Friday, November 30, 2012

Carinae Led Table Lamp...


Light up your living cabin with a cozy table lamp. Carinae Table Lamp provides perfect lighting solution to in-house activities, be it writing, reading, lounging or a compliment to modern and stylish home ambiences. The adjustable angle of the lamp ensures infinate illumination preferences, while maintaining its sophisticated, personal lighting style.

Cantik pulak saya rasa Carinae Led Table Lamp (PTL-100) by Pensonic ni... modern and stylish design... just perfect for my writing activity. 

Hmm... ada sesiapa nak hadiahkan saya table lamp ni sempena 'kejayaan' menyiapkan manuskrip kelima?? How I wish I have friends working in Pensonic... ;)

Thursday, November 29, 2012

Jualan Gudang bermula esok!!



Datanglah beramai-ramai ke Jualan Gudang di Perkarangan Kompleks Karangkraf pada 30 November 2012 hingga 2 Disember 2012 bermula jam 9 pagi hingga 7 malam!!!



Cuba tgk harga promo nih!!! Tak ke mengancam???
So jgn tangguh2.... dtg hari Jumaat nih!!!

Photo: Ececehh... mesti you suka, kan?

Pada sesiapa yang teringin nak beli novel yang minah cun ni baca.... iaitu Melodi Kasih... boleh dapatkan di Jualan Gudang itu nanti. Diskaun sehingga 80% tau!! Rugi kalau tak pergi dan beli!! Hehe. Jika dah ada Melodi Kasih, dan berhasrat untuk mencukupkan koleksi dengan karya yg lain iaitu Kenangan Terindah, Cinta Tak Beralih dan Aku Pilih Dia... silalah datang. Kedatangan anda amatlah dialu-alukan!!!

Wednesday, November 28, 2012

After 11 months...

Alhamdulillah... setelah 11 bulan dan 20 hari menghadap dan menulisnya (err... 11 bulan 20 hari tu bukan hari2...kadang2 gap sehingga 15 hari...hehe) akhirnya berjaya juga saya menamatkan manuskrip ke lima saya ni. Bukan pencapaian terbaik saya... kerana MK, KT dan APD, saya mengambil masa yang lebih singkat iaitu between 5-9 months. Tapi saya tetap bersyukur... idea itu tetap datang walaupun ada masanya saya sgt2 buntu utk mengolah manuskrip ini menjadi sebuah naskah yang lebih baik. Benarlah kata rakan2 writer yg lebih senior... lagi byk kita menulis, lagi susah nak menggarap cerita baru. And I have tried my very best. Kalau tak lebih baik pun... setara dengan yg lain2 tu. Kdg2, bersaing dgn diri sendiri adalah lebih sukar drp bersaing dgn org lain... :(

Beberapa kali saya tersasar target date untuk manuskrip ni. Target yg pertama, nak hantar sebelum raya Aidilfitri. Sehingga takbir raya bergema pun, saya masih terkial2 di mukasurat 275. Dan kemudian, saya buat new target date... nak hantar hujung bulan September. Pun gagal jugak (sbb bulan raya, so kenalah beraya, kan? :P) Next target date, sebelum hari raya AidilAdha... pun terlepas jugak. Walaupun masa tu dah cecah 400 mukasurat. Dan azam saya berkobar-kobar nak menoktahkannya pada Awal Muharam. Gone case!! Masa tu sibuk meraikan cousin saya  melangsungkan perkahwinan (err... alasan) walaupun dah 450 masa tu!

Setelah beberapa kali target date berubah (this is what we call moving target date... ahaks!) akhirnya habis juga pada hari Khamis; 8 Muharam 1434 Hijriah bersamaan 22 November 2012 tepat jam 12.05
Inilah rupanya setelah diedit, dicetak dan di 'binding' kemas2 supaya editor yg membacanya nanti, taklah berpinar biji mata menatapnya, atau rasa nak baling ke dinding sbb byk spelling error atau berterabur. Hopefully, that will speed up the editing process. Dan seterusnya, diterbitkan (harap2 juga jalan ceritanya memenuhi kriteria dan selera editor secara khususnya dan pembaca secara keseluruhannya)

Apa tajuknya??
Seperti biasa, saya hentam aje bagi tajuk 'I***** C****'. Sejujurnya, IC bukan tajuk yg saya suka sgt pun, tapi saya tak terfikirkan tajuk lain. Nanti2lah saya fikirkan tajuk yg lebih menarik atau catchy. Apa yg penting, siap dan hantar...;)


Inilah keadaan cuaca ketika saya menghantar 'Raina & Emir' ke pejabat Alaf hari Isnin lepas :)
Hujan lebat giler... kilat sabung-menyabung. Hardly see the cars in front of me... so tak bleh laju... takut tak sempat brake...hehe. Alhamdulillah... sampai juga akhirnya. Berjaya juga saya menyerahkannya ke tangan Puan Editor (dgn harapan setinggi gunung supaya 'ujian penilaian' saya lepas...hu hu)

So now, have to start thinking of the 6th!!
Hmm... Raif Imran kaa?? :D

Wednesday, October 10, 2012

AHA turns 10

Time really flies. Now this girl has turn 10!!


No blast celebration today (macamlah selama ni buat blast celebration pun...hehe) Cuma kita bagi cekelat kat kengkawan kelas... dan lepas tu bagi cuppies kat kengkawan daycare. Takde tiup2 lilin... tapi nanti kita pergi dinner best2. Takde hadiah best2 tapi bulan depan cuti sekolah kita pergi holiday... amacam, ada okay? :)


Skrg ni mmg terasa sgt dia dah 'besar'... sebab...

1) Dah susah nak cari baju kat kids section... so kena pegi teenage section. Atau pergi adult section, tapi cari size XS
2) Suka dgr lagu One Direction la... dan ntah apa2 lagi group muda mudi srkg ni. {Mcm mama dolu2... dgr NKOTB -New Kids On The Block....hehe}
3) Dah ada hati nak 'pow' baju2 saya... ;)
4) Dah layan drama kat tv i.e. Adam & Hawa instead of just Cartoon Network...Disney Channel & Ceria!
5) Dah boleh jadi teman gosip saya...muahaha

To my dear darling AHA... I love you always. Walaupun mama selalu berleter... selalu marah... selalu bising2... semua tu sebab mama sayang awak. Semoga jadi hambaNYA yang beriman... anak yg solehah dan mendengar kata... serta pelajar yg bijak...insan yg berguna satu hari nanti. Amin...







Saturday, September 29, 2012

Welcome back!!

Salam semua,
Lama sungguh saya tak update blog ni ye! Last entry was before Syawal... lama tuh! Syawal pun dah habis dan dah masuk Zulkaedah pun! Rombongan Haji pun dah berapa kali trip dah! ;)

Apa sudah jadi pada saya sepanjang 'percutian' yg lebih sebulan ni? 
Sibuk beraya? Sibuk menulis?
I have no answers to that!! Ngee...

Saje nak share... berita2 gumbira di penghujung bulan September ni. 
Pada peminat2 novel ALAF21... di sini saya siarkan promosi novel2 keluaran October 2012 dan November 2012!! Sila layan ye!!!  :D
Nampak tak? Kocik bonar poster nih! So saya summarize kan ye...;)

October
Dhiya Zafira's Tertulis Buat Kita.
Fatin Nabila's Di Sisimu Aku
Immaz Huda's Gaduh-gaduh Sayang
November
Liza Zahira's Bunga Hati
Herna Diana's Oh Mama Tiriku
Ainul Hazrah's Temukanku Dengan Cinta
Irda Haleeda's Diriku Usah Dicari
Rahman Shaari's Semoga Molek

Mak aiii... cepatnya masa berlalu!! Di waktu saya masih terkial2 untuk menghabiskan manuskrip ke5... rakan2 lain sudah mengisi slot October & November ni!!! Hu hu.
Apa2 pun, tahniah kepada rakan2 yg cemerlang ni...:)

Tuesday, August 14, 2012

Sepanjang 25 Ramadhan...

Diam tak diam, dah masuk 25 Ramadhan pun hari ni. Cepatnya nak raya... {tapi tak rasa pun nak raya} Tahun ni, kami agak kerap juga berbuka di rumah... tapi ada few times yang kami rasa nak tukar selera... so berbukalah di luar. Tahun ni kami rajin skit nak try tempat/restoren baru. Antaranya:

Ar Raudhah Steamboat, USJ 11/3J

Pannaz, Damansara Perdana PJU 8/3 




Ada bbq dan juga masakan Melayu

Sime Darby Convention Centre, Jalan Bukit Kiara 1
Dodol as the door gift

AHA enjoying the fried ice cream.

 Intekma Resort, Persiaran Raja Muda Shah Alam.

 Big Plate, Subang Permai

Mak aii... banyaknya pinggan kitorang...:D

Muka kenyang...;)


Overall... semuanya ok...tidak mengecewakan in terms of food, taste and environment.
Cuma di Sime Darby dan Intekma Resort tu...terlalu ramai orang!! Bersesak-sesak dan beratur-atur nak ambil makanan. Ingatkan this year, ramai org dah tak pergi iftar di hotel lagi sbb rata-ratanya, agak pricey. Tapi rupanya, orang Mesia ni mmg tak kisah langsung berbelanja untuk makan kot... mahal2 pun, semua hotel mmg sentiasa fully-booked! Hmm...

Sunday, August 05, 2012

Being 36 + 3 =

My last year of being ’30 something’!!!

Lepas ni, saya akan membawa bersama angka 4 pulak di depan umur saya…. Adoyaii!! Tapi kalau saya umpamakan diri saya ni spt Audi… kira upgrade A3 ke A4 la lebih kurang… more powerful!! Hahaha.

Sejujurnya, saya tak kisah sgt pasal proses peningkatan umur ni. Being old or being young… bagi saya biasa jer (coz I’m always feeling young, what? :P) 

Cuma yg saya risaukan bila umur berubah angka ini, adalah tahap kesihatan dan kecergasan saya. How I wish I could do things which I used to do when I was young and fit. Tapi sekarang ni, agak2 dah lemau sikit badan tu… apatah lagi saya ini bukannya rajin bersenam. The only senaman yg saya buat dlm sehari agaknya, naik turun tangga rumah aje…hu hu. That’s bad!! Pandangan pun dah agak2 kabur bila membaca dekat2… it’s high time to wear specs, maybe! Alahai… tu la yg saya tak berapa suka sgt… bila pakai specs ni rasa mcm nerd aje…L


What’s the celebration?
Memandangkan bulan ramadhan, maka kita tak perlu la buat parti bagai, ye…hehe. Memadai dgn iftar bersama hubby dan AHA di Sime Darby Convention Centre saje. 

What's the present??


Hah?? Bukan Polo GTi warna merah nih?? :P
Polo Sedan ni pun bukan?? Habis tu apa??

Oooh… ni aje…
Hubby berpuluh2 kali tanya, you nak birthday present apa. Dan saya… dgn rasa ‘baik hatinya’ tak reti nak mintak apa2. Last2 saya ckp kat dia… “Belikan ajelah I perfume… my Nina Ricci is finishing.” Baik kan? ;)

On a serious note:
Syukur Alhamdulillah, ALLAH izinkan saya bernafas lagi di muka bumi ini. Masih dapat menikmati Ramadhan tahun ini. Masih dapat bersahur dan berbuka bersama famili. Masih diduga dan diuji (kata Dato Dr Fadzillah Kamsah… bila ALLAH menguji kita, maknanya DIA sayangkan kita…) Masih ada orang-orang dikasihi yang mengelilingi. Masih ada kawan-kawan yang menghiburkan hati (thanks to all of you who wished me via SMS dan FB. Rakan2 di FB tu saya rasa ada lebih 300 rakan yang wish saya... I appreciate it very much!!) Alhamdulillah...

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...