Apr 8, 2014

Dilemma kedai kopi


Bila sampai kat kedai kopi, masing2 bawak cerita masing2, kadang2 berbakul2 cerita yg dibawa, ada yg logik dan ada yg kaki kencing, itu lantak dia la kan sebab dia punya cerita. nak jaga hati kawan2, tadah je la telinga utk dengar. di kelantan dipanggil "main angin"..


kebetulan pulak malam ni aku banyak cerita yg aku nak kongsikan kat kawan2. daripada rumah lagi rasa tak sabar2 utk bercerita dan gelak sama kawan2. sesampainya kat kedai kopi, sebaik duduk, masing2 keluarkan gadget masing2.. hurmmm..... *bunyi cengkerik*



semuanya duk senyum sambil mengadap skrin handphone canggih masing2, dah macam orang kurang siuman.aku pun keluarkan jugak la gadget aku yg xseberapa ni, kononnya utk ikut tema pada mlm itu *TEMA SENYUM DEPAN MESIN TEKNOLOGI ANDA* ..aku play game ular yg ada dalam talifon aku.main main main main dan terus main..






boring sudah game ular..aik?? semua masih nak diam dan senyum depan handphone? ok, jom jadik composer pulak, cipta lagu..mana la tahu kan AJAI nak beli lagu aku.keh3




sumpah boring!!! dulu lepak masing2 dengan cerita masing2, tapi sekarang semua duk mengadap handphone masing2, weiiii..setakat nak main handphone, kat umah pun boleh laaaa..kawan2 kat depan mata ni bukan boleh jumpa selalu..maka hargailah saat2 bernilai dengan kawan kita.. balik duluuuuuu..bye


No comments:

Instagram

Yang Dihormati


Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates