Smlm Aiman jatuh terhantuk kat bucu tempat letak mesin basuh. Dia berjoget2 atas breadmaker..tu yg jatuh..huhu. Baru je letak kat situ sbb nk buat roti. Masa tu mmg dh mrh dh suruh dia turun..tp dia buat xtau je. Haa..apelagi jatuhla..breadmaker tu pun terbalik.
Nmpk drh menitik2..ingatkan mulut berdarah..sekali tgk kena kat dagu. Dalam jugakla lukanya sbb bucu. Bila tgk drh menitik sgtla panik..jadi blur tak tau nk buat ape. Dah le kebetulan smlm hubby tertinggal handphone kat rumah. Nasib baik ade no ofis dia. Call ajela ckp english..nasib baikla dpt jugak ckp dgn dia. Terus jerit je 'Balik cepat..Aiman berdarah byk'. Hubby ckp..siap2 nanti dia call ambulans. Sbb kalau nk tunggu dia blk ambik masa dlm 40minit. Terus pakai baju,seluar tudung.
Masa tu Aiman mmg dok meraung..lap darah dgn towel..Irfan pun nangis jugak time tuu nk susu. Sebelah tgn lap drh kat dagu Aiman..sebelah tgn bagi irfan susu. Mmg kelam-kabut n agak panik time tu. Tak lama lepas tu dgr bunyi ambulans dtg. Agak cepat ambulans tu dtg. Aiman pulak takut dgn pakcik2 tu ada 3org. Call hubby dulu dia tolong translate ape org tu ckp. Lepas tu kami naik ambulans..dia bwk gi Shoyo Kashiwadai Hospital. Hubby pulak terus bertolak balik..ambik handphone n kereta dtg hospital..tp lmbt jugakla dia sampai.
Org ambulans tu tolong pegang irfan sbb Aiman takmo org lain. Masa naik ambulans tu Aiman dh tak nangis (sukela tu dpt keluar n dpt naik ambulans..huhu).Sampai hospital terus kena jahit. Adela dlm 4-5org pegang dia sbb dia dok meronta2 n menangis. Diorg balut dia dgn towel n ikat kat katil tuu. Tak sanggup nk tengok time ni..sbb kena jahit..huhu. Dok jauh skit sambil pegang irfan. tapi nmpkla doktor tu inject lepas tu jahit.Dh habis jahit tu dia xnangis dh. Nurse tu pun dok tanye..mama ok ke? mesti nmpk betapa panik n risaunya muka ku. Anak kan sape tak risau huhu. Dah le muke pun mcm muka tak siap. Emergency kan takkan le nk mekap pulak huhu. Letih jugakle nk berckp dgn doktor n org yg bagi ubat tu.
Aiman pulak.keluar je dr bilik doktor tu terus membuas seperti biasa..lari sana sini...ish budak ni mmg nk kena tau..Dah le daku ni dok usung beg dgn adik dia..nk kena ikut dia pulak..puasa pulak tu...huhu. Lega sgt bile ayah dia sampai. Nasib baik budak2 kt sini free je kalau gi klinik,hospital mane2 pun..tunjuk kad putih tu je...mama dh le takde duit dlm beg :-p
Nasib baik benda ni jadi hari rabu..kalau hari khamis ayahnya kena gi outstation ke Osaka...lagila tak tau nk buat ape. Benda nk jadi time tak bwk handphone pulak tuu. Pagi ni kena gi blk hospital tu..Aiman gi dgn ayah dia. Ptg kang baru ayah dia ke Osaka..huhu. Moga selamat pergi dan pulang esok mlm. Moga daku diberi kekuatan n kesabaran menjaga anak2..Amin..Pesanan penaja dari saya...pada sapa2 yg jadi kes emergency camni..especially kat Jepun ni. Kalau hubby takde n ambik masa nk balik n susah nk gi hospital sendiri..call la ambulans. Cepat diorg dtg n cepat dpt rawatan...