Saturday, January 21, 2006

Gua Baru


Wajah baru high heels and selipar jepun gua.My fren kata selipar tu selipar cinderella..hehe..Selipar yang ari tu dah takde bunga.So,bahaya sikit la..tak pasal2 nanti gua jatuh dlm tandas sbb licin.The previous high heels tu plak ok lagi.Tapi dah lama la..gua sekarang pakai yang ni.Makin tinggi plak tumit..hehe..gua nak beli lagi nanti..yg lebih tinggi..saje nak buat koleksi.Gua ingat lagi zaman dulu2...masa kat uni..gua anti kasut tumit tinggi.Pegi kuliah pun pakai kasual je,jeans n t-shirt n selipar je.Buat presentation baru pakai baju kurung n takde high heels.Pakai je kasut simple2.Tumit tinggi tak main la..
Tapi sekarang..gua minat sgt dgn kasut tumit tinggi.Sejak gua kerja actually..Ke mana2 gua pegi,mesti nak cari kedai kasut tumit tinggi..tengok2 kalau ada yg menarik,gua beli.Manusia berubah kan...hehe..Tapi apa sekalipun,selipar jepun tak blh tinggal...tetap di hati...tak lengkap idup tanpa selipar jepun..hehe..

Friday, January 06, 2006

Akulah Korban Itu...

Korban,berkorban,terkorban,dikorbankan,mengorbankan dan pengorbanan.Banyak makna dan beza..Entry kali ni aku korbankan gua.Aku guna aku sbb nak lebih authentic kata lecturer aku dulu.Ini cerita segalanya2 tentang korban aku.Tak bermaksud nak menyinggung perasaan mana2 pihak.Dan bukan niat nak menunjuk2 a.k.a NGEGEH..hehe..sesaja kongsi cite sempena Raya Korban ni..
Kwn aku: Keja kat sini la (KL).Best..selalu sale,luas pengalaman,pandangan..Asyik terperap kat sana je (my place),mana syok..sampai bila nak duduk dgn family je.Kau kena berkorban.Duduk jauh,kerja jauh.Silap2 hari bulan blh gak dpt calon suami.
Aku:Tengokla mcm mana..
Yang kwn2 aku (a few) tau:Korban bermaksud duduk jauh dgn family..kerja kat luar Sarawak.Kalau kerja jauh maksudnya dah berkorban demi keluarga.
Yang diaorg tak tau:Kenapa aku stil tak kuar2 dr tmpat aku ni?Kenapa aku tak nak kerja jauh?Aku pun berkorban jugak.Bagi aku,korban tak semestinya nak kena duduk jauh n kerja kat luar kampung.Aku berkorban demi keluarga jugak.Duduk dgn family demi keluarga aku.Bukan aku tak nak kerja luar.Cuma keadaan aku tak mengizinkan.Jika bagi sesetengah org bekerja jauh untuk mencari wang dan dikirimkan kepada family kat kampung..aku pun TAK ADA BEZA nya.Aku bekerja pun nak cari wang untuk keluarga aku.Untuk adik2 aku yg masih belajar.Aku fikir..daripada buang duit sewa rumah n transport kat luar esp KL (bandar besar yg kena byk belanja),baik aku kerja kat sini je.Duit bulat2 boleh bagi kat emak aku,adik2 aku.Kalau dah ada peluang kerja kat sini,buat apa nak susah2 cari kerja kat tmpat lain.If takde org nak stay kat bandar kecik mcm ni..siapa lagi?Lain la kalau kat sini takde peluang kerja...aku might keluar la kan?
Aku pun heran jugak..kenapa org mesti kaitkan korban dgn kerja kat bandar atau kat luar kampung sendiri?Kerja kat mana2 pun korban..Siapa yg tak nak berkorban utk keluarga?
Kwn aku: Tak penat ke?Siang2 kerja dan malam2 plak berniaga.Balik plak lewat mlm.Kalau aku la..mesti dah tak tahan..Kau ada upah ke?Keuntungan pun kau dpt ke?
Aku: Biasa je..
Yg kwn2 aku tau: Malam2 rehat..tak pun kuar.Berniaga mesti dpt untung..
Yg kwn2 aku tak tau:Kenapa aku sanggup korbankan masa malam aku untuk berniaga setelah penat bekerja?Kenapa aku tak nak upah dan tak ambik keuntungan tu?
Aku korbankan masa malam aku dgn berniaga kerana nak puaskan hati emak dan ayah aku.Mereka mmg nak uruskan gerai tu tapi aku tak smpai hati.Kesian tgk mak aku yg dh penat buat kerja kat rumah seharian dan my dad yg dah berusia.Takkan nak biarkan diaorg penat lelah kat gerai dan balik lewat malam?Mana boleh mcm tu kawan...
Psl upah plak..aku mmg tak nak.Aku tolong mak ayah aku dgn iklhlas.Tak harap sesen pun upah.Kenapa plak aku nak ambik upah sedangkan aku ada gaji.Lagipun,tu gerai diaorg..aku hnya tolong laksanakan impian dia org.Semua keuntungan aku bagi kat mak dan ayah aku.Kalau aku nak ambik jugak upah..aku rasa mcm penjahat plak.Pengorbanan mak ayah membesarkan aku pun tak terbalas lagi..nak ambik mintak bayar plak untuk bantu kat gerai?Tidak sama sekali!!
Kwn aku:Jom la kuar mlm ni (mlm masa gerai tak bukak).Pukul 8 aku jmput.Kita pegi lepak2.Tak boring ke duduk rumah je..
Aku: Tak tau lagi la..Nanti aku sms kau.
Yg kwn2 aku tau:Mlm2 nak kuar.Tak makan pun just lepak minum2..
Yg kwn2 aku tak tau:Kenapa kdg2 aku tak nak lepak?
Aku nak korbankan masa dgn adik2 aku.Tolong dia org buat kerja sekolah.Ada yg diaorg tak tau buat..aku bantu.Mak dan ayah aku bukan tau sgt..tambah2 lagi Sains dan Matematik dlm Inggeris.Kesian adik2 aku.Nak tnya ngm mak ayah aku bukan dpt jawapan pun.So,aku la yg kena duduk sebelah adik2 aku dan bantu apa yg patut.
Kwn aku:Kau lunch pukul berapa dan kat mana?
Aku:Aku tak lunch.Tak lapar.
Kwn Aku:La..jom la kuar.Kau selalu je malas makan.Tak pernah aku jumpa org mcm kau.
Yg kwn aku tau:Aku malas makan tp stil gak saiz besar.
Yg kwn aku tak tau:Kenapa aku tak nak makan?
Aku nak jimatkan wang dan fikirkan adik aku yg study kat UITM dan yg kerja kat Singapura tu.Kalau tiap kali lunch aku nak makan kat luar,byk la belanja aku.Adik aku yg tgh study kat UITM makan apa agaknya?Aku kat sini makan sedap...dia makan ke tak?Kalau makan pun..makan kat kat kantin UITM.Belum tentu sedap beb.Tak pun makan mi segera yg direndam dgn air panas.Yg kerja kat Singapura tu plak mcm mana?Ada lagi tak duit dia utk makan?Uish..kesian adik2 aku tu.Takpe la..aku pun tak nak la makan kat luar selalu.Biarla berlapar..petang nanti blh balik baru makan..
Bos aku dulu:Why u always smile?
Aku: It's my hobby.
Bos aku:Good hobby.I want to start that hobby too.
Yg bos aku tau:Aku selalu senyum.Tiap kali aku tgk dia..aku senyum.
Yg bos aku tak tau:Kenapa aku senyum dan kenapa aku selalu gembira?
Aku dah korbankan perasaan sedih dan muka sedih aku.Aku timbuskan dgn perasaan gembira.Bukan apa..aku tak nak org nampak kesedihan aku.Mcm aku sendiri..aku tak suka tgk muka org yg panjang je..masam je..hati aku tak senang.Bingung,risau takut aku ada buat silap ke kat org tu smpai dia bagi muka mcm tgh mkn mempelam kat aku.
Lagipun,aku tak nak adik2 aku nampak sengsara aku.Terutamanya bila takde duit.Walaupun kadang2 aku sedih jugak..bila dah sampai kat depan rumah,aku tukar mood aku.Aku selalu balik kerja dgn tunjuk gigi kat org rumah aku..dgn mak ayah aku..dgn adik2 aku.Aku tak nak dia org tau aku sedih or dlm kesusahan.Biar aku tanggung dan selesaikan sendiri...kerana
Akulah korban itu..
Selamat Berkorban..
&
Selamat Aidiladha..