Friday, December 3, 2010

:: be strong..me is me.. ::


cuaca hari ini begitu mendung..bumi dibasahi hujan yang tidak henti2 sejak akhir ini mungkin jua kerana musim terkujuh sudah tiba..angin menyapa dengan lembut sekali..rasa kesejukkan itu menusuk hingga ke tulang sehinggakan ada sesetengah insan yang malas untuk bangkit dari buaian mimpi disebabkan enaknya melayan mata yang lembut2 ayu..
sebenarnya diri ini tidak ingin memanjangkan pembukaan kata2, ia sekadar perlu untuk memaniskan bicara tutur kata supaya karangan dibaca memuaskan hati..
kita memang tidak dapat lari dari lumrah hidup. bila kekekuatan yang dimohon, semakin banyak kesabaran teruji untuk memimpin hati agar tidak terluka dek terguris oleh sesuatu yang tidak enak didengar atau diketahui. bukan senang untuk mendapat kekuatan yang dihadiri bersama ketabahan yang tinggi menggunung. dan tidak semua orang dapat menaklukinya..
aku????
x dapat diungkapkan..x tahu apakah jawapan yang munasabah yang patut aku uraikan..
setiap kali aku diuji, doa ku tadahkan setingginya pada ilahi agar aku dikurniakan kekuatan serta ketabahan fizikal dan mental agar aku dijauhkan dari melatah apabila aku diuji olehNYA. DIA-lah tempat aku mengadu...
aku akui, aku seorang yang lemah..airmata adalah peneman setiaku dikala hati di rundung keresahan. aku tidak dapat menafikannya..aku tak kisah bila wajah ceria bertukar suram dilihat oleh teman2 kerana bagiku ia adalah suatu fitrah bagi setiap insan. lebih2 lagi perempuan yang dilahir dengan hati lembut sejak azali lagi..
hati ini tidak ingin membuka bicara setiap apa yang terasa. hanya di atas helaian inilah penemanku yang aku rasa cara untuk aku mengurangkan bebanan fikiran. memang payah sekali untuk meluahkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati. untuk menjadi seorang yang cekal bukan sesuatu yang mudah... ia terpulang pada individu itu sendiri dan cara untuk memimpin hati supaya tidak terus dirundung kepiluan yang panjang hingga tiada kesudahan...
aku sedar semua orang x perfect...begitu jua diriku ini... aku juga tidak terniat untuk mengadu masalah ini kepada sesiapa. aku hanya untuk meneneramkan hati sendiri. ini adalah caraku...
aku mengenali siapa diriku yang sebenarnya..tabahkanlah hati duka nan berduri..

TUHAN....BANTUILAH HAMBAMU YANG LEMAH INI.....

Saturday, November 20, 2010

:: sUkA sUKi keHidUpaN ::

Align Center
selamat malam diucapkan kepada tetamu malam yang menjenguk blog ni.. lame dah wase x up-date.. ginilah bila dan g belajar, nak up-date kt asrama boleh je tapi bila fikir2 kembali, mood perlu ada untuk layan up-date ni supaya apa yang nak di up-datekan menjadi.
setelah sekian lama, kini diriku ingin berkongsi something bersama teman yang sentiasa setia melawati blog yang kurang menarik ini.
pada kali ini, kisah yang ku ingin kongsi bersama tatapan pembaca ialah kehidupan..hidup kita penuh dengan warna-warni. sepertimana yang kita ketahui, hidup kita ni x lari dari dugaan. bermacam-macam dugaan yang menimpa kita sebagai makhluk yang lemah dan sering alpa pada yang ESA. kenapa ku kata seperti ini?
erm..cuba kita renung kembali apa yang sudah berlaku dalam satu kehidupan yang dipinjamkan nyawa buat seketika..dimana, hidup ni penuh dengan onak dan duri..
kekadang kita di atas, kekadang kita dibawah. ia seperti roda. ada masa ia bergerak pantas dan ada masa ia bergerak perlahan. ini di sebabkan oleh lumrah hidup serta putaran hidup yang telah kita lalui setiap individu itu berbeza. ia hanya boleh dipandu oleh kita sendiri tentang bagaimana kita melaluinya. setiap detik kehidupan ini pasti akan tercalit kenangan yang di bina samada kita berada di dalam sedar mahupun tidak..
apabila diri menerima berita kegembiraan, harus diingatkan jangan terlalu gembira akan berita tersebut kerana apabila kita leka bergembira, kesedihan mudah datang kerana ia hadir tanpa diduga. namun apabila kesedihan mula tercalit di dalam hidup, segeralah hadirkan kegembiraan bersama ia supaya hidup tidak dirundung kepiluan serta datangkanlah ia dengan hati yang terbuka bersama alunan kekuatan, kecekalan ia dan ketabahan..pasti kesedihan sedikit demi sedikit dapat diusir dari memori hati yang terbuku dek kemurungan yang diulik oleh kesedihan.
tidak dinafikan ketika usia kita yang masih diperingkat keremajaan inilah banyak perkara yang timbul. ia bergantung kepada diri sendiri untuk men 'cover' kannya. terpulang pada kreativiti masing2 tentang bagaimana cara untuk mewarna-warnikan hidup mereka.
pernah x bila anda sedang dibuai oleh ketawa dek kegembiraan, airmata tiba2 mengalir tanpa dipaksa mahupun disuruh? pasti jawapannya ya kan?..ermm..itulah tandanya kegembiraan kita di dalam kesedihan. bila kita terlalu gembira, hati mudah lupa seketika apa yang berlaku disekeliling. jadinya, tidak salah untuk kita bergembira tapi biarlah berpada-pada. jika kita tidak berpada-pada ketika bergembira, dan apabila ditimpa kesedihan, diri tidak dapat mengiimbanginya.kekadang tu boleh mendatangkan kesakitan pada jiwa yang terlalu leka ketika bergembira apabila kesedihan menjemput bersama untuk menempatkan diri di dalamnya.. maka beralunanlah irama sendu sendawa kehidupan yang dikatakan fitrah hidup...

p/s..bergembira tidak salah namun selitkanlah ia dengan kesedihan, nescaya kegembiraan itu akan membawa seribu makna dalam hidup kita.
........DAN..........
apabila kita dirundung kesedihan, hadirkanlah peristiwa yang mengembirakan. pasti kesedihan itu tidak terbawa2 kepada jiwa lalu kita beremosi tanpa sedar..
ia dapat dikawal jika kita pandai bermain dengan situasi serta emosi..=)

Sunday, September 26, 2010

::teRasa, teRgUris, terKilAn..ohHh mY heArT ::

salam semua...
ermmm...lama sangat wase x care blog ni...
hati sentiasa ada nak up-date tapi kadang2 mood nak berkarya ada namun ntah kenapa tetiba hilang..
sejak2 ade fb ni, blog ditinggalkan..kesian my blog...huhu

sebenarnya hati ni x keruan sejak dua menjak ni...sedih bila mengenangkan apa yang berlaku di sekeliling..samada diri ni perasan ataupuan x..
dapat kawan senang tapi untuk memilih yang terbaik amat sukar..hati ini sering terguris oleh kawan2 yang ku sendiri kekadang keliru dan x sangka kenapa kawan yang ku x pernah fikir bukan2 tentang dia, tibe2 jadi terfikir bila ada teman lain memberitahu perkara diluar jangkaan untuk ku terima kenyataan...
dalam blog ini aje la tempat yang ku rasa sesuai untuk luahkan apa yang tersurat dan tersirat..
walaupun ia sekadar satu laman untuk bersosial, ia tetap bermanfaat untukku..
kawan time kita happy ramai..tp time kite sedih, xde siapa peduli..
biarpun hati ini jenis suka memendam tetapi jauh sekali dalam hidupku untuk berdendam walaupun ada sesiapa yang menyakiti hati ini hingga berdarah sekalipun...
mungkin penulisan ku ini banyak menggunakan perkataan 'tapi' ia adalah satu penyambungan yang perlu ku gunakan pada title kali ni..
kadang2 diri ni sering termenung sendirian sehinggakan waktu tidur terganggu setiap malam...hati ni betul2 terguris dengan sebahagian kawan2 yang depan kita bukan main bermulut manis..kalah madu yang menjadi makan utama lebah..
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
bila belakang kita, ia x seperti madu tersebut lagi..malahan sudah menjadi racun pada ku.. sukar untukku menerima hakikat... bukan kerana sukar untuk menerima apa yang dikatakan olehnya, tetapi sukar untuk menerima tentang sikap mereka tersebut...
kadang2 airmata ini mengalir tibe2 tanpa dipinta.. x sesekali dipnta untuk mengalir tetapi bila terkenangkan apa yang berlaku sekeliling, hati siapa yang terluka bak tercucuk duri semalu bila kawan yang kita percaya tibe2 melukakan hati kita..
aku boleh maafkan akan kesilapan mereka itu, namun hati ini akan ingat sampai bila2 apa yang telah berlaku..
mungkin ini pengajaran lagi buatku supaya x percaya orang sepenuhnya..
hati siapa x sakit bila benda yang paling kita x suka berlaku tanpa diduga oleh hati...
sedih x terkata bila teringat selalu hal tersebut..
memang betul kalau mengikut kata " nak senang memang kena tempuh dugaan dulu"
aku x menolak kata2 tersebut, ia betul dan tepat sekali..
tapi kadang2 cuba fikirkan hati orang yang nak kita nyatakan sesuatu..kalau lelaki kata macam tu pada ku, ia boleh diterima akan lagi..sebab fitrah berbeza..
tapi, ini perempuan..hati sama2 lembut..kecil pulak 2..
cuba andaikan jika perkara yang berlaku pada ku ini terjadi pada anda?
bagaimana perasaan anda?
mesti wujud perasaan marahkan?
jadi, jika rasa ingin hati kita serta hati orang terjaga, pandai2lah jaga mulut..
" jangan kerana mulut, badan binasa dan jangan kerana mulut juga orang terasa"
bukan nak emosi sangat tapi ini semua realiti..
xkira laki @ puan, tuhan dah kurniakan hati..jika tarasa, pasti terusi keimanan untuk mengatasinya...
dah besar belake kan..dah boleh beza mane baik dan buruk...pandai2lah control mulut 2..

p/s :
kenalilah betul2 kawan kita..fahamilah sikapnya..jagalahnya hati baik2..x rugi buat baik dengan orang..
jangan ingat hati kita je nak orang jaga tapi hati orang kita kisahkan x? sama2 ingatlah..kita hidup x lama..semua akan kembali juga satu hari nanti..jika kesalahan kita mudah orang maafkan maka selamatlah kita..namun jika sebaliknya, sama2lah kita sedari.
jika terasa ingin mengata/ mengumpat kawan2 tu, janganlah mengata belakang2..tapi katalah depan2 empunya diri..jika ia terguris, ubat mudah untuk dicari..
sama2 kita renungkan...

Saturday, April 24, 2010

:: dE l0vE ::


semua orang inginkan sebuah keluarga yang bahagia didunia dan akhirat. keinginan ini adalah keinginan yang amat diimpi-impikan oleh setiap insan bernama manusia yang sudah berkeluarga mahupun bakal berkeluarga suatu hari nanti..i.ALLAH...

apabila perkahwinan terjadi di antara dua insan berlainan jantina bersama ikatan ijab dan qabul dengan bersatunya hati dan cinta yang suci tanpa berlandaskan nafsu semata-mata, kebahagiaan rumahtangga pasti bahagia kerana cinta yang bersulam tanpa nafsu adalah cinta sejati.

selain itu, untuk mendapat cinta yang sejati, kita perlu berwaspada akan setiap apa yang kita lakukan. jangan mengajar cinta itu dengan harta benda namun ajarlah ia serta didiklah dan pupuklah ia dengan kasih sayang. apabila harta mendahului dari kasih sayang maka kebahagiaan dalam rumahtangga akan pudar begitu sahaja..dan harus diingatkan jua, harta mudah dicari tetapi kasih sayang yang suci lagi murni amat sukar dicari terlalu sukar untuk dipupuk. jangan nanti bila dah terhantuk baru nak tergadah..

tak salah untuk mencari harta, tetapi bagaimana pula dengan keluarga yang kita bina dengan impian serta harapan yang menggunung untuk mendapat 'happy family' @ ' rumahku syurgaku'..adakah ia akan bahagia dengan harta yang kita cari itu dapat memberi kebahagian dalam institusi kekeluargaan? sebaiknya ialah kita perlu seimbangkan kedua-duanya supaya rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat dan benar2 menemui cinta sejati yang kita cari selama ini. namun jangan pula kita lupa akan akhirat..semuanya perlu seimbang.

p/s: utk diri ni dan pembaca2 semua, sama2lah kita renung2kan..

:: teRimAlaH perMohonAnku yA tuHan... ::

:: pErinGatAn beRsaMa ::