Pages

Wednesday, August 27, 2008

Ramadhan nak tibe yea yea~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas rakan2 sekalian,

Sedar tak sedar rupa2nya lagi 4 hari,15 jam,20 minit dan 42,41,40,39,38,37,.....(kira sendirik)saat lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan yang mulia.Oleh kerana itu, aku disini ingin mengambil kesempatan untuk meminta ampun dan maaf dari semua rakan2 atau musuh2 yg mengenali diriku, andai kata ada benda jahat,kasar,tersepak,terpukul,tertikam, dan sewaktu dengannya yg mengakibatkan korang mengalami kecacatan dari segi mental dan fizikal disebabkan perilaku aku yg kadang tak berapa betul dan tidak mengikut norma2 masyarakat sekeliling, make maafkan kami,maafkan kami,maafkan kami~~~



Minggu ni aku baru jer bertukar lagi ke tempat keje yg baru,well,still company yg same Prudential Assurance (M)Berhad,cuma ditempatkan di branch yg terletak di Menara Yayasan Tun Razak (MYTR) dekat Jln Bukit Bintang(15 min dari Pavilion).Aku ditempatkan under department new business, dan tempat aku yg sekarang ni agak best gak,walaupun ditempatkan jauh dari org lain(dok dlm akuarium...hahaha..padan muka aku)So basically, aku kat sini belum ada keje aper2 lagi, dah nak masuk 3 ari dah tanpa keje,so aper yg aku buat,ni la salah satunyer...melepak bukak tenet sambil menulis blog inih...hahaha

Ok lah,takde mende pun nak menulis sebenarnyer. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Berpuasa~~ Jom main mercun pas Tarawih nak?

Wsalam....

Friday, August 22, 2008

Aku dan Insurance & Takaful

Assalamualaikum,

Today,Hari ini, aku secara tiba-tiba ingin bercerita tentang insurans dan takaful. Kenapa tiba2 aku rasa nak bercerita, sebab aku merasakan bahawa kita,terutamanya masyarakat melayu masih kurang pendedahan berkenaan insurans dan takaful ni,masih tidak mengerti fungsi sebenar insurans ditambah pula dengan cerita2 yang kurang baik mengenai insurance macam agen penipu la,claim tak bayar la dan macam2 cerita yg tidak menggalakkan kita utk mengambil insurans.Kalaulah JPJ tak mewajibkan pembelian motor insurance utk road tax kereta,aku rase makin kuranglah orang nak beli insurance kan?huhuhu

Ok,first of all,let's go to the definition first. Insurance derived from the word insure, which means to provide for financial or other mitigation if something goes wrong(Wikipedia.org),to guarantee against loss or harm or to secure indemnity to or on, in case of loss, damage, or death.(Dictionary.com).Dengan erti kata lainnya,mudah nak mengingat,insurance ini adalah jaminan andai kata berlaku sesuatu di luar jangkaan kemalangan, kerosakan, kematian,etc yg boleh menyebabkan anda mengalami kerugian dlm bentuk kewangan(financial loss)yang akan mempengaruhi gaya hidup anda....ecehh...

Kita harus ingat akan 5 perkara sebelum 5 perkara dan antaranya adalah senang sebelum susah, dan sihat sebelum sakit.Hidup tidak boleh dijangka,macam2 yg boleh berlaku pada kita.Toksah harap simpang malaikat 44,kalau perkara tu nak jadi,jadi jugak. Insurance/Takaful merupakan sebahagian kecil daripada apa yg kita panggil Risk Management(Pengurusan Risiko).Malah terdapat sebuah kisah di mana seorang sahabat nabi meletakkan untanya tanpa diikat untuk pergi bersolat.Maka Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa kamu tidak mengikatkan untamu?" maka jawab sahabat tersebut "Aku bertawakal kepada Allah akan menjaga untaku".Maka Nabi berkata kembali,"Ikat dahulu unta kamu itu,kemudian barulah kamu bertawakkal kepada Allah".Di sini kita boleh dapati bahawa risk management itu digalakkan di dalam Islam,jadi mengapa tidak kita lakukan untuk hidup dan harta kita sendiri?

Bagaimana Insurance dijalankan? A customer who wants to buy insurance,let say life insurance. He will make a proposal to the Insurer(which is the company)on how much he want to insure himself,150k ker,500k ker,1m pun boleh(tp mmg kena bagi reason kukuhla kenapa nak insure gile2 byk camtu),whereby the Insurer will process the risk of the proposer.This is called underwriting.Underwriting is done by assessing the risk of the proposer through the proposal form filled by the proposer. Should the underwriter feel that the information is not enough,he might ask the proposer to do medical checkup,and the result from the doctor is used to value the proposer.With all the information, the risk will be assessed as a good risk,or bad risk.Bad risk ni cam org tu ada history sakit jantung ke, kuat merokok ke, gile lumbe kereta dan sukan lasak ke,baper byk kali accident dlm setahun ke,benda2 yg boleh membahayakan nyawalah kiranya.Tu pasal korang kadang2 dengar loading imposed,loading tu kira cas lebih skit la disebabkan activity2 bahaya korang tu.From there the premium will be decided based on the Sum Assured that the proposer want to cover and the loading,if imposed.

Tetapi, for us muslim, insurance is haram due to 3 factors, Gharar(uncertainty),Maisir(Gambling) and Riba'(usury).Di dalam Islam,satu contract jual beli itu haruslah merupakan perkara yg jelas lagi pasti. Sebagai contoh,Ali nak beli lembu dari Ahmad,and sebab lembu tu tgh bunting,so Ahmad pun letak harga lembu tu same mcam harge 2 ekor lembu,dgn alasan ada sekor lg dalam perut tu.Di sini urusan jual beli itu tidak sah,sbb anak lembu dlam kandungan tu belum lagi tentu akan dilahirkan hidup,mane la tau tibe2 mak lembu tu gugur ke, tak pun anak tu lahir2 mati ke,yer tak?
Di dalam insurance, kita membeli risiko daripada insurance company dengan harapan andaikata berlaku sesuatu, maka insurance company akan membayar kita pampasan. Di sini,risiko itu sendiri adalah sesuatu yg tidak pasti dan jelas,di situ dah nampak unsur Gharar. Unsur maisir tu pulak, if something happen you will get the payment,if not,burn je la duit bayar bulan2 tu.Macam judi la tu.Riba' plak contoh Awie(balik2 Ali,takpun Abu,takpun Ahmad,tukar name lain lak) bayar premium tiap2 bulan contoh RM 200 la tuk coverage RM 100,000.Katelah Awie ni dah bayar tuk setahun(RM 2,400),n next year,dia mati.Maka insurance kena bayar kat dia RM 100,000 mengikut perjanjian dengan company tu.So disini lebihan wang tersebut(RM 100,000 -RM 2,400=kiralah korang sendiri) dianggap sebagai riba' oleh para ulama'.

Ok,kita tau Risk management itu penting,tapi plak insurance tu haram.So macammana? Maka setelah difikir2kan oleh mereka2 yg berkenaan, maka diwujudkan Takaful yg bebas dari unsur gharar,maisir dan riba' utk membantu masyarakat Islam utk Risk Management harta2 serta kehidupan mereka...Takaful berasal dari perkataan "Kafalah" yg bermaksud menjamin satu sama lain,joint guarantee. Sistem takaful mengamalkan prinsip yg berasaskan mutual co-operation, responsibility, assurance, protection and assistance between groups of participants.Di dalam Takaful terdapat dua jenis akaun,satu ialah Akaun Peserta(Participant's Account@PA) dan satu akaun dipanggil Akaun Khas Peserta(Participant's Special Account@ PSA).PA ni akaun peribadi pesertalah.PSA ni bertindak sebagai Dana Takaful dan di sini kita boleh lihat unsur2 bekerjasama antara peserta di mana mereka akan mengumpulkan wang dalam Dana di mana wang tersebut akan disedekahkan dgn redhanya kepada ahli2 yg kurang bernasib baik(claim la nihh..).Syarikat Takaful bertanggungjawab sebagai pemegang amanah, dan wang premium yg dibayar adalah mengikut akad dan persetujuan di antara kedua pihak(Syarikat dan peserta) di mana Syarikat bersetuju untuk menguruskan wang dan peserta bersetuju menyedekahkan wangnya utk membantu peserta2 yg lain yg mengalami musibah. So sini,hilang unsur Gharar, Maisir dan Riba'.

"Satu lagi perkara yang agak penting, ialah berkenaan dengan pelaburan yang dilakukan oleh syarikat insurans yg kita sertai..

Kalau insuran Konvensional , aku sendiri pernah tgk list kaunter yang diorang laburkan untuk dapatkan keuntungan.. contoh Great Eastern, kaunter Carlbergs , biasa ler tuh.. tapi bukan semua kaunter diorang ke arah tuh.. cumanya memang bercampur antara kaunter haram dan halal.. tentang syarikat insurans lain aku tak sure.

Cumanya yg aku nak bagitau bezanya ialah syarikat insurans Islam macam Takaful Malaysia dan Takaful Nasional , diorang ada satu badan khas untuk memantau perlaburan dan perjalanan pengurusan syarikat Takaful itu sendiri.. supaya tidak lari dari syariat Allah.. contohnya Takaful Nasional.. pengerusi Majlis Pengawasan Syariahnya ialah Dato Hj Harussani bin Zakaria , Mufti Perak Darul Ridzuan. Dan majlis ini dianggotai lagi oleh.. beberapa orang lain yang mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang khususnya ilmu agama dan muamalat Islam..

Dalam Takaful Nasional ade 3 peringkat Majlis Pengawasan Syariah yang membuat pemantauan atas segala pelaburan yang Takaful buat

1) Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasional

2) Majlis Pengawasan Syariah BSKL

3) Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia

Kalaulah incase Takaful melabur di kaunter arak.. Tiger ke.. then.. boleh terlepas plak dari pemantauan atau pengetahun Majlis Pengawasan Syariah Takaful , maka dia mesti melalui pemantauan MPS BSKL plak.. dan kalau pun MPS BSKL pun terlepas plak.. dia akan dipantau oleh MPS Bank Negara Malaysia.. dan dengan MPS Bank Negara takde sape pun boleh lepas sama ada syarikat insurans atau pun bank bank kat seluruh Malaysia nih sebab memang tanggungjawab Bank Negara Malaysia akan monitor semua aktiviti dan perjalanan institusi kewangan , perbankan dan insurans kat Malaysia nih, dan kalau Majlis P. Syariah Bank Negara dapat tau.. Takaful Nasional melabur di kaunter arak.. maka , lesen Takaful akan ditarik balik dan sampai bila bila pun Takaful takkan boleh dah nak buat perniagaan insurans..
" -(ni aku copy kat website org,malas nak tulis,tp nak btau gak...so tribute to En.Fauzynm(http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat123/nasihat123.html)

So kebaikan mengambil Takaful/Insurance ni adalah :-
1.Kita tak selalu sihat,kos belanja hospital tinggi,bedah appendix pun aku rase dah beriban2...sakit jantung,bypass surgery mau dekat 80k,cancer lagi follow up treatment bulan2 mane nak cekau duit wat bayor...hospital takdenye nak bedah korang slagi tak tgk duit kad kredit korng tu,lau card credit reject mau dia campak korang dlm longkang jer...so ada insurance/Takaful senang masuk hospital terus 90% of medical cost Insurance tanggung,korang kene bayar 10% jer....lg untung banding korang bayr terus 100%(unless income korang tiap2 bulan juta2 RM,takpelaa..tp lau sakit mane nak masuk juta2 RM tu).Kalau kiok? sian kat anak bini lau korang tggl duit juta2 takpe,lau tggl utang? bini lak tak keje? sape nak bg nafkah?Ada takaful/insurance adalah gak duit pampasan yg dorang dpt tuk tanggung hidup sementara sebelum bini dpt keje,wat bayar utang korang yg korng tinggalkan (jgn gune wat beli keter baru udah ler).Kita beli Insurance/Takaful ni bukan tuk diri kt,tp tuk org yg kita tinggalkan.Ingatlah insan yg tersayang.....ehehehe

2.Its part of our saving.Jgn ingat saving kat bank jer. Kat insurance pun boleh. Tmbah lagi Takaful ada unsur Mudharabah(Profit sharing),korang contribute la skit duit tu,Takaful uruskan wat investment,untung korang gak dpt(tak silap aku Takaful Malaysia nyer Mudharabah 70:30,korang dpt 70,dorang amik 30 jer...ok la tu)Leh wat fund tuk pendidikan anak2,tau2 la kos blajar skang dah mahal...at least ada takaful ni,yg tuk child education ni terjamin gak masa depan anak2 nanti.

3.Harta benda korang cam Rumah ngan kereta...something happen,kereta accident/kena curik ke,rumah terbakar ke..mau menonong korang nak repair balik yg rosak2 tu. Ada takaful lega hati,kereta yg hilang boleh diganti balik(indemnity basis=to recover losses back to the situation as if it never happened)or bayar pampasan(bleh beli keter baru...tak pun renovate umah balik).Cube lau takde,camner korang nak setel masalah ni?pinjam ahlong arr?

Oklah dah jauh merapu aku menulis nih. Aku punyer keje pun lum siap lagi ni sok ada presentation. Maka lau korang ada sebarang persoalan,bolehla pm aku,insyaAllah lau aku leh jawab aku jawab,lau takleh jawab aku refer kat org yg lebih arif and aku akan jawab balik kat korang...

Sekian,Wsalam......

Tuesday, August 12, 2008

I Love OBS~!!

Assalamualaikum,

Haaa.....aper kejadah plak tajuk aku arinih...actually aku telah selama 10 hari meninggalkan dunia comfort zone aku,yakni pc,teknologi,dunia luar untuk pergi berkursus di Outward Bound School di Lumut,Perak..atau lebih spesifik kat Manjung...huhuhu

Maka pada 3/8 pagi Ahad tu la aku bertolak dari FSTEP ke sana.Time tu macam2 gak dlm kepala aku,tp paling penting skali,no boring job tuk seminggu lebih,so quite ok la walaupun dlm hati ada gak cuak ngan aktiviti2 yg bakal dijalankan,dengan citer2 org lagi pasal kestrictan instructor,pengalaman pelik2 kawan2 yg dah pegi,so saper yg tak cuak kann...

Dlm lebih kurang kul 1 lebih ktorang smp ke camp tersebut. Cabaran pertama, bawak barang masuk ke camp sbb bas takbleh nak masuk,maka terpaksa la kami membawa beg2 kami,berjalan beberape ratus meter ke depan masuk ke camp. Lau beg AF tu takper la gak leh seret2,buat yg bawak 2-3 beg tu,hambek laa perit gak membawanyer.

Tmpt first berkumpul di Gym Hall. We were divided into a few group called Watch,and named after all the Mountains here in Malaysia. Mine was Ledang together with Ustaz Izu,Fuad, and Mukhriz, Dek n Najib in group Bubu, Din,Shukri in Gading, Komeng in Tahan and others in Berincang.We met our instructor for the whole course,and we were quite lucky to get En. Yusri as our instructor,he's the best to be around.

Looking back i can't believe at what i've been doing for 10 days over there. Surely u guys takkan percaya that we all jalan kaki mendaki 4 puncak semata2 nak ke Teluk Batik and the journey takes like about 5-6 hours with heavy camping bag.Memang penat memandangkan keadaan fizikal aku tak brape nak ikut mind aku nih.Kepala cakap lain,badan lak degil so byk gak rehat2 actually on the way ke sana.Kaki sakit,lenguh2 bahu biasa la tu,smp makan pegang sudu pun terketar2,penat la katakan. However the camping site is nice to be,ada tasik cantik siap leh nmpk ikan lagi,rase nak jer terjun tasik tu memikirkan para instructor smer dah siap nak sumpit sauber sorang2 yg menerjuntirukkan diri ke dalam tasik tuh...

Dua ari jer camping sane,pastu balik smula ke camp dan blajar mengayuh kayak lak. Confirm la keesokan pagi pegi kayak.Our expedition is to kayak from OBS Campsite to Teluk Sekadeh,Pangkor,di mana jaraknya sebenar cuma 5 km jer,tp nak kira pusing kona sbb kena bajet angin n arus,jarak itu dipanjangkan menjadi 12 km. Percubaan pertama berkayak, solo,tak smp baper meter dah capsize dah,atau dlm erti lainnyer tergolek,tapi takper..org baru blajar...Malam sebelum kayak tu mmg cuak,sbb mula2 takde partner,so agak ketaq gak la mane la tau cuaca sok camner,baik ke idak,golek lagi ke idak tengah2 laut tu.Bak kate si Mahathir, luar nampak cool,dalam hati menangis tiada saper tau..huhuhu,sib baik la aku dipartnerkan ngan Apot time kayak tu and cuaca mmg baik pada hari tersebut. Time kayak jgn kira la lenguh tak lenguh tangan tu nak ngayuh,nak stay on course lagi,sbb slalu hanyut dibawa arus,aku ngan Pot lak dua2 tgn tak kuat,so byk gak rehat2 time pegi tu,and kitorang antara yg last gak smp,tp takper janji selamat,and time sampai tu elok2 jer ari dah ujan,mmg nasib baik la smpt lepas ombak kuat,lau tak mau sangkut lagi agaknyer.

Teluk Sekadeh ni,or Sekadas, cuma pantai kecil di bahagian Selatan Pulau Pangkor,nice beach agak terpencil dr main city,and special sikit tmpt tu sbb byk monyet,so mmg kena jaga2 la bila nak memasak kat situ,sbb confirm ramai jer yg menunggu time nak menyambar makanan yg dimasak kat sane. So dok kat situ,pasang camp and just lepak2 memerhatikan alam sekitar.Activiti lain yg buat kat area tu ialah rapelling, ala yg main tali turun dari tmpt tinggi tu. Aku tak join,bukan sbb takut ek,tp kerana tgn aku still lenguh lagi main kayak.So aku just tgk2 jer la org lain main...huhuhu.Petang aritu mmg angin kuat giler,ombak pun agak besar,menyukarkan keadaan la bila nak balik sok ari.Dan seperti dijangkakan,pagi esoknya mmg ombak agak bergelora dan besar, aku dgn pening kepala sbb demam pada hari smlmnya agak struggle gak nak berkayak kembali ke tanah besar.Ombak mmg besar and ktorang mmg hampir sangkut kat kawasan maut,mmg byk batu besar dan tajam di situ,kayak boleh pecah,lifejacket pun mmg takleh slamatkan ktorngnyer blakang la dari terkoyak dan lau sangkut mmg alamat menjadi tukun la kami kat situ,tp alhamdulillah lepas pun area situ,tu pun struggle giler2 ktorang dua,sib baik en.Yus pun ada tolong ktorang.Huu sian kat Pot kena carry aku smp ke OBS camp,sori Pot nanti aku blanje ko ek....

2 Bala dah lepas,tggl satu je lagi,Solo Camping.....yer,dgn kate lainnye dok dlm hutan sorang2 layan feeling sorang2.Group Ledang diberi priviledge duduk site baru, sbb site yg sepatutnya ktorang duduk tu ada masalah infestation skit....jd instructor2 tu nak bersihkan area tu dl bagi slamat. Sblm bergerak,wat Hot Seat skit wat merenung masa depan time sorang2 tu nanti.

A bit to Ledang members yg ada membaca ni, disebabkan kat sana aku langsung tak dpt clarify apa2 kat korang,aku rasa kat sini jer la yg aku dpt luah smer.Well, i cant blame u guys since u all pun tak tau aku,lgpun sana cuma ada 10 hari jer nak berkenal2 rapat. Esp to certain2 member yg aku tau tak senang ngan aku,disbbkan aku ni dianggap sombong berlagak weak and everything laa....just to clarify, aku tak penah rasa aku demotivate diri aku sepanjang di sana. That yang u all nmpk aku wat sana yg aku cakap cam "i know my limit" and lain2 is a part of my complex mentality way of thinking.Its my motivation style,a kind of reverse cycle,di mana korang jer tak dengar part reverse tu sbb aku ni jenis yg suka cakap sorang2 ngan diri aku sendiri.Sorry to those yg feel annoyed and demotivated.Aku suka wat menda songsang,so lau aku cakap benda2 yg kurang memberangsangkan korang,its actually normal way of motivating myself. Aku tak baper suka ikut org,so aku mintak maaf lau aku suka menjawab korang2. It's just a habit yg aku ni agak defensive orgnya,and being defensive adalah kerana sebab2 lepas yg aku rasa tak perlulah korang tau.My past makes me defensive of myself and hard for me to open to a person. I cannot follow what people recommend me to do sbb aku lau ikut apa org kata mmg tak jadi,kena jugak ikut cara aku sendiri,walaupun aku tau cara tu akan wat org lain marah or benci kat aku.I know u guys concern bout me,but trust me,to not be concern sgt bout me is the best for me. Aku kurang selesa begitu,so maaf byk2 esp tu Ida n Haida.I'm so sorry tp aku tak normal, i dont think like normal person,so if you guys nak compare aku sama normal2 person out there,i will not fit in their way of thinking,therefore the way i react and do things will be different,so i truly hope u guys to understand me. 10 days mmg tak cukup,that's all I can say.

To Ida, aku bukan first time wat mende2 gini,i know all the things,so if you cakap yg aku ni cam berlagak tau,its not that i am. I know the things, tp takkan pasang khemah pun nak aku ajar gak ikat tali dia....tgk contoh yg ada sudah...to me that's not worth it to be teached....and mmg pada hari tu kayak tu aku mood aku agak hilang dari time smp tu hingga ke malam....Yang aku tak join korang makan dinner tu pun,mmg aku sengaja,aku agak terguris hati gak time tu,aku dah terlalu malas,terlalu moody time tu,nak makan pun takde selera.before apa2 baik aku pegi jauh2 sunyikan diri,I need to be alone at that time.So sorry byk2 just meluahkan aper yg terbuku di hati ini jer.Nak komen nak apa msg jer kat site ni,takde hal..tulis jer kat tepi guestbook aku tuh.

10 days at OBS,apa yg aku dpt, agak sukar untuk menyelami hati manusia dan agak sukar untuk diri aku tidak berlagak hipokrit.Aku still tak faham kenapa ini kena buat,kenapa ini boleh,kenapa ini tak boleh? Kenapa aku kena ikut org just to be accepted when dalam hati ni meronta-ronta.Aku masih belum faham kenapa org suka buat persepsi,menghakimi seseorang hanya kerana org itu berbeza fikirannya,perbuatannya,hanya kerana orang itu lain dari diri mereka sendiri. Duduk bersendirian dlm hutan tu wat aku fikir banyak. Like someone just said to me yesterday, tak blajar apa2 lagi ko ni ek?,oh yes i've learned something,i really do,but it is not as u guys expected me to learn. Its something different that i see now.Tak apa lah,itu simpan saja dalam hati.

To ustaz,thanks a lot atas advise. I do appreciate your words that day, i've been thinking of it a lot during my solo camp. To others,hate me if u still want,its all up to u,i'm just trying to be myself and whatever u see about me that's really the truthful side of me and i will not hide anything even it is something bad. Learn to see the good and bad side of everything and u will know how do i think of people and why do i act this way.

That's all,Assalamualaikum,

Wsalam.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...