Sunday, August 17, 2014

Open house kecil kecilan

This year, kami buat decide buat open house kecil kecilan.
Takmo besar besaran panggil semua orang sekali in lumpsum dah.
Bila panggil ramai2 macam tu
 
1. Tak terlayan.. Orang dating-suruh duduk-suruh makan-orang balik
2. Tak dapat nak borak
3. Tak dapat nak gossip.
 
 
So start last week kami dah buat sket2 in a batch.
Petang sabtu geng2 bas sekolah saya.. 2 orang je pun Nabeelah and Rita.
hahahah
Saya order laksam untuk diorang.
Borak pun best..gossip macam2..
The next day Nabeelah terus beranak anak no.3
Charlies angel sangat tau dia..all 3 princesses..
Congrates darl..
 
 
 
Gambar banyak amik..tapi malas nak transfer..
nanti lah bulan depan..ekekek
 
 
Malam sabtu pula geng2 basikal husband saya datang.
Ada 3 family datang with anak2 and wife diorang sekali.
 
Menu malam tu.
 
1.Laksam (order)
yang saya masak sendiri
2. Pulut
3. Chicken curry
4. Sambal ikan bilis with petai.
 
Lewat pukul 11 juga diorang balik.
Adeiii ponekkkk
 
Ahad pula di khaskan untuk family in law saya.
Saya start main masak2 dr pukul 1pm and tetamu datang 2.30pm
Hebat tak mak masak cepat gitu..ekekek
Sebabnya lambat start adalah sebelum tu kami keluar beli ayamas and bahan2 untuk buat brownies.
Alamat mcm Charlie chaplin jugalah saya masak.
 
 
Menu
1. Nasi beriani
2. Chicken curry (kata dah terror masak kari kan)
3. Alca timun
4. Nugget (ni pun nak masuk dlm menu ke?)
5. Choclate brownies
 
6. Laksam semalam yang masih berbaki
7. Beli ayam percik ayamas 4 ekor
 
MIL saya datang siap bawak
1. Ketupat palas
2. Rendang daging
3. Goreng cempedak
 
Penuh meja makan semalam.
Alhamdulillah rezeki kan..
Ramai juga family husband saya , penuh satu rumah gamat dengat diorang je
 
Bang long + wife + 4 kids
Zura+ husband+1 kids
Azwan+wife
Ujang
Hasrul
FIL and MIL
 
 
 
Lewat petang bila half adik beradik husband dah balik.
Saya sms jiran sebelah rumah ..jiran belah kiri je..sebab belah kanan student sewa rumah tu.
Uztaz satu family datang sharing the rezeki yang banyak haritu.
7pm semua orang balik.
Saya start kemas (including mop) dekat pukul 9pm.
Penat gila rasa tapi seronok..
Sebab tak kelam kabut sangat.
 
Jumaat ni kawan2 GMI saya from Mecha pula datang.
Pot luck la.
Saya plan nak masak lodeh and nasi himpit je .
 
Sabtu kawan2 husband from Sony.
and Ahad geng2 blogger pencen pula.
 
Lepas tu tutup buku..
 
Saya nak buat utk STF..tapi dah berkumpul dah haritu kat rumah Mazia.
and masing2 full time2 raya ni.
Takpelah..lepas raya nanti kita berkumpul lagi ye.
 


Wednesday, August 13, 2014

Kari utara... Finally!


Atas ni kari n9..
Pekat berkilat..


 
Yang ni pula kari utara..
very light2 ..
tak pedas..
 
6 tahun kawin saya tak pass2 lagi nak masak kari version utara ni.
Sedih betul sbb husband saya bila makan lauk kari ni kat rumah mak dia bertambah2 dia makan.
Last week bagi mia and umar dani try pun diorang suka..
Pelik ye sbb umar dani takkan makan nasi selain dari sup.
Tapi kari dia layan..
 
So saya rasa takleh jadi ni..
Saya harus kena belajar..
Maka saya pun mintak lah specific and detail resipe from MIL..
Specific tu betul2 specific ye..
takleh terima bila orang cakap secukup rasa..or agak2 lah..
 
Saya mintak berapa panjang halia nak guna.
berapa ulas bawang putih bawang merah.
Berasa sudu kari nak pakai..
 
Turn out baru saya tahu kesilapan kari saya tak jadi2 dulu sebab saya guna kari sket sangat.
Kari utara ni memerlukan serbuk kari yang banyak.
Nak masak untuk 2 orang makan pun kena guna satu paket kecik sampai habis ye..
Selama ni saya guna 2-3 sudu..
patutlah takjadi.
 
So semalam saya pun cuba..
dengan bacaan bismillah..
 
3ulas bawang merah
2 ulas bawang putih.
halia panjang ibu jari (banyak ye)
Kayu manis and bentuk cam star tu 2 ulas.
Halba campur satu sudu.
Serbuk kari satu paket.
 
Ayam dan kentang potong dadu.
Tomato sebiji.
 
Santan setengah kotak.
 
 
Dan resultnya.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
TARAAAAAAAAAA (gambar lupa nak snap)
Akhirnya saya Berjaya memasak lauk kari di usia 33 tahun.
hahahah
sedap dan boleh la nak dekat sama dengan kari mil saya tu.
 
Tanya husband.. jawapan dia "hurmmmm boleh lah"
sambil tambah 2 pinggan nasi.
 
Anak2 pun makan 2 pinggang semalm.
Masak 2 pot nasi..licin uollsss
 
saya tak makan nasi..saya cicah dengan roti je..
 
Gembira sangat...
Lepas ni boleh try masak untuk mak saya di n9.
hahahah
 
 
*pandai masak kari pun dah bising kan*

Tuesday, August 12, 2014

Lost 5kg in 2month (no chemical/drug needed)

Tajuk tak nak kalah kan..haahhah.
But mak Berjaya noks..mak Berjaya..lihat lah dunia..aagagaga..
 
 
 Saya fobia nak timbang berat badan..since bersalin tak pernah timbang.
Last timbang pun masa mengandung Umar Dani dulu..
At 9month I weight almost 80kg.. amik ko..
Baby keluar 3.5kg je..
Tulah makan untuk dua orang sangat kan..
Berat pun dah macam dua orang.
 
Lepas bersalin tak berani nak timbang.
Seluar baju still muat, tak ketat so apaada hal..
Makan dan makan lagi.
Salahkan breastfeedpula kali ni.hahah
 
Jadi orang tinggi ni, berat naik pun orang tak perasan sgt.
Sbb lemak tu tak berkumpul kat satu tempat kot.
Dia berselerak kat seluruh badan,,so takde lah Nampak gemuk mendadak.
 
Satu hari di bulan July nak dijadikan cerita saya pun tertimbang berat di rumah MIL.
Ya Allah ya rabbi.. July 2014 saya seberat 69kg..
nak nangis tengok angka tu..
1 kg lagi dah cecah 70kg.
10kg lagi dah sama cam org pregnant 9bulan.
 
Sebelum kawin berat saya ard 57-58kg
Tinggi 170cm so mmg Nampak very the pokok kelapa nak sebatang lah..
10kg woooo naik dalam masa 6 tahun with 2 orang anak.
Sikit2 sikit dia naik ..satu tahun naik 1.5kg..
10 tahun dr skang naik 15kg pula.. maksudnya by the time I reach 43 I will be weight 69+15 = 84kg
Confirm macam gergasi dewa gorgon..
Takut wei..


Survey punya survey ubat kurus mana yangpalingberkesan,
Semua mcm tak memuaskan hati.
Tak yakin saya.
semua syarat2 nya kena jaga makan, minum air masak banyak and bersenam.
Tah apa2 tah..kalau dah bayar duit mahal2 beli ubat tu,tapi still kena jaga makan, minum air 2L and kena bersenam,Baik takyah beli.
 
Baik buat sendiri je 3 main syarat2 untuk kurus tu.
 
 
Maka saya pun dengan tekad dan nekad ajak 3 sahabat ke gym ofis waktu lunch hour.



 
Satu minggu saya akan ke gym 3-4x.
1jam saya akan guna cross trainer ni dan burned about 538cal .
selebih 30min for stretching and buat butt exercise.
sila gugel ye macam mananak buat.
 
 
Sebulan jugalah saya main gym ni bulan 7 haritu.
Habis je class pagi pukul 1pm terus run pergi gym.
Pukul 2.30 ada lagi classpetang pula.
Tak mandi tak apa..terus masuk class..
touch up sket lah make up and spray perfume..hahaha
 
Sebulan ke gym tu berat saya tak turun banyak.
Which is so sad dan byk buat saya tak de semangat nak teruskan..
Tapi kawan2 bg semangat..
Mungkin lemak2 saya dah bertukar jadi otot.
5kg lemak = 5kg otot.
 
Baiklah..hamba teruskan.
 
Then masuk bulan puasa..
Early 2weeks puasa, petang pukul 5-6pm saya main badminton.
Sengsara jugalah  masa tu..
 
Then last 2 weeks dah stop dah sebab class dah banyak and gengmasing2 sibuk.
 
Saya timbang berat on third week of puasa saya dah turun 5kg already.
yeayyyy..lompat lompat bintang.
maksudnya berat saya dah 64kg now..
Lupa nak cerita..during this 2 month,saya tak makan nasi.
Makan kuey tiaw/ mee hun sup and tomyam.
Nasi amik segenggam time wiken.
Bulan puasa pun mcm tu..
Lebih2 makan buah.
Time sahur saya blend timun+tomato+lemon..
 
 
hurrayyyy
4kg to go..
sbb saya target 60kg..ekekek
 
Then syahdu di pagi raya..makan sedap banyak sangat.
Hilang ingatan sekejap dengan target 60kg saya tu.
Makan2 dan makan2lagi.
 
Seminggu raya saya naik 800g. Almost 1 kg.
Nak naik senang je.Nak turun payah amat2..
 
So since last week dah start jaga makan semula.
Start puasa ganti and puasa 6..
up to date now berat saya 64.3kg.
 
Kalau jumpa orang sure tegor saya dah kurus..happy plz..
hahahah
Tanya kat husband...mmg tak lah kan..
Tanya dia yang, I dah kurus ke,?
dia boleh jawab... u bogel dulu baru I tahu kurus gemuk..demmmmm sangat kan..
 
So uolss..boleh lah try cara saya ni..
Tak guna any ubat pun..
just regular exercise and of kos jaga makan.
boleh la cheat day time wiken.
 
Target saya nak cecah 60kg je.
Kurus sangat tak lawa.
Lebih2 lagi bg orang tinggi 170cm..
Nanti dah macam sekeping papan..
 
Bila dah kurus sikit dah, pakai baju apa pun dah jadi confident..
Apa apa punkenaback to niat.
Niat saya untuk kurus adalah untuk suami saya.
Biar dia tgk isteri dia kat rumah elok cantik kurus...takyah nak gatal2 tgk orang kurus kat luar.
 
hehehe..
4more kg to rid..
Gambate -neh


Monday, August 11, 2014

Luahan rasa

 
Adik manis mommy panggil dia ni.
senyuman dia memang mahal..tapi kalau senyumm alahai manis sangat ..cair mommy tau.
 
Dilema sangat nak hantar dia pergi sekolah awal2 pagi.
 
" Adik nak sleep somemore mommy"
 
"Adik tired.."
 
"Adik dun wan shower..mommy wipe adik only ok"
 
" Adik scared go to school , nobody sayang adik at school "
 
" Adik nak mommy only..at school adik don't have mommy"
 
And 100001 macam2 alasan kenapa dia taknak ke sekolah.
 
Masa dah sampai sekolah, sebakul janji2 kosong saya bagi kat dia.
Berat hati sebenarnya mendukung anak kecik untuk dijaga orang.
Walaupun adik dah 2y and 7month, saya masih lagi rasa bersalah kat dia.
Pagi2 dah ke sekolah..petang pukul 6pm baru balik rumah.
10pm dah kena tidur.
And repeat semula ..
 
Anak2 kita membesar di tangan orang lain.
Jadi carilah semolek molek penjaga untuk mereka.
8hours kot diorang kat sana..
 
And 4hours je dengan kita.
4 hours tu lah diorang nak menunjukkan taring dan ragam diorang.
Nak mintak attentition.
Kadang2 geram betul..nak di lepak lepuk je rasa tangan ni.
 
Tapi memikirkan 4jam itu..saya perlu bersabar.
Bertuahnya ibu ibu yang dapat anak membesar depan mata.
Memag lah penat berganda2 tapi puas hati.
Kita sendiri yang bentuk, acu , dan didik diorang sebaik mungkin.
Bagi orang lain..walaupun sebaik mana orang tu, tak mungkin dapat menjaga anak kita seikhlas hati.
 
Tapi untuk saya berhenti kerja jaga anak2bukan lah satu option sekarang ni.
Hutang masih banyak.
Suami seorang tidak mampu untuk bayar rumah dan kereta seorang diri.
Jikalau mampu sekalipun, lepas tu kami sekeluarga kena makan nasi lauk air garam je hari2..
maggi pun dah mahal kan sekang.
 
Doa mak kan doa yang mustajab sekali.
Doa selalu agar anak2kita sentiasa di bawah lindungan nya.
 
Sejak Mia jatuh berdarah di dagu,saya sentiasa berdoa jauhkan lah anak2 saya dari apa2 yang menyakitkan diorang.
Saya tak dapat tangan or mata extra untuk jaga diorang dari jatuh berdarah, Lebam terhantuk etc etc ,
Maka saya kurangkan memasak dan mengemas bila balik rumah.
Banyak beli dah sekarang,walaupun orang akan cakap masakan ibu lebih baik.
Tapi saya perlu memilih masa dari susah2mengejar masakan ibu.
Bagi perhatian lebih2 sket kat diorang.
 
Kadang2 tu bilakat ofis teringat sgt kat anak2, plan macam2 activity nak buat bila balik nanti.
Tapi bila sampai rumah ada je masalah..kakak merajuk..or adik buat ragam menangis tak tentu pasal..
Mak is pasrah sgt2..
Ada je benda tak kena ..
Anak baru dua..
 
Tapi rasa macam dah 10..ekekeke
 
 
 
 


Tuesday, August 5, 2014

Kakak Mia 5th birthday celebration.

 
Kakak Mia born 29 May 2009.
 
Early May haritu, mommy join celebrate her birthday with kakak Pisya birthday..
yeeehaaaa... boleh save duit sket.hahaha
Kalau buat party sendiri mau nya 2k melayang .
 
 
Decorations party semua my sister angah yang plan.
Birthday theme Pisya is pirate treasurer team.
Dah nama  pun tumpang befday orangg kan.. so layan je lah theme apa2 pun.
 
 
5years already.
 
 
With her fav atok
 
 
Jumping2 so much fun.
 
 
Buffet table.
Yang treasure cake tu kakak pisya punya.. yang purpe tu Mia punya
 
 
As her request.. a cake with a crown and elsa elna on top
 

 
Harini hujan renyai2 sket.
So agak lencun jugalah diorang jumping2 that day.
 
 
Si tecik ni pun tak lepaskan peluang.
 
 
Jump.. adik jump
 
 
Uwan yang sporting turut serta sekali.
 
 
Ni muka, bila uncle nak buka jumping2 ni sebab hujan.
muka taknak turun.
 
 
Sebab muka mintak ciom macam ni harus letak banyak2.
 

 
With Athirah. and what with the face athi?


 
With Qaira.
 
 
Antara teman2 sebaya Mia yang hadir.
Nama pun menumpang party orang kan.
Haruslah mommy tak berani ajak ramai2.
ekekekek
 
Diorang pirate...kami pun harus pirate sekali.
Baru sempoi
 
 
Baby Nina yang tomei2
 
Ok tu je update untuk befday Mia part 1.
 
Part 2 bersambung kat bawah ni.
________________________________________________________
 
So ngam2 29/May/2014
Mommy ambik cuti untuk celebrate befday kakak together2.
Mommy-daughter time.
Adik tak boleh ikut.
 
Kami celebrate di Alamanda sajork.
 
 
First activity kami adalah berkarok.
First time saya and Mia masuk karoke ni uolss.
 

 
Ada orang tu belasah lagi let it go sampai 18x haritu.
 
 
Best gak karaoke kat alamanda ni.
Tempat baru lagi.
And banyak kids song dalam ni.
so mia enjoy..mommy pun turut saya menyumbang kan suara nyanyi lagu ombak rindu.
haks!
 
 
Lepas karaoke..kami layan movie pula
first day cerita Maleficent keluar..tak booked apa terus datang beli.
Yang tak 3D semua sold out include front seat.
Yang banyak kosong untuk 3D je lah.
boleh lah try satu kali
tak pernah try ..first time.
3D biasalah leceh kena pakai spek semua ni.
Mommy takpe..mia lah kejap2 buka..
 
 
Best gila citer ni..best sangat2 kot.
kami bagi 5 bintang setengah
 

 
Eh ada gambar karaoke tersesat..hahah
belasah..malas nak edit.
 
 
Lepas movie kita tiup lilin..
Happy birthday kakak
 

 
She choose this baby doll as her birthday gift.
 
 
Siap soh orang tu wrap sbb dia cakap I like suprises..
fine..like u not the onewho choose the present la kan.
 
 
 
Ni cerita ngeri sket..
Kami repeat cerita maleficent kali ke2 with daddy andadik.
Maybe Miasedikit terpengaruh with the aksi terbang2..
Dia pun cuba terbang kat rumah..
and jatuh berdebab dagu sampai dulu ke lantai.
 
Luka and kena 4 jahitan.
Dia yangluka..saya yang heart broken.
aduhai anak2..
 
 
Ni masa nak buka jahitan.
 

 
Fresh fresh gambar lepas jahitan di bukan.
Besar kan..
 
 
Nasib baik tersorok bawah dagu. kena dongak baru Nampak.
 Nasib baik tak kena muka.
Kalau tak kurang sket hantaran nanti.
Takpelah dah besar nanti pakai tudung ye..Orang tak perasan.
 

 
And dua gambar di atas ni fresh masa lepas kenajahit.
Tengah tunggu ubat.
Baju mia pun ada kesan darah lagi.
Mata Mia bengkak2 dek nangis taknak jahit.
 
Alahai anak..jikalau kau tahu betapa hancur lebur hati mommy ni masa kamu jerit kesakitan.
Rasa nak tukar tempat.
 
Redha kan lah hati.
Dugaan kehidupan.
 
Apa2 pun Happpy birthday Damia Zahra Mohammad Zuhardy.
Mommy sayang kakak.
 
2Y wean from breastfeed
4y completely diaper less pagi petang siang malam.
5y wean from milk bottle .now consume fresh milk.
And at the age of 5y She can read both Malay and English fluently.
 
Proud of you my sayang.
Your growing journey is so easy and fun for mommy to treasure.
Hope it gonnabe an easy journey until forever.
 
Be a good sister, a good daughter, a good muslim and a good person.
Semoga di berkati Allah kehidupan anakanda dunia dan akhirat.
 
Mommy doakan yang baik2 sahaja buat Mia.
Cinta hati pertama mommy.
 
Amin amin ya rabb


Monday, August 4, 2014

Pilah most wanted Raya


 
Third day Raya dah sampai ke kampong halaman yang di rindui.
Jumpa mak abah.. jumpa abang, angah and adik tersayang.
Kami 4 adik beradik je. 3 perempuan and sorang abang lelaki yang sulong.
 
Aband ada 4 orang anak.semua lelaki. Angah ada sorang je anak perempuan. And saya dua orang sorang lelaki sorang perempuan.
Total semua cucu cucu ada 7 orang.
Adik saya tak kawin lagi.
So sape2 yang nak masuk  line sila lah ye...
 
heheheheh
 
Cucu sulong yang pakai baju oren tu. Aniq Isyraf 15yo
 
Cucu no. 2 pakai baju biru Eriq Isyraf 11yo
 
Cucu no. 3 takde dalam gambar Arissa Qistina 9yo
 
Cucu no.4 yang pakai baju merah palim bam bam tu 8yo
 
Cucu no. 5 Damia Zahra 5yo
 
Cucu no.6 Umar Dani 2yo
 
Cucu no. 7 Izriq Isyraf 2yo
 
Umar Dani and Izriq sebaya umor, beza bulan je. Umar bulan 1, Izriq bulan 8.
Tapi size badan umar dani double si Izriq.
 
 
Ni jubbah Raya ke tiga.heheh
Axis dress from Love to Dress.
Suka cutting dia sangat2...
 


 
Malam Raya ke tiga round2 rumah2 saudara di Tanjong Ipoh.
Malam ni saya pinjam baju adik saya.
Rembat baju Jovian Mandagie dia satu kali..ekekek
 



 
Termatchy matchy pula blue kaler malam tu.
Tak plan pun.
Nak buat camne dah sehati sejiwa kan..
ekekeke
 
 
Posing baju pinjam sket.
Lawaaaa just besar sket kat saya. Nama pun baju pinjam kan.
Cutting pun lawa..
so sesuai lah harga baju RM4++.
Jovian ada sale nanti saya nak beli juga lah..heheheh
 
 
Eh budak ni pun biru like mommy daddy juga.
Pulun makan kerepek dia .
 



 
First time jumpa monopod..haruslah mommy-daddy posing macam pengantin baru kan.
Anak2 dok tepi sket plz..
Bagi can setahun sekali
 
 
Percubaan bergambar melompat yang fail!
Ni raya ke 4 nak gerak dari Pilah ke Rembau dah.
 
 
Raya ke 4 Kami semua balik Rembau (Kampung abah)
Jalan2 raya ke semua 5 orang adik beradik abah kat sana.
Sampai malam baru balik Kuala Pilah.
Malam tu pula, kami adik beradik buat BBQ Raya .
Share sikit sorang beli barang2 basah.
 
 
 
Saya beli Axis Tall size M.
Meleret labuh tak hengat.
Dukung pula budak berat 15kg ni.
Mak is pasrah.
 

 
Baju kurung/raya kakak yang ke 3..
Total baju kurung dia tahun ni 3 pasang la .
Yang lain semua top+pants.
 
 
Baju2 adik pun saya banyak beli online Carters/Osh Kosh.
Beli kat oversea cam murah and berbaloi sangat.
Tapi kena lah tunggu 2-3weeks baru sampai.
Order hari tu awal puasa.
Untuk adik ada 3 short pants + 2 long pants + 5 tshirt + 2 shirt
Untuk kakak 3 skinny legging + 2 long pants + 3 tops
 
Total untuk 21 helai ni ard rm400++ kot.
including tax and shipping.
Berbaloi sangat beli.
Quality pun cantik Carters/Osh kosh ni.
 
Basuh dalam machine pun taraapahal.
 
 
Mommy with budak serabai yang comot.
 
 
Rembau most wanted yo.
 
 
With kakak Pisya kesayanganss..
2 princesses in the family.
Sama2manja..sama2 mengada.
 
 
Tak pernah nak cukup korum.
This time Umar Dani pula missing.
 



 
Tak raya lah kalau tak main bunga api kan.
The kids enjoy sangat main.
Maybe first experienced for adek maneh.
Last year baru setahun , tak berani pegang lagi.
Tahun ni masih takut2 kat bunyi mercun.
Orang main mercun dia terus ajak masuk dalam rumah.
 
 
On the Fifth raya (Friday) , mak abah buat lemang.
Sebab anak3 tak merasa makan lemang lagi kan.
ye lah masing balik pun raya ke tiga.
Lemang rendang semua dah licin.
Ok lah bakar lemang time tak puasa ni.
Tak lah letih sangat.
 
Harini juga tangan mak tercurah dek sup daging panas menggelegak.
Aduhaiii... sebak betul saya tengok 3 jari and pergelengan tangan mak yang teruk melecur tu.
Masa saya sapukan minyak gamat pun air mata dah bergenang2.
Tapi ku tahan jebat.
huhuuh
semoga tangan mak cepat baik.
 
Lepas makan lemang dan rending yang super marbelassss..
 
Malam tu ard 10pm kami pun bertolak balik ke Bangi.
Habis dah raya kami.
3 hari beraya di Kedah dan 3 Hari lagi beraya di N9
Adil dan saksama.
Hhehehe
 
Sabtu kemas2 rumah and pergi Nilai 3 nak tempeh curtain baru for sliding door.
6 tahun dah duduk rumah tu. Tak berganti lagi kain langsir2.
Ahad pula lepas pergi open houses..balik tu terus cat hall
Kata dah tukar curtain baru kan..haruslah hall pun bertukar kaler.
So at least Nampak lah sket ada yang baru raya tahun ni.
Insyaallah ada rezeki and masa..kami nak buat open house.
Tapi kecil2 kecilan je lah.
Panggil kawan2terdekat aje.
 
Ok..tu je nak cerita ..cerita raya 2014.
Lepas ni boleh cerita open houses pula..
hehehe
till then.. tatatititutu
 
btw..Jumaat ni semua orang nak boikot McD kan.
saya mmg tak makan mcD sangat so tak kisah pun.
wait and see ..bersatu tak kita untuk boikot ni.