assalamualaikum
jus t0mato+wortel= errr.... aneh!
tadi pagi, lepas saya habis ujian pembaikan paper kimia Organik II, saya pergi la ke kantin fakulti untuk melaksanakan rutin saya pagi2 iaitu minum jus... uishh.. jus yg kak long buat memang besh la... kak long ni, dulu pernah kerja kat Malaysia, s0 dia memang boleh cakap melayu sikit-sikit tapi kelakar bunyi dia.. eyh apa cerita pasal kak long pulak neh...
takpa.. sebab kak long memang terer buat jus.. paling kesukaan saya ialah jus mangga.. duduk kat jogja buatkan saya tambah sehat.. mana taknya, every meal pun sure akan minum jus.. ada jus mangga, tembikai,durian belanda, tembikai susu, avocado, ciku, carot, tomato n apa lagi lupa dah.. huhuhu.. jus dia bukan ala-ala beberapa kedai yang sangat jimat(kedekut) buah n gula.. memang superb la.. pekat likat sejuk siap diblend dengan ais segala tau! uishh.. memang best lah
dah lah murah banget.. 2 ribu je.. ta sampai seringgit pun tau~
aha!! dan pagi tadi saya tak dapat minum jus mangga sebab mangga takda.. then, saya pon tengok-tengok buah apa yang ada, lepas tu tiba-tiba saya termahu minum jus t0mat.. saya pun tanya la kakl0ng..
una : kaklong.. jus t0mat(tomato) best tak?
kaklong: best la.. tapi campur-campur lah dengan yang lain.. dengan wortel(carrot) ke?
una : ha? best ke? macam semacam je
kaklong: eyh.. apa pulak.. sedap tau
una : yeh? akak da rasa dah? kena tambah gula ke?
kaklong: kena la tambah sikit.. ahaha.. akak pun tak tahu.. selalu budak2 ni order, sedap la tu
una : urm boleh la cuba.. kaklong! letak ais banyak biar takde rasa geli-geli nak muntah..
bila saya dapat je jus tu, kaklong kata, "nah cuba lah,kalau tak sedap kaklong belanja" ahahaha~
mula-mula memang ada rasa macam ta sedap kat tekak.. tapi saya still minum dan sedar tak sedar dah habis satu mug saya bedal jus tu.. huhuhu~ but once is enough.. rasanya mungkin saya tak order dah la jus tu.. hikhik... cukuplah! sekurang-kurangnya saya pernah mencuba~
oh! cakap pasal cuba mencuba ni, pernah tak korang terfikir akan sesuatu yang tak pernah korang fikir akan buat tapi akhirnya korang buat??.. dan pernah tak korang menngimpikan untuk membuat sesuatu perkara yang belum pernah korang lakukan??
banyak benda yang dah berlaku kan bila makin dewasa.. makin kita diberi kebebasan, makin banyak perkara yang akan kita lakukan tanpa batasan, lagi-lagi bila dah jauh dengan keluarga, memang dah takda siapa lah yang nak kawal pergerakan kita atau apa pun, tak kira lah yang berada di dalam atau pun luar negara, biasanya bila dah masuk ke alam universiti, tentu banyak perkara baru yang kita jumpa, suasana baru, persekitaran baru, cara hidup baru, kawan-kawan baru, perangai baru, kerenah baru, dan banyak lagi yang baru pada kita.. dan yang baru ni lah ada pr0 dan cons nya.. tak semua benda baru tu baik dan juga buruk.. tapi sebenarnya terpulang pada kita.. cara kita kawal situasi..
ini tidak.. bila tengok budak tu cantik bermekap kita pun nak ikut bermekap tapi tak berubah apa pun sejujurnya,tengok budak lain shopping tiap2 minggu kita pun nak shopping jugak tapi guna duet pinjaman atau biasiswa, tengok budak tu tak study asyik tidur kita pun ikut jugak tidur, tengok budak tu berfesyen segala kita pun nak jugak berfesyen walaupun sebenarnya tak sesuai,tengok orang bercouple sana sini kita pun nak jugak macam tu, nanti last-last budak tu ke mana kita yang ke laut.. kenapa tidak, bila ada perkara-perkara yang macam itu kita cuba lawan.. tapi bukan lah lawan yang oh kau tidur 5 jam aku tidur 8jam lah! bukan okeyh bukan.. kita lawan dengan cara atasi diri sendiri dulu.. kalau suatu pekara tu tak rugi kalau kita buat, s0 tinggalkan je lah.. kira dah berjaya la lawan nafsu diri sendiri.. tapi mesti pernah terfikir jugak "kalau tak cuba tak tau la" tak pun,"alang-alang ada peluang ni try la, nanti rugi".. ya, memang lah belum cuba belum tahu,tapi kita diberi aqal dan fikiran kan.. kalau kita gunakan semaksimum mungkin aqal yang ada, memang kita akan tau apa akan jadi bila mencuba.. fikir sebelum buat
macam saya sejujurnya, sebelum duduk kat indonesia neh, mana pernah keluar malam hangout dengan kawan-kawan semua, tapi bila dah duduk sini jauh dari semua, keputusan diri sendiri yang atur, ha! pernah sampai pukul 1 pun baru saya balik ke kost(hostel)..
kadang-kadang pernah je dengar dari mulut kawan-kawan "sebelum ni mana pernah buat macam ni", "kalau kat malaysia, tak pernah-pernahnya macam ni", " ni la 1st time aku ada experience ni", maknanya ada je orang-orang yang rasa sama macam apa yang saya rasa.. kiranya, masing-masing pun sedar akan perubahan dan keputusan yang dibuat..
kalau orang laki, selalu dengan masalah rokok, kalau perempuan pulak selalu dengan masalah personality takpun kawan.. and most of all laki pompuan memang takan lari dari masalah Love~
s0, is some things better left unchange? entah la.. saya pun semacam konfius... banyak sangat persoalan dalam kepala..
hati 1: kalau belum cuba kan belum tau
hati 2:ye la, tapi kan da boleh expect apa yang jadik
hati 1: habis kalau hasilnya baik?
hati 2:habis kalau hasilnya buruk?
hati 1: kalau buruk, takyah la buat lagi.. kalau baik dan kau tak buat kan dah menyesal
hati 2: tapi tak mustahil nakbuat lagik perkara buruk
okeyh.. buat pening kepala saja.. ahahaha~
sedikit terem0si dengan sikap kawan-kawan sebenarnya...
sometime i wish t0 be in my primary school back then..
persahabatan waktu tu sangat2 jujur.. budak kecik kan jujur.. tak pandai menipu tak pandai hipokrit.. kalau gaduh terus tarik muka,terus kata "tak nak kawan", terus pandai tulis surat bagi kat kawan yang kita gaduh,bagitau apa tak puas hati,then berbaik..
tapi bila dah besar ni, semua ciri-ciri tu hilang, sebab apa?
sebab sekarang dah matang?, dah boleh fikir tentang hati dan perasaan orang? tanak kecikkan hati orang? dah boleh nampak tru colors masing-masing? betul cakap ayah, makin besar makin banyak benda baru yang kita jumpa.. makin besar cabarannya.. ya!! saya akui saya memang sangat-sangat lemah when it comes t0 friends pr0blem.. even saya tak nampak macam kisah sangat i d0 care actually.. sangat-sangat~ sebab saya rasa some things are better left unsaid jugak.. macam mana pun i l0ve all my friends okeyh
walauapapun saya sentiasa berdoa semoga Allah tetapkan dan kuatkan iman dan juga hati saya.. same g0es t0 all my friends..
urm apa ni una! dari cerita jus melencong ke lain pulak.. aishh.. dah2
stop dulu..
minggu depan hari jumaat saya balik Malaysia.. biiznillah~
tapi sume kekawan kat Mesia confirm ada kat universiti.. huhuhu~
takpe.. siapa nak jumpa, jom kita jumpa.. mari2
sekian sahaja
jazakumullah khaira