Huhu..betul la orang dulu-dulu pernah berkata...
Ikutkan rasa, badan binasa...
akibat makan tanpa batasan, berat badan naek ibarat dipam-pam..
baju-baju kat almari pon da sendat..
seakan memberi amaran..oii minah..berat ang naek la..
haku pon menjawab..tahu la..esok-esok haku diet la..
tapi itu hanya omongan dalam hati..
nanti tak pasal-pasal orang kata haku tak centre lak..
Juz b'cuz haku bergaduh dengan baju..
dengan ini haku istiharkan hari ini adalah hari permulaan perangi lemak..
beberapa strategi telah dirancang & disenaraikan..
harap-harap plan haku berjalan dengan lancar..
apa yang penting...
DISIPLIN...
bukan kerjasama ye kawan-kawan..
huhuhu...
Strategi 1. Tetapkan matlamat
Haku nak berat badan 48kg
erkkkk...biar betul...
bolehkah?????
hamboi..ini adalah cabaran untuk diri sendirik..
muktamad!!!!
strategi 2: Jangan Makan Malam
Dulu berat badan haku berhasil turun dengan mengamalkan stategi ini..
Selama 2 tahun haku amalkan diet ni
Haku makan tym bekfas & lunch..
Roti canai lak ari-ari haku bedal....
tapi malam nasik haku tak sentuh langsung..
Kalau teringin pon haku makan lauk ja
atau buah-buahan atau makn sayur ja atau minum susu
hamboi banyak betul 'atau' dierrr..
Dan tym tu berat badan haku tak naek pon
Kawan-kawan haku sampai bising...
awat ang makan banyak berat tak naek..
tak maw makan malam lagi...makan garpu & pisau tu tak apa
Tapi 2,3 menjak ni haku men bantai ja..
siang haku makan..
tym malam lagi la nafsu makan haku membuak-buak..
Oh..apakah ini..dugaaaaan...
akibatnya berat badan melebihi paras bahaya..
wawawa...
strategi 3: Minum banyak air...
Lebih daripada 8 cawan pon tak apa..
malah lagi baguihhhh...
air kosong saja ok
kalau nak ada rasa wat air jus buah-buahan...
tapi kena kurangkan pengambilan garam dalam makan
b'cuz ia akan menambah takungan air badan anda
dan seterusnya menyebabkan GEMUK AIR
Antara kebaikan minum air yang banyak ialah:
1. Menambah tenaga
Badan akan mudah berasa letih apabila kurangnya air dalam badan
So tym ni tak payah la nak makan konon-kononnya nak tambah tenaga...
Juz minum sahaja air & badan akan kurang memproses darah untuk mendaptkan cecair
Dan ini akan mengurangkan penggunaan tenaga & mengelak badan menjadi letih..
2.Mengurangkan rasa lapar
Minumlah air secara perlahan sepanjang hari untuk mengatasi rasa lapar
Bila rajin minum, perut akan terasa lebih kenyang sehingga haku tak tergoda untuk mencari makanan
*harap-harap begitulah hendak ye*
3. Baik untuk otak
Bila kita minum air dengan banyak..
badan akan segar & otak menjadi cergas
B'cuz air dapat menyumbangkan oksigen ke dalam darah seterusnya ke bahagian otak kita..
p/s: Sapa-sapa yang slalu migrain rajen-rajen la minum air kerana ia mengurang tempoh & tahap kesakitan migrain anda..
4.Mengurangkan risiko sakit jantung
Minum banyak air akan diserap masyuk ke dalam aliran darah
seterusnya menurunkan ketebalan pembuluh darah
dan risiko untuk tekena serangan akibat bekuan darah pada jantung akan berkurang..
5. Bagus untuk kulit
mengurangkan kekeringan kulit & seterusnya menjadikan kulit lebih mulus & gebu..
Boleh mengurangkan jerawat kerana mnum air yang banyak boleh kurangkan toksin dalam badan
Strategi 4: Pegi jogging
Yay..
bendalah ni la paling baloq liat nak wat pagi-pagi
terutamanya di pagi cuti yang indah..
tapi kena gagah diri sendiri
dalam usaha mengurangkan berat badan..
hohoho..
ini adalah tym rehat setelah jogging..hahaha..jogging la sangat
nak bagi naek sangat senang..
nak bagi turun berat badan susah yang amat
tapi jangan pulak pi minum milo, teh tarik atau minuman yang maneh-maneh ni sblm jogging..
dikhuatiri kamoo hanya membakar glukosa dalam badan & bukannya lemak badan anda..
strategi 4: Rajen-rajenkan Diri Wat Sit-up
dapat membentuk otot perut menjadi chantek
tidak buncit macam skarang
malam ni sbelum tido nak wat 10x
malam esok 20x
malam lusa 30x
malam tulat 40x
ok udah-udah la nak menipu tu...
wat ala kadar ja...
takut lain plak jadik ya kalau terlebih gagah
Strategi 5: Pakai krim mustajab
agar dapat memecah lemak-lemak yang degil
membuang angin-angin yang terlebey sudah..
ya..haku pakai krim mustajab yang extra hoooootttt dari biasa
ada lagi yang lebey hot dari krim mustajab ni..
meh mai habaq kat cheq..
cheq nak cuba...
hahaha...
jangan bagi api udah la..
hokeh la..
5 strategi pon da cukup la...
kalau tak turun gak kita tambah lagi strategi kuruskan badan..
hohohoho..
hat 5 strategi ni pon tak taw leh jalan ke tak..
hunybie