n tinggi sesuai. Lepas tu doktor tu kata nk check ade tak telur 2 biji...hahaha.. hubby yg translate gini tau :-p tp mmg betul la kena check :-) Pukul 9 dh habis check up..terus ke klinik ENT (ear,nose,throat)..klinik tu bukak pukul 10pg.Terpaksa tunggu..sementara tunggu gi breakfast dulu.9.30 gi balik tengok org dh beratur. Terus lemah semangat..nk gi jugak ke tak sbb kalau tunggu lama jugak ni. Tapi sbb dh tak tahan nk menghadap allergic yg melampau tu tunggula jugak.
Pukul 12 baru dpt jumpa doktor.2jam tunggu huhu. Dgn si Aiman yg mengamuk2 masa awal2 tu. Irfan pulak tido je..penat pegang dia..nk bwk stroller kang payah nk letak mana. Takde tempat duduk..Duduk atas kaki lima tu je...dgn irfan pun menyusu kat situ je. Berjaya pujuk Aiman bagi dia senbei mood dia terus baik..dia main2 kat situ..main basikal org..tengok2 train lalu. Masuk 4org sekali sbb mama tak tau nk ckp dgn doktor :-p Setakat nk ckp sakit tang mana tu tau la.Tapi kang penjelasan dr doktor tu kang tak paham kang susah. Kena la masuk kamera kat lubang hidung n telinga ni. Doktor tu ckp mungkin kena kafunsho (pollen allergy) Dia tanya pernah buat test tak? Kata tak pernah..tapi mmg selalu jadi. Lepas tu dia kata ok ke kalau buat blood test kalau nk tau allergic ape.Hubby kata buat je la..dh asyik allergic sana sini. Nanti kena la byr 6,000yen utk test tu.Kena la ambik darah.Lagi 2minggu kena gi balik dpt result tu.
Doktor tu bagi ubat spray hidung je sbb ubat makan takleh bagi sbb irfan masih menyusu. Doktor pesan suruh pakai mask..huhu.Ubat spray pun risau i nk pakai..Tapi sbb ubat doktor bagi ok kot. Dulu pernah beli ubat spray hidung kat farmasi. Lepas pakai bibir jadi bengkak sbb allergic kat ubat tu..huhu. Tapi okla ubat spray yg doktor bagi ni..xallergic kot. Masa pregnant irfan tahun lepas jadi jugak gini..tapi tak gi klinik ENT pun..just mintak ubat spray kat gynea..mane nk tau allergic ke ape..Tunggu nk ambik ubat lagi sejam..tunggu dgn anak2 kat dlm kereta sambil bagi diorg mkn.Hubby je tunggu kat klinik tu.
Hari Ahad dok kat rumah seharian..rehatkan badan..dgn hidung yg asyik meleleh2 je tak selesa nk keluar pun....
Sorry sgt2 kat Ayu dgn Murni..tak dpt jumpa sama2.huhu...next time ok :-)

Monday, February 21, 2011

Weekend.....

Ni masakan jumaat lepas kot tak ingat dh. Nasi beriani ayam,gulai kambing dgn acar timun je.
Ni pic masa nk gi kedai jual brg buat kek kat Atsugi. Ayahnya malas nk ambik stroller..sanggup nk kendong sendiri anaknya. Ni le 1st time si ayah kendong anak guna ring sling ni :-p
Ni hari Jumaat. Ayah mereka cuti sbb gi medical check up. Ptg tu bawak Aiman gi Sagami Sansen Park kat Ebina ni..Tapi mama teruja mau main jugak :-p


Sekali je naik..lepas tu baring kat buaian itu :-p sambil tengok Aiman dgn ayahnya.Pastinya akan merindui saat2 begini suatu hari nanti....



Hari Sabtu ke Hikichidai Park. Takde org nk ambik gmbr sendiri..sendirilah ambik :-p

Mlm tu sibuk meroti..buat Mexican bun n roti sosej aje. Sedap mkn panas2.Senang pagi2 takyah sibuk nk msk dh..memandangkan esok pagi ade plan nk keluar. Baju kerja hubby pun dh siap iron utk seminggu :-) Semua benda prepare siap2..especially brg anak2.Esok pagi bangun siapkan anak2 jela :-)
Aiman xsbr dh nk mkn..si ayah dibelakangnya pun tak sbr nk mkn :-p

Hari Ahad kami ke Sakura Matsuri (=Festival sakura) di Matsuda. Plan asal nk gi hari Sabtu...tapi pagi Sabtu tu ngantuk sangat..so lepas subuh sambung tido :-p Nasib baik cuaca pun ok. Pukul 7.30pagi dh keluar dr rumah...sampai Matsuda pukul 8pagi. Just nice..org pun x ramai lagi. Parking pun masih byk kosong.Sebenarnya xbyk pun parking atas tu..kalau lambat mesti takde tpt nk parking.


Nmpk tak pink2 kat atas tu. Kat situ lah nk gi. Harap maaf dgn kualiti gmbr ye sbb pakai kamera pink comel aje.

Sampai dh pun kat atas. Kalau nk gi naik train..ada bas yg naik kat atas ni.
Ni la sakuranya. Hubby kata bunga sakura ni..winter sakura..sbb tu dia kembang awal. Kalau yg sakura yg lain2 tu warna dia putih skit kan..yg ni mmg pink warnanya. Yg tu kena tunggu awal bulan 4 la nk tengok :-
Terpaksa menabahkan hati kendong budak 8kg ni :-p sbb bertangga kawasan ni. Walau apa pun senyum kena kontrol walaupun penat.Asalnya hubby nk kendong...tapi takpela..saya yg nk kendong jugak sbb jarang la ada gmbr kendong irfan ni :-p



Lepas tu gi kat kereta ambik stroller sbb nk gi sebelah sana pulak..yg ni takde tangga..bolehla guna stroller..

beli mikan (=limau) dulu..satu bekas tu 500yen shj

Susah betul nk ambik pic burung ni sbb tak dok diam :-p Pukul 9 dh habis dh tengok bunga. Sekejap je. Lepas tu hubby ajak gi Gotenba..singgah kat tempat rehat kat highway tu. Makan2 kat situ..lepas tu terusla balik sbb dh ngantuk...balik rumah golek2. Sbb tu suke keluar awal. Nanti cepat balik boleh rehat.


Thursday, February 17, 2011

Irfan Faris 8 months old

Harini genap Irfan 8bulan. Ini bermakna 8bulan juga lah usia parut caesarean di perut mama. Tapi kalau buat keje berat mmg masih terasa pedihnya. Perkembangan Irfan setakat ni
-dh ada 3 gigi (2bwh,1atas)dah gigi atas lagi satu dah nmpk skit2 dh
-dah boleh berpaut pada benda dan berdiri sendiri. Smlm la dia dok buat aksi ni byk kali. Maka,asyik la terlentang jatuh..huhu
-mulut suke membebel bising..tapi xtau ape dia ckp.kalau ckp mama kat dia..nanti dia pun ikut..hahaha
-bila mama bye2 kat dia..nanti dia pun bye2
-kalau mama geleng2 kepala dia pun ikut geleng kepala :-p
moga irfan membesar dgn sihat.













Wednesday, February 16, 2011

Kadang2...

Kadang2 ada benda kita suka nk share dgn org....
Kadang2 ada benda kita rasa kurang selesa nk share dgn org....
Kadang2 ada benda kita selesa cerita depan2 org....
Kadang2 ada benda kita rasa selesa guna cara lain mcm telefon,email,blog dan sebagainya...
Saya dh dihujani pelbagai pertanyaan dr org. Kalau lebih dr 3 yg bertanya tu..ramai la kan. Mungkin ada yg dpt agak bila baca entry2 sblm ni. Bagi yg sudah tau. Anda sgt bertuah sbb saya sudi share dgn anda. Bagi yg tak tau..bukan takmo share..tapi masa tu belum tiba n lambat lagi. Kurang sesuai utk diberitahu sekarang. Cukupla saya jelaskan disini 'Ya,saya mmg akan balik terus ke Msia bersama anak2 atas dasar pendidikan anak. Nak hantar anak bersekolah di Msia. Kami dah sepakat buat keputusan ni. Harap2 takde org tanya lebih dari tu. Kang ada pulak tanya..nape tak sekolah kat jepun je?kat jepun bukan tak bagus..bagus jugak..tapi sedia la duit beribu2 lemon nk hntr anak sekolah kat sini :-p
Sebarang surat-menyurat,telefon2 tidak akan dilayan buat masa ni. Saya takmo nanti hubby saya tertanya2 kenapa ramai sgt org telefon saya tiba2 ni :-). Sebelum ni takde pun org nk ambik tau..tiba2 ramai pulak telefon. Kurang senang dgn keadaan ni. Email or messages mungkin boleh dilayan..tapi kalau ada 10messages nk dibalas..saya kena pk 10juta kali nk reply satu2. Saya ada anak 2 nk kena jaga..nk kena didik..yg perlukan perhatian saya..nk buat keje rumah yg tak penah habis..nk uruskan diri sendiri..nk msk utk family dan mcm2. Walaupun saya keje surirumah sepenuh masa..bukanlah bermakna saya dok goyang kaki depan pc setiap masa. Berblog pun time anak tgh menyusu je. Kalau tgk entry pjg gile tu..bukan saya type semua time tu jugak..adela 5-6kali type baru publish sbb byk sgt halangan n keperluan yg saya kena dahulukan. Nk tengok movie/drama pun xde masa dh skrg :-)
Sekian terima kasih :-) Minta maaf pada semua..n saya tak marah sape2 pun. Emosi saya sgt penting ketika ini :-) jgn salah faham pulak ye :-p peaceeeee!!!!

Minyak??

Ada yg tanya pasal minyak ni..entry lepas2. Ni saya baru jumpa..dah lama dh dpt email ni...masa tgh pregnantkan Aiman kot kalau tak silap. Tapi sebab ada yg tanya saya letak jela kat sini. Tulis kat situ minyak angin..tp kalau minyak telon tu saya tak tau la. Pada saya minyak angin n telon ni saya tak sapu pun kat anak2 saya..cuma baby oil je dok guna setitik dua supaya kulit tak kering. Ni pendapat saya je..jgn ada yg marah pulak ye. Anak sendiri pandai2 la kan :-)
Berhati-hati dengan Minyak Angin--Parents please read!

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.


17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan

18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)

19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah??ada sapu apa-apa minyak di perut? bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :


Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah. . Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas? Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Azah , tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya , kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih


Basri Abdullah

Warehouse Coordinator

Expeditors ( Malaysia ), Penang .

Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023

Email : basri.abdullah@ expeditors. com



Dear all,



I just got back from Lam Wah Ee after visiting Basri?s 5th child, Tarmizi who is just 3 years old. His condition has stabilised but he is still very much unconcious. He has wires and tubes all over his little body which was also jittering spasmodically. In case you would like to visit him, his room is No.207, located at 2nd floor ' s children ' s w a rd.

I was informed by the experts that they found traces of ' OIL ' in his urine & blood after performing various diagnostic measures. This OIL has damaged his internal organs such as the Liver (causing it to enlarge and caused breathing difficulty), entered into his cerebral structure and possibly damaging his kidney too , etc.


What I would like to share with you is the reason WHY??? What was the CAUSE???

All this happened when he was having high fever and his ' orang tua ' rubbed a lot of ' minyak angin ' on his stomach to prevent him from ' kena angin ' . I believe a lot of us have the tradisional understanding of doing so, including myself.

Well, you better STOP !!! The experts explained that this ?minyak angin? will be easily absorbed into our blood especially in children as their skins are tender and allows maximum penetration. Certain OILs contained harmful ingredients eg: methil silicilate and at high dosage, is a POISON to children and especially feotus.

The effect is worsen when we are sick and our liver has to work overtime to neutralise the toxins. The OIL may enter our blood when our liver fails to filter it. That?s when the problems start !!! It may not be sufficient to kill an adult but for children, the result could be fatal.

This is NOT a joke !!! You may not believe this entirely but if you do, it is good to share with your relatives and friends.

Thank you

Tuesday, February 15, 2011

Salji itu turun lagi....

Ni pic smlm. Aksi irfan yg buatkan mama sgt risau. Dia lepas2 tangan pulak. Sehari tak tau la bape kali terlentang..huhu
ni ape?? ni kuah durian yg dibuat dr lempuk durian itu....
bun pandan cicah kuah durian :-) dah habis licin harini...

pukul 6.30ptg tengok kat luar dh memutih. Bila masa turun pun xtau patutla sejuk semacam.Tu pun sbb tengok status kawan kat fb..kalau tak mmg tak sedar yuki turun
hubby sampai rumah mlm tadi dh dekat pukul 9lebih Terus bawak Aiman dgn Irfan keluar main kjap.
susah nk ambik gmbr pun sbb tgh lebat....





rasanya ni paling lebat dr sebelum2 ni...ni kat tepi rumah...
Pagi tadi...banyak la putih2. Harap2 panas yg terik harini dpt mencairkan semua yuki2 ni. Seksa nk tolak stroller pagi tadi..berat..lenguh tangan ni...huhu. Menyesal pulak hantar Aiman jugak pagi tadi. Kalau cutikan pun takpe kan...




snow boot saya :-) nasi bada boot ni..ada besi kat tapak tu..tak le jatuhirfan dh tak sbr nk masuk dlm rumah....ok la okla...lambat skit hntr aiman..selalu 7minit dh sampai..harini makan masa 15minit sbb lambat tolak stroller..nk balik td pun sama.Harap2 cairla semua yuki ni.Pukul 4 nanti nk kena ambik Aiman pulak....