Sunday, August 14, 2011

setelah lamanya menyimpan

Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua, wah nampaknya setelah kian lama baru berpeluang untuk aku mengupdate belog ni, maafkan bapak ya,bukan sengaja tidak mahu mengupdate tetapi perasaan gusar dan gelisah sering menghantui diri ini tetapi lega setelah hari ini,hurm banyak persoalan terjawab jugak. even yang sekecil dan kadang aku x perlu tau. oleh kerana lama aku x update belog..jadi malam ni ingat nak update panjang2 la.sepanjang gurun sahara..

Alhamdulillah puasa da nak masuk separuh bulan dalam erti kata lin 15 hari da, namun masih banyak insan di luar sana yang memandang sepi akan kehadiran bulan ramadhan ini. harapnya aku x termasuk dalam golongan itu. risau jugak kan. yela..kita ni hidup membujang,duk dgn member2..seb bek member2 aku semuanya okei.

dan tahniah buat mereka yang menerima kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga mereka, masihkah punya bicara akan kehadiran ahli baru ini. kehadiran ahli bau biarlah diserikan dengan suasana yang baik dan ceria. biarlah penuh dengan warna2 yang molek dipandang kerana kehadiran ahli baru seperti sebuah kain putih. keluarga yang mencorak dan mencarikkannya.
wah baby...comelnya...

isu terbaru pada hari ini adalah fatwa yang dikeluarkan oleh majlis agama islam pulau pinang tentang pengharaman menggunakan alat pembesar suara untuk bacaan quran sebelum azan subuh,pelbagai pendapat telah diminta dan kebanyakkan mereka yang arif mengenai agama juga menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh majlis agama  islam pulau pinang. kerana kesesuaian tempat, iaitu pulau pinang kebanyakkan kawasan dihuni oleh mereka yng bukan beragmana islam. jadi seharusnya tidak wajar menggunakan pembesar suara untuk bacaan quran. cukuplah laungan azan menggunakan pembesar suara.
jangan sampai kita dilarang pulak nak azan guna pembesar suara

dan dalam kemeriahan menyambut hari raya, aku x shopping lagi baju raya ni.haha,,,tggu duit masuk maa baru boleh shopping...huhu,tapi aku ingat nak beli kamera dulu r. antara kamera fujifilm dgn kamera nikon, mana u'alls prefer?...huhu.akhir kalan..rasanya da cukup panjang kot kali ini,izinkan sy mengundur diri..andai ade sakit2 tu cepat2 la ubati..nak raya kan. nak makan macam2...mana tau ade yg x ley makan pasal ulser ke, bibir kering ke...kesian pak cik tengok...keh3..:D

salam
~~~akmal harith~~~

Thursday, August 4, 2011

puasa menuju keberkatan

assalamualaikum,
dan salam 1 Malaysia mahupun 1egypt,
entry kali ini bukanlah berkaitan dengan 
ultraman tiga mahupun Dyna,
pasal memikirkan bulan puasa kan,
jadi segala aktiviti2 ultraman brothers dihentikan buat sementara

cume nak update skit je,
pasal puasa kan,rasanya eloklah jika selalu memperingatkan...
walaupun kdg2 main2 kan..
tapi aku sebenarnya memandang series tu..
hehe..
x sempat nak wish selamat pose..

skrg da nak masuk puasa ke5
tapi badan aku baru nak adapt dalam 30%
aktiviti2 puasa ni,
mungkin dalam minggu depan da biasa kot,
harapnya macam tu la kan,
jenuh kalau sampai abes puasa mcm ni,
ltey woo badan ..
metabolisme x seiring dengan pemakanan..
haha apa aku merepek da...
ok la next week hampir tiba,
ko mesti x sabar kan...

jaga diri elok ek...ingat pesan aku.
bosan2 bukak la crita Nora elena..

Monday, August 1, 2011

bermulanya cabaran..

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia buat semua penduduk bumi yang membaca belog ini. yaaa..anda sememangnya bertuah kerana menjadi penduduk bumi dari berjuta galaksi yang ade dalam semesta ini. sedang Optimus Prime dalam crita tranformers sendiri mengakui bumi adalah planet yang unik dan menghalang Megatron si durjana dari membuat kacau di planet bumi.
wajahnya si optimus prime
ni nama dia bumblebee


Hari ini(1 ogos 2011) bermulanya 1 tarikh baru dalam kalender islam. sebuah pembinaan markas tarbiah telah siap dilancarkan semasa berkumandangnya azan maghrib. YEah..anda pun tau.bulan Ramadhan kini telah tiba,bulan yg didalamnya terdapat berjuta hikmah yang jika manusia beribadah selama 24jam 7hari pun belum tentu dapat mengecapi dan merasa semua nikmat itu, 

ingatlah kawan dalam bulan ini jugalah kita hanya bertarung dengan hawa nafsu kita sahaja. andainya berjaya,ia merupakan 1 titik permulaan pada diri kita dalam meningkatkan keislahan.

wah lamanya x bg tazkirah di depan musolla macam berlaku macam zaman dlu..zaman sekolah menengah.kalau kena turn aku bg tazkirah kan, mesti menggelabah.kena cari bahan apa nak bg.kena wat revision agar solan2 yang membunuh mampu ditempis mcm tu je..hehe.

tapi kan, aku rasa puasa pun belum lg.tapi suasana kat pusat membli belah dah macam esok nak raya..pergh...penuh sesak dan berhimpit. kat Sogo smpai dihadkan golongan2 istimewa je bley masuk.antaranya aku la..hahaha.series x sangka sogo wat sale smpai mcm tu..tu yg aku borong sakan. tapi bukan untuk aku je tau.aku beli untuk bapak aku sekali..ish3..lelaki kan.

minggu lepas hidup aku telah mula dijinakkan dengan ultraman, mula2 ultraman Tiga je,lepas tu time si daigo tu nak blah g planet marikh bley plak dia berselisih dengan di Asoka si ultraman Dyna. Menybabkan pengarah meninggalkan pengaruh ingin tahu penonton bahawa apa yg akan berlaku selepas itu..apa pun kita lyan..
ni antara trailer utraman tiga final odyssey, kisah dia cmana..nt la dalam entry lain...malas nak cter..

apa pun selamat berpuasa kawan2...jom pose ramai2...
wajah2 wira selamatkan dunia

Monday, July 25, 2011

salam kembara

assalamualaikum dan salam 1malaysia hendaknya
bersama kembali dalam belog ini
sori sangat sunyi,
musim ini musim latihan ,
jadi ruang untuk mengupdate sangat limit 
disebabkan jadual terlmapau padat terutama mggu lepas.
tetapi latihan ini seakan hampir menemui penghujungnya
pabila tibanya ramadhan pada mggu hadapan
yaa ramadhan kini telah tiba.

alhamdulillah masih dikurniakan nafas untuk kita bersama ramadhan 
harapnya sehingga mggu depan,
kalau minggu ni tetiba dicabut nyawa itu,
innalillah...harapnya x la nya,
tahun ni nak raya kat kampung..
wah bestnya balik kampung raya,,
bertemu saudara...dan jiran tetangga...
gambar kenangan masa traing,cmana la kalo kena g lubnan(mana aku?)

di kesempatan ini,
sya akmal harith ingin mengucapkan selamat bercuti.
dan tahniah kerana anda telah mengharungi 2bulan yg cukup
mendebarkan saat mata terpejam,
anda masih gagah membaca mengingat rumus,
segala usaha dah dilakukan yang terbaik.
kini tiba masa untuk bertawakkal..
insyaAllah...
maan najah..
lepas ni jangan nak melancong je...
ingat2ler teman kat sini..
bestnya dapat dapat laut...aduhnya

Sunday, July 17, 2011

perginya seorang pejuang

assalamualaikum
dan salam 1 Malaysia,
diucapkan kepada semua..
arghh sekian lama x mengupdate belog ini,
yang makin hari makin hambar jadinya..
maklumlah minggu lepas ade traing masuk hutan kan.
actually x d la hutan sangat,
cuma duduk je dalam hutan..
ish tapi berkali ganda elok dan baik kemudahannya dari tahun lepas.
dapat mandi..
dalam kata lain macam summer camp...


tapi dalam kemeriahan menyambut summer camp,
malam ni malam 16syaaban bersamaan 17julai 2011,
perginya seorang pejuang muslimah,
perginya DR Lo'lo bt hj Mohd Ghazali ke rahmatullah,
innalillah wa innalillahiraji'un..
beliau adalah seorang senior aku kat sekolah dulu,
meskipun berada di parti pembangkang,
namun kecekalan dalam meredah kanser.
sangat cekal.
semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman..
nampaknya, golongan muslimah kini perlu melahirkan 
seorang lagi pemimpin sehebat Dr Lo'lo'..
insyaAllah...

sambung balik cerita td,
harapnya lepas ni a***r malaysia lebih maju..
haha

Thursday, July 7, 2011

ini lah namanya ...

assalamualaikum dan salam 1 malaysia,
pada hari ini 7 julai 2011..
berlakunya upcara peperiksaan melibatkan mim alif,
dan wau ta alif fa,
aku masih tidak mendapat berita tentang bagaimana 
sukarnya peperiksaan itu,
lama x duduk dalam exam hall.=P

tetapi harapnya tarikh 7-7-11 memberi tuah,
seperti pasukan badminton batalion aku yg 
muncul sebagai sebuah pasukan underdog.
akhirnya aku pun x sangka dorang ley preform..
spirit de corp itu penting,
menjaga kebajikan pemain itu wajib.

minggu ni aku banyak sangat ujiannya,
dari ujian TTS yang memang hampeh, 
ke ujian kecegasan asas(UKA),
UKA ok kot, cume lari je la,
agak teruk sikit prestasi kali ini,
pergh..keletihan bai..mengah gak td

maklumlah lama x berlari yob..
tapi badan still maintain...
tu paling penting...haha,
tapi keseluruhan ok kot UKA kali ni,
aku pun dengan dah lama x join PT..

namun akhir kalam,
sediakan payungnya sebelum dihujani!!..

salam
~~~akmal harith~~~


Monday, July 4, 2011

hitam VS puteh

assalamualaikum dan salam 1malaysia
pada hari ini,isnin bersamaan dengan 2 syaaban 1423hijrah,
saya dengan ini akmal harith bin zainuddin,
telah mula mengikuti latihan ketent***n sepenuh masa
pada hari ini, aduhai bermula dengan perbarisan
patu petang lak ley plak kawad..x tahan pak cik..
wahh...
seb bek ade teletubbies teman aku kawad td..

di bawah suhu 38 darjah celcius,
aku telah berjaya berdiri selama 2 jam dibawahnya terik mentari itu,
bukan men lagi kan hari pertama,
setelah tamatnya EIMA Race 2011,
Setelah kian lama x g training akibat ke bengkel,
akhirnya kini bermula kembali..
akibat dari sinaran mentari yg sangat terik, 
malam ini berasa sangat malas dan mengantuk
akhirnya saya menaip juga

akibat yg lain pula, telah mnyebabkan kulit saya bertambah dark,
akibat tidak tahan asyik dicemuh 'hitam'..
maka dengan ini saya telah menukar profile pic saya di fesbuk
dengan gambar di bawah..

dengan harapan agar bahawa sesetangah pihak yang selalu mengutuk saya agar
berhenti mengutuk saya untuk seketika dan beliau tidak 
terkejut seandainya tiba2 page saya terkeluar di wall beliau.
hahaha..

selepas ini,harapnya kutukan terhenti seketika....
kesianlah pada insan ini...
"siapa yang cakap hitam2 ni?,nak kena penumbuk"- death vader