Assalamualaikum..
.......
Sebagai sahabat, kita selalu kena beralah dengan sahabat yang
lain demi menjaga hati mereka walaupun hakikatnya kita yang makan hati. Terlalu
banyak perangai manusia yang bercanggah dengan prinsip hidup kita. Nak tegur,
takut putus kawan sampai bermasam muka. Bila kita tak tegur pulak, makin
menjadi-jadi perangai. Then, how? Ayat feveret yang selalu sangat orang cakap,
“Sabar jela.” Memang la sabar bila tak kena kat batang hidung sendiri, ye tak?
Yes, SABAR is the
best solution bila keadaan di luar kawalan kita.
“Tapi, sampai bila nak sabar??” (jawapan feveret mangsa
keadaan)
Sampai dorang sedar yang kita ni dah lama memendam rasa yakni
bengang, marah, sedih etc, ke sampai kita dah ‘meletup’? Aku pun tak tau.
Pengalaman duduk kat hostel, kolej kediaman dan jugak rumah
sewa banyak membentuk aku menjadi seorang yang suka memerhati keadaan
sekeliling. Aku jarang menyuarakan isi hati aku. *Isi hati bai, ko mampu guna
perkataan tu? Hahahaha…* Pasal bila aku bengang, otometikli perasaan tu akan
terzahir kat muka aku yang fotogenik nih. Berikut antara hasil pemerhatian dan
kajian aku. Huhuhu…
Kes 1 (Rumah sewa)
Nama: Mr Blueberry
Balik-balik muka aku yang bersihkan toilet, sedangkan yang
guna toilet tu bukan aku sorang. Sinki tu dah sampai berkulat, dorang boleh je
buat bodoh. Takde usaha langsung nak bersihkan. Lantai bilik air, tak yah
cakap. Berlumut tu konpem. Mangkuk tandas?? Sedangkan sinki pun dorang tak
usik, inikan pulak mende alah tu. Kadang-kadang aku rasa malu sangat bila
kawan-kawan kelas aku datang, nak tumpang guna toilet, toilet plak cam hazab.
Aku nak tegur, tapi aku takde kekuatan, semua sebab yang aku tegur tu, roommates’
aku. Buatnya dorang sentap, terus dorang pulaukan aku. Sedangkan yg sepatutnya
marah tu aku. Nak tak nak, aku jugak jadi pak cik cleaner. Mampu ke aku
bersabar??? Mampu ke aku?? Mampu?? (sorry, emo plak)
Kes 2 (Kolej kediaman)
Nama: Cik Sharifah Sufiah Sofia Sephia Safiya bt Syed Hakim Hakimi
Saya selalu solat dan mengaji dalam bilik. Tapi, masalahnya,
kawan-kawan saya selalu bersembang dengan volume yang kuat seolah-olah tak nampak
yg saya tengah solat. Bila saya tengah mengaji, dorang boleh plak gelak
kuat-kuat sebab anime yg dorang tengah tengok kelakar tak hengat. Macam tak dengar je saya tengah mengaji.
Saya nak
tegur, tapi tu semua kan atas kesedaran sendiri. Takkan dorang tak tau, kita
kena menghomati orang tengah solat/mengaji atau lain2 ibadah. Sedangkan
non-Muslim pun boleh menghormati Muslim yang lain, inikan pulak sesama Muslim. Bila
time Subuh, kalau dorang bangun solat dulu dorang tak pernah kejut saya
walaupun kami sebilik. Dah banyak kali saya buat survey. Lagi satu, kalau saya
nak tegur, saya takut dorang cakap “Macamla ko tu bagus sangat!” Walaupun dorang
tak cakap depan2, maybe dorang cakap dalam hati. Adakah tindakan saya berdiam
diri ini dianggap sebagai sabar, atau memendam rasa?
Kes 3 (Rumah sewa)
Nama: Encik Gitar (takde nama lain ke bro?)
Gua ni kira budak skema tapi takder r skema mana. Cuma gua
ni set2 budak study. Masalahnya, member gua dua tiga ekor nih, macam tak paham
yang gua tengah study. Dorang boleh pulak pasang lagu kuat2 macam nak kasi
pecah speaker laptop tuh (kalo pecah bagus jugak). Macam dorang je ada laptop.
Lagu plak, type yang tak masuk ngan telinga gua. Gua mane layan lagu lama-lama
time 90’an, 80’an, jiwang karat.
Bernanah je. Gua tak layan r. Lain r kalo main lagu Korea. Tu baru gua layan.
Tu baru dua tiga contoh dalam kategori persekitaran tempat
tinggal. Belum lagi kat kelas, tempat kerja. Macam2 lagi la. Pening dol!
Bila aku berdepan dengan situasi-situasi di atas, yang aku
perasan, aku pendam je. Kira cam bersabar la. Huhuhuhu... Pastu mengomel sorang-sorang sama
ada dalam hati atau pun dengan dinding. Kalo yang jenis peduli hati kawan2, dorang
akan nampak face expression aku berubah. Aku tak nak tegur sebab aku takut ayat
aku nanti menyebabkan kawan-kawan aku terasa. Bila aku berkias, dorang mungkin
tak faham. Kalau aku cakap berlapik contohnya,
“Wei, aku dah settlekan mende
alah ni, pasni korang pulak eh?”
Kemungkinan besar dorang takkan buat.
Kesudahannya, aku jugak yang buat. Aku memang lemah dalam hal menegur tanpa
menyakitkan hati sesiapa.
Kita tak cakap kita bagus, rajin ke hape, tapi bila sampai
ke tahap perkara-perkara yg menjadi fitrah manusia, (kebersihan, ibadah, hak
privasi) tak di ambil pusing, macam mana tu?
Ok, sabar merupakan salah satu sifat yang perlu terutamanya
masa bulan Ramadan ni. Menahan diri daripada melakukan perkara2 yang boleh
membatalkan puasa dari terbit fajar
hingga terbenam matahari disertai dengan niat menurut syarat2 tertentu. Betul
tak? Menahan diri daripada makan dan minum, insya-Allah, boleh lagi kita
bersabar dengan dugaan tu, tapi macam mana pulak dengan dugaan yang datang dari
kawan2 kita? Terutama bila kita tinggal serumah atau sebilik dengan dorang.
SABAR jela.
“Dan sabar itu lebih cantik….”
Apa pendapat korang?
Ok, tu je..
Terima kasih kerana sudi membaca entri aku..
Adios!
p/s i love you: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan walaupun arini dah masuk
hari kelima. Lambat betul aku nih..huhu Oleh kerana itu sebelum apa-apa, aku nak jadi
orang pertama yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan
Batin.. boleh tak?