APABILA saya menulis beberapa artikel yang menyentuh berkenaan Yahudi dan makar-makar jahat mereka, saya telah diperlekehkan kerana didakwa sentiasa menyalahkan semua malapetaka dan kejahatan di atas dunia ini ke atas bangsa Yahudi.
Mereka terus mempersoalkan saya lagi, adakah kesemua kaum Yahudi itu jahat.
Saya tidak tahu adakah semua Yahudi itu jahat. Secara logiknya, tentulah sesebuah kaum itu tidak jahat atau pun baik kesemuanya. Tetapi di dalam al-Quran, Yahudi disebut sebagai Yahudi, bukan sebagai sebahagian Yahudi atau sekelompok Yahudi ataupun atas perkataan yang membawa kepada bilangan tertentu. Dan saya tahu ada juga orang Yahudi yang mendapat hidayah.
Jika mereka mahu berfikir, saya tidaklah seorang desprado yang menyalahkan orang lain untuk mengelak mengakui perasaan kalah dan lemah saya sebagai Melayu-Islam. Apa yang mereka katakan itu seluruhnya benar. Bahawa kaum Yahudi atau mana-mana kelompok bangsa pun, tidak akan dapat berbuat apa-apa ke atas kita jika kita kuat, tetapi hakikatnya kita tidak dapat menafikan peranan dan pakatan jahat kelompok bangsa tertentu dalam mencatur dan menguasai dunia hari ini.
Benar, kita harus memperbetulkan diri sendiri untuk mengelak dari dipergunakan pihak lain. Kita dipukul kerana kita ini lemah. Kita ditindas kerana kita ini berpecah-belah. Kita sentiasa dieksploitasi kerana kita ini tidak berilmu.
Atau dalam erti kata lain, tidak ada orang yang akan berani memukul kita jika kita ini kuat. Tidak ada yang akan berani menindas kita jika kita ini bersatu-padu. Tidak akan ada yang berjaya mengeksploitasi kita jika kita ini bijak.
Mereka katakan kita harus berfikiran terbuka dan menghadapi keadaan dengan positif. Kita ditipu kerana kita bodoh dan tidak berhati-hati. Benar, benar, dan benar. Saya tidak menolak fakta ini, dan ini adalah hukum alam. Apa-apa yang terjadi ke atas kita, kitalah yang harus dipersalahkan.
Maksud mudahnya, kita harus memperkuatkan diri untuk mengelak dari ditindas.
Sekali lagi, apa yang mereka katakan itu adalah benar. Saya tertarik dengan konsep ini. Biarlah saya kaitkan sekali dengan amar makruf nahi munkar, iaitu menyeru ke arah kebaikan dan menghalang kemungkaran. Ia sebenarnya adalah perkara yang sama, yang saling berkait dan terikat. Seseorang yang mahu bertaubat, jika dilihat kepada sejarah-sejarah yang lepas, mereka sukar meninggalkan kemungkaran yang mendarah daging dalam hidup mereka. Sebaliknya mereka mampu berusaha melakukan kebaikan, yang kemudiannya dengan kebaikan-kebaikan itu akan membuatkan mereka akan menjauhi kemungkaran-kemungkaran.
Lihatlah bagaimana seorang peminum arak yang tidak dapat meninggalkan tabiat itu, tetapi apabila mereka mulai menunaikan suruhan-suruhan agama yang dahulu ditinggalkannya, secara perlahan-lahan dia akan meninggalkan larangan-larangan agama, termasuk arak.
Ia soal hati. Hati itu seperti bekas yang mengandungi kotoran. Apabila ia sentiasa dan terus diisi dengan air bersih setiap saat, mendapan kotoran itu akan keluar, dan berganti dengan air yang bersih. Bayangkan seperti bekas kotor yang diletakkan di bawah paip air yang sentiasa dibiarkan airnya mengalir jatuh memenuhi bekas itu.
Seseorang yang berhikmah yang mahu mengajak seorang peminum arak meninggalkan arak, dia tidak akan menyuruhnya berhenti minum arak secara langsung. Sudah tentu mereka tahu peminum arak itu keimanannya lemah. Logiknya, jika iman mereka kuat, sudah tentu mereka tidak akan meminum arak. Maka dia akan diseru menguatkan imannya dengan melakukan amal kebaikan yang telah mereka tinggalkan, bermula dengan perkara-perkara yang wajib.
Mereka tidak akan tergesa-gesa memberi ancaman neraka kepada peminum neraka, kerana ancaman tidak akan menggentarkan hati yang jauh dari agama. Ilmu tentang azabnya neraka tidak akan mengubah hati yang keras, kerana orang yang atheist, orang yang tidak percayakan kewujudan tuhan, tidak akan takut kepada ancaman neraka.
Mereka akan menyeru kepada perkara asas, iaitu memperbaiki/memperbaharui iman yang ada pasang surutnya.
Malah, dalam majlis agama, tidak ada pendakwah yang secara langsung dan khusus menyuruh kita menderma, sebagaimana tidak ada pendakwah secara langsung dan khusus menyuruh kita menangkap pencuri.
Seperti roda, bahagian atas tidak akan turun ke bahagian bawah jika bahagian bawah tidak naik ke atas. Begitu sebaliknya. Ia gerakan serentak, seperti siang dan malam, gelap dan terang.
Hakikatnya, kembali kepada persoalan asal, semuanya bergantung kepada kita. Seperti yang telah dikatakan tadi, saya ulangi lagi maksudnya, yang lemah dan yang bodoh akan ditindas oleh yang kuat dan yang cerdik. Seperti juga baik dan jahat, ia tidak akan berada di tempat yang sama, kecuali saling mengambil tempat, iaitu apabila usaha kebaikan semakin bertambah pada diri seseorang, usaha kejahatannya akan semakin berkurangan.
Benarlah, kita harus memperbaiki diri kita, menguatkan diri kita dari semua segi.
Tetapi jika kita berjalan dan terserempak dengan sesuatu kemungkaran, misalnya seorang perempuan yang sedang cuba diperkosa, adakah salah jika kita cuba berusaha menghalangnya dalam keadaan kita berkemampuan mengubahnya dengan tangan? Sebagaimana keadaan itulah yang saya lakukan apabila melihat peristiwa-peristiwa dunia dan kaitannya dengan makar-makar jahat Yahudi Zionis setakat pengetahuan saya. Saya cuba memberitahu dan menyedarkan keadaan sebenar, tanpa menafikan keperluan untuk kita memperbaiki diri kita.