Friday, October 28, 2005

Americans and Muslims



Sebelum gua start,nak bgtau..gambar kat atas hanyalah hiasan semata2...takde kaitan dgn org yg kat dlm cerita ni..(he's my Czech boyfren ; p)

Semalam gua tak keje..so buat biskut la sesambil nonton tv.Tgk rancangan Oprah ni..n ada satu segmen diaorg talked bout one program called '30 Days' .Satu rancangan realiti tv terbitan FX Networks (
http://www.fxnetworks.com/shows/originals/30days/main.html) di mana peserta akan tinggal selama 30 hari dlm suasana yg berbeza dgn kehidupan mereka selama ni. Salah satu cabaran adalah "Americans and Muslims".Dalam cabaran ini,seorang American beragama Kristian akan tinggal bersama sebuah keluarga Islam di Dearborn,Michigan yang dikenali sebagai America's Muslim Capital atau American Muslim Center.Lelaki ni bukan sahaja tinggal bahkan terpaksa menjalani hidup sebagai seorang Muslim...ini termasuklah bersembahyang,tak pakai kasut dlm rumah,makan makanan kita,baca Al-Quran dan mcm2 lagi la.

Dan seperti biasa..memang pelbagai masalah timbul coz this Christian tak biasa dgn cara hidup Islam mcm kena bangun awal untuk Subuh dan cara sembahyang pun berbeza dan 5 kali sehari.Dan dia ni kena keluar rumah bila pihak lelaki lain takde kat umah sbb wanita Muslim tak boleh berada (berdua-duaan)di dlm rumah dgn bukan muhrim.Setelah menempuh pelbagai rintangan dan pernah putus asa dan nak quit je dpd cabaran tu (tapi tak jadi),peserta ni akhirnya managed to complete the task..dia sembahyang tapi dgn salib kecil di tgn,dia baca Quran,dia didiskriminasi oleh rakyat Amerika Kristian lain masa dia buat survey ttg penerimaan Americans terhadap org Islam.

Bila dah complete,peserta dan keluarga angkat Muslim ni dijemput dlm rancangan Oprah dan Oprah tnya adakah peserta ni berubah setelah menyertai rancangan 30 Days?
Peserta ni mengaku la yg sebelum ni dia mmg marah,benci dan geram dgn org Islam yg pada pandangan dia wanita Islam=bertudung litup dan lelaki=bersenjata (semua).Kebetulan dia berkhawin pada 15 September..4 hari lepas tragedi 9/11.Sebab ni la dia betul2 bencikan org Islam.Tapi setelah rancangan tersebut,dia sedar yang bukan semua org Islam jahat dan bukan semua pengganas.Dia terharu sbb masyarakat Muslim kat Dearborn tak discriminate dia malah sambut dia dgn baik.Ini berlainan dgn layanan yg dia dpt dpd Americans lain semasa dia menyamar jadi Muslim dan buat survey.Dia tak dilayan langsung.

Apa yg paling menarik perhatian gua ialah..bila Oprah tanya keluarga angkat peserta tersebut ttg kesan/impak rancangan ini kepada beliau.Dia jwb (lebih kurang la)..

"I asked him (peserta tu),name me 5 Muslims you know..and he answered 'Osama Laden,Saddam Hussin and I was Oh..My God..those are terrorists..Is that all u can think of?Wht about 'Mohamed Ali,Hakeem Olajuwan and a few Muslims who have contibuted to our country?"

Sebab tu la dia rasa dia bertanggungjawab (besar) utk mengubah pandangan Christian Americans terhadap Muslim American mahupun dunia..bukan semua org Islam ganas..Bukan sahaja mengubah pandangan mereka malah mengubah diri dia serta other Muslim Americans supaya nama Islam bersih dan tak dikaitkan dgn keganasan.

Lepas tgk Oprah,gua terfikir sempitnya fikiran sesetengah org America.."Is that all u can think of?" Ish..ish..ish..

Resepi

To sis pb..
sori psl lambat naikkan resepi ni.Gua rabu tu half day,tak sihat.Semalam tak keje...Sick leave.Jadi,hari ni baru dpt naikkan..selamat menchoba.

Bahan2

5 sudu makan koko
500 gm mentega
500 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
300 gm gula halus
100 gm cornflakes kisar
Sedikit Vanila
Coklat (masakkan)

Cara2
Gaul gula dengan mentega hingga sebati.
Masukkan kuning telur,tepung gandum dan cornflakes
Gaul rata dan bulat2kan
Masukkan dlm mangkuk biskut dan bakar hingga masak(lebih kurang 30 minit la kot)
Bila dah masak,tuangkan coklat cair dan hias dgn coklat rice.
Biarkan coklat keras..makan le lps tu...

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin

Wednesday, October 26, 2005

SIAPA

Oi!!!!!!!!!!Siapa artis wanita yang ditangkap kerana terlibat dgn dadah tu?Siapa????????????????

Monday, October 24, 2005

Mengejar Matahari


Gua buat biskut Sabtu tu sambil tgk VCD Mengejar Matahari yang adik gua pinjam dpd kawannya..cetak rompak tapi clear jugak.
Bestnye cerita tu..hampir menitis jugak airmata gua..tp tahan je sbb adik2 gua n my mom pun ada.Nanti tak pasal2 kena gelak..haha..
Gua tertarik sgt dgn yg kat belakang vcd ni..

"Cermin terbaik adalah seorang sahabat lama" (Proverb)

"Persahabatan sejati adalah ketika diam antara dua orang terasa nyaman" (Dave Tyson G.)

"Sahabat terbaik adalah orang yang memunculkan segala yang terbaik dalam diri kita" (Henry Ford)

"Pada akhirnya kita tidak akan mengingat kata-kata musuh kita,tapi diamnya sahabat kita" (Martin Luther King Jr.)

Gua suka sangat dengan yang ke 2 n yg last tu..

Lagu Mengejar Matahari dendangan Ari Lasso pun menarik.Tiap hari gua dengar..liriknya simple tapi power..terutamanya part..

"...tajamnya pisau,takkan sanggup,koyakkan cinta antara kita..."

Hanya kita yg boleh koyakkan/rosakkan apa yg kita telah reka/bina kerana kita yang mengawal perbuatan kita..pisau takkan mengerti..hehe..

Dan gua pun takkan berhenti mengejar, matahari...

Biskut-biskut raya




Raya tak lama lagi..gua bz buat biskut last weekend.Ni saje je letak..

Friday, October 21, 2005



Ada sesiapa kenal budak ni?He's my missing in action friend.Dah berapa tahun tak jmpa budak ni.Nama dia Shukri.Dulu study kat Okayama University,Jepun.Sesiapa ada maklumat tentang dia ni,sila hubungi gua di sini..thanks..

Wednesday, October 19, 2005

ME AGAIN


Ni gamba gua masa darjah 2..tgh buat show utk hari guru.Buat plak dlm gereja..Dpt teka gua yg mana satu?Masa sekolah rendah,keluar masuk gereja mmg jadi rutin.Bukan sembahyang ke apa ke..tapi main kejar2 dan sembunyi2..haha..Seram jugak masa masuk gereja..meremang segala jenis bulu yg ada masa tu..hehe..Tapi,main jugak kat situ coz tak ramai org.

HEY,IT'S ME!!

Ni la gua..masa umur 4 tahun.Cute tak?Hehe..Gua akan letak gambar dari kecil sampai sekarang..sikit sikit..lama lama nampak la rupa gua sekarang ni.Maintain cute..

Tuesday, October 18, 2005

GAMBAR SERAM


Just wanna share this picture which I think is amazingly creative.
Idea by:My sister Adibah-15 years (on the phone), my niece Qistina-14 years (the ghost) and my cousin Amiera-11 years (photographer).
Left the camera with them..and they surprised me with this picture..
Click on my fotopages kat tepi tu to see more(sikit je sebenarnye..hehe)

Sunday, October 16, 2005

RESEPI BISKUT

Utk Kak Lady,ni resepi biskut oatmeal..

Bahan2:

1 tin Planta 16 oz
1 tin Planta gula halus
2 tin Planta tepung gandum
2 biji telur
4 sudu teh baking powder
1 tin kecil oats
1 bungkus ceri merah
300gm lemak sayuran
Sedikit esen vanilla dan pewarna kuning

Cara2:

Pukul Planta, lemak sayuran dan gula hingga kembang.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan vanila,pewarna,oats (100gm), baking powder dan tepung gandum.Gaul rata.
Taburkan 2 genggam lebihan oats tadi ke dalam dulang.
Sudukan dgn sudu teh adunan dan golekkan ke atas oats,bulatkan dan hias dgn ceri.
Bakar selama 25 minit atau sehingga kuning keemasan.

Selamat Menchoba.. ; p

Friday, October 14, 2005

LAGI LAGI BISKUT..


Biskut Oatmeal..Ni biskut wajib family kita org masa raya.Dari zaman mak gua muda remaja,sampai la anak dia ni muda dewasa..haha..masih biskut ni jadi hidangan raya.Dibisneskan jugak..sapa nak boleh order..yang ni tahan..tak mudah pecah..n sedap..tak caya cuba rasa..Harga RM18 sepeket (100 pieces).

Wednesday, October 12, 2005

BISKUT RAYA



Ni gua nak promote my mom's tart nanas gulung.Ada cikgu kat sekolah2 kat sini nak tgk sample..hehe..Ada lagi a few yang takde gambar lagi..within this week gua naikkan.InsyaAllah..

Tuesday, October 11, 2005

Sarawak First Chinese Film












Hai..da jia hao..Mlm Isnin lepas gua gi tgk film..Bukan filem sebarang filem but it's Sarawak's First Chinese Film.Tajuknya "Legend of The Curse"..arahan Bjarne Wong yg kabarnya pernah terlibat ngn beberapa buah produksi di Taiwan.Filem ni dalam bahasa Mandarin dan sedikit Bahasa Inggeris (dgn sub-title bhs Melayu).
For me..cite ni gabungan pelbagai cerita seram yang Bjarne ni pernah tonton.Tgk dari poster nya dh tau yg hantunya ala2 'Ju On'.Putih melepak n wataknya dipegang oleh kanak2.Ada pulak sedikit adegan Shutter iaitu adegan hantu bergayut kat badan manusia.Shutter tu hantu dia kat atas bahu..tapi yg ni kat belakang n kat hujung kaki.Berat tu..hehe..
Dari jalan cerita..gua rasa o.k walaupun dpt dijangka bagaimana kesudahannya..ada beberapa watak yang mati dan yang masih hidup.
Cite ni berkisarkan kisah beberapa orang pelajar bidang Arkeologi yang buat kajian tahun akhir dan kena cari bahan dia org...(mcm pernah dgr je kan)...So,dia org ni masuk la hutan (pun mcm pnh dgr)..Pelbagai2 perkara tak diingini mahupun yang diingini berlaku..(mcm pnh dgr gak)..hehe..
Walaupun ceritanya agak stereotaip,gua respek coz filem ni byk dialog..haha..tak mcm Mistik yang 80% menjerit je.Tak pasal2 pun menjerit.Gua rasa skrip filem ni lagi tebal dpd Mistik.Diaorg dlm filem ni byk bercakap dan hnya menjerit apabila perlu sahaja...
Tapi yg tak syoknya,proses dubbbing dia buruk sikit.Ada yang bersuara tapi mulut tak gerak.Kwn gua kata,tu bercakap dlm hati..hehe..
Masa bercakap tu pulak byk tunduk..nak cover mulut tak bergerak la tu..
Ending dia o.k la..
Keseluruhannya gua bagi 2.5 bintang over 5.Nak tau lbh lanjut, blh gi site dia..kat dlm gambar tu ada..
Gua ni bukan la pakar filem.Saje bagi kritik berdasarkan tontonan dan pengamatan gua..tu je..

Monday, October 10, 2005

Pua



Belom terlambat agaknya gua nak ucapkan tahniah kepada Elyana Affendi di atas kemenangan filem Pua dalam kategori filem pendek di Festival Filem Asia Pasifik (APFF) yg ke 50 ari tu.Gua tak tgk lagi pun filem tu.My fren kata best.So,nak cari vcd/dvd original dia baru dpt tgk.

Friday, October 07, 2005

JUN


Hi Jun..lu nak buat bubur pedas ye?I'll send u the mumbu coz that's the main ingredient.Takde tu,tak jadik Jun..hehe..I'll try to send u next week.Lu buat,pastu contact Bukan Sepet,Nadia,Kak Lady jemput dia org berbuka sama2..k?Gambar kanan tu mumbu yang belum ditumbuk.Lepas ditumbuk,nak kena kisar lagi bagi halus..then u can masak.

Thursday, October 06, 2005


PUASA


Lama gak gua tak update blog ni.Ada org sms kata gua sayonara after the 'Sayonara' post.Hehe..bukan apa,CPU gua masuk ICU.Infected by virus.Ni pun gua blogging kat ofis sebelah.Tak sabar nak tunggu to update my blog.


Well..dah 2 hari puasa.Apa makanan wajib korang?Kat rumah gua,makanan wajib Bubur Pedas.Tu ada gambar masa proses penghasilan 'Mumbu' or ada yg kata 'Beras' bubur pedas.Tu masa nenek gua and my mom in action.Nenek gua buat sendiri mumbunya.Gambar tu gua ambik Isnin lepas.Fresh lagi mumbu.Third edition yg nenek gua buat.Edisi satu n dua laris dijual.So,makan tanpa was2 la.Hehe..Semalam pun kita org berbuka dgn bubur pedas.

Ckp bab puasa ni kan,mesti byk hotel2 kat bandar2 besar buat majlis berbuka dgn anak yatim,kurang upaya,warga tua dan sebagainya..Bagus tu..tapi kan,ada satu yg gua musykil..Selasa lepas gua tgk MHI.Pengacara tu promo la satu restoran kat Jln Conlay buat pakej berbuka.Tema Masakan Kampung.Blh berbuka ala2 kampung dan suasana di rumah/kampung la..Pukul 8.45-9 lebih ada Persembahan Kebudayaan..Muka pengacara tu pun lain macam je..berpandangan sesama sendiri smbil tersenyum..

Gua terus gelak..ada ke patut buat persembahan kebudayaan?Buat la aktiviti yg lebih berfaedah dan bersuasana kampung.Ni tak..Ada ke patut persembahan kebudayaan.Kat kampung ada persembahan kebudayaan ke lepas berbuka?Setau gua dan semua,lps berbuka,terawih.Kan..kan..kan?Ish..ish..restoran tu..Kalau bandar,bandar jugak..Tak abis2 nak berhibur.Persembahan tu boleh buat bila2 je.Bukan dlm bulan Ramadhan ni pun blh buat.Terawih?Bila nak buat selain Ramadhan kan?Ape da..Restoran di bandar nak buat suasana desa..tapi...kesian..

Selamat Berbuka semua..