Tuesday, 24 November 2009

Pemasar Kopi 'Radix' Pemenang Anugerah Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Syarikat pemasar kopi 'Radix', HPA Industries Sdn Bhd hari ini dianugerahkan Anugerah Perdana Menteri Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2008.

HPA Industries, yang beroperasi di Arau, Perlis menjalankan pemasaran produk makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian, selain mengusahakan tanaman pegaga, roselle dan mangga.

Dengan nilai jualan RM63 juta pada tahun lepas, HPA Industries berjaya menarik 400,000 keanggotaan dan 21,000 usahawan melalui pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai 63 rangkaian pemasaran di seluruh negara dan lima di luar negara.

Selain dianugerahkan pemenang kategori yang baru diperkenalkan tahun ini itu, HPA Industries turut memenangi kategori Anugerah Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008 yang menjadikan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000, selain sijil dan trofi, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang, dekat sini hari ini.

Pengarah Urusan HPA Industries Ismail Ahmad berkata pengiktirafan tinggi daripada kerajaan itu akan dijadikan sumber motivasi dalam mengembangkan perniagaannya, terutama bagi meluaskan pasaran eksport.

"Buat masa ini, kami masih terpaksa import roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi kami akan cuba untuk mempunyai ladang roselle dan pegaga yang lebih luas untuk kurangkan kebergantungan ini," katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu.

Mensasarkan keuntungan bernilai RM100,000 tahun ini, Ismail berkata kejayaan perniagaannya itu menunjukkan bahawa bidang pertanian dan industri asas tani sememangnya membawa keuntungan yang besar jika ia diusahakan dengan betul.

Bagi pemenang Peladang Muda Jaya Kebangsaan 2008 Zulkarnain Painan, 37, yang mula menceburkan diri dalam bidang pertanian sejak 11 tahun lalu, minat terhadap bidang pertanian menyebabkannya berusaha keras walaupun menerima cemuhan daripada orang sekeliling yang merasakan bidang itu tidak punya masa depan.

Namun kini, katanya dengan isipadu perniagaan bernilai melebihi RM2.8 juta setahun, termasuk lebih 18 hektar ladang tanaman kontan dan 11 hektar tanaman sawit serta ternakan kambing boer dan lembu, orang ramai mula membuka mata terhadap bidang itu.

"Saya cuma belajar daripada pengalaman dan selalu bertanya, selain kursus-kursus pengurusan oleh Jabatan Pertanian untuk mengembangkan bidang ini," katanya yang membawa pulang wang RM30,000, sijil dan trofi.

Pemenang-pemenang lain yang turut membawa pulang wang berjumlah RM30,000 selain sijil dan trofi adalah Mohammad Hassan Mohammad Rawther dan Lenah Simen, masing-masing bagi kategori Peladang Lelaki dan Wanita, Din Ahmad bagi kategori Nelayan, Saidi Mamat @ Ghani bagi kategori Nelayan Muda, Kiew Yoke Loy dan Chia Kee Heng, masing-masing bagi kategori Usahawan Ikan Jaya Kategori Air Tawar dan Air Payau, Zainuddin Zakaria sebagai Usahawan Penternak Jaya Ruminan dan Ishah @ Isa Awab sebagai Usahawan Penternak Jaya Bukan Ruminan.

Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pula menjuarai kategori Pertubuhan Peladang, Unit Peladang Jaya Desa Sri Taman, Tuaran, Sabah bagi kategori Unit Peladang, Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah, Kedah bagi kategori Persatuan Nelayan, PB Sayuran Kg Melayu Raya, Tangkak, Muar untuk kategori Kumpulan Tani Komersil, Kumpulan Pengembangan Wanita Kampung Medan Jaya, Marang, Terengganu untuk kategori Kumpulan Wanita dan Kebun Rimau Sdn Bhd bagi kategori Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani.

-- BERNAMA

Madu Asli HPA

Madu Asli

Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 17%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Komposisi (375 gram per botol) :

Madu Asli diambil dari Timur Tengah

Dos :
Sinergikan dengan:-

1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).

4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 23
Sabah & Sarawak: RM 27

==========================================

Timbul riaksi elergi lepas mengambil madu

Percayalah…madu itu adalah ubat yang sangat bermanafaat terutama pada tubuh yang lelah kerana terlalu banyak kotoran . Madu tidak memberatkan buah pinggang dan menjadi pelawas pada usus besar. Madu juga mendatangkan tenaga segera bagi menolong membangkitkan imuniti yang lemah.

Guna madu bersama herba lain,insyaAllah berkesan. Jika terdapat gatal gatal ambil madu dengan corcinium dan omega 3. Kencing Manis pula madu dengan plantisol sangat baik untuk mereka yang mengalami impotensi kerananya. Kesemua sinergi dengan madu lebah perlu dibukakan kapsul terlebih dahulu.

Jika berlaku alergi teruskan pengambilan madu dan jangan berhenti sehingga sembuh. InsyaAllah.

Bibir hitam
Bibir menjadi hitam akibat daripada penggurangan kalogen kerana proses penuaan. Kaedah biasa yang sering digunakan oleh pakar-pakar kecantikan ialah menggunakan hyaluronic asid. Namun bagitu hasilnya juga tidak bagitu ketara dibandingkan dengan kaedah pengubatan Jawi.

Anda boleh mencuba dengan menyapu madu lebah sebelum tidur malam pada bibir dan dilakukan selang 3 hari . InsyaAllah bibir akan menjadi cantik, halus bak limau seulas. Selamat mencuba dengan madu lebah HPA.

Mengkudu + Madu
Gabungan madu dan mengkudu (2M) juga sangat baik untuk mengubati ketumbuhan.Buka 3 kapsul mengkudu ,dicampur dengan segelas kecil air dan sesudu teh madu.Selepas di (kacau/aduk-ind) dibiarkan 10 minit kemudian di minum sehari 3 - 5 kali.

Campuran itu tidak lengkap lagi dan perlu ditambah dengan minuman segelas air parutan kunyit putih(sebesar ibu jari sekali minum)3 kali sehari.Kaedah ini sangat baik terutamanya yang melibatkan rahim wanita.InsyaAllah.

Madu bercampur air.
Terapi madu juga sangat baik untuk kesihatan mata dan kecantikan kulit muka.Satu sudu besar madu dimasukkan kedalam setengah liter air dan digunakan untuk membasuh muka pada malam hari.Biarkan air tersebut kering di muka dan bersihkan pada hari esoknya.

Air madu akan membersikan mata serta mengelakan pembentukan selaput (rabun) malah kulit muka turut menjadi cantik putih kemerah-merahan(kulit bayi).Lakukan selama 40 malam dan lihat perbezaan pada kulit muka sekaligus sebagai terapi untuk penyakit resdung.InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------------
Cara Mengesan Madu Asli dan Madu Tiruan

Ketika makan semasa program PBC di Anjung Rahmat baru-baru ini, saya diajukan soalan oleh seorang peserta PBC. Benarkah Madu Asli HPA itu asli? Kalau asli kenapa ianya dihurung semut? Dengan spontan saya menjawab kerana semut pun nak kan yang asli. Allah jadikan madu daripada perut lebah itu bukannya untuk manusia sahaja tetapi untuk semua makhluknya. Kalau semut pun tak nak itu bukannya madu kerana kandungan gula di dalam madu ialah jenis fruktosa iaitu 300 molekul glukosa. Sebab itulah kalau kita nak kan tenaga segera daripada madu kita kena goncang atau kacau 1 sudu madu dalam segelas air suam sebanyak 300 kali. Tapi janganlah nak disamakan pula gula daripada madu ini dengan gula daripada gula pasir. Gula daripada madu ini ubat kerana ianya semulajadi sedangkan gula daripada gula pasir itu beracun kerana ianya telah melalui proses kimia daripada hampas tebu.

Berkenaan dengan madu tiruan pula saya teringat kisah penjual madu jalanan 10 tahun sudah yang saya jumpa semula setelah ianya menyertai HPA di Klang baru-baru ini. Katanya 10 tahun sudah sebenarnya ia menjual madu tiruan di kakilima Chow Kit dan di kawasan Masjid India Kuala Lumpur. Tapi orang ramai percaya kerana pertama ianya tidak dihurung semut dan kedua kerana harganya mahal. Minda orang kita ini katanya percaya kalau mahal tu itulah yang asli. Lagi mahal lagi asli. Sedangkan madu yang dikatakan asli itu ia buat sendiri sahaja. Caranya ambil putik nenas diambil patinya dicampurkan dengan air gula melaka lalu dimasak dan dimasukkan dengan kapur makan. Kapur makan? Kapur makan itu kapur yang orang makan dengan sireh tu... memanglah panas.. patutlah semut pun tak mau dekat.. masuk peti ais pun tak boleh beku. Tapi orang kita ni itulah yang mereka percaya. Kena tipu hidup-hidup..

Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma). Madu HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin. Kandungan airnya kurang daripada 17%. Madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi melebihi 17% mudah terjejas oleh yis (yang boleh menyebabkan berlakunya proses penapaian). Akibatnya madu menjadi masam dan mengeluarkan gas. Itu yang kadang-kadang boleh meletup tu. Ingat! yang meletup tu dah hilang keasliannya walau pun asalnya asli.

Disini diberikan beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli.

1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.

2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.

3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.

4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.

Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Madu Asli Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA