RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
Advertise Now!

Sunday, October 11, 2015

Perkataan KVKKVKK

Posted by Sham_esse at 6:52 PM 0 comments
PERKATAAN KVKKVKK

Kali ini saya ingin berkongsi perkataan kvkkvkk. Bahan ini adalah bahan PERCUMA hasil ciptaan saya sendiri menggunakan clip art yang diambil dari google . Berfomat pdf tidak boleh diedit. Download font dari blog ini jika ingin mengekalkan font yang sedia ada.Tengok iklan yang ada kat blog untuk menyokong kami dan untuk kami terus memberikan Cikgu bahan secara PERCUMA. Semoga perkongsian ini memberikan mafaat kepada Cikgu semua. Klik like dan share jika suka.
 
Sila download menggunakan link di bawah:


* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran kerja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 

Sunday, August 9, 2015

Cara Untuk Mengesan Handphone Anda Jika Hilang Atau Dicuri

Posted by Sham_esse at 7:54 PM 0 comments
Mengesan handphone Android anda yang hilang dicuri orang bukanlah perkara yang sukar untuk dilakukan. Janganlah panik kerana semua data dan fail terdapat di telefon bimbit yang hilang tersebut.

Kita dapat melakukan suatu perkara sebelum telefon tersebut digunakan orang lain. Pada dasarnya hal yang lebih penting itu adalah apa yang tersimpan di dalam telefon tersebut.

Mengetahui lokasi telefon bimbit yang hilang boleh dilakukan dengan mudah asalkan kamu memasang aplikasi keselamatan di dalam telefon tersebut. Aplikasi dalam talian tersebut boleh dikesan kewujudannya melalui komputer. Oleh karenanya semak beberapa cara berikut.

Google ADM

Android Device Manager (ADM) adalah aplikasi yang dimiliki oleh Google secara rasmi. Alat ini mempunyai fungsi untuk mengesan telefon bimbit Android kamu. Aplikasi ini sangat mudah digunakan, selain itu juga percuma.

Syarat yang harus dipenuhi untuk mengesan telefon bimbit anda adalah terhubungnya telefon anda dengan akaun Google. Tidak dalam keadaan mati dan harus juga dihubungkan ke internet.

Aplikasi ini juga dapat mengawal device dari jarak jauh, misalnya boleh memberikan bunyi terhadap telefon ataupun memadam fail-fail yang terdapat di dalam telefon tersebut


Tuesday, June 23, 2015

Slow Learner / Lembam

Posted by Sham_esse at 6:04 PM 0 comments

 APA ITU SLOW LEARNER / LEMBAM

Slow learner atau lembam ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas/ kurikulum/ di sekolah biasa. Mereka terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah/ objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

 Menurut Brennan (1974) - murid-murid jenis ini dikenali sebagai murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.

 PPK 1984 mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersikap negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkahlaku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri.

DEFINISI

Slow learner disini bermaksud kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, dia terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

CIRI-CIRI

- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Kognitif.
  •  -Lemah tidak memahami konsep.
  • -Lemah dalam penerimaan konsep baru.
  • -Tumpuan perhatiannya terhad.
  • -Tumpuan mudah terganggu.
  • -Mudah lupa dan ingatan singkat.
  • -Kurang daya cipta.
  • -Lemah dalam membuat hubungkait.
  • -Lemah dalam kemahiran 3M.·   
·        Psikologi.
  • -Kurang keyakinan diri.
  • -Kestabilan emosi terganggu.
  • -Kurang matang.
·        Ciri-ciri tingkahlaku.
  • -Kurang pergaulan.
  • -Bersikap kurang minat.
  • -Lambat memberi tindakbalas.
  • -Gagap, pelat dan sengau.
  • -Mengalami gangguan kesihatan.
  • -Malas untuk datang ke sekolah.
  • -Kurang perbendaharaan kata.


PUNCA

- Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
- Ubat semasa mengandung.
- Kemalangan.
- Sosio - ekonomi.

  Masalah Biologikal.
  • -Kekurangan dari aspek penglihatan dan pendengaran.
  • -Pergerakan terganggu.
  • -Kecatatan fizikal.
  • -Masalah kesihatan.
·        Masalah Psikologi.
  • -Kurang kecerdasan.
  • -Ketidakstabilan emosi.
  • -Kurang matang.
  • -Pengaruh keluarga.
  • -Masalah tingkahlaku.
·        Masalah Persekitaran.
  • -Status ekonomi.
  • -Saiz keluarga.
  • -Pendidikan ibubapa.
  • -Pengalaman bahasa.
  • -Sikap ibubapa terhadap pendidikan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

- Temubual
- Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah.
- Konkrit ke abstrak.
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
- Jauhkan dendaan yang negatif

Monday, February 9, 2015

Bunga KV

Posted by Sham_esse at 8:42 PM 0 comments
BUNGA KV

Kali ini saya ingin berkongsi bunga kv yang yang mengandungi huruf bersama huruf vokal a,e,i,o,u.Sesuai untuk ditampal atau digantung sebagai tirai. Bahan ini adalah bahan PERCUMA . Berfomat pdf tidak boleh diedit. Tengok iklan yang ada kat blog untuk menyokong kami dan untuk kami terus memberikan Cikgu bahan secara PERCUMA. Semoga perkongsian ini memberikan mafaat kepada Cikgu semua. Klik like dan share jika suka.
 
Sila download menggunakan link di bawah:


* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran kerja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting