Tuesday, August 31, 2010

Selepas 17 tahun...



Assalamualaikum...salam khamis semua!


Semalam tuan rumah tak update..menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas2 hakiki..hari ni mencuri sedikit masa nak update kisah yang berlaku hujung minggu lepas :D



Selepas 17 tahun aku dan kawan2 meninggalkan sekolah rendah kami SKSP..akhirnya pada hari sabtu lepas kami bersua muka kembali..it was just a small reunion..a beginning to a bigger one! Kisahnya semua bermula dari FB..sememangnya aku ada juga berhubung dengan beberapa orang kawan sekolah rendah di FB terutamanya yuhaniza (kawan baik masa sekolah rendah), dan sarah nadia (kawan baik jugak merangkap saudara kat kampung)...suatu hari tak disangka-sangka kami bertemu semula dengan guru kelas kami yang terlalu banyak berjasa kepada kami semua terutamanya geng2 6Berlian (6B)..cikgu yang aku maksudkan ialah Cikgu Hasni Abas..


Dah lama sebenarnya aku dok mencari-cari Cikgu Hasni..alhamdulillah akhirnya bertemu juga di FB..bermula dari situ, ramai lagi kawan2 lama 6B telah dapat dikesan..bekas ketua darjah kami, tok mat mengetuai misi mencari kawan2 lama..dan akhirnya semua sepakat nak berkumpul di rumah Cikgu Hasni pada hari raya ketiga nanti di Kupang, Baling..malangnya aku tak dapat ikut serta memandangkan pada masa tu aku masih lagi beraya di Endau, Johor..


So, sebelum reunion di Baling, kami yang beberapa orang ni merancang nak buat small reunion..lepak2 dan sembang2..so, dapatlah mengumpulkan kami berempat..aku, yuhaniza, shaliza, tok mat dan fatim nor mizan..tempat pertemuan ialah di Mc D berdekatan Politeknik Seb. Perai..seronok sangat malam tu bersembang dan mengimbau kembali kisah2 lama zaman kanak2...harapnya dapat ketemu lagi ya!





inilah tok mat..bekas ketua darjah kami..sekarang ni dilantik menjadi ketua reunion pulak!




fatim nor mizan..orangnya sangat sopan dan tertib :) dah anak 2 dah..dulu jiran aku, my mama n mak fatim kawan baik jugak dulu2..sekarang dah pindah jauh sikit rumahnya



shaliza n amzar, baby boy yang sangat ciut dan energetic!



my hubby and atif yang sibuk dengan toy dia..suami shaliza ber t-shirt merah




kami berlima..shaliza, fatim, tok mat, aku dan yuhaniza




ni gambar kami masa darjah 6 dulu..aku dan yuha duduk sebelah cikgu hasni..fatim barisan depan tiga dari kiri..tok mat pulak barisan depan 2 dari kanan..shaliza barisan tengah, 6 dari kanan (credit to FB sahabatku mashitah)


Minggu depan hari Selasa malam akan gerak ke KL..transit jap kat rumah paksu aku di ampang, pagi2 Rabu akan bertolak balik ke Endau..mood raya dah maiii dahhhh...balik kampunggg ooo balik kampunggg...huhuhuhhu...kepada yang akan bertolak balik kampung, berhati-hati di jalan raya k!


Monday, August 30, 2010

Pertemuan pertama...

Assalamualaikum..wahh dah seminggu blog ni tak ber'update'..hari ni meluangkan sedikit masa nak update cerita minggu lepas walaupun ala2 nak basi dah :D

Isnin lepas, buat pertama kalinya aku bersua muka dengan Kak Ieda dan keluarganya..kebetulan aku order cheese tart yang dipromosikan oleh Kak Ieda di blog..so, saja je nak try sebab blueberry cheese tart sememangnya kegemaran aku..tak sangka pulak Kak Ieda sudi nak hantar 'by hand' lagi tuh..

Hari Isnin malam minggu lepas kami bertemu di restoran tomyam depan rumah aku..tak sempat nak bawak Kak Ieda sekeluarga ke rumah..nanti raya wajib kena mai Kubang Semang lagi ye kak!

Rupa-rupanya Kak Ieda ada kawan yang tinggal di kampung aku jugak...masa aku sampai si tecik nabila takde..rupa-rupanya telah di'kidnap' oleh rakan Kak Ieda bawak balik rumah :D Selepas nabila dihantar semula ke restoran..haaa barulah dapat jumpa dengan si tecik yang comel dan manja tu..terkejut jugak sebab nabila sangat cepat mesra dengan orang walaupun baru pertama kali berjumpa..

Kak Ieda pulak, bila aku mula2 sampai di restoran..dia perasan encik atif dulu..barulah perasan mama encik atif ni..maklumlah encik atif je yang banyak muncul dalam entry2 dalam blog ni kan..

Seronok sangat bersembang dengan akak dan suami, abang azam..ramah tamah macam dah kenal lama...inilah 'kuasa' blog ye..maklumlah hari-hari dok membaca perkembangan masing2..bila berjumpa secara 'live' memang seronok..

Terlupa pulak nak snap gambar cheese tart yang comel2 tu..thanks Kak Ieda dan suami sudi hantar order tu ye..harapnya raya nanti boleh jumpa lagi..jangan lupa datang rumah..kami pun kalau berkesempatan nak jugak ke merbok :D Atif pun tak puas lagi rasanya main2 dengan nabila..seronok tengok telatah depa berdua..

Oklah, layan gambar2 yang sempat di'snap' malam tu..syok bersembang tak sempat nak ambik gambar banyak2..lagipun atif je dok sibuk nak pegang kamera!

me n nabila


me, nabila plus atif (nabila muka mcm mengantuk lagi, sebab tidor dalam kereta on d way ke sini)


abang azam yang ramah dan ceria :D


kak ieda dan family..di sebelah kanan akak tu, nurul anak dara dia yang manis dan sopan santun je..anak sulung akak takde pulak dalam gambar ni..


p/s: Isnin lepas menerima berita gembira..my SIL dah selamat melahirkan baby girl Damia Nur Humaira..ni kiranya anak saudara aku yang pertama lah ni..tak sabarnya nak balik beraya di Endau, nak jumpa baby baru :D


Tuesday, August 24, 2010

Berbuka puasa bersama baba..


Ahad lepas, kami sekeluarga ke office my baba untuk berbuka puasa bersama-sama..bukan senang nak berbuka puasa dengan baba :) Di samping dapat berbuka bersama, dapat la tukar angin sikit..lagipun dah lama dah tak buka puasa di masjid ni..



my hubby, syukri dan nuha..ceria nak berbuka puasa (my hubby je mula letih :D )




menu berbuka..nasi arab sumbangan students arab..nasi daging yang dimasak oleh masjid..kuih yang kami beli dan rambutan tu ntah siapa yang bawak..




baba sibuk melayan kami :)



inilah dapur di masjid..periuk besaq2..bekalan beras pun masih banyak lagi..ye la, sehari berapa puluh kilo punya dok masak..





students yang dok menunggu waktu berbuka..dulu zaman belajar ada jugak aku and d gang mai makan kat masjid..yang pastinya, budak lelaki takkan miss punya berbuka di masjid, jimat beb!



encik atif..orang dok sibuk nak berbuka puasa, dia dok kalut dengan aktiviti sendiri





ruang berbuka puasa di sekitar masjid..dan pintu utama Masjid Al Malik Khalid

sebelum balik my hubby sempat beli air kat gerai arab berdekatan masjid..gerai ni dibuka setiap hari..kat sinilah kami selalu dapatkan bekalan minyak zaitun, halawa, nasi arab, roti arab, buah zaitun, kacang phool dan macam2 lagilah..

Monday, August 23, 2010

Kunjungan balas


Assalamualaikum...


Salam Isnin semua :D


Kalau entry sebelum ni bercerita tentang berbuka puasa di rumah paksu..Sabtu lepas paksu sekeluarga membalas kunjungan, dan datang beramai-ramai berbuka puasa di rumah kami pulak..



inilah juadah berbuka puasa kami sabtu lepas..


gambar atas: ketupat daun palas dan rendang ayam (aku beli kat pasar Ramadhan Seberang Jaya..sedappp sangat!) gambar bawah: menu utama kami..sejenis nasi arab 'nasi salit' yang menjadi kegemaran kami sekeluarga dari dolu2 :D (kalau orang arab buat dengan kambing, kami selalu buat ayam je...)

menunggu waktu berbuka..my makteh gigih menuang air :)


budak2 kecik yang memeriahkan suasana..atif dan amrina



Later that night, pak ngah dan mak ngah bersama anak2 dan menantu datang...hari Jumaat lepas, mak kepada mak ngah (tok) telah meninggal dunia...so, diaorang balik beramai -ramai dari KL..kali terakhir aku jumpa dengan tok semasa kenduri mundir dan udin sebelum puasa hari tu..pada masa tu pun keadaan tok dah tak berapa baik..semoga rohnya dicucuri rahmat..AMIN!


So, sempatlah diaorang makan 'nasi salit' malam tu..ibu kepada ayesha (isteri mundzir) , aunty zainab pun datang jugak..aunty ni memang sporting..syok kalau sembang ngan dia..nanti raya aunty datang lagi k!


acara makan2 lagi!

Begitulah kisahnya hari Sabtu lepas yang meriah :D

Friday, August 20, 2010

..............



...........semalam dan hari ni tuan rumah tak update..........huhuhu....minggu depan nak kena hantar final exam questions........tapi tak buat lagi........makanya tuan rumah tengah risau dan stress ni.......walaupun ada cerita2 yang nak di'update' tapi tuan rumah tak sempat nak buat lagi..waaaaaaaaaa :( insyaAllah, nanti tuan rumah dah ok, akan keluarlah cerita2 baru ye...........

SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA :D dan
SELAMAT BERCUTI DI HUJUNG MINGGU!

Wednesday, August 18, 2010

Berbuka puasa di rumah paksu..



Assalamualaikum...sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 kita berpuasa :D

Semalam al kisahnya kami sekeluarga berbuka puasa di rumah paksu aku di Sungai Semambu..kalau dari rumah aku dekat je, dalam 5 minit..rumah paksu ni ialah rumah peninggalan arwah tok ayah dan arwah nenek sebelah my mama..so, rumah tu banyak menyimpan kenangan kami bersama arwah dan sepupu sepapat masa kecik2..dalam tahun 2003 kami sekeluarga pernah berpindah ke rumah paksu sekejap (selepas arwah maksu meninggal) sebelum berpindah ke rumah yang kami tinggal sekarang ni..


Sebelum ke rumah paksu, dalam jam 6.30pm aku ke pasar Ramadhan dengan my hubby dan atif..mula2 tu taknak bawak atif, sekali merajuk pulak nak ikut,so bawaklah dia sekali..alih2 tengah dok membeli belah, hujan turun selebat-lebatnya..nasib baiklah semua gerai ada atap zink..kami tumpang berteduh di gerai abang laksa campuq (dah tumpang kat situ, 'terpaksa' beli 3 bungkus..wakaka) nasib baik hujan sekejap je..pakaikan plastik kat kepala encik atif sebab masih ada sisa2 hujan lagi :D


Dalam pukul 7.15pm kami sampai rumah paksu..macam2 ada..paksu pun membeli belah kat pasar Ramadhan yang sama jugak..



cucoq cempedak (digoreng oleh mak teh), roti sosej (dibeli oleh paksu), roti sosej lagi (my mama buat sebab anak2 paksu sangat suka ini roti), donut keras (paksu beli- walaupun keras last2 habis jugak), cucoq jagung (aku beli) dan shepard's pie (my mama buat, yummy!!)




atif yang ceria menunggu waktu berbuka puasa (tapi sah2 le dia tak puasa)





syukri (my cousin) yang bercuti di rumah kami dan menjadi mangsa buli atif tiap2 hari :D, sweet ain (anak paksu), dan paksu a.k.a tuan rumah bersama menu mee kuah yang dimasak sendiri oleh paksu (sedap jugak!)




acara menunggu waktu berbuka beramai-ramai..huhuhu




aktiviti atif, amrina dan ain selepas berbuka puasa



tengok kan aku dah kata...kesian syukri menjadi mangsa buli kanak2 ribena ni


Mama, my hubby, dan syukri sembahyang tarawikh dekat surau sebelah rumah paksu ni je..so dalam pukul 10pm kami balik le rumah..penat jugak rasanya semalam, balik rumah aku terus tertido..wuhuhuhu.. Atif pulak dahlah kat rumah paksu main sampai tak ingat dunia, balik rumah main lagi..aku pun tak pasti pukul berapa dia tido semalam :D


Monday, August 16, 2010

Misi mengecat rumah :D



Selamat petang semua..pastinya kawan2 sibuk memikirkan juadah berbuka puasa hari ni ye..

Hari ni update di petang hari selepas selesai kelas...pagi tadi banyak pulak kerja yang nak diselesaikan terlebih dulu..


Card reader baru pun telah berjaya dibeli semalam..huhuhu..RM10 je, kalau rosak lagi takdelah sakit hati sangat!


Hari Sabtu tengahari aku, my hubby dan atif ikut my mama ke kedai hardware di Bandar Perda untuk melaksanakan misi my mama untuk mengecat rumah (dah lama tk cat..lagipun encik atif yang kreatif telah menghasilkan karyanya di dinding2 rumah dengan jayanya)



Al-kisahnya, no siri cat tu pun kami dah tak ingat sebab dah lama..sekarang ni pulak cat dah keluar jenis lain, dah takde yang jenis lama tu..so, kami gamble je lah pilih warna yang lebih kurang sama :)


Aku ni setaraf le dengan atif, tak pernah pi kedai beli cat..so, dok ter'jakun' seketika tengok apek kedai mengadun cat2 tu..aku ingat beli terus macam tu je...rupa2nya dia campur warna cat dalam cat putih ikut percentage colour depends on the colour selected..aku dengan atif dok terkagum tengok mesin pengadun dok bergegar..ntahapaapantah..nasib baik aku ikut kali ni, kalau tak memang sampai bila aku tak tau proses tu wujud..


proses mengadun cat


Atif lagila sibuk dekat kedai tu, siap cakap dengan mak tok dia nanti dia nak tolong cat sekali..siap marah lagi kat aku bila aku kata 'atif tolong tengok je tau'...alamatnya nanti mak tok atif nak buat kerja pun tak senanglah sebab ada assisstant kecik sorang!



latihan mengecat


Petang semalam my hubby dah cuba cat sikit bahagian feature wall..nampak ok cat tu..walaupun kami tak ingat no siri tapi nampaknya warna tak lari dari warna yang sebenarlah..huhuhu


hasil pembelian di kedai hardware



atif yang sibuk dengan mak toknya



Apakah menu berbuka puasa kawan2 hari ni?Aku belum fikir lagi..hahahaha..

Friday, August 13, 2010

Meriahnya Bazar Ramadhan..



Semalam selepas balik office sempat aku membeli-belah di bazar Ramadhan yang dekat dengan rumah..bazar Ramadhan Kubang Semang nama dia...dekat dengan masjid Kubang Semang..bazar Ramadhan ni memang dekat 'giler' lah dengan rumah aku, kalau jalan kaki pun boleh...lebih afdal lagi kalau jalan kaki atau naik motor memandangkan kesesakan adalah amat melampau sekali..tu yang aku malas nak pi naik kereta..semalam, disebabkan balik dari office terus singgah, so naik kereta jugaklah kan..tapi tkpa sebab my hubby ada..huhuuhuu..so aku tak kisah sangat sebab dia yang drive balik rumah..


Setiap hari kalau balik rumah hari jumaat memang sesak kawasan bazar Ramadhan ni, sebab hari jumaat ialah hari pasar malam..di bulan Ramadhan ni, maka nya jalan tersebut sesak setiap hari ye kawan2....memang meriah sangat..yang paling tak tahan sekali bila kereta yang diparking ikut suka saja..dahle jalan sesak, parking ikut dan saja (bahasa orang utara..huhuh)..so, bertambah sesaklah jalan tu..


Semalam agak tergezut jugak aku melihatkan kesesakan yang amat sangat di jalan tali air berhampiran bazar Ramadhan tu..nampaknya lebih hebat lagi dari tahun lepas..ni aku rasa mesti rakyat2 di luar kampung aku pun dok mai membeli-belah kat sini..tu yang ramai sangat rakyat jelata tak terkira dah nih...nasib baik aku parking kat tempat yang baikkk punya :) kalau tak dengan aku2 sekali terbabit..


Jualan juadah berbuka puasa tak payah cakaplah..macam2 ada..tapi kesukaan aku tak lain tak bukan laksa campoq (laksa penang plus sambal sotong kering, cucoq udang, tauhu manis), nasi kerabu dan laksam yang original ye (bukan yang orang penang buat pastu tak jadi pastu aku rasa nak marah!) original tu maksudnya yang dibuat oleh rakyat kelate sendiri ye :D Semalam dapatlah aku membeli laksa campoq kegemaranku itu..jalan2 lagi baru nampak nasi kerabu dan laksam original....(tiba2 rasa nak beli jugak..nafsu btoilah!) bak kata mama aku..puasa sebulan..toksah dok ikut nafsu sangat..hihihihi!


Juadah berbuka semalam semuanya ialah hasil pembelian aku n my hubby di bazar..mama buat cucoq jagung..aku beli nasi ayam untuk encik atif, nasi tomato untuk syukri (sepupu aku), laksa campoq untuk aku dan mama, kuih-muih my hubby punya, kebab my mama punya jugak (aku beli atas andaian aku sendiri :P )..air tiga jenis tuh..sirap selasih, soya dan tebu (yang ni tak membazir sebab habis!)..pastu mak teh aku hantaq pulak cucuq ubi, hotdog dan bihun goreng...aiyakkkk!!


Alhamdulillah..semuanya selesai..adalah kuih2 sikit tak habis aku tengok masa sahur nanti..hari ni mama pesan toksah beli kuih muih dah sebab dia nak buat cucoq udang, yahooo! So, hari ni aku berazam nak beli nasi kerabu dan laksam original ye kawan2..boleh gitu? meriah sikit hari ni sebab adik2 aku, nuha dan widad balik rumah :)


p/s: entry tidak bergambar memandangkan card reader baru masih belum di beli lagi....wuhuhu :(


Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan..


Assalamualaikum...


Salam Ramadhan semua...hari ni dah 2 Ramadhan ye..selamat berpuasa kawan2..semoga Ramadhan kali ni dapat menjadikan kita insan yang lebih baik..insyaAllah...


credit to ILUVISLAM.COM


Tuan rumah bercuti semalam disebabkan 1 Ramadhan seluruh Kedah bercuti..my hubby pulak sekolah ambik cuti peristiwa...so, kami sama2 bercuti :) kebetulan semalam ialah hari atif bertemu Dr Yeoh (monthly check up), so dari pagi sampai tengah hari kami di Penang GH..


Bila dah masuk bulan puasa ni, my baba pulak akan sibuk di tempat kerja kerana menyediakan juadah berbuka puasa untuk students dan staff..tiap2 hari baba akan berbuka puasa di tempat kerjalah jawabnya..tinggallah aku, mama dan my hubby je berbuka puasa di rumah (encik atif tak dikira sebab tak puasa..hihihi) maka nya semalam kami telah berbuka puasa di kedai..wakakaka...di Route 69 Bandar Perda, BM..tak bestlah bukak puasa kat luar..kat rumah lagi best maaa..hari ni nak menjenguk bazar Ramadhan kat rumah lah pulak!


Teringat pulak kenangan Ramadhan tahun lepas...masa tu atif baru lagi disahkan menghidap leukemia..dan pada masa tu jugaklah atif dijangkiti H1N1..1 Ramadhan tahun lepas berpuasa di hospital sehinggalah 6 Ramadhan..lepas tu bila atif dah dapat keluar wad..barulah dapat berpuasa di rumah..itupun tahun lepas sepanjang bulan puasa asyik berulang-alik ke hospital disebabkan kena ikut jadual rawatan atif...kenangan yang tak akan dapat dilupakan sampai bila2..sememangnya pengalaman itu mengajar aku erti kesabaran dan kasih sayang yang sebenar...


Tahun ni alhamdulillah..dapat berpuasa di rumah dan berbuka bersama keluarga..dan yang paling manis sekali melihat perkembangan positif atif..yang semakin sihat dan ceria...semoga atif kekal sihat dan ceria untuk masa akan datang..AMIN!


Monday, August 9, 2010

Mencari ruang..


Assalamualaikum kawan2...


Tuan rumah ini sedang mencari-cari masa dan ruang untuk meng'update' blog yang dah hampir bersawang...banyak tugas2 hakiki nak disiapkan terlebih dahulu..semalam baru balik dari wedding my cousins di KL..keletihan itu masih terasa..huhuhuhu..insyaAllah akan 'update' dalam masa terdekat..terima kasih kepada semua yang datang mengunjungi ye :D
p/s: alamak..card reader rosak pulak dah...terbantut hasratku meng'update' :(

Tuesday, August 3, 2010

Aktiviti Malam Sabtu...



Hari sabtu malam yang lepas ke SCM nak membeli thumb drive baru memandangkan yang lama sudah terkena jangkitan virus..hihihi..malangnya tak berjumpa pulak yang berkenan..encik atif pulak sibuk betul nak beli 'barang' dia...beli lah jugak kat dia mainan gasing yang dia nak tu..
sibuk dengan gasing dia
Dah taktau nak jalan2 mana lagi, singgahla makan di Korean BBQ Chicken kat tingkat atas SCM..selalunya servis kat sini boleh dikatakan lambat jugak, sebab pekerja dia sikit..tapi kali ni cepat sikit, maybe sebab kami order yang simple2 je...pernah sekali tu makan kat sana dekat sejam menunggu..kalau lapar parah jugak la kan!
BBQ Chicken

mama n abah with atif..

inilah makanan kami malam tu :)

Dalam dok tak membeli apa2 tu pun, 2 jam lebih jugak kami kat dalam SCM..tapi balik dengan tangan kosong je lah...encik atif je dapat apa yang dihajati :) Anyway, alhamdulillah semalam dapat berjumpa dengan thumb drive yang diingini di Giant Kulim..

Monday, August 2, 2010

Kehilangan...



Assalamualaikum..Salam Isnin semua..semoga minggu baru ini membawa rahmat dah bahagia buat kita semua..semoga Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan (minggu depan) yang dinanti-nantikan oleh muslimin dan muslimat seluruh dunia..


Sedar tak sedar dah genap seminggu pakcik suhaimi kembali bertemu Yang Maha Esa...kehilangan beliau masih lagi dirasai dalam keluarga kami...apatah lagi buat ibu bapa pakcik, cik fadilah, izni, ikhlas, ilham serta adik2 beradik pakcik yang lain...bukannya aku tak pernah mengalami kehilangan sebelum ini...tapi kali ini sedikit berbeza rasanya..mungkin kerana keluarga kami memang rapat dengan keluarga arwah..anak2 arwah pakcik (sepupu2) dari kecik rapat dengan kami adik-beradik..hujung minggu selalunya diaorang pasti meluangkan masa datang ke rumah kami..jadi, kehilangan kali ni pastinya amat memberikan kesan mendalam buat kami semua...



Lebih kurang tujuh tahun yang lepas...arwah mak su nor (isteri kepada paksu yang merupakan adik bongsu mama) meninggal dunia...meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil, fahmi pada ketika itu berumur 7 tahun, hidayat 5 tahun, dan ain baru berusia 8 bulan..situasi ketika itu amat menyayat hati..sekarang, setelah 7 tahun berlalu..alhamdulillah, anak2 arwah membesar dengan baik walaupun pelbagai onak dan duri ditempuhi oleh anak2 kecil itu..kami sekeluarga mencuba sedaya upaya untuk melimpahi mereka dengan kasih sayang, walaupun pastinya tidak sama sekali setanding dengan kasih seorang ibu..



Minggu lepas, kehilangan 7 tahun lepas yang pedihnya sudah hampir hilang..muncul kembali...kali ini cik fadilah dan anak2 pula yang terpaksa akur dengan kehilangan seorang ketua keluarga yang amat dikasihi..bermula dengan sakit yang tidak tahu apa sakitnya beberapa bulan lepas, tidak disangka-sangka bahawa ia melarat sehingga membawa kepada kehilangan nyawa arwah pakcik suhaimi...



Ayah dan ibu kehilangan anak lelaki sulung mereka..seorang isteri kehilangan seorang suami yang penyayang...anak2 kehilangan seorang ayah sangat rapat dengan mereka..sebuah institusi pendidikan kehilangan seorang pendidik yang sangat komited dengan kariernya..seorang penyelidik yang sangat tekun dengan penyelidikannya..kami sekeluarga kehilangan teman makan dan bersembang...pasti baba aku amat terasa sekali dengan pemergian pakcik memandangkan arwah merupakan rakan borak terutamanya mengenai hal2 kerja dan hal2 politik semasa...




Minggu depan kita akan menyambut Ramadhan..insyaAllah...pastinya ingatan terhadap pakcik akan lebih lagi memandangkan arwah memang seorang yang suka makan...kalau datang berbuka puasa di rumah, macam2 juadah dibawa bersama...kegemaran pakcik; teh ais mamak, lepat pisang, dan pengat (serawa) pisang...pastinya ahli keluarga arwah akan lebih merinduinya nanti..apapun aku pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...semoga Allah memberikan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga untuk menghadapi saat2 kerinduan ini..



Buat cik dan sepupu2 yang disayangi...kami akan sentiasa bersama kalian!


Semoga roh arwah pakcik suhaimi ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..AMIN!


p/s: mintak maaf kerana masih tak sempat menziarahi kawan2 hari ni...insyaAllah akan jalan2 esok :D