Friday, April 22, 2011

25 April 2011 - 5 May 2011.


 FINAL EXAMINATION
SEMESTER II 2010/2011.







- please focus!

Tuesday, April 19, 2011

kota singa - part two.


Jom recall. Here PART ONE.

dah tengok belum part one, ke dah penah tengok?

tak pun malas nak tengok. haha.
its oke lah =)

jadinya, tak perlu kot nak cite balik.
ni sisa-sisa cebisan kitorg pusing kota singa.


gambar-gambar yang tinggal ni semua kat area Sentosa Island je.













Song of the Sea. 
memang show ni best sangat!
kagum dengan kecanggihan teknologi.






Just guna pembiasan cahaya terhadap air sampai mampu hasilkan CARTOONS yang comel-comel tu.

seriously, it AWESOME!!

so Girls, we really enjoyed this trip right?ohh yeahhh!






p/s : assignment + lagi dua test. padahal next week FINAL EXAM. 


Saturday, April 16, 2011

untuk awak.


awak. awak nak tahu, saya selalu harap awak baca blog saya walaupun ianya tak mungkin.
saya tak kesah orang lain baca ke tak asalkan awak baca blog saya.
awak. nampak saya macam 'slumber' kan tapi sebenarnya TAK.
sebab saya nak tutup rasa segan saya. ye. memang saya penyegan.
awak. terima kasih guna ganti diri aku kau sebab memang itu yang buat saya lebih selesa.
awak. saya happy bila awak message saya walaupun sekejap.
awak. saya sentiasa alert bila awak online. sebab saya rindu nak chat dengan seorang kawan.
awak. memang saya anggap awak kawan. tapi kawan yang istimewa tahu.
awak. saya suka bercerita dan mendengar itu ini dengan awak.

awak. saya excited bila terserempak dengan awak walaupun jarang sangat.
awak. bukan dengan semua orang saya jadi macam ni. saya pun tak faham kenapa.
awak. saya harap sangat ada keikhlasan dalam persahabatan.
awak. saya tak harapkan apa-apa dari awak sebab saya tahu perjalanan hidup kita panjang lagi.
walapun kadang-kadang saya macam cuba nak menipu diri sendiri. 

sebab saya sebenarnya sayangkan persahabatan daripada yang lain-lain.
sebab saya lebih percayakan persahabatan daripada yang lain-lain.

awak. sebab awak saya tulis entry macam ni.
saya malu =,=

semua ni dsebabkan saya dah rasa jauh dengan awak.
makin hari makin jauh.
saya dapat rasa saya akan hilang seorang kawan.

awak, awak mulakan semua ni. jadi awak nak akhiri semua ni.
awak. saya tak kesah cuma saya terkilan.
awak. jangan buat macam ni kat orang lain. kasihan.

awak. terima kasih.

:)


Thursday, April 14, 2011

dont think you are but know you are :)


contohla kamu ni kategori kurang pandai, lambat pick up especially kalau bab study ni. jangan kamu fikir aku tak pandai, dia lagi pandai. nak wat cane... NO NO its not like that, sebab tu mesti kenal diri sendiri. Mak saya slalu pesan, kalau dah tahu kamu tu kurang skit dari kawan-kawan yang lain, USAHA tu kena lebih skit. jangan ikut kawan. kawan tu dah pandai, kamu jangan ingat kamu jugak dah pandai.



hmmm..aku? usaha yang lebih tu yang tak nampak jugak lagi. bila lagi?!


students biasanya akan stay up kan? lagi-lagi kalau ade test, exam. tapi kena tahu, tak semua orang mampu stay up sampai pukul 3 4 pagi. ade tu yang sampai terlalu memaksa diri. ye memang kadang-kadang kita perlu untuk paksa diri supaya diri tak malas, tak manja. yelah bila terlalu memaksa dah nampak macam menyeksa diri sendri pulak. kenal diri sendiri. setakat mana mampu bertahan..bukan fikir " aku boleh ni, aku boleh ni " je.


-------------------------
-
-
-


Kem birotatanegara. (BTN) kalau dengar nama kem ni korang bayangkan apa. banyak indoor dari outdoor kan. bosannyeeee lagi. hehe. tapi kem biro tatanegara yang aku pergi tersangatla lain. melancong je keje. tapi bukan melancong sesaje tau. kitorang melancong sambil mencari-cari maksud tersirat melancong. oke-oke. tahu korang tak paham. tak yahla paham terus :P



akhirnya, sampai jugak aku ke Langkawi. lagi seronok pergi sana FREE. sila jealous! 


Menghayati lebih baik daripada memerhati. samalah analogi dengan belajar. kalau setakat baca tapi tak paham, apa kejadahnya berjam-jam mengadap nota, study sampai tak tido malam. TAK ADE GUNANYEEE PUN. ( macam aku je tu =_=' ). tapi kat kem tu kitorg lebih ditekankan kepada aspek kenegaraan. sejarah, pembangunan, ekonomi negara centula. ececee hidaa! haha :P


lagi satu, PELUANG. tak semua orang ade peluang. bersyukurlah kita yang ade kat universiti berjaya merebut peluang untuk berada disitu. tapi tapiiiii brapa ramai yang suka sangat mensia-siakan peluang ni? hmm. aku tak point sape-sape. kadang-kadang aku sendiri rasa aku pun sama je. mensia-siakan peluang. rugikan kalau jadi cam tu. huuu. 


memang kat sana perkataan paling aku ingat ialah peluang. sebab time group aku present, kena cut! hahahaa. sebab tak cuba ambil peluang untuk jadi group yang pertama present. 

so...., conclusion. kem ni bolehhhh tahanla enjoynya ^^ 




p/s : bahagia je ingat jumaat ni balik kampung. terseksa je bila ade test dulu pagi-pagi  tu sebelum balik.

Wednesday, April 13, 2011

minggu orientasi UBM =)



UBM = Universiti Blogger Malaysia. Tertarik nak jadi siswazah kat sini. haha. kreatiflah admin UBM ni!

so, nak jadi siswazah, mesti ade orientasikan? 

perkara mandatori mesti buat -



letakkan banner UBM dalam entry anda.
setel. =)

nama anda dan nama blog anda.
hiedaa. colourful of hieda.




  • sejak bila mula berblog. 
    march 2008. da tua dah blog ni :P

    apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
    darsawarsa? hmm. new word for me. kena buka kamus dewan ke ni. hee~
    dunia blog semakin moden. blogging jadi trend dah sekarang. pelik tapi benar.

    pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.
    comel. haha. idea yang sangat menarik tubuhkan IPTM ni. kreatif la u olss :D
    impress dengan idea ni =)


     

    Friday, April 8, 2011

    saya kecewa, anda kecewa, mereka kecewa?


    tipu kalau korang cakap tak pernah kecewa. ingat kecewa tu ngan boyfriend je ke. kecewa dengan kawan-kawan, adik-beradik. entah ada korang yang kecewa dengan ibubapa sendiri. tak baik tahu! layak ke kita ni nak ada rasa kecewa ngan ibubapa. biasanya ibubapa je yang selalu rasa kecewa dengan anak-anak.

    "mak, ayah, jangan kecewa lagi dengan anakmu ini walaupun dia tak perform sangat dalam akademik. Selagi ada masa, perjuangan tidak akan pernah berhenti. semoga doamu bakal mengiringi kejayaanku"

    tapi, biasanya kecewa bab cinta yang paling beri kesan mendalam. pelik kan. aku pun pernah gak rasa sume ni. sampai ada gakla rasa SERIK tu. nak wat camne lagi. Nama pun manusia. sebab tu tertarik sangat dengan status kawan kat facebook -


     Jika seseorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
    Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.


    kata-kata ni menjadi penguat semangat. anda rasa dikecewakan atau sedang dikecewakan. 
    peganglah kata-kata ni. Insyaallah kita akan menjadi lebih tenang dan lega :)


    eh,


    pra-pendaftaran subjek semester depan arini. warga UTM sila daftar sekarang! nati tak payah susah-susah dah buat pendaftaran wajib.


    subjek sem depan (3-SSH)

    PENGESANAN & DOSIMETRI SINARAN
    PERLINDUNGAN RADIOLOGI
    PENGIMEJAN PERUBATAN
    PENGANTARAMUKAAN KOMPUTER
    MEKANIK KUANTUM
    ENGLISH FOR CAREER SEARCH
    PROJEK SARJANA MUDA I

    what?? PROJEK SARJANA MUDA???? final year dah ke? gosok-gosok mata. tak caya! cepatnya masa berlalu..

    tetiba, kawan mesej, hida kita salah daftar seksyen subjek. erk?????
    *means kena datang nati time pendaftaran wajib









    DAMN.


    Tuesday, April 5, 2011

    try main ni. lawak je! hehe =)


    i) Pilih bulan kelahiran anda:

    Januari - Aku cinta
    Februari - Aku gigit
    Mac - Aku belasah
    April - Aku peluk
    Mei - Aku terhantuk
    Jun - Aku terkentut depan
    Julai - Aku menari dengan
    Ogos - Aku pergi dating dengan
    September - Aku lambai dekat
    Oktober - Aku muntah depan
    November - Aku jerit dekat
    Disember - Aku terlanggar

    ii) Pilih nombor hari jadi anda:

    1 - Mak aku
    2 - Komputer aku
    3 - Liverpool
    4 - Garfield
    5 - Musuh dalam selimut aku
    6 - Gangster
    7 - Handphone aku
    8 - Gerrard
    9 - Driver Bas
    10 - Semut
    11- Kawan baik aku
    12 - Polis
    13 - Taik kucing
    14 - Patung barbie
    15 - Lee Chong Wei
    16 - Mak Mertua aku
    17 - Mak tiri aku
    18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
    19 - Makcik kantin
    20 - Sharifah Amani
    21 - Upin dan Ipin
    22 - Siti Nurhaliza
    23 - Spongebob
    24 - Cristiano Ronaldo
    25 - Bapuk/Maknyah
    26 - Kawan aku
    27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
    28 - Jiran aku
    29 - Orang gila
    30 - Taylor swift
    31 - Awek cun/ Jejaka tampan

    iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

    Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
    Hitam - Sebab aku gila
    Pink - Sebab aku suka single
    Merah - Sebab mak aku suruh
    Biru - Sebab aku tak tahan
    Hijau - Sebab aku baik hati
    Ungu - Sebab aku cemburu
    Kelabu - Sebab bomoh suruh
    Kuning - Sebab suka hati aku la
    Oren - Sebab aku baru putus cinta
    Coklat - Sebab aku tak tentu arah
    Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat



    KONGSI JAWAPAN ANDA~

    hahaa. comel ah game ni. game ni classmate, Nabila Farhana yang post kat facebook.

     try it. its FUN!



    p/s : hp dah jumpe. Alhamdullillah. Thanks God. Thanks buddies! you guys  really supportive. n you know who you are :)



    Sunday, April 3, 2011

    saya mencari barang penting :(

    ingatkan weekend ni nak relax nak chill nak rest tapi takdir Tuhan sape boleh halang. last week, dah la emosi tak berapa nak stabil. nasib cepat recovery. so lab presentation, test-test minggu lepas berjalan lancar je. even bukan dapat jawab sangat pun =.='

    tetiba. balik kuliah hari jumaat tu, baru sedar handphone hilang. cuba ingat maybe kat fakulti. pinjam motor member. pecut pegi fakulti.tak pernah aku bawak motor selaju tu  =_______='. cari balik kat semua tempat. tapi still TAK JUMPA. da start tension time ni.

    bila call still dapat. so thats mean tak orang curi lagikan? kat mana ni tercicir? maybe dalam bas. memang nasib lagi tak baik. balik fakulti tadi naik bas yang untuk empat kolej skli. huuu. penat sangat rasa. dala semalam tu tido lambat. stay up sebab ade test. ni lagi satu esok test malam tu baru nak stay up laaaa -_-'

    petang ingat nak tunggu balik bas tu. tapi tertido T.T tak sedar langsung. argggh. stressnya rase :( 

    bukan skli dua tahu jadi macam ni. berkali-kali dah. perangai sapela aku ikut ni. aku tengok family aku tak adelah cam ni. kalau tak camne akulah satu-satunya dalam family dah tiga kali wat IC baru. sume sebab hilang =______________='. handphone tu pun dah brape kali hilang. cuma nasib baik jumpa balik. kali ni tak tahulah camne.

    memang aku tak boleh pegang apa-apa kat tangan. sebab nati lupa. main tinggal je kat mane-mane. lepas ni kena pesan kat kawan-kawan kalau nampak je aku pegang handphone ke purse ke, suruh simpan dalam beg.

    macam budak kecik je kan!

    bilalah kau nak matang hida kalau still cam ni. hahahaa.


    Nokia 7210. sesiapa terjumpa tolong pulangkan balik. especially warga fakulti sains/pendidikan, kolej perdana, KTC, K9, K10
    pleaseeee :(






    kawan-kawan, 
    doakan saya jumpa balik handphone saya ye. walaupun saya bukan jenis melekat 24 jam kat handphone tapi still handphone tu sangat penting. camne kalau parents saya call. waaaaaa. parents saya tak tahu lagi pasal ni.

    'habislah kena bebel nati "_______";