SAMER BUMI TARBIYYAH... DI SINI LAHIRNYA ULAMA' & UMARA'
Isnin, 24 Disember 2018
PANDUAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN TARBIYYAH SAMER
Sekolah Agama
Menengah Rawang
FORMULA
KEMENJADIAN MURID
DUNIA & AKHIRAT
DUNIA & AKHIRAT
Menanam TAQWA
Membentuk AKHLAK
Mencungkil BAKAT
Menggilap POTENSI
Membina KEMAHIRAN INSANIAH
Membentuk AKHLAK
Mencungkil BAKAT
Menggilap POTENSI
Membina KEMAHIRAN INSANIAH
KEUTAMAAN TARBIYYAH DI SAMER ADALAH
SELARI SERTA BERTEPATAN DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI) DAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK).
"Pendidikan Islam adalah satu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Allah s.w.t untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak
mulia, berketerampilan, bertanggung-jawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh
memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah"
Dapat dilihat bahawa Falsafah
Pendidikan Islam (FPI) lebih mementingkan segala ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam itu berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembentukan
akhlak dan peribadi muslim juga diasaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah sebagai
pegangan. Abdul Halim (1989) membuat kesimpulan bahawa para sarjana dan
cendiakawan Islam mempunyai pemikiran dan pendapat yang sama mengenai
Pendidikan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tempat
teratas. Oleh itu beliau merumuskan bahawa Pendidikan Islam harus berperanan
untuk membentuk peribadi yang memenuhi ciri-ciri insan "Kamil" iaitu
sempurna. Antara ciri-ciri tersebut adalah:
1. Mempunyai keimanan yang teguh.
2. Patuh dan tekun menjalankan
perintah-perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya.
3. Mempunyai akhlak yang luhur.
4. Mempunyai sikap sosial yang baik.
5. Memiliki ilmu pengetahuan dan
kematangan intelektual yang tinggi.
6. Mampu berdikari dalam segala aspek
khususnya di dalam mencari rezeki untuk kehidupannya sendiri dan orang yang
menjadi tanggungjawabnya.
7. Bersedia memikul tanggungjawab
agama dalam segala aspek seperti peribadi, masyarakat, negara dan seluruh umat
manusia.
Ia tidak jauh berbeza, jika dibanding
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu: "Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Jelas bahawa FPI menyokong dan
memperkukuhkan FPK kerana hasrat FPK adalah untuk melahirkan insan yang
holistik, diberikan nilai tambah oleh FPI melalui pendekatan Islam berteraskan
Al-Quran dan As-Sunnah. FPI, yang berasaskan Islam, menolak sebarang usaha
membentuk golongan pelampau dan perkauman.
ETOS SAMER - TARBIYYAH
Maksud Etos Tarbiyyah
-Perwatakan SAMER iaitu ,identiti ,
acuan dan imej berasaskan tarbiyyah.
-Penampilan SAMER dari sudut
tarbiyyah dan kewujudan iklim tarbiyyah di sekolah.
-Kewibawaan, keunggulan, kredibiliti,
personaliti SAMER berasaskan tarbiyyah.
Unsur Etos Tarbiyyah
-Mengembangkan potensi warga SAMER
dengan menjadikan tarbiyyah sebagai teras.
-Menggerakkan budaya cemerlang
berteraskan tarbiyyah.
-Membangunkan sistem pendidikan
berteraskan tarbiyyah.
Ciri ciri warga sekolah yang
mempunyai Etos Tarbiyyah
-Ketaatsetiaan warga SAMER terhadap
pemimpin sekolah .
-Komitmen tinggi terhadap visi, misi
dan objektif.
-Semangat berpasukan warga SAMER –
cara bekerja untuk capai matlamat organisasi.
-Profesionalisme dalam tugasan
pengajaran dan pemudahcaraan.
-Semangat serta bertanggungjawab
untuk memikul tugasan.
DEFINISI TARBIYYAH
SAMER
TARBIYAH merupakan suatu usaha
untuk menyeru warga Samer MENTAUHIDKAN ALLAH DALAM SEGENAP ASPEK KEHIDUPAN dengan menyokong kalimat
kalimat perintahNya beragendakan panduan
al amr bil ma’ruf dan an nahi anil mungkar. Tarbiyah perlu jelas
berkenaan asas dan dasarnya yang akan
mempengaruhi tatacara pelaksanaan atau modus operandinya.
KESANNYA, amar maaruf nahi mungkar di Samer akan berjalan dengan lancar,
teratur,tersusun,mengikut perancangan , berfasa ,beragenda, dibuat kajian
prestasi, dikoordinasi dan ada keseragaman serta keselarasan yang berpusat.
KAEDAH TARBIYAH di Samer ialah kaedah Islam yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah .Mekanisme
tarbiyyah di Samer pula mestilah dinamik dan anjal yang praktikal.
Allah Taala berfirman maksudnya :
‘Dan katakanlah (wahai Muhammad ) Beramallah kamu (akan segala yang
diperintahkan ),maka Allah dan RasulNya serta orang orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan ; dan
kamu akan dikembalikan kepada (Allah ) Yang Mengetahui perkara perkara yang
ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang
telah kamu kerjakan’.
(At Taubah : 105)
SATU ASPEK PENTING dalam format
tarbiyah di Samer ialah muhasabah. Dalam bahasa
semasa ia disebut sebagai penilaian, refleksi ,post mortem, kajian
separuh penggal atau review. Kerja kerja sebegini boleh dilakukan
apabila ada satu perancangan menyebut sasaran yang jelas dan dapat diukur dan
,maka ini bermaksud perancangan tarbiyah di Samer juga mesti mempunyai
strategi dan fasa fasa pencapaian yang boleh dijangkakan.
TARBIYAH DI SAMER bermatlamat
melahirkan para pelajar, guru-guru, pentadbir dan warga kerja yang akan
mempunyai sifat sifat mulia iaitu, bertaqwa kepada Allah, beriltizam kepada jamaah , berkemampuan memikul tanggungjawab dan boleh memimpin, memiliki aqidah
yang sahih ,ibadah yang sempurna, memahami syariat islam dan sirah rasulullah
serta sahabat baginda ,muamalahnya mesti betul serta menghayati islam
sepenuhnya .
VISI, MISI ,OBJEKTIF
VISI TARBIYYAH SAMER
Memartabatkan Samer sebagai SAM / SABK Berteraskan
Tarbiyyah yang terunggul di Selangor dan Malaysia.
MISI TARBIYYAH SAMER
Suatu usaha Tarbiyyah yang sistematik, terancang dan
berterusan bagi menjamin dan memantapkan ilmu Allah dan Sunnah Rasulullah diamalkan
dalam kehidupan warga SAMER bagi melahirkan muslim sejati yang mampu menegakkan
syariat Allah.
OBJEKTIF TARBIYYAH SAMER
1. Membentuk bi’ah Islamiyah yang kondusif dan diredhai
Allah dalam persekitaran Samer bagi merealisasikan kemenjadian murid dunia dan
akhirat.
2. Meneruskan
kesinambungan melaksanakan cita cita dan harapan penubuhan SAM JAIS iaitu
melahirkan muslim beriman ,beramal dan muttaqi.
3. Menjadikan dokumen Panduan Kepimpinan dan
Pengurusan Tarbiyyah (PKPT) sebagai
rujukan pelaksanaan tarbiyyah yang jelas serta menyeluruh di SAMER .
KPI TARBIYYAH SAMER
Tarbiyyah Merupakan Teras
Kecemerlangan Dan Kehebatan Sekolah Agama Menengah Rawang.. Maka bagi
memastikan ia terus menjadi ETOS dan kebitaraan SAMER, 6 komponen KPI TARBIYYAH
berikut telah diwujud, dilaksana, dinilai dan terus diperkasakan....
1. DASAR TARBIYYAH
- Falsafah
- Definisi dan Konsep
- Visi, Misi, Objektif
2. MAJLIS TARBIYYAH
- Badan Dakwah & Tarbiyyah (
Badar )
- Biro Tarbiyyah dan Musolla (
Asrama)
- Pusat Kecemerlangan Tarbiyyah
(Surau)
- Program Sumur
3. PEMATUHAN KOD TARBIYYAH
- Garis panduan
- Pencegahan
- Amar Maaruf Nahi Mungkar
4. TAGLINE DAN IKRAR TARBIYYAH
- Samer bumi Tarbiyyah.... Di sini
lahirnya Ulama' Dan Umara'
- Ikrar Tarbiyyah di Perhimpunan
Rasmi
5. TARBIYYAH KOMPREHENSIF
- Tarbiyyah Pentadbiran dan Pengurusan
- Tarbiyyah Kurikulum
- Tarbiyyah Hal Ehwal Murid
- Tarbiyyah Kokurikulum
6. BIMBINGAN BERASASKAN TARBIYYAH
-Guru Tazkiyyah dan Muhasabah (GTM)
-AJK Tazkiyyah dan Muhasabah (ATM)
-Sesi Tazkiyyah dan Muhasabah
Individu / Halaqah
IKRAR TARBIYYAH SAMER
Dengan Nama Allah ,
Kami Warga Samer Berikrar ,
Akan Merealisasikan ,
Misi Dan Visi Tarbiyyah Samer ,
Melahirkan Ulama' Dan Umara'
Akan Berpegang Teguh,
Dengan Al Quran Dan As Sunnah ,
Bagi Mencapai Penanda Aras Berikut,
PERTAMA
Memahami Matlamat Tarbiyah,Menjana
Keimanan Dan Ketaqwaan
KEDUA
Menyertai Program Tarbiyyah,
Untuk Menuju Kecemerlangan
KETIGA
Mematuhi Kod Tarbiyah ,Sebagai Garis
Panduan Pembangunan Insan
TARBIYYAH KOMPREHENSIF DI SAMER
1.PENTADBIRAN
-Menyemaikan dalam hati, fikiran dan tindakan
setiap anggota pentadbiran supaya mentauhidkan Allah dalam semua aspek tugasan
pentadbiran serta pengurusan sekolah.
-Anggota pentadbiran dan kakitangan sokongan fokus
dengan elemen Tarbiyyah iaitu
i. Setiap tugasan yang dilaksanakan adalah kerana
ia merupakan perintah Allah.
ii. Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala
tugasan yang kita lakukan .
iii. Niat dan keikhlasan melaksanakan tugasan.
iv. Melaksanakan tugasan sebagai ibadah dan amal
soleh kepada Allah.
vi. Menjaga serta memelihara solat, aurat dan
pergaulan dalam proses pentadbiran dan pengurusan.
____________________________________
2. KURIKULUM
-Menyemaikan dalam hati , fikiran dan tindakan
setiap guru dan murid supaya mentauhidkan Allah dalam semua aspek PDPC dan
pentaksiran.
-Elemen Tarbiyyah Merentas Kurikulum ialah unsur
nilai tambah tarbiyyah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
- Fokusnya ialah guru juga pelajar mengaitkan
setiap PDPC dengan elemen tarbiyyah iaitu ;
i. Setiap ilmu yang disampaikan guru adalah ilmu
dari Allah.
ii. Allah Maha Berkuasa dan Pencipta alam ini.
iii. Niat dan keikhlasan menuntut ilmu.
iv. Menjaga adab dengan Allah dan guru.
v. Ilmu melahirkan insan berakhlak mulia.
vi. Menjaga serta memelihara solat, aurat dan
pergaulan dalam proses PDPC.
-Elemen tarbiyyah ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
-Elemen Tarbiyyah Merentas Kurikulum akan
mengukuhkan elemen yang sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan
Alam Sekitar, Nilai Murni serta Patriotisme.
____________________________________
3. HAL EHWAL MURID
-Menyemaikan dalam hati, fikiran dan tindakan
setiap guru dan murid supaya mentauhidkan Allah dalam semua aspek pelaksanaan
khidmat Hal Ehwal Murid.
-Fokusnya ialah guru dan murid mengaitkan setiap
perkhidmatan dan kepimpinan dengan elemen Tarbiyyah seperti ;
i. Setiap urusan perkhidmatan dan kepimpinan yang
dilaksanakan oleh guru dan murid adalah amanah dari Allah.
ii. Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang
kita lakukan.
iii. Niat dan keikhlasan melaksanakan perkhidmatan
dan tugas kepimpinan.
iv. Melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar .
v. Kepimpinan wajib berakhlak mulia.
vi. Menjaga serta memelihara solat, aurat dan
pergaulan dalam proses melaksanakan perkhidmatan dan tugas kepimpinan.
____________________________________
4. KOKURIKULUM
-Menyemaikan dalam hati , fikiran dan tindakan
setiap guru dan murid supaya mentauhidkan Allah dalam semua aspek pelaksanaan
aktiviti Kokurikulum.
-Fokusnya ialah memastikan guru dan murid
mengaitkan setiap aktiviti Kokurikulum dengan elemen Tarbiyyah seperti ;
i. Setiap ilmu kokurikulum yang disampaikan guru
adalah ilmu dari Allah.
ii. Allah Maha Berkuasa dan Pencipta alam ini.
iii. Niat dan keikhlasan melaksanakan dan mengikuti
aktiviti Kokurikulum.
iv. Menjaga adab dengan Allah dan guru.
v. Aktiviti Kokurikulum melahirkan insan berakhlak
mulia.
vi. Menjaga serta memelihara solat, aurat dan
pergaulan dalam aktiviti Kokurikulum.
MAJLIS TARBIYYAH SAMER
MAJLIS TARBIYAH SAMER (MTS) adalah suatu Jawatankuasa Penyelarasan yang
telah diwujudkan bagi memantau serta melaksanakan Visi, Misi dan Objektif
Tarbiyah Samer .
IA MENYELARASKAN GERAK KERJA 4 badan tarbiyyah iaitu Badan Dakwah &
Tarbiyyah ( Badar ) ,Biro Tarbiyyah dan Musolla ( Asrama), Pusat Kecemerlangan
Tarbiyyah (Surau) dan Program Sumur.
AHLI PANEL MTS ialah Pengetua, PK Pentadbiran, PK
Hal Ehwal Murid, PK Kokurikulum , Semua Guru Badar / Surau /Sumur , Warden
Tarbiyah Asrama, , Ketua Guru Disiplin, Guru UBK dan Ketua ketua Panitia
KBD.
FUNGSI MAJLIS TARBIYYAH SAMER adalah seperti berikut;
1.Merangka Pelan Induk Tarbiyah Samer (mulai ogos 2006).
2.Mengadakan persidangan mingguan /bulanan /tahunan
ahli panel MTS (mulai november 2006).
3.Membuat pemurnian terhadap matlamat dan objektif pelan induk tarbiyah
samer (mulai november 2006).
4.Mengadakan taklimat ,penerangan dan dialog kepada
guru, kakitangan dan murid berkenaan pelan induk tarbiyah samer (mulai
januari 2007).
5.Menguatkuasakan serta membuat
penilaian berterusan mengenai keberkesanan pelaksanaan tarbiyyah (mulai
januari 2007
).
PEMATUHAN KOD TARBIYYAH SAMER
Garis Panduan -KTS 01- DASAR
TARBIYAH SAMER
KTS 01.2
Pentadbir adalah terlibat secara
langsung dalam menguatkuasakan serta memantau dan memelihara program tarbiyah
Samer
|
Garis Panduan-KTS 02-PELAKSANAAN
PROGRAM KHUSUS/KURIKULUM
|
Garis Panduan-KTS 03 -PELAKSANAAN AKT. KOKURIKULUM & RIADAH
KTS 03.4
Jurulatih
/pihak luar yang terlibat mengurus dan melatih unit beruniform /persatuan
/kelab /sukan perlu mematuhi etika atau garis panduan sepertimana yang
termaktub dalam KTS
|
Garis Panduan-KTS 04 -PELAKSANAAN AKT /TUGAS KHAS/ARAHAN GURU
KTS 04.1
Sebarang tugas tugas persiapan program /yang
diarahkan oleh guru yang melibatkan persiapan di dalam dewan atau di luar
dewan di mana melibatkan pelajar lelaki dan perempuan ,kehadiran guru adalah
suatu kemestian dengan tujuan mengawal keadaan dan pergaulan bebas serta
memelihara dan menepati waktu solat fardhu berjemaah di surau
KTS 04.2
Guru yang
mengendalikan gerai pada majlis anjuran sekolah perlu membuat ketetapan
bahawa hanya lelaki / hanya perempuan sahaja yang boleh
menjalankan operasi perniagaan. Operasi perlu ditutup sementara supaya
pengendali gerai boleh mendirikan solat fardhu tepat pada waktunya
KTS 04.3
Guru dan pelajar yang diamanahkan
untuk melaksanakan tugas tugas penerbitan majalah /risalah /buletin di mana
mana lokasi /bilik bilik khas perlu
memastikan agar tiada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam proses
menyiapkan tugasan serta memelihara dan melaksanakan solat fardu berjemaah
tepat pada waktunya.
KTS 04.4
Sebarang mesyuarat /perjumpaan
mingguan / tergempar sama ada melibatkan
pelajar atau guru perlu dilaksanakan selepas mendirikan solat fardhu
pada waktunya.
|
Garis Panduan-KTS 05 -PERGAULAN DAN
INTERAKSI
KTS 05.4
Guru dan AJK program khusus/Kem Kepimpinan /Perkhemahan/
aktiviti kurikulum /kokurikulum, perlu mengawal dengan sewajarnya percampuran
dan pergaulan antara lelaki dan perempuan DAN mengasingkan pelajar lelaki dan
perempuan dalam aktiviti Kumpulan (LDK/BDK)
KTS 05.5
Interaksi
antara guru dan pelajar ATAU guru sesama guru ATAU staf dengan guru/ pelajar
yang bukan mahram perlulah dilaksanakan berdasarkan syariat
|
Garis Panduan-KTS 06 -BERPAKAIAN &
PENAMPILAN
KTS 06.1
Penampilan , tingkahlaku dan
pakaian bagi staf dan pelajar mestilah
mencerminkan akhlak yang tinggi dan mulia berasaskan syariat Islam
serta bebas dari unsur unsur agama lain atau menghina Islam
KTS 06.4
Pemakaian
seluar bergetah yang ketat untuk menutup paha dan lutut bagi pelajar lelaki
/staf ketika memakai seluar pendek mesti menepati konsep menutup aurat iaitu
tidak menampakkan bentuk tubuh. Seluar pendek yang digunakan juga perlu lebih
besar dan labuh sehingga ke bahagian lutut.
Penggunaannya
perlu mendapat perakuan daripada MTS
KTS 06.5
Semua tetamu /ibubapa /pihak
luar/bekas pelajar (termasuk bukan Islam ) mestilah mematuhi etika /garis
panduan yang terkandung dalam KTS
|
Garis Panduan-KTS 07 –PENGUKUHAN IDENTITI & JATIDIRI
KTS 07.4
Warga Samer perlu berniat
kerana Allah dan bersungguh sungguh
,memelihara solat fardhu berjemaah , menutup aurat dengan sempurna , mengawal
pergaulan dengan yang bukan
mahram serta
mempertahankan adab & akhlak samada di dalam atau di luar sekolah apabila
mengikuti /menyertai majlis,sukan ,perkhemahan,pertandingan, lawatan,
taklimat , seminar ,khidmat masyarakat , program anak angkat
mahupun kursus demi
menjaga maruah dan nama baik Islam ,institusi pendidikan agama, para guru dan
ibubapa.
|
Garis Panduan-KTS 08 –PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
KTS 08.4
Para pelajar dilarang
mewujudkan kumpulan/ group bercampur lelaki dan perempuan di media
sosial kecuali dengan memasukkan guru sebagai ahli kumpulan.
KTS 08.5
Penggunaan bahasa dan
ikon dalam media sosial perlulah PATUH syariat dan menjauhkan pelajar dari
menghampiri elemen penzinaan serta dosa.
KTS 08.6
Media sosial
perlulah digunakan dengan keimanan serta ketaqwaan dan pelajar perlu sentiasa
yakin bahawa Allah Maha Melihat segala apa yang dilakukan . Segala dosa serta
kejahatan pasti akan diazab olehNya di hari Pembalasan nanti.
|
SEKOLAH
BERTERASKAN TARBIYYAH - IDENTITI
& JATIDIRI SAMER
PELAN INDUK TARBIYAH SAMER adalah suatu dokumen yang MEMACU
HALATUJU SAMER KE ARAH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.
MTS sangat yakin , dengan keizinan dan kuasa Allah , SISTEM
PENDIDIKAN BERTERASKAN TARBIYAH adalah formula unggul yang pasti
menyerlahkan kecemerlangan dan kehebatan warga sekolah khususnya para guru dan
pelajar.
Setiap pentadbir , pendidik dan pelajar mampu melaksanakan serta
menghayati PERANAN TARBIYAH DALAM MENYEMPURNAKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN & FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM yang menekankan aspek
jasmani ,emosi ,rohani ,intelektual dan sosial.
SISTEM PENTARBIYAHAN SISTEMATIK mampu membangunkan dan mengembangkan potensi warga Samer
sehingga melahirkan modal insan yang menjadikan dunia sebagai jambatan untuk
hari akhirat.
KEUTAMAAN TARBIYAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN , secara mudahnya dapat diumpamakan seperti berikut , pertamanya umpama
‘operating system’di dalam komputer ,kedua,
umpama enjin yang menggerakkan
kereta ,ketiga, umpama neuron di dalam
tubuh manusia dan keempat ,umpama tiang konkrit yang menjadi asas tertegaknya
sebuah rumah.
Kesimpulannya ,SAMER DAN WARGANYA MAMPU MENJADI YANG TERBAIK
di dalam daerah Gombak , di negeri Selangor ,di Malaysia dan terbaik di dunia
kerana mempunyai identiti dan jatidiri yang jelas serta jitu iaitu …….TARBIYAH
- TERAS KECEMERLANGAN & KEHEBATAN.
AMALAN
TARBIYYAH TERBAIK KE ARAH MEREALISASIKAN KEMENJADIAN MURID SAMER DUNIA &
AKHIRAT
AMALAN TARBIYYAH TERBAIK – WAKTU PERSEKOLAHAN
|
||
|
3.
Solat Zohor berjemaah dan Tazkirah Zohor
......2.00 petang ......Isnin - Khamis ......Surau |
|
4. Doa Pagi , Doa Dhuha, Doa PDPC, Doa
Balik.
......7.25 pagi , 10.30 pagi , setiap pertukaran guru , 1.55 petang ......Isnin- Jumaat ......Bilik Radio , Kelas, Dataran |
|
6.
Solat Asar berjemaah
......Selepas Kokurikulum ......Selepas Kelas Tambahan ......Selepas Latihan |
7.
Ikrar Tarbiyyah
......Isnin @Perhimpunan Rasmi ......7.30 pagi ......Dewan /Dataran |
8. Pematuhan Kod Tarbiyyah
…….kefahaman & penghayatan
……Kepimpinan Tarbiyyah ……..Pengurusan Tarbiyyah …….Kempen Sepanjang Tahun
|
9. Bimbingan berasaskan tarbiyyah
……..individu & halaqah
……..sepanjang tahun
|
AMALAN TARBIYYAH TERBAIK – DI ASRAMA
|
||
1.
Solat fardhu berjemaah 5 waktu
.......Setiap hari .......Surau |
2. Bacaan Ma'thurat
.......Selepas Subuh (Sabtu, Ahad) .......Selepas Asar (Setiap hari) |
|
4. Kuliah Maghrib & Talaqqi Kitab
……Adab
……Fiqh
.......Selasa dan Jumaat |
5. Qiamullail & Kuliah Subuh
.......Sabtu & Ahad……Tazkiyyah |
6. Bacaan Al Quran / Al Kahfi / Yasin
……..Tadabbur
.......Isnin, Khamis, Jumaat, Sabtu
& Ahad
………Selepas Maghrib
|
7.
Solat Hajat
.......Selepas Maghrib .......Setiap hari |
8. Pro-Tahfiz
…….Hafazan
.......5 hari seminggu .......6.30 hingga Maghrib |
9.
Bacaan Surah Al Mulk
.......Setiap hari .......11.25 malam .......Asrama |
10. Daie Muda
……..Latihan Dakwah
……..Bulan Penghayatan Islam
|
11. Pematuhan Kod Tarbiyyah & KPI
Tarbiyyah
…….kefahaman & penghayatan
……Kepimpinan Tarbiyyah ……..Pengurusan Tarbiyyah
|
12. Bimbingan berasaskan tarbiyyah
……..individu & halaqah
……..sepanjang tahun
|
SENARAI
SEMAK PEMANTAUAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN TARBIYYAH
BIL
|
BIDANG KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN TARBIYYAH
|
SUB- BIDANG
|
Tandakan
( / )
|
1
|
FPK + FPI adalah selari dengan konsep Sekolah
Berteraskan Tarbiyyah.
|
Memberi kefahaman serta penghayatan KEPADA warga
sekolah tentang kaitan antara FPK + FPI dengan konsep Sekolah Berteraskan Tarbiyyah.
|
|
2
|
Etos Tarbiyyah
|
Maksud dijelaskan kepada warga sekolah
|
|
Unsur- unsur Etos wujud
|
|||
Ciri-ciri Etos wujud
|
|||
3
|
Definisi Tarbiyyah
|
Memberi kefahaman serta penghayatan kepada warga
sekolah tentang definisi Tarbiyyah.
|
|
4
|
Visi, Misi ,Objektif Tarbiyyah
|
Visi wujud dan dijelaskan kepada warga sekolah.
|
|
Misi wujud dan dijelaskan
|
|||
Objektif wujud dan dijelaskan
|
|||
5
|
KPI Tarbiyyah
|
Dasar Tarbiyyah wujud
|
|
Majlis Tarbiyyah
wujud
|
|||
Kod Tarbiyyah wujud
|
|||
Tagline & Ikrar wujud
|
|||
Tarbiyyah Komprehensif wujud
|
|||
BImbingan berasaskan Tarbiyyah wujud
|
|||
6
|
Ikrar Tarbiyyah
|
-Wujud dan ada slot khas
|
|
7
|
Tarbiyyah Komprehensif
|
Pentadbiran berteraskan tarbiyyah wujud
|
|
Kurikulum berteraskan tarbiyyah wujud
|
|||
Hal Ehwal Murid berteraskan tarbiyyah wujud
|
|||
Kokurikulum berteraskan tarbiyyah wujud
|
|||
8
|
Majlis Tarbiyyah
|
-Wujud dan berfungsi
|
|
9
|
Pematuhan Kod Tarbiyyah
|
KTS 01 – Dasar Tarbiyyah
|
|
KTS 02 – Program Khusus / Kurikulum
|
|||
KTS 03 – Akitiviti Kokurikulum
|
|||
KTS 04 – Aktiviti / Tugas Khas / Arahan Guru
|
|||
KTS 05 – Pergaulan dan Interaksi
|
|||
KTS 06 – Berpakaian dan Penampilan
|
|||
KTS 07 – Identiti dan Jatidiri
|
|||
KTS 08 – Penggunaan Media Sosial
|
|||
10
|
Amalan Tarbiyyah Terbaik di Sekolah
|
Bacaan dan terjemahan Al Quran
|
|
Bacaan Yasin /Usrah
|
|||
Solat Zohor berjemaah dan tazkirah zohor
|
|||
Doa pagi / balik ,Doa PDPC ,Doa Dhuha
|
|||
Solat sunat Dhuha
|
|||
Solat Asar berjemaah
|
|||
Ikrar Tarbiyyah
|
|||
Pematuhan Kod Tarbiyyah
|
|||
Bimbingan berasaskan Tarbiyyah
|
11
|
Amalan Tarbiyyah Terbaik di Asrama
|
Solat fardhu
berjemaah 5 waktu di surau
|
|
Bacaan Ma’thurat
|
|||
Usrah
|
|||
Kuliah Maghrib dan Talaqqi Kitab
|
|||
Qiamullail dan kuliah subuh
|
|||
Bacaan Al Quran / Al Kahfi / Yasin
|
|||
Solat Hajat
|
|||
Pro-Tahfiz
|
|||
Bacaan Al Mulk
|
|||
Daie Muda
|
|||
Pematuhan Kod dan KPI Tarbiyyah
|
|||
Bimbingan berasaskan Tarbiyyah
|
|||
12
|
Sebaran Maklumat Pelajar
|
Program penerangan lisan / bahan bercetak / kempen kepada pelajar.
|
|
13
|
Sebaran Maklumat Guru dan kakitangan
|
Mengadakan LADAP kepada Guru dan kakitangan
|
|
14
|
Mercu tanda Tarbiyyah
|
Mewujudkan Laman Tarbiyyah / Gerbang Tarbiyyah / Sudut
Tarbiyyah / Papan tanda / poster Tarbiyyah / Blog Tarbiyyah.
|
|
15
|
Mengukur keberkesanan Tarbiyyah.
|
Mengadakan kajian tindakan berkaitan Tarbiyyah.
|
ULASAN PEMANTAUAN :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
TANDATANGAN PEMANTAU
…………………………………………………...
(
)
Tarikh :
UNIT PELAKSANAAN
TARBIYYAH SAMER
“ KTS 01.1
Pelan Induk Tarbiyah Samer, Majlis Tarbiyah Samer
dan Kod Tarbiyah Samer adalah sumber rujukan utama dalam melaksanakan misi
dan visi Samer.”
|
“ KTS 01.2
Pentadbir adalah terlibat secara langsung
dalam menguatkuasakan serta memantau dan memelihara program tarbiyah Samer.”
“ KTS 01.6
Mewujudkan dan memperbanyakkan program
tarbiyah harian, mingguan, bulanan serta tahunan untuk para staf dan pelajar.”
TARBIYYAH
KOMPREHENSIF
- Tarbiyyah Pentadbiran dan Pengurusan
- Tarbiyyah Kurikulum
- Tarbiyyah Hal Ehwal Murid
- Tarbiyyah Kokurikulum
“ KTS 01.3
BADAR (Badan Dakwah &
Tarbiyah ) Samer adalah diiktiraf selaku peneraju utama program program
tarbiyah untuk staf dan para pelajar .”
FUNGSI BADAR
1. Badan
Dakwah dan Tarbiyyah (BADAR)
adalah sebagai suatu wahana untuk menyeru warga sekolah mentauhidkan
Allah berpandukan serta beragendakan panduan amar maaruf dan nahi mungkar.
2. Memastikan kewajipan amar maaruf nahi mungkar
akan berjalan dengan lancar, teratur, tersusun ,mengikut perancangan ,berfasa,
beragenda, dibuat kajian prestasi, dikoordinasi dan ada keseragaman serta
keselarasan.
3.
Memantapkan serta mengangkat martabat dakwah dan tarbiyyah di sekolah.
“ KTS 01.4
Surau sekolah mestilah dipertingkatkan peranannya
sebagai pusat utama kecemerlangan Samer. ”
|
“ KTS 01.5
Solat Zohor berjemaah di surau sekolah dijadikan
sebagai program utama staf dan pelajar semasa hari persekolahan . Bagi warga
kuarters ,solat berjemaah maghrib dan isya’ adalah program rutin. “
|
MUQADDIMAH
Jawatankuasa
Pembangunan dan Kecemerlangan Darul Muttaqin adalah suatu entiti yang
signifikan dalam usaha memartabatkan peranan Surau Darul Muttaqin sebagai pusat
utama kecemerlangan Samer.
Institusi
pendidikan pada hari ini sama ada peringkat rendah, menengah atau pengajian
tinggi semestinya memperlihatkan usaha yang padu dan jitu dalam
mengangkat peranan masjid serta surau sebagai teras mahupun penentu kejayaan
dunia dan akhirat .
Selaras
dengan Dasar Tarbiyah Samer yang
memperlihatkan komitmen bersungguh sungguh dan bersepadu pihak pentadbir
menjadikan tarbiyah sebagai teras
kecemerlangan , penubuhan JPKDM merupakan medium terpenting ke arah mencapai
matlamat tersebut yang terkandung di dalam Pelan Induk Tarbiyah Samer .
FUNGSI
1..Mentadbir
Surau Darul Muttaqin secara kolektif dan tersusun.
2.. Menerajui
usaha mengumpul dan menguruskan dana pembangunan surau dengan cekap dan berkesan .
3..Merancang
dan mengusahakan projek pembangunan fizikal dan prasarana surau .
4.Menjana
usaha mempelbagaikan peranan surau sebagai pusat kecemerlangan termasuklah
menjadi pusat pelaksanaan PDPC , perpustakaan dan pusat akses Internet.
KPI
ASRAMA
|
FOKUS
|
SASARAN
|
PROGRAM
(5S)
|
PEMANTAU
|
PENGURUS
|
KESEMPURNAAN
TARBIYYAH
|
-Aqidah , Ibadah, Akhlak, Adab , Kod Tarbiyyah Samer
, Bersih Jiwa / Diri /Sekeliling .
|
MKPA, Pro-Tahfiz,
Semua Pelajar Asrama.
|
SENTUHAN NURANI
|
Ketua Warden YDP ,TYDP
Setiausaha
|
Warden Biro / Exco
Tarbiyyah Musolla &
Exco
Kebersihan
Keceriaan
|
VISI ASRAMA SAMER
Menjadi Asrama Harian Terbaik Dan Terunggul Dalam Kalangan SABK
Di Negeri Selangor juga di Malaysia.
MISI
ASRAMA SAMER
Melahirkan Pelajar Asrama Yang Soleh ,
Harmonis Dan Seimbang Dari Segi Rohani, Intelek, Emosi Dan Jasmani Secara
Tersusun Dan Sistematik.
OBJEKTIF
ASRAMA SAMER
-Menyediakan Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang
Berkualiti Serta Terbaik Kepada Pelajar Asrama.
-Memastikan 100 % Penglibatan Pelajar Dalam
Program Tarbiyyah, Akademik Dan Kokurikulum Secara Harian, Mingguan, Bulanan
Dan Tahunan Demi Memastikan Kemenjadian Pelajar Dapat Direalisasikan.
-Mewujudkan Instrumen Penilaian Dan
Dokumentasi Rasmi Bagi Mengukur Pencapaian ,Perkembangan Serta Prestasi Para
Pelajar Dan Jawatankuasa Pengurusan Asrama.
-Menarik
Penglibatan Dan Tanggungjawab
Bersama Semua Guru Untuk Terlibat
Dalam Proses Menghasilkan Kemenjadian Pelajar Asrama.
Program SUMUR
Program SUMUR
mengandungi empat modul iaitu Modul Budi Bahasa, Modul Mutadayyin, Modul
Penampilan Diri dan Modul Jati Diri.
I. BUDI BAHASA
Modul Budi Bahasa
berfokuskan kepada pembentukan akhlak murid dengan menerapkan nilai. Antara
ciri-ciri budi bahasa yang hendak dibina ialah sikap hormat menghormati, tolong
menolong, menghargai pemberian orang lain atau mengenang budi dan menggunakan
laras bahasa yang sesuai apabila berhubung sesama manusia . Antara
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah mengadakan kempen 5S (senyum, salam,
sapa dan sayang), membuat banner, banting atau pamplet maksud hadith atau
kata-kata motivasi seperti “Guruku ibubapaku” atau “Kami sayang guru” .
II. MUTADAYYIN
Modul Mutadayyin
merujuk kepada perbuatan dan amalan harian murid terhadap perkaraperkara
berkaitan dengan rukun Islam, konsep ibadah serta Islam sebagai satu cara
hidup. Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang menjaga kesempurnaan
amalan ibadat dalam kehidupan mereka . Antara ciri-ciri program mutadayyin yang
dihasratkan dalam program ini seperti aspek solat berkualiti, tadarus al-Quran
dan amalan zikir serta doa berterusan.
III. MODUL
PENAMPILAN DIRI
Program penampilan
diri merujuk kepada penampilan diri yang bertepatan dengan syarak. Ianya
merangkumi aspek pemakaian, adab sopan, kepemimpinan dan sikap positif dan
proaktif. Aspek pemakaian dinilai dari elemen kekemasan, menutup aurat, bersih
dan kesesuaian mengikut suasana, tempat dan majlis. Aspek adab dilihat dari
elemen adab bercakap, menuntut ilmu dan pergaulan. Aspek kepimpinan dinilai
dari elemen bijak membuat keputusan dan kebolehan berkomunikasi dengan baik,
manakala aspek sikap positif dan proaktif dinilai dari elemen aktif di dalam
dan luar kelas serta kecenderungan membantu orang lain. Menurut Al-Ghazali , sikap
positif dan proaktif lahir dari perasaan seseorang yang mempunyai kesedaran
bahawa setiap apa yang dipertanggungjawabkan itu akan dinilai oleh Allah SWT di
akhirat kelak.
IV. MODUL JATI DIRI
Modul Jati Diri
bermatlamat melahirkan murid yang mengenali diri sendiri, mengetahui
tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dan memiliki semangat juang yang tinggi
serta mempunyai akhlak terpuji . Melalui program jati diri para murid akan
memiliki sikap yakin diri, sabar dan tabah, tetap pendirian dan semangat juang.
Langgan:
Catatan (Atom)