Showing posts with label Kesihatan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Rohani. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Muhasabah Diri: Mari Belajar Bersyukur

Cerita 1:

Penat badan travel from Kluang-KL-Langkawi masih tak hilang lagi. Driver hantar sampai KL dah 3 jam dalam transport, flight to Langkawi nasib baik 45min je. Penat wooo.. Dah 2 minggu tak masuk office. Outstation manjang. Poor husband kena tinggal jap dgn wifey. It's ok yang, ni semua tugas. We will never fell apart sbb kemudahan semua dah ada. Boleh facetime before bed. Kan? Kan?

Ok, to cut it short, last week seminggu dok Langkawi utk conference. Aku bawak mama n adik to accompany. Tapi during day time, diorang jalan2 drive around Langkawi. Alhamdulillah, kali ketiga dah familliar dgn pulau tu. Alah, kecik je pun. 

Last day before depart to KL, sempat jugak kitorang gi island hopping (Beras Basah Island, Singa Island and Tasik Dayang Bunting). Kebetulan ada couple Malay naik bot dgn kami. Mama sempat ramah mesra dgn couple tu.

Adik dari mana?

Dari KL kak. Akak dari mana?

Dari Batu Pahat, Johor. Datang honeymoon ek?

Haah, kak. Honeymoon tahun ke-4.


Ok, aku terus senyap. Insaf. Maybe akak ni salah sorang member TTC? 4 years of marriage still belum conceive. Note to self, kalau rasa Allah tak bagi rezeki baby tu, don't feel bad. Sbb ada orang lagi yg Allah uji lagi teruk dari kita. Ya Allah, nak nangis rasa.

Cerita 2:

Jiran aku adalah couple muda yg baru kawin tak sampai setahun. Diorang nikah lewat 2 minggu dari aku. Now si isteri dah conceive 28 weeks. Si isteri ni muda 4-5 tahun dari aku. Ok, aku pernah sentap dgn dia sbb dah 2 kali tanya samada aku dah conceive belum. Tu yg buat aku nak mengelak jumpa dia sbb tak nak kena tanya utk kali ke3. 

Entahlah, rasa sentap sangat. Malam2 mengadu kat husband & nangis2. Husband kata, "Yang, ada hikmahnya yang tak pregnant lg. Kalau pregnant, mesti kita tak dpt naik roller coaster kat Universal Studios kan?". 

If u are a TTCian, u will understand my feeling. Sedih sampai nangis bila dengar kawan2 yg conceive share cerita pasal baby kick, baby hiccups. Perasaan yg nak sgt2 sampai nangis. 

Ok, pendekkan cerita. Husband borak2 dgn jiran aku. Perbualan husband & husband la senang cerita. Entah cerita apa, dapat info yg jiran tu kat rumah dia takde TV, internet pun atas ikhsan jiran sebelah yg kenakan bayaran RM50 untuk share wifi. Husband dia tgh kumpul duit nak beli TV.

Aku tergamam. Ya Allah, sesungguhnya aku telah berdosa. Aku telah tak bersyukur Ya Allah. Husband cakap, "Yang, rezeki yg Allah bagi dalam bentuk macam2, rezeki harta, pangkat, anak, etc.. Jangan sedih ye. Insyallah, ada rezeki anak tu nanti. Kita usaha ye."

Nak nangis dengar jiran sebelah berjimat2 untuk setup rumahtangga nak beli barang2 rumah. Ya Allah, berdosanya aku Ya Allah. Sejak dari itu, aku dah buangkan jauh2 persaan cemburu kat jiran yg dah conceive tu. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yg Allah beri. Insyaallah rezeki anak tu akan tiba suatu hari nanti. Wallahualam..


Wednesday, August 24, 2011

Sedihnya Ramadhan Bakal Berakhir

Sayu rasa. Lagi 5 hari lagi Syawal akan menjelma. Masih banyak lagi yang tak terkejar Ramadhan ni. Masih kurang lagi ibadahnya. Semoga Allah memanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan seterusnya. Amin...

Ini Ramadhan terakhir sebagai seorang Bachelorette.
Ini Ramadhan terakhir ayah bayarkan zakat fitrah.
Ini Ramadhan terakhir berbuka & bersahur seorang diri, tiada teman.
InsyaAllah, Ramadhan akan datang memberikan sinar baru.
Dan aku pasti akan merindui setiap kehidupan yang lalu... *sobs*

Tuesday, August 16, 2011

Gadis Bujang Bekerjaya Perlu Keluarkan Zakat?

Salam Ramadhan ke-16 kepada semua. Agak kabur di sini, perlukah wanita bujang yang dah mampu sara dirinya untuk mengeluarkan zakat fitrah? Ada baca artikel, syarat2 orang yang mengeluarkan zakat adalah ketua keluarga & tanggungannya. Tapi macam mana ye bagi anak-anak yang sudah boleh menanggung dirinya sendiri? Takkan nak harapkan bapa bayar lagi?

Anybody can clarify this?


Aku ni kena keluarkan zakat sendiri atau ayah yang bayo?

Friday, July 15, 2011

Day 15: Quran Verse

Alhamdulillah, today is Friday. I would like to share some Quran verse for our spiritual health.



Surah An-Nisa' (Women) Verse 1

O mankind, fear your Lord, who created you from one soul and created from it its mate and dispersed from both of them many men and women. And fear Allah , through whom you ask one another, and the wombs. Indeed Allah is ever, over you, an Observer.



Verse 4


And give the women [upon marriage] their [bridal] gifts graciously. But if they give up willingly to you anything of it, then take it in satisfaction and ease.

Tuesday, July 12, 2011

Adakah Orang Yg Menipu Patut Dimaafkan?

Menipu, berbohong? Ada ke manusia yg tak pernah langsung menipu? Meh sini nak jumpa. Kita ni manusia biasa. Tak sempurna. Sedangkan Rasullullah insan yg paling mulia pun hari2 memohon ampun pada Allah. Bila kita kaji, ada banyak sebab manusia menipu. Sanggupkah memaafkan? Meh kita tengok kenapa manusia menipu.

  1. Menipu kerana menyelamatkan diri, namun orang lain yg menjadi mangsa. *Ni aku pernah kena. Nanges woo...*
  2. Menipu untuk menjaga hati orang. Memberikan alasan yg enak didengar sahaja.
  3. Menipu untuk kesenangan hidup & kekayaan. Ini dalam kes membelot atau songlap duit syarikat.
  4. Menipu untuk mengaburi mata orang yang kurang berilmu untuk menjatuhkan seseorang. Ni termasuk mengeluarkan fitnah.
  5. Menipu kerana malas & suka mengelak daripada tugas2.
  6. Menipu dengan alasan bodoh untuk menyakitkan hati orang.

Walau macam mana sekali pun, pokok pangkalnya, mampukah kita memaafkan si penipu? Sangat subjektif kan..

Tuesday, February 8, 2011

Ihsan Kepada Ibu Bapa

Source: Google

Entri ini aku jadikan pengajaran & panduan utk semua. Aku akui aku juga bukan perfect, tapi ini juga menjadi self-reminder utk aku & semua readers. Islam sgt menuntut setiap anak utk menghormati & menyayangi ibu bapa tak kira apa jua agama & bangsa.


Kadang-kala kita rasa diri kita dah baik, solat tak pernah tinggal, diserikan lagi dgn ibadah sunat. Akan tetapi, tanggungjawab & ihsan pada org tua, entah ke mana, sikap negatif masih menguasai diri. Haihhh...sayangnya. Oleh itu, walau besar sekali pun pangkat, harta banyak, banyak ibadah, tetapi jika ibu bapa tak diberi perhatian pun, tidak dikira mukmin yg berjaya.


Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya:


1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa (ihsan). Firman Allah yang bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa." (Surah an-Nisaa, ayat 36).


2. Menghargai dan menghormati. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil." (Surah al-Isra, ayat 24).


3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa. Firman Allah: "Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya." (Surah an-Nisaa, ayat 23).


4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa sama ada yang masih hidup, sakit atau yang sudah meninggal dunia. Sebagai seorang anak soleh, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja. Besar pahalanya jika kita menjaga ibu bapa yg sudah tua mahupun sakit. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil." (Surah al-Isra, ayat 24).


5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.


6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim. Asma Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah Aku berkata: "Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?"Jawab Baginda: "Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya."


Sama2lah kita renungkan. Wallahualam...



Wednesday, January 5, 2011

Please, No More Baby Dumping!

Apa kes nak celebrate New Year dgn concert, party till the break of dawn? Sepatutnya, duduk atas tikar sejadah tadah tangan bersyukur pd Allah kerana diberi peluang untuk hidup lagi, berpeluang bernafas detik pertukaran tahun baru. Tak ada faedah parti + berpesta2, togok arak, telan pil, berdansa sampai pagi lelaki & wanita bukan muhrim.
Nah, this is my prediction. Just wait & see, around July-September, u'll see these photos of pity innocent babies in newspapers. Hey idiot! Kalau kau tak nak baby ni, kau jgn buang! Baik bg aku!





Source: Google

**Nota kaki: Baby dumping is a sinful act! Don't commit adultery! Sila kahwin dulu okeyyyy!

Friday, August 27, 2010

Apakah Hukum Menggosok Gigi Ketika Berpuasa?

Salam semua..
Saya nak tanya pandangan tentang isu ini;
1) Apakah hukum menggosak gigi semasa puasa? 2) Bagaimana jika dia tertelan ubat gigi / air kumuhan? Batal / tidak puasanya?



*adik confuse dah... )=*

Bagi saya, perkataan 'Ter..' merujuk pada tak sengaja = berlaku di luar kawalan = tidak sedar.

Macam mana ye dengan persoalan tadi?

Banyak juga rujukan di Google, tapi saya masih confuse..

Salam Nuzul Quran semua!!!




Thursday, November 26, 2009

Was-was? Ragu2?




Jenis penyakit berjangkit : Was2, ragu2, anxiety disorder
Punca : Bisikan syaitan
Medication : Amalkan Surah An-Nas, Ayatul Kursi (dipetik
dari ayat 255 Surah Al-Baqarah), Solat Istikharah
(untuk memudahkan dalam membuat
pilihan)
--> selalunya dikaitkan dengan jodoh dan kerjaya.

>InsyaAllah saya akan try.. Anda bagaimana?<

Doa Solat Istikharah


"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."