Sabtu - 7 April 2012,
Berlepas ke Auckland lebih kurang kul 6.45 pagi. ( Waktu di entry-entry ni sekarang semuanya ikut waktu NZ. harap maklum :D ) Hmm, disebabkan kali ni dikira penerbangan domestik, so tak seleceh and strict macam nak masuk NZ kat christchurch. kena check dan buka bagasi yang bawak makanan. nasib dah satukan bahan-bahan makanan, senang urusan sikit. lagipun kitorang akan masak sendiri sepanjang kat NZ, tu sebab bawak macam-macam makanan basah dan kering. rempah kari, kunyit semua bawak termasuklah beras. haha. nak jimat kosla punya pasal. Nasib jugak semua bahan-bahan tu lepas sebab sebelum nak pergi kitorang difahamkan NZ ni strict jugak pasal makanan luar bawak masuk negara diorang, lagi-lagi kalau yang ada bahan tenusu. Lagi satu kitorang pilih untuk masak jugak sebab menurut sumber-sumber yang dipercayai, makanan siap kat NZ MAHAL tapi barang basah diorang sangat murah. hehehe.
|
Sampai di Auckland. |
Walaupun jetstar pun jenis penerbangan tambang murah tapi seat dia jauh lebih besar tau daripada airasia. maybe ikut saiz orang dia la kot. hakhak. Oke. kitorang sampai di Auckland lebih kurang kul 8.15 pagi. Breakfast kat dalam airport tu je. Memang susah gakla nak cari halal food. Nampak mcd tapiii diorang ade serve daging ba alif ba ya pulak. kalau order daging ayam diorang still masak guna periuk yang sama gakkan. hmm. last-last yakin dengan keputusan, masing-masing pilih untuk orderhotcakes je dengan harapan mesti alat memasak hotcakes tu just untuk hotcakes je.
|
Mcd Hotcakes. |
Sementara yang lain sarapan, ada beberapa orang ditugaskan ataupun diorang volunteer cari pengangkutan untuk ke hotel. mungkin ada masalah jugakla kot sebab tu agak lama jugakla yang rasa menunggu lagi-lagi bila yang menunggu taktau ape-ape, sebab tak diberitahu masalah atau keadaan sebenar. But its not a big deal. Sebenarnya bila dah explain barulah semua orang faham dan masing-masing tak sepatutnya merungut. Pengajaran kat sini, tolak ansur sangatla penting dalam sesuatu program =)
Lebih kurang kul 10.00
pagi naik bas. bas pelancong yang orang-orang berkenaan dapatkan memangla sangat best! Rasanya masa ni semua orang dah lupakan sedikit ketegangan yang berlaku tadi. Pemandu bas sangatla sporting dan ramah gila. Macam-macam gakla dia bercerita. Masing-masing pun excited tengok keadaan sekeliling, suasana New Zealand sebenar.
|
Angkat bagasi dalam bas. |
|
Dalam bas :D |
|
Gambar dari dalam bas. |
Masa untuk check in di Best West President Hotel, Auckland. Kitorang just ambil tiga bilik je. Satu untuk pensyarah pengiring and his family, satu untuk budak-budak lelaki and satu untuk budak-budak perempuan seramai 10 orang. dasyat tak? haha. jadi untuk mengelakkan kantoi kitorang ni menyeludup so, bebearapa orang ditugaskan untuk mengangkat semua bagasi dulu masuk hotel, lepas tu, masuk bilik sikit-sikit, kang semua orang masuk sekaligus, cari nahas namanya. berani tak kitorang ni. kat negara orang wat macam ni??? huhuhu. **Sila jangan tiru perbuatan ini**
|
Ni pemandangan depan hotel. ade bungy jumping kat situ. Tukang tengok ni pun dah rasa kecut perut apatah lagi kalau buat betul-betul. haha. |
Sementara yang lain mengangkat beg, yang lain pergi berjalan-jalan di sekitar Bandar Auckland. Nampak gak keaadaan tak aci kat situkan. tapitapi apa dia?? rasa tolak ansurlah yang berjaya memadamkan apa-apa perasaan yang yang tak sepatutnya. ayaatttkan. hihik. Yang pergi berjalan-jalan tu sepatutnya ditemani wakil pelajar Malaysia Universiti Auckland, Jefree. tapi sebelum jumpa Jefree kitorang terjumpa dengan pelajar malaysia yang lain kat bandar tu, so diorang yang bawak kitorang jalan dulu lepas tu baru jefree sampai.
|
Semasa menunggu yang lain setelkan urusan di hotel. |
|
Dapat pandang jela burger king. nak makan diragui kehalalannye. hiks. |
|
Ni taktaula buat2 candid ke memang candid. hehehe. |
|
Bank of New Zealand |
|
With Hidayah. |
|
Ni namanya kepenatan berjalan. he. |
Hari petang aktiviti bebas gakla. Ada yang berehat kat hotel, ada yang keluar. yang keluar tu nak cari barang-barang bekalan memasak untuk sepanjang kat Auckland nati. tapi sambil menyelam minum air..sambil mencari sambil berjalan-jalan kan. hiihhi. Sekali lagi, Jefree yang temankan kitorang dan tunjukkan beberapa tempat yang sesuai untuk mencari
barang-barang seperti pasaraya Countdown, Fish Market dan lain-lain. Kitorang balik hotel naik shuttle bus. lagipun hari pun da agak malam. Hari pertama dah jumpa orang mabuk kat jalan kat bandar tu. nasib jumpa yang tak merbahayakan. kalau tak.. huh..
|
Sorang je budak lelaki yang ikut. yang len tidur kot. hahaha. |
|
Maaf. Gambar kurang jelas. he. btw ni masa tengah tunggu shuttle bus. Ni rasanya antara tempat riadah warga auckland kot. |
|
Dalam shuttle bus. Lelaki yang duduk depan sekali tula Jefree =) |
Hari malam, pun aktiviti bebas, budak-budak laki diorang keluar berjalan satu bandar kot. dala malam-malam kat sana kedai mana ada yang bukak, kebanyakkan kul 6 petang diorang dah tutup kedai, so diorang keluar semata-mata nak tengok orang mabuk je kot. hihikk. just kidding! :D Kalau ada yang buka pun kedai souvenier, so gegurl-gegurl ni dah ada start shopping tau. baru ari first. hehehe. Sebelum tido rancang perjalanan esok dan susun semula
tentatif program di Auckland.
First impression for Auckland. Cool~ Bandar dia tak serabut. Takde pencemaran udara, bau, bunyi. tenang je bandarnya. orang ramai gak tapi takdelah sampai bersesak-sesak sangat. haa, kat bandar ni susah nak jumpa orang pakai moto. boleh bilang dengan jari. hehe. diorang tak suka ke pakai moto or diorang lebih prefer pakai shuttle bus. dunnolah.
Sebenarnya masa ni musin luruh. sejuk berangin. Kalau pagi-pagi ngan hari malam memang sejuk gila. boleh cecah 3 4 degree celcius lah kira. tapi kalau tengah hari dalam 20 atau belas2 la. ala macam kau duduk dalam aircond sepanjang hari. hihih. Program nipun namanya New Zealand Exploration dan kitorang akan jelajah satu NZ! haha. lepas ni kemana. natikan next entry!
p/s : matilah kalau sekali entry sehari. haha. trip ni 12 hari tau tak. ngeh.