Ahad, 23 Jun 2013

NASIHAT RASULULLAH MENJELANG RAMADHAN




Diriwayatkan Oleh Ibnu Huzaimah, Rasulullah memberikan nasihat
menjelang ramadhan :

“Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan
membawa berkah rahmat dan maghfirah
. Bulan yang paling mulia disisi
Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam - malamnya 
adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam
yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan
oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah,
amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah
. Bermohonlah kepada Allah
Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah
membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung
ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang
tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga
lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan
pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah
anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu
untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling
utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba- Nya dengan
penuh kasih
; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut
mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka
berdoa kepada-Nya.

Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki
makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka
bersabdalah Rasulullah saw, “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi
sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”
“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan
akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari
budak sahaya niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”
“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan;
dua perkara untuk mendatangkan keredhoan Tuhanmu, dan dua perkara
lagi kamu sangat menghajatinya. “
“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa
tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara
yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan
dari neraka
.”

* Sama-samalah kita menghayatinya, insyaAllah memberi manfaat..

JEJAK KENANGAN



Gambar murid-murid SK. Rancangan Belia Tiulon, tahun 1992, adalah antara penari terawal didikan Etuza, tarian ini khas bagi sambutan Hari Ucapan Dan Perpisahan Tahun Enam, dulu-dulu hehe.., tahun 1992 .  Kalau Tak Silap lagu latarnya " Burung pungguk .. hehe silap.. Burung dalam sangkar kah tu.. ". Etuza juga sempat melatih murid berlakon drama pendek bertajuk "Hang Tuah".  Macam staringnya yang berbaju putih, pemegang watak Hang Tuah ( tapi sayang tiada kumis hehe..)..namanya Bobby Ridin ( anak cikgu Ridin ) .Guru Besar pada ketika itu Cikgu Wagimin Sapri pastinya sangat tertarik dengan persembahan mereka dan sempat mengucapkan tahniah kepada Etuza...hehe tabik spring..:-)



Ok,.. lagu tema untuk kenangan ni tidak lain tidak bukan terimalah " Burung Pungguk"  hehe silap ..?"..











Ahad, 9 Jun 2013

MASIHKAH KAU INGAT...


Bersama rakan-rakan guru  tahun 1994


Dari kiri : Cikgu Helina Ajon @ Nurazlina, Cikgu Jupinah G, Cikgu Zainab Ayub, Cikgu Halineh Midin, Cikgu Ronah Nassar @ Sabella, Cikgu Jelika Ribus,Cikgu Sanimah dan Cikgu Dayang Selisah Sepin.

Pasukan kerja Guru-guru Dapur


Dihikayatkan kitaorang sangatlah aktif membuat perbagai aktiviti tentunya melibatkan kepentingan anak didiklah sehingga kerap over time malam untuk budak-budak mentelah pelajaran terutamanya mata pelajaran yang agak sukar. Sememangnya kerja keras dan kerjasama bersepadu berbaloi apabila ianya membuahkan kejayaan dengan pencapaian prestasi murid meningkat dengan lebih memberangsangkan... We all tersangatlah happy, hehe.. itu kegembiraan bagi mereka yang bergelar guru yeee.....

Tidak sah ni mesti ada lagu tema special time tu ... OK confirm " Teluk Bayu "..Haha lagu ni memang nostalgik sangat, sebab setiap ada perayaan atau aktiviti pentas, lagu nilah saja satu-satunya jadi lagu wajib, entahlah kenapalah lagu ni terlalu mesra terutama dengan guru-guru perempuan mungkin kamiorang dibuai kebujangan dalam zaman jiwa2 time tu....







HARAPAN SEORANG IBU...


BUAH PENDIDIKAN

Jika anak dibesarkan dengan PENGHINAAN, dia belajar MENYESALI DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan TOLERANSI, dia belajar MENAHAN DIRI,
Jika anak dibesarkan dengan KEMEWAHAN, dia belajar PEMBAZIRAN,
Jika anak dibesarkan dengan KESEDERHANAAN, dia belajar MENSYUKURI, dan
Jika anak dibesarkan dengan KASIH SAYANG , dia belajar MENGASIHI DAN MENGHARGAI


Anak sulung bersama adik bungsunya

ANAK SULUNG YANG MENJADI CURAHAN KASIH DAN HARAPAN... ( Lahir : 5.10.1998 )



Anak Sulung Pertama,  permata  hati bonda dan ayahanda, tentunya hadirmu adalah, juga beserta kasih Allah  untuk hambanya sebagai amanah yang perlu kami hargai... Izzat nama timbangan diberi , Melihat ia membesar hati ini sering membisikkan...ingat anakku hatimu telah dibisikan azan, ingat, ingat, ingatlah..penuhilah ia sekudratmu. Masih ku ingat saat menanti kelahiran anak sulung, sungguh  ianya memberikan pengalaman yang sangat berharga. Ketika itu perasaan bercampur cemas, terujah dan ada manis... Hanya Tuhan saja yang  tahu  bertapa mencekamnya kepedihan saat itu. Alhamdulillah akhirnya segala keperitan seolah hilang apabila tangisan pertama bergema cuping telingaku tiada kata-kata yang keluar selain alhamdulilah berkali-kali ku ucapkan.

BERAKHIRNYA ZAMAN ANAK DARA HEHE..



Akhirnya tahun 1997 dipertemukan  jodoh dengan jejaka bernama  Iskandar, selamat diijab kabul pada 26.11.1997. Alhamdulillah kini telah pun dikurniakan cahaya mata seramai tujuh orang, enam puteri seorang putera. Ya Allah kepadaMulah sandaranku, sebagai manusia yang kerdil dalam mengharungi lautan hidup yang tentunya penuh dengan ujian dan dugaan. Syukur kepadaMu ya Allah atas segalanya, sesungguh kepada Engkaulah tempat bermohon, dengan sujud  ku pohonkan keluarga ini termasuk kedalam golongan yang mendapat redhomu di dunia dan akhirat jua… Macam mau kurakam disini detik-detik indah perkenalan awalnya namun .. malu dong..biarlah ianya menjadi memori indah limited edition orang bilang hehe..Dalam mood ni J waduh..kejap mesti ada tema lagu … ok jumpa .. ni lagu mengimbas zaman percintaan hehe..



Sabtu, 8 Jun 2013

KELAS TAHUN LIMA ( 1994 )



Memulakan tugas sebagai guru (GSTT)  pada tahun 1991. diantara gambar yang kutemui dicelah-celah album yang lama terperap nun di sudut itu :-). Hai... bila mengenangkan terasa sayu dihati, ya tentunya mereka telah membesar yang memenuhi takdir masing. Syukur bila bertembung senyuman dan sapaan menceriakan kembali kemesraan. Mereka cepat membesar, alahai tak sedar pula rupanya hakikatnya diri ini sebenarnya meniti usia senja..

Jumaat, 7 Jun 2013


Salam semua, Saya agak terkesan dengan lagu lama ni, mungkin ianya mempunyai sentemental value buat diriku yang ada ketikanya digamit nostalgia dikala bersama anak-anak didik tersayang. Mari menikmatinya tentu setiap kita akan dibuai memori lama...

BIAR MASA BERLALU LA..LA...LA

Tidak ku pinta apa-apa hanya doaku semoga kamu semua sukses..

HijratulSofea Kini Punya Blog Yang Mempersona

Assalamualaikum ...pembuka bicara..
Salam keramat untuk semua yang seagama dengan ku..
Dan salam sejahtera kepada sesiapa 
Yang berkenaan jika terjumpa blog
HijratulSofea di jendela maya..

Setinggi-tinggi rakaman terima kasih
kepada blogger pemilik Blog Pesona 
( Etuza Warna- Warna Kehidupan )
sila klik nak tengok..
Kerana dialah aku kini ada sebuah 
blog yang cantik ini..
Kemudian terima kasih juga kepada..
Pemilik blog yang sungguh cantik ini 
iaitu Cik Rose
Cik Rose juga ternyata ada membantu
membina blog untuk kami
keluarga HijrahtulSofea..

    Benar-benar blog ini kini terlukis untuk aku dan HijratulSofea. Kemudian ada kata-kata hikmah yang amat merdu  dan mudah difahami iaitu "ANDAI KU PUNYA MASA KU TULIS SEMUA MEMORI KEHIDUPANKU " Kata-kata ini jelas membuktikan bahawa jika aku punyai masa terluang dan benar-benar lapang tanpa sebarang ganguan aku pasti akan menulis. Sayang sekali, jika diteliti dari segi masa...bagaikan aku mencari bila benar2 ada masa untuk mengisi ruang catatan blog HijratulSofea ini. Aku tahu menulis di blog bukan sekadar main-main, walaupun berblog tiada undang2 penulisan sebenar, hatta cuma sepatah kata maka akan jadilah pengisian blog tertentu. Namun bukan itu caraku berblog. Aku mahu blog ini ada nafas ada ilmu dan ada hikmah untuk generasiku dimasa akan datang. Dengan itu...aku akan mencuba membuat pengisian blog ini dengan kualiti tersendiri.

Kepada semua ...inilah pembuka blog HijrahtulSofea. Memulakan dengan ucapan syukur ke hadrat Allah dan terima kasih kepada dua blogger yang aktif mempersembahkan blog di jendela maya ( etuza dan cik rose ). Insha Allah aku pasti selepas ini akan ada pengisian dari ku..khasnya keluarga HijratulSofea. Harap Maklum...