Anak pelengkap sebuah ikatan bahagia....
Gelak tawa,rengekkan manja...seringkali buat kita tersenyum walau kadang kala kita penat dalam melayan kerenah si comel...(teringat hero comelku kat umah pengasuh...apa dia buat agaknya?)
24hb Disember 2010, terkejut,terkedu,sebak bila terbaca status Ila @ Suhaila Yosni rakan cyberku "Just Lost Zhariff"!.Ligat di fikiran ku...adakah satu gurauan???Tak mungkin seorang ibu bergurau soal hidup & mati!
Bila aku baca balik status-status sebelumnya,barulah aku tahu bahawa Zharif sakit,batuk & jangkitan kuman...saat itu aku cuba nak selami hati Ila...tp tak mungkin...ku cuba bayang kan perasaan Ila...
sedangkan aku yang bukan ibu turut merasa betapa kehilangan...sedangkan aku tak punya apa-apa ikatan saudara,dapat merasakan...aku sekadar rakan Cyber...tak pernah sekali pun bersua muka dengan Ila & family...tapi pemergian Zharif benar-benar buat jiwa keibuanku tersentuh....
"Ila, tabahkan hati.Ila,redha" hanya itu yg mampu ku ucapkan...yang pasti...dia menantimu di syurga yang kekal abadi. Buat Zhariff, Aunty tak dapat nk jumpa zhariff walau pun sekali...anty hanya dapat tgk gambar Zhariff yang comel dalam Facebook ibu Zhariff....Ibu kata, Zhariff anak yang baik...betul kata ibu...Zharif pergi sebab Zharif tak nak susahkan ibu Zhariff...."Benarlah kau teristimewa"