Sungguh. Saya memang kagum dengan para-para huffaz. Hafiz dan hafizah. Insan -insan yang menghafal 30 juzuk Al--Quran. :) Allah Allah, lagi-lagi yang khatam menghafaz Quran pada usia yang begitu muda, seperti umur 9, 10 atau 11 tahun. Teringat pada adik Muhammad Bin Ahmad Zahid, 17 tahun, yang berjaya menghafaz Al-Quran pada usianya 10 tahun. Haa, semua mesti kenalkan pada adik hafiz ni. Seronok apabila membaca bagaimana adik Muhammad ni mendapat didikan yang begitu konsisten dari ibu ayahnya. Salah satunya, adik Muhammad sudah dibiasakan mengikut datuknya solat subuh di masjid seawal 3 atau 4 tahun kalau tak silap saya. Ada dalam majalah Anis.
Allah Huakbar, betapa keluarganya menitikberatkan tarbiyatul awlad, kerana apa? Kerana mudah-mudahan dengan membiasakan si anak yang masih kecil dengan masjid, apabila besar nanti, menjadi anak yang soleh dan solehah. Ameen, :)
Alhamdulillah, seronok rasanya bila join kelas tahfiz. Selain dapat menghafal secara konsisten, suasana kelas yang riuh dengan hafalan masing-masing, membuatkan kita semua berasa seronok untuk menghafal dengan bersungguh-sungguh. Mengingatkan saya akan adik Sakinah yang sudah khatam hafalan Quran, apabila ditanya macam mana dia bahagikan masa sampai boleh hafal semua 30 juzuk AlQuran? Katanya, apabila ada masa-masa terluang, bacalah, . *Aduh* Bila muhasabah pada diri, bila agaknya boleh istiqamah dalam menghafal Quran di waktu terluang.
"Dalam mrt (train) pun boleh hafal juga." kata seorang sahabar lagi, Zahidah.
Subhanallah, seronok dengar tips-tips daripada dua hafizah ni. Mudah-mudahan, saya dapat istiqamah. Ameen.
Apabila berbual dengan mama tentang hafal Quran, mama mengatakan, nak dibandingkan hafal Quran dengan belajar subjek akademik ni, mungkin belajar subjek akademik lebih senang dan hafal Quran lebih susah. :)
Saya tanya kenapa ye mama, kerana, bila nak hafal Quran, kena ingat makhraj (tajwid) dia, fasohah dia, dan kena betul-betul kerana jika salah sebutan huruf, lari makna asalnya, berdosa. Tapi, subjek akademik seperti Sains, Maths English dan lain-lain, senang sebenarnya. Kita cuma perlu baca, baca dan buat latihan sampai faham. Tapi, Quran lagi senang. Subjek ni semua tiada tajwid. * kami ketawa bila mama cakap subjek ni tiada tajwid, wahh, gitu ye mama, *
Mama sambung lagi, jadi apalah sangat susahnya belajar subjek akademik ni jika nak dibandingkan dengan hafal 30 juzuk Al-Quran. Sila setuju, ;) Nak hafal satu Quran, kena ada ingatan yang betul-betul kuat kerana kita menghafal qalam Allah, dan apabila kita menghafal Quran, Allah akan tolong kita untuk subjek akademik. Ameen.
Kami terbayang bagaimana malaikat Jibril membacakan Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. Bagaimana tarannumnya, mestiii lunakkk sangatt! Allah..
Jadi, mari kita amalkan membaca Quran, suka dengan nasihat ini.
" Jika tidak dapat membaca satu juzuk, bacalah satu muka surat, kalau tidak mampu juga, bacalah satu ayat,
jika tidak mampu juga, lihatlah Al-Quran dan renunglah diri ini apa dosa kita hingga kita tidak mahu membacanya walau satu ayat.