[Assalamualaikum...]
**Kenapa aku selalu keputusan idea untuk memberi tajuk kepada entry?
Amaran:Segala medical terms dan prosedur rawatan tidak menepati piawaian. Mohon tidak dijadikan rujukan.
Selasa -
12/3/2013 *Hari menggila*
Aku
melepaskan lelah di ruang legar. Meneguk sedikit demi sedikit air mineral 500
ml jenama Bleu *feveret* sehingga berbaki ~ 250ml. Arghhh..terasa penuh otak aku dengan
ilmu-ilmu yang bercampur aduk. Entah macam mana aku nak separate kan nanti. Guna teknik chromatogaphy barangkali. Hari Selasa adalah hari yang penuh penderitaan. Menyeksa jiwa aku dengan jadual
yang padat dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 6.00 petang. Penutup cawan
berisi Nescafe panas aku buka. Aku hidu aromanya seperti seorang chemist sedang
menghidu unknown chemical. Saraf-saraf terasa relaks. Perlahan-lahan aku hirup
air buatan entah makcik yang mana satu. Mengharapkan sesuatu kemungkinan tercetus.
Seperti tagline Nescafe, “Mencetus Kemungkinan..” *kalo tak tercetus apa-apa
pasni aku saman ko neskepe!”
Aku mula berkhayal
dalam dunia aku sendiri. Baru pekena Nescafe dah jadi macam tu. Kalau meth ice
entah apa pulak yang jadi. Mungkin aku jadi penari tiang agaknya di
tengah-tengah ruang legar yan menjadi tempat laluan orang ramai ni. Rasa
mengantuk mula menerjah. Aii, tak cukup power arr air ko buat ni, makcik! Aku
memaki dalam hati sambil merenung kejam makcik di kaunter yang langsung tidak
berdosa.
Aku
perhati keadaan sekeliling. Agak lengang. “Rezeki ko, Mirul!” Dengan rakus aku
meng‘conquer’ kerusi panjang yang tersedia di situ. Muat-muat untuk meluruskan
kaki aku yang panjang bertaraf model ni. Huhu. Heaven! Berkira-kira untuk
melelapkan mata barang 15-20 minit. Alah, bukannya orang tak maklum.
Satu-satunya manusia yang tanpa segan silu boleh tidur di mana-mana.
Seminit, dua minit, tiga minit…. aku hanyut ke alam
lain dengan white coat semasa kelas praktikal tadi masih tersarung di badan.
******
“Emi..!
Emi..!”
Terbantut
mimpi aku sedang bermain Sahibba dengan Nora Danish. Bingkas aku bangun mencari
arah suara yang memanggil aku tadi. Dalam jarak beberapa meter, aku nampak
Didie dan Mail sedang memapah seorang budak lelaki, aku yakin seorang junior
disertai beberapa orang pak turut yang mengekori dari belakang.
Macam
mana aku tau budak tu junior? Easy, budak tu pakai kad matrik yang disangkut di
leher. Cuma junior sahaja yang bersemangat waja mempamer kad matrik sewaktu berada
dalam fakulti. Pada kad dia, tertera nama Kamil.
“Emi..tolong
budak ni Emi!” Mail memberi arahan. Aku pantas meng‘observe’ jadah apa yang
sedang berlaku. Budak tu dibaringkan di atas lantai. Muka dia nampak pucat dan
berkerut-kerut seperti menahan kesakitan. Sebelah kanan mukanya calar
balar lantas bakal mengurangkan kekacakannya pada masa depan.
“Emi,
tolongla wei!” Mail terus-terusan meng‘order’ aku. Haaramm betul dak Mail nih.
Bentak sanubariku.
“Budak ni
dah kenapa? Ko nak aku tolong apa, sengal?” Aku mula diserang panic at the
disco. Kang termati budak tu, sapa nak jawab?
“Dia
jatuh motor kat depan tu. Nak elak bas. Aku syak bahu dia dislocated.” Didie
explain ringkas.
“Dah,
apsal bawak kat aku. Bawak la gi PK (Pusat Kesihatan)..” Aku dah cemas. Aku
sentuh bahu dan lengan kanan Kamil. Meraung budak tu. Terperanjat aku. Mujur
tak terlempang. Betul la agaknya kata si Didie. Dislocated shoulder.
“Bawak
pegi PK!” Bentak aku.
“Emi, kos
ko kan belajar perubatan kecemasan. Tolong la dia..Wan tengah amik kereta kat Law. Hari tu kan ko ada treat budak bahu
dia dislocate jugak sebab bergaduh. PK jauh kot dari sini.”
“Dr. Asada!”
Aku teringat doktor perubatan dari Jepun tu. Tapi dia tak ada kat sini
sekarang. Menggelabah puyuh aku.
“Emi,
teori dalam buku sahaja tak cukup. Awak kena praktikkan! Pengalaman akan mengajar
awak lebih daripada apa yang saya ajar.” Nasihat Dr.Asada terngiang-ngiang kat telinga.
Masa tu aku menggigil bila berdepan dengan kes kecemasan. Nak terkencing
rasanya berdepan pesakit yang tak stabil.
Secara teori aku boleh dikatakan
antara yang terbaik. Tapi bila bab praktikal..haishh. Tak boleh diharap aku ni.
Lantas, Dr.Asada baringkan budak tu, kemudian pijak bahagian humerus dan kilas
balik tangan yang dislocate. Hippocrates technique for dislocation shoulder. Maksudnya, bukan aku yang rawat budak tu, tapi Dr.Asada.
“Emi!”
Didie menjerit.
“Pegang
tangan dan kaki dia.” Aku mengarah.
“Woi,
budak. Ko tahan sikit.” Sepatutnya
aku bagi sedative dulu, bisik hati aku. Ahh, takpelah kot. Aku angkat tangan
kanan dia. Aku ikut segala teori dan cuba membayangkan cara Dr.Asada dalam
previous case.
Kraakkk..!
“Arghhhhhhhh!!!!”
Kamil menjerit seperti tiada hari esok. Ya, bila rawatan di tangan aku,
berkemungkinan besar memang tiada hari esok untuk Kamil.
******
Bahu
Kamil mengalami keretakan serius. Sudahlah retak, dislocated pulak. Dan bantuan
aku telah memburukkan keadaan.
“Sapa
yang buat Hippocrates technique tadi?” Serius nada Dr. Azura sebaik keluar dari bilik rawatan. Seorang jururawat bernama Athirah mengiringi beliau.
“Err..saya,
doktor,”jawab aku jujur.
“Teknik
awak salah! Awak tak ikut prosedur..!” Jerkah Dr.Azura yang wajahnya sebijik Dr.Kato.
Dr.Azura kemudian
memandang aku atas bawah atas bawah seperti terpegun dengan kekacakan aku.
Begitu juga dengan misi bernama Athirah tadi.
“Awak
pelajar perubatan?” Soal doktor lewat 30-an itu.
“Ya,
saya.”
“Siapa
ketua kamu?”
“Dr.
Asada.”
Berkerut
dahi Dr.Azura. “Dr.Asada? Siapa Dr.Asada?”
“Emi, ko
ni student Analisis Forensik la!” Athirah memukul aku dengan fail pesakit yang
di bawa bersama.
“Hah?
Mana ada. Aku student Medical.” Aku menafikan tuduhan Athirah.
“Tu ko
jaket FORSIS ko pakai tu apa?”
Aku
memandang ke bawah. “Mana white coat aku tadi?” Tiba-tiba berganti dengan jaket
biru hitam Forensic Analysis.
“Dah,
saya tak peduli. Sama awak bodoh ke hape, awak dah mendatangkan kecederaan
kepada pesakit. Tambahan pulak, awak bukan pelajar perubatan dan awak takde
tauliah untuk memberi rawatan kecemasan. Saya dah call polis. Sekejap lagi awak
deal dengan mereka.” Dr.Azura berlalu pergi.
“Doktor,
saya pelajar perubatan la…” Serta merta polis tiba. Menggari tangan aku.
“Dr. Azura!! Saya student Medic!!! Percayalaaaaa...!!” Dr.Azura menghilang dari pandangan. Aku meronta mahu melepaskan diri. Agak-agak menyampah/terengsa menengok aku meronta, sarjan tu hentak belakang aku. Aku tumbang. Dengan pantas, Athirah menyuntik aku dengan err..entahla..
"Doktor..saya student Medic.." Mata aku berpinar. Overdose ke hape nih?
“Takkk..ko
amik forensik, Emi.” Athirah berbisik di telinga aku. Senyuman penuh kesadisan terukir di bibir.
Bayangan
laptop, headphone, scalpel, external hard disk, tweezer, VLC media player, Kato-sensei, Asada-sensei,
Team Medical Dragon, nescafe panas bersilang-silang di mata.
Damn it!
-Tammat-
Ok, tu je..
Terima kasih kerana sudi membaca.
Adios!